Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 30, 2007

komentar:kahwin tanpa restu ibu bapa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Komentar:

Dalam ulasannya untuk entry Tinta Syawal, Sarah meminta saya memberi pandangan tentang kes pasangan yang kahwin tanpa pengetahuan ibu bapa, akhirnya berceria.

Berikut adalah pandangan saya:
Allah SWT telah menetapkan kita supaya mempraktikkan Ihsan (berbuat baik) dalam semua perkara. Dalam satu hadis, kita diminta memperelokkan cara sembelihan binatang dengan menggunakan pisau yang tajam dan cara sembelihan yang betul ,supaya binatang itu tidak terseksa. Ini menunjukkan bahawa islam sangat mementingkan ‘berbuat baik’ hatta kepada binatang yang disembelih dan dijadikan makanan kita!

Maka. Jika kepada binatang pun berbuat baik itu amat disuruh,apatah lagi sesama manusia,rakan-rakan,jiran tetangga, dan yang lebih utama kepada kedua ibu bapa yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita. Kasih ibu bapa adalah cinta tanpa syarat- itulah cinta yang tertinggi sesama makhluk. Maka banyak sekali seruan supaya berbuat baik kepada ibubapa dalam Kalamullah yang kita dapati.

Berbalik kepada kes di atas, saya berpendapat perkahwinan tanpa pengetahuan ibu bapa amatlah tidak wajar. Untuk melihat ketidakwajarannya, cuba kita letakkan diri kita di tempat seorang ibu:

Seorang anak, dari mula kewujudan ciptaannya dalam rahim, telah dijaga sepenuh hati, sepenuh kasih sayang. Tiap kesakitan sewaktu mengandung dihadapi dengan kesabaran. 9 bulan sepuluh hari, disusung ke mana-mana dia pergi, dengan perut yang membesar, menuntut kerahan tenaga, dengan penuh kesabaran dijaga anak itu. (bagi yang tak pernah mengalami, cuba bayangkan, ikat batu 2 kg pada badan dan bawa ke mana-mana,untuk melakukan seluruh aktiviti harian, berapa lama boleh bertahan?)

Melahirkan-ibarat perjudian,memperjudikan nyawa sendiri. Sehinggalah betapa banyak keringat dan pengorbanan ibu dan bapa dikerah sehingga membesarkan anak, menjadi dewasa. Tapi saat penting, frasa peralihan dalam hidup yang seharusnya dikongsi gembira dengan ibu bapa, berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa. Tentulah hancur luluh hati mereka.

Dalam hal ini, mungkin si anak bimbang niat untuk berkahwin dihalang ibu bapa sekiranya dimaklumkan.Tetapi, seharusnya diingat jua bahawa tentu ada sebab ibu bapa menghalang. Sekiranya pasangan merasakan mereka sudah sampai tahap WAJIB untuk berkahwin, tetapi ibu bapa masih menghalang, bolehlah dibawa hal ini berjumpa ustaz-ustazah yang lebih arif, untuk dirundingkan kepada ibu bapa.

Yang penting, restu ibubapa sebenarnya banyak menentukan keharmonian perjalanan rumah tangga. Bukankah redha Allah itu bersama redha ibu bapa?

Ini juga berkait rapat dengan tanggungjawab kita dalam memelihara tahap-tahap cinta. Ironinya begini, cinta itu ada beberapa tingkatnya, dengan tingkat tertinggi adalah cinta kepada Allah dan Rasul dan Islam. Seterusnya cinta kepada ibu bapa, diikuti cinta-cinta selainnya. Maka apabila berlaku sebarang ‘tanaqud’ (contradiction) antara cinta-cinta ini, harus didahulukan cinta yang utama.

Contoh: Seorang ibu yang sangat sayangkan anaknya, waktu pagi,anak malas bangun solat subuh kerana kepenatan. Maka kerana cintanya dan kasihankan anak, ibu membiarkan anak tidur, tanpa menunaikan solat subuh. Dalam hal ni, cinta itu telah menjadi cinta yang salah, kerana mendahulukan cinta pada manusia melebihi cinta Allah (perintah menunaikan solat).

Begitu juga dalam kes kahwin tanpa pengetahun ibu bapa, telah melanggar turutan tingkat cinta itu sendiri. Harus diingat juga, bagi seorang lelaki, walau telah berkahwin,tanggungjawab pada ibu tidak hilang.. maka tak seharusnya perkara ini berlaku. Wallahu A’lam.

3 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

kak tikah, jakillahu khairan kathira! penjelasan yg disertakan dgn analogi yg sgt tepat. kalau la sy boleh panjangkn pd pasangan yg kenal itu... hmmm...

dhiyauqalbii said...

afwan my dear, yang baik jadikan pengajaran.. ;-)

Anonymous said...

Good day! I coulԁ hаve sworn I've been to this website before but after looking at many of the posts I realized it's
nеw to me. Anуwаys, I'm certainly delighted I stumbled upon it and I'll be book-marking it аnԁ cheсkіng back often!



Feel free to visit my wеb blog: bolt of imbued frostweave
My website > frostweave bandage