Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Di sini kami berkumpul
Sama dalam pengajian
Kami belajar membaca menulis
Semoga Allah berkati
Ilmu itu jadi cahaya
Ilmu itu jadi cahaya
Menerangi hati yang buta
Pembela Rohani akhlak mulia
Marilah kita suburkannya
***
Al-Mukmin
Al-Mukmin
Padamu harapan ummah dan agama
Engkaulah cahaya alam
Engkaulah cahaya alam
hidayatmu menyinari kelam
engkau ibarat pelita
menyinari gelap gelita
engkau pejuang yang unggul
penegak manhaj yang syumul
engkaulah benteng suci
pembela hidayah ilahi
*Petikan 2 lagu rasmi Al-Mukmin masa zaman saya dulu.. lagu Di sini Kami Berkumpul dan lagu Al-Mukmin.. rindu pulak zaman muda-muda dulu...
Pulang kali ini melepas kerinduan pada Al-Mukmin dan guru-guru yang masih berkhidmat di sana. Menemani dan meraikan 2 orang adik bongsu saya- Izyani dan Munawar ke sukan tahunan di Mukmin. Sempat bertegur sapa dengan Ustaz Osman, Ustaz Ibrahim, Ustazah Zalizan, Ustazah Zainab, Ustaz Arifin dan Ustazah Jamilah (dah 3 orang anak mereka).. Teringat zaman kat Mukmin dulu. Tak banyak yang berubah time sukan gini. Cuma kalau dulu ada 4 rumah sukan (S.Abu Bakar (Hijau), S.Uthman (Kuning), S.Umar (Biru), dan S.Ali (Merah), kini cuma tinggal 3 rumah je. Rumah Abu Bakar dah tak ada. Sebab tu Fatimah agak sedih ari tue.. tapi takperla, coz baju sukan adik-adik ni semua dah baju hijau.
Semangat adik-adik ni bersukan, walaupun dalam keadaan padang yang tak seberapa. Yang penting semangat kesukanan tetap ada. Betul kata ustaz Ibrahim, hanya baru-baru ini, terutama selepas Rukaiya- atlit muslimah yang menutup aurat memenagi emas di DOha masyarakat buka mata tentang pakaian sukan yang menutup aurat. Sedangkan di Mukmin, Sudah 17 tahun, pakaian seperti itu digunakan, dan anak-anak Mukmin masih boleh bersukan seperti anak-anak di sekolah lain..
Waktu acara khas- acara lari bawa bola ping pong dalam sudu, kami bekas-bekas pelajar dikerah membentuk satu team untuk mencabar team guru dan team ibu. Maka nak tak nak masuk jugaklah acara tersebut dan kalah. hehe.. saja je nak meraikan jemputan ustaz Ibrahim yang beria-ia nak kami masuk. siap announce nama lagi kat microfon..
Jumpa jugak dengan Fatimah.. Lama dan panjang boraknya.. Tapi tak sempat nak bergambar coz tiba-tiba bateri kamera habis.. sempat ambil gambar adik-adik jerla. Gambar nak cikgu-cikgu pun tak sempat..
gambar ni untuk sarah melepaskan rindu pada azizi ;-)
1 comment:
kak tikah!!!!!!!!!!
rindunya pd mukmin...........!!!!
thanks sbb letak gambar yg ada azizi tu..skrg ni, almost every week sy akn call n bergayut dgn dia. dia lah yg paling kecil tp dialah raja dlm segalanya. setiap thn wkt sy balik cuti, sy mesti akn ke mukmin. wajib! kadang2 tu dlm seminggu smpai 3 kali. cuma setiap kali sy balik, tak pernah sempat dgn mana2 event yg besar. paling habis, sy akn ke bilik guru sewkt tgh tggu adik2 usai solat zohor (wkt jemput diorg balik) n kalau petang pula, sy akan teman ustazah zainab n ustazah zalizan buat kelas tambahan. kadang2 tu, singgah saja jalan2 imbau kenangan.
sy nak mintak izin copy nayis al-mukmin n di sini kami berkumpul ye. nak letak di blog pulak =)
thanks kak tikah!!
Post a Comment