Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, March 17, 2007

walimah yan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tahniah buat my schoolmate masa kat wosto dulu- Yan yang selamat diijabkabulkan dengan ust. Herman@ angah. Pasangan muda ni, kedua2nya baru 23.. Moga Allah berkati kalian.
Menghadiri walimah Yan adalah satu janji yang perlu ditunaikan. Masa sekolah dulu, masa tingkatan 1 dan 2, yan duduk sebelah dalam kelas. Memang kami rapat, terutama masa form 1 coz kami ni geng-geng budak berulang (tak duduk asrama). So, dari hari raya ari tu lagi, Yan dah jemput dan harap sangat saya datang.


Alhamdulillah, kehadiran ke walimah Yan tidak sia-sia, memberi ruang saya melepas kerinduan kepada kawan-kawan zaman sekolah dulu. Kak Kin datang dari Tearengganu bersama anaknya- Shadiya. Eibe juga datang dari Kelang. Shafawati dan suami, serta permata mereka- Nurin Amirah pun datang dari Kuantan. Tu kawan-kawan yang dah berkeluarga. JUmpa jugak dengan Dek MAi, Nana, Kak Ema, fizah, Aizam, dan lain-lain. Seronok rasa. Ukhwah ini terasa manisnya. Dan yang paling menggembirakan adalah berjumpa dengam Cikgu Zaki dan keluarga serta Cikgu Sarimah! Dalam entry lepas, saya luahkan kerinduan pada mereka.. dan kali ini, dapat bersua muka dengan mereka,Alhamdulillah, seronok rasa.


Cikgu Zaki terus memberikan semangat dan dorongan bila saya maklumkan hasrat untuk menyambung master.. 'saya tahu awak akan dapat capai cita-cita awak'. Terima kasih cikgu. Cikgu Zaki memang rapat dengan saya waktu sekolah. Selain mengajar, beliau dan cikgu Sarimah adalah jurulatih saya dalam pidato dan forum. Cukup senang dengan mereka kerana 'kepercayaan' mereka pada saya. SEmua itu membuah keyakinan dalam diri.


Malah ketika saya menggantikan Cikgu Sarimah yang bersalin (masa cuti sem 3 saya 1st year) Cikgu Zaki menjadi rakan setugas. dan saya banyak belajar dengan dia cara menjadi guru yang baik untuk subjek Bahasa Melayu. Ketika itu juga, kami sama-sama menjadi jurulatih forum dan pidato sekolah dan berjaya sampai ke peringkat negeri. Masa pertandingan debat bahasa melayu peringkat daerah, cikgu zaki menamakan saya sebagai guru pengiring. begitu juga ketika MASISUPA PUSAT di STASAB, PEKAN, cikgu zaki menamakan saya sebagai ketua pegawai pengiring sekolah. Dari situla, Cikgu Su memberi komen 'tengok ni, Cikgu Zaki sangat percaya pada awak'. Dari situ saya belajar erti tanggungjawab dan keyakinan. Terima kasih cikgu, tak terbalas jasa cikgu..


Berbicara tentang penglibatan saya dalam debat bahasa Arab di UIA, cikgu zaki memaklumkan kegembiraannya. Katanya, tiap kali ada laporan akhbar tentang debat bahasa Arab, hatinya meyakini, mesti saya masuk. Rupa-rupanya doa dan restu cikgu selalu mengiringi saya.. terima kasih cikgu..

bergambar bersama cikgu zaki dan keluarga..tepi sekali: safawati, suami n anak mereka

Hal yang sama dengan Cikgu Sarimah, berceloteh panjang kami.. Malah sempat dia mencabar saya mendapatkan pHD sebelum umur 30.. Insya Allah, dengan Izin Allah dan doa cikgu, tiada yang mustahil. Penglibatan dalam debat- cikgu kata 'awak tu memang, bukan reti duk diam pun'.. hehe.. cikgu lagi tau anak murid cikgu ni macam mana.. ;-)


Seronok, nikmat yang tak terhingga dari Allah.. Doa restu guru-guru dan rakan-rakan mengiringi perjuangan saya. rakan-rakan memberi dorongan, saya menyambung perjuangan mereka yang terhenti.. Insya Allah, harapan mereka takkan saya hampakan.. Ya Allah, sentiasa kurniakan saya kekuatan melalui jalan yang di hadapan ini..



Barakallahu fiikuma.. Yan n Ust Herman @ angah

antara kawan-kawan yang hadir.. semua senyum lebar coz kak kin sempat melawak 'cepat, ni ambil gambar dalam bilik exco nie' (merujuk bilik exco-tempat kami berkumpul ramai-ramai zaman sekolah dulu..) err .. kat bilik exco tu shadiya n amirah takder.. hehe



bersama kawan-kawan yang dah bergelar ibu- kak kin dan puterinya- shadiya dan safawati bersama amira.. eibe - coming soon Insya Allah.. yang kat hujung tue?? hmm..??? (assukut 'alamatu rido??)

2 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

salam,

tak lama lg turn kak tikah la pulak..
ke EFFA nak majlisnya serentak? kak long dah abis, kak fairuza dah nak abis, kak tikah pun bakal abais.. nampaknya ada 3 majlis yg terdekat yg boleh sy dtg ni (ups, yg 1 tu di rmh sendiri!)

semoga masanya akn tiba, insya allah
(sure kak tikah senyum sorg baca komen nih)

dhiyauqalbii said...

me to sarah

:-)
EFFA nak buat majlis serentak??

Insya Allah, 'majlis' serentak kami ogos nie.. Fairuza n Fatimah serentak kat Bangi, dan next weeknya, kat Gombak pulak..

Hm.. tak sabar nak tunggu 'majlis persandingan' tue..
dah plan nak bergambar sama-sama dengan 'pakaian pengantin' masing2.. sounds nice right??
Insya Allah..

Kalau sarah ada time tu, sarah kena jadi photographer kami..

:-)

sabar menunggu Ogos.. Graduasi, erti sebuah perjuangan..

kalau 'majlis' betul-betul tue, kak long sarah dulu kot??
tak pun kak fairuza dulu..
akak bagi laluan pada diorang dulu ni.. sila..sila (sambil tangan menggayakan 'jemput masuk; )

coz diorang tu macam dah ada 'bau-bau durian' je nak buat majlis..

akak ni, 'bau-bau' bacang pun tak da lagi..

hehe.. papun, Allah tahu perancangan terbaik untuk kita kan..

mohon yang terbaik, harap yang terbaik dariNYA..

ameen