Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Semasa dijemput menjadi hakim untuk pertandingan Debat Bahasa Arab antara kuliyah, uiam minggu lepas, saya dihadiahi saguhati berupa Baucer buku MPH Bookstore bernilai rm60.. lalu kesempatan yang ada hujung minggu lalu, saya ke MPH bookstore Wangsa Maju,menukarkan baucer tersebut.. Akhirnya buku-buku yang dah lama saya intai ini berada di genggaman
1) Pudarnya Pesona Cleopatra- Habiburrahman El-Sherazy@ Kang Abik
2) Bila Cinta Bertasbih- Habiburrahman El-Sherazy
3)Fenomena Ayat-ayat Cinta- apa ntah nama writer dia, tapi dia adik Kang Abik
4)PDA (Panduan dan Asas) untuk Eksekutif- lupa gak nama writer dia (bila masa pulak saya minat jadi eksekutif ni??? ;-) )
tak sempat lagi nak baca semua, maklumlah, kekangan masa menghambat.. Cuma Pudarnya Pesona Cleopatra sempat saya khatami.. Membaca buku Kang Abik- seperti juga Ayat-ayat cinta-karya best sellernya sebelum ini- pasti menghambat penghayatan dan sarat dengan pengajaran. Petikan hadis dan quran (siap dengan nota kaki sumbernya) menjadikan novel-novel beliau lain dari yang lain.. Pun terasa dekat dengan Azhar Al-Sharif. Penulis memberi gambaran latar Ardu KInanah dengan cemerlang. Biarpun tak pernah ke sana, terasa dekat di hati.. Kalau anda min khirriijin Al-Azhar, atau pernah ke sana, dan rindukan suasana taman ilmu,kehidupan bandar Kaherah, buku-buku karya beliau pasti mengubati kerinduan..
Dan bandar terletaknya universiti tertua di dunia ini- tanpa saya kunjungi, telah terasa begitu dekat di hati...
Pudarnya Pesona Cleopatra::
Mampukah saya kelak, menjadi seutuh Raihana..
atau melembutkan hati selembut hati Faiq dan Nayla, yang pasti menangis tiap kali mendengar ayatNYA..
Ya Lathif.. lembutkan hati-hati kami, agar basah dalam kehambaan..
***
ke mana hilangnya mentari..??
disirna pesona dunia
atau hilang di arus masa
bagai taufan..
tiba-tiba datang
dan menghilang...
No comments:
Post a Comment