Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
isnin 19 mac
menerima picture msg dan ucapan good luck dari seorang kawan yang lama menyepikan diri. gembira yang amat. bangun pagi, saya mencapai hset dan membukanya. la, saya bermimpi rupanya!
memarahi diri sendiri. kerana masih memikirkan hal orang yang dah tak pedulikan saya. pun saya memarahi lagi diri, kerana mudah kalah pada keadaan. marah pada diri lagi, kerana kebodohan mempercayai mimpi. pun dalam masa yang sama, saya sempat mengucap syukur. mungkin DIA tahu, pelbagai masalah yang menghimpit menjadikan saya tertekan dengan keadaan.sementelahan exam yang kian hampir, momentum diri perlu dicari. mungkin apa yang saya mimpikan itu satu cara untuk DIA membantu saya, memulihkan semangat diri. pun mungkin DIA tahu, di alam realiti, keadaan itu tak mungkin berlaku.. maka biarpun dalam mimpi, DIA ingin saya gembira.. kerana ianya hampir pasti mustahil di realiti. masakan kawan yang seorang ini akan tahu saya akan menghadapi exam? telah lama dia memilih untuk 'menguzlah'kan diri. dan mendiamkan diri.. tanpa khabar berita, tak mungkin dia tahu saya akan menduduki exam. selintas kesan hati bersuara, kalau di alam realiti itu benar-benar terjadi, sekurang2nya tekanan ini pasti berkurang..
selasa 20 mac
revision week.tapi masih ada kelas. back up kelas, dan juga kelas terakhir. pagi-pagi saya bangun dan bersiap.usai mandi dan pulang ke bilik. kelihatan ada mesej diterima.hand set dicapai.picture massage received.sebaik melihat mesej dan pengirim,terkesima. spontan saya mencampak hand set kembali ke atas meja.Subhanallah!picture message yang sama dari orang yang sama, dengan ucapan yang sama seperti mimpi semalam!..
saya bersiap dan terus ke kelas. tidak menghiraukan mesej tersebut. balik dari kelas, saya kembali mencapai hand set. berfikir panjang, masihkah saya bermimpi?? (cuba cubit pipi, sakit tak?? sakit. sah bukan mimpi)
Maha Suci Engkau Ya Allah. tak tau nak kata apa. ruang bilik tiba2 terasa sepi. sunyi. Ya Allah, tak terkata sebenarnya. banyak persoalan yang bermain di kepala. Apakah yang ingin Engkau uji kali ini??? 'selintas' doa saya dimakbulkan.. sungguh, ada kegembiraan di hati. Ya Allah, berikan saya momentum diri untuk bersemangat kembali. Saya mencari hikmahNYA.. Betapa dalam kesusahan begini, DIA menghadirkan bantuan untuk menggembirakan hati.. mencari hikmahNYA lagi.. persoalan 'mengapa' kembali menerjah.. namun saya tak ingin mencari jawapannya.. dan saya kembali memohon.. YA Allah, janganlah aku diuji lagi..
Ya Allah, hanya Engkau tahu segala yang terbaik untuk hambaMU. banyaknya nikmatMU yang Kau kurniakan padaku. tak terhitung sesungguhnya. namun banyak juga laranganMU aku mungkiri. sesungguhnya aku malu. malu untuk memohon lagi dan lagi.. malu meminta yang baik-baik dariMU kerana jahilnya aku masih tidak menjadi pencintaMU yang agung.. Namun, jika bukan padaMU, pada siapa lagi harus aku minta dan aku memohon? sedang hanya Engkau memiliki segala-galanya.. menguasai dan menentukan.. maka dengan rendah diri dan hinanya, padaMU jualah kuadukan segala kesedihan ini...
YA Wahhab, Ya Razzaq..
...dalam langkah lesu, kucari sekudus restu...
...dalam langkah goyah..padaMU segala harapan terarah...
jangan Kau jadikan aku jemu bersabar...
No comments:
Post a Comment