Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 21, 2007

lambaian laman bonda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tiba-tiba minggu ini.. segala assignment yang selama ini 'bersembunyi' menjengukkan diri.. huhu.. banyak sungguh.. tapi tak apa.. Allahumma Yassir...

esok.. saya ingin pulang (selepas kelas psycholinguistic 3-5pm).. bersama 'pakaian rasmi' hari graduasi..
untuk bergambar kenangan dengan nenda tercinta.. sambil memakai pakaian tersebut di hadapannya dan bagitau dia- saya dah genggam cita-cita yang pertama..
dan bergambar kenangan bersama kekanda tercinta dan isteri, sebelum dia terbang pulang ke Sarawak..
dan ke rumah pengasuh saya masa kecik-kecik dulu- Mak Nah yang saya panggil 'emak'.. to make her happy.. :-)

kegembiraan ini.. bukan milik saya seorang.. malah ia milik semua..

hari khamis- perlu pulang ke Taman Ilmu dan Budi semula.. jumaat ada rehearsal dan ada kelas (5pm).. sabtu.. photography session with my friends.. dan malamnya ada appreciation night untuk 'orang-orang tua' comrade yang konvo sem ni..

******
mentari yang hilang itu.. pasti ada hikmahnya dari DIA..
saat ini mungkin belum saya temui.. namun saya pasti ketahui hikmahnya nanti..
dan sesungguhnya..
tiada 'jalan keluar' yang saya temui..
yang pasti.. sabarlah!
hikmah yang menunggu itu pasti buat saya bersyukur, untuk kesekian kali..

Allahumma amthirnii sobran
(YA Allah, hujanilah aku dengan kesabaran..)
ya, yang saya pohon adalah hujan kesabaran..
kerana sabar yang didamba itu bukan sedikit..

senyumlah duhai diri..
''ya'ti bihillah..

No comments: