Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 15, 2007

Hari yang manis


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Lama saya tidak update rumah nie.. sebenarnya, tidaklah busy sangat.. Cuma minggu lepas, atas sebab-sebab kesihatan, saya malas nak bergerak terlalu aktif. Bab kata orang Temerloh ‘malas nak {berenyoh} ‘ .Alhamdulillah, kesihatan dan semakin baik.. Tiada lagi bleeding dari dalam.. Dah boleh sujud dengan sempurna. (Sebelum ni, tiap kali sujud,. Darah keluar macam air dari hidung).. Tiada juga darah mengiringi ludahan.. Thanks to Dr Khairani (MO IIUM Clinic ) atas khidmatnya. Selepas X-ray, takda apa-apa masalah kat paru-paru. Saya diminta berjumpa Pakar ENT kat HKL (coz mungkin bleeding tu berpunca dari ENT area) dalam masa 2 minggu ni. Tapi memandangkan dah tak ada bleeding lagi, saya pun malas nak ke sana. (saya tak suka jumpa doctor sebenarnya).. Dah sihat gini, aktiviti harian saya kembali seperti sebelumnya.. Alhamdulillah..

***
Beberapa kegembiraan..

Terima kasih teman-teman serombongan ke Kuantan-Mentakab- K.Lipis (Abang Zul, Hairul, Mok Ana n Jaie).. MOga ukhwah dalam keberkatanNYA

Terima Kasih Ustazah Selamah Salim n Ustaz Abu Talib (Mak dan ayah Jaie) yang menjamu kami buah-buahan tempatan- durian, salak dan rambutan minggu lepas,> Sebaik pulang dari Walimah kak Lia, kami bermalam di rumah saya di Mentakab dan seterusnya ke Lipis. Moga Allah berkati ust dan ustazah serta keluarga. Best jugak makan serawa durian (pulut durian) dan bubur kacang+durian jugak.
Terima kasih juga buat Naim dan Shakirah yang bawa kami jalan-jalan ke Taman Gelora dan UIA Kuantan..

Tahniah buat pengantin baru
Kak. Adlia dan Hazrul
Amirah dan Nur Muhammad
Zu dan Tarmizi..

Barakallau fikuma wa jama’akuma fi khair, Insya Allah.. Maaf kat Amira dan Zu coz tak berkesempatan nak menghadiri majlis di Kangar (Amira) dan Alor Setar (Zu)..
Moga berbahagia- Kak Lia dan Hazrul..

Tahniah buat kawan-kawan di USIM yang konvo 2 minggu lepas kat PICC, Putrajaya. Terutama kat geng-geng debat b.arab USIM- Safwan, Mahfuzah dan Fatimah. Good Luck for your future undertaking.

******
Halaqah (Study circle) telah 3 sesi berlangsung. Alhamdulillah, saya dah boleh suaikan diri dengan system 1 week tutorial (15 students) and 1 week mass lecture (45 students) nie.. Mengendalikannya selama 2 jam dalam bahasa Inggeris, banyak manfaat yang saya dapat. Selain perbincangan tajuk yang berguna, dapat praktis my English yang dah berkarat dan praktis teori-teori mengajar yang saya belajar sem ni. Alhamdulillah atas segala peluang ni…

******
3rd Inter Kuliyyah Arabic Debate Championship
Berlangsung hujung minggu baru ni. Saya dijemput menjadi hakim. 1st experience sebagai hakim. Paling berdebar, menjadi hakim untuk Final bagi kategori Arabic As First Language (AFL), Engineering vs Human sciences. Maklumla, bila pak arab ni bercakap, takut diorang cakap laju. So far Alhamdulillah, saya leh faham dan tangkap perbualan diorang dan boleh menghakimi. Thanks atas kepercayaan ustaz-ustaz dan urusetia yang meletakkan saya di situ.


Tahniah buat pasukan BARB yang memenangi buat kali kedua berturut-turut bagi kategori ASL.

Secara keseluruhannya, kebanyakan peserta adalah muka baru, so masih banyak yang perlu dipelajari. Seni berdebat, uslub perdebatan arab, struktur hujah dan gaya perlu dipertingkatkan lagi…

**
Selamat Hari Graduasi

Alhamdulillah, 14 hb-kelas saya batal. Dan pagi itu, saya ke UKM, meraikan hari graduasi 2 sahabat baik saya- Fairuza dan Fatimah. Saya sampai agak lewat. Fatimah dah keluar dari dewan. Bersamanya Fairuza yang konvo semalamnya (13hb), kawan-kawannya dan adik fatimah- Sarah..

Kami bergambar. Dan saya menunaikan impian sendiri untuk kami bertiga bergambar dengan jubah konvokesyen masing-masing. So sweet. (thanks saiidah yang sudi meminjamkan robe uia untuk saya gayakan. Coz saya belum mengambil robe untuk konvo lagi).. Walaupun pakaian konvo saya separa siap (tudung saya tiada lilitan logo uia-seperti pakaian rasmi konvo), tetap puas hati dapat ambil gambar tu. Dan walaupun saya belum konvo secara rasminya, gambar itu tetap ada sentimental value yang tinggi…
Dan seperti kata Pak Cik Shukor (ayah Fatimah)- dia berhasrat menghantar gambar tersebut ke Al-Mukmin, untuk tatapan guru-guru- Inilah generasi pertama Al-Mukmin yang terawal menerima Ijazah Sarjana Muda masing-masing. Sungguh, ini adalah sebahagian dari sejarah Mukmin, kan? 3 generasi tertua, dengan 3 bidang yang berbeza (B.Arab, Kimia Tulen dan Perakaunan)


Yang kelakarnya, saya telah menerima jambangan bunga walaupun saya belum konvo lagi. Thanks Fairuza.. Saya pulak yang terlebih excited dari diorang berdua..


(saya belum ingin menyiarkan gambarnya di sini kerana saya belum konvo secara rasmi lagi)


Seronok juga berjumpa dengan Sarah, adik Fatimah yang pulang bercuti dari Moscow. Selama ini, kami berhubung melalui cerita-cerita di blog masing-masing, tapi kali ini berpeluang bertemu mata.. Sarah, kadang-kadang tak percaya, kita bukan budak hingusan di Mukmin lagi, dan kamu bakal bergelar doctor nanti.. Cepat sungguh masa berlalu..


Seharian di UKM.. hari yang manis .. Tahniah fairuza, tahniah Fatimah.. sungguh saya sayang kalian!



Tahniah juga kawan-kawan Wosto yang konvo di UKM- Rasihd, Ainul dan Hazrul.

No comments: