..
Seminggu menjelang hari graduasi.. Apa rasanya?? Macam-macam rasa ada.. Kalau tahun-tahun sebelum ini, setiap kali tiba hari Graduasi di IIUM, saya pasti mencari satu tempat tinggi yang menghala ke CAC (Cultural Activities Centre)- venue berlangsungnya majlis bersejarah tersebut.. Biasanya bangunan adm yang menempatkan Operation Room persatuan-persatuan di UIA menjadi pilihan.. dan saya pun berdiri di situ, menjadi pemerhati setia dari jauh, saat keluarnya para graduan dari dewan bersama segulung ijazah yang baru diterima... Di situ saya cuba mencari kekuatan dan keazaman.. terutama saat-saat semangat untuk belajar digugah..
dan isnin ini, 27 ogos 2007, untuk Hari Graduasi UIAM kali ke-23, saya pula akan menempuh saat-saat itu. Jubah telah diambil dan dicuba.. Semuanya telah bersedia, cuma menunggu harinya tiba...
insya Allah.. i'm looking forward- 25th iium convocation.. with thE DOUBLE STRIPES robe.. dan hari ini.. saya berusaha kuat untuk impian yang satu ini..
Fa iza 'azamta, fatawakkal 'alallah..
******
MInggu ini, sudah 2 bulan rupanya saya bergelar pelajar sarjana.. Hari ini, hari pra-pendaftaran subjek untuk sem 2 dan hari terakhir permohonan untuk subjek sem3. Semuanya berjalan lancar, Sem 2 4 subjek dan sem 3 2 subjek. Saya dan teman-teman seperjuangan mengharapkan permohonan 2 subjek terakhir diambil pada sem 3 diterima, supaya menjelang sem 1 2008/2009, kami boleh menumpukan perhatian untuk penulisan tesis. Jika permohonan tidak berjaya, cuti panjang sem 3 akan digunakan untuk menulis tesis dahulu, dan sem 1 itu menghadapi 2 tugas serentak-menulis tesis dan menghabiskan 2 subjek terakhir..
Awal sem depan, proposal thesis perlu dikemukanan ke department.. sudah ada beberapa tajuk yang sudah disenaraipendekkan.. Moga dipermudahkan semua, Insya Allah..
No comments:
Post a Comment