JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 01, 2007

kepulangan yang dinanti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sabtu lepas.. saya pulang ke rumah dengan my bro- nazifi. Kami tiba lewat petang. Dan minggu itu, kami adik beradik (kecuali abang long) berkumpul di laman ayah bonda.

Mak semakin sihat, Alhamdulillah. Ketika meninggalkan rumah petang Ahad itu, emak beransur pulih. Ketika artikel ini ditulis, Alhamdulillah, emak sudah kembali bertugas..

::kerinduan yang terlunas::
Baru minggu lepas, saya mencoret kerinduan pada wan (nenek) dan ahad lalu, dalam perjalanan pulang ke UIA, saya dan adik singgah di rumah Mak Long untuk menjenguk wan..

Wan demam. Masih terasa sejuk pipi wan yang saya cium. Pandangan tua yang sarat rindu menyambut saya, dan rangkulan tangan kurus berkedut memeluk mesra, sarat dengan rindu jua.Saat betis wan yang cuma sebesar penumbuk saya picit perlahan, wan meluah rindu, mengadu sakit dan mengadu hilang seleranya untuk makan. Saya menjadi pendengar setia, sambil memujuk agar bersabar. Betis wan yang kian mengecil- tanpa daging, hanya ada kulit yang membaluti tulang. Sunguh mengundang keinsafan.. wan kian dimamah usia.. dan saya terimbau harapan dan keluhan wan beberapa minggu sebelum saya mendaftar sarjana..

Wan: Kak Ngah dah habis belajar kan??
Saya: hm.. tapi saya nak sambung lagi..
Wan: berapa lama pulak?
Saya: Paling lama dalam 2 tahun..
Wan: habis tu bila nak kerja?
Saya: Nanti dah habis belajar la..
Wan: la, kalau macam tu, bila nak kahwin? Tak dan (sempat) la dengan umur wan?? Wan ni dah tua..
Saya: (hanya mamu tergelak), takpe, saya doa wan panjang umur, wan doala saya cepat jodoh??

:-) bila berbicara dengan wan, soal itu jua yang akan dibicarakan.. Moga-moga dipanjangkan umur wan, sempat melihat saya bertemu jodoh.. Amin..

No comments: