Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 01, 2007

selamat hari persahabatan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


1 ogos- hari persahabatan..


buat semua yang bergelar kawan,sahabat,rakan,rodong,saing,taulan dan seumpamanya

terima kasih mewarnai hidup ini dalam huluran persahabatan..

maaf atas segalanya..mungkin diri ini bukan sahabat/rakan terbaik..

moga keikhlasan dalam persahabatan dirahmati Allah..


:sahabatmu yang terbaik adalah mereka yang sanggup menyusahkan dirinya untuk menyenangkanmu:

:sahabat yang terbaik adalah sahabat yang apabila melihat/mengingati dirinya, teringat akan pencipta Yang Maha agung:
:walimah:
Ogos ini.. tiap-tiap minggu ada jemputan walimah.. Moga barakahlah semua yang dikumpulkan Allah dalam kasih sayangNYa, Insya Allah..
dan pagi tadi.. sekeping kad jemputan yang dikirim dari Kelang diterima..
bahagialah hendaknya dia..
selepas hampir 3 tahun kisah hitam terpadam..
terbuai sebentar dalam kenangan..
lantas istighfar..
jika dia kian tenang melarik bahagia
menongkah tabah pada arus yang menggugah
mengapa mesti saya kaku dibuai sendu??
lalu, seharusnya sayalah yang lebih padu
memandang ke hadapan..
maju dan terus maju..
biarkan semalam jadi kenangan..
dan pengajaran..
di hadapan.. kasihNYa jadi bekalan..
mencari ketenangan...
moga bahagia, dik..




No comments: