Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
::lagu melankolik di Taman Ilmu dan Budi::
Minggu terakhir sesi pengajian. Lebih tepat, minggu terakhir perjuangan untuk ijazah Sarjana Muda Sains Kesusasteraan dalam Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Dulu, waktu terasa amat lambat berlalu. Namun kini sebaliknya, sepintas lalu macam tak percaya, 3 tahun setengah telah dilalui di sini. Melankolik berlagu di kelas2-kelas terakhir. Apatah lagi mendengar bicara dan pesanan mulus serta doa tulus ustaz-ustaz. Terasa merdu di telinga, tetapi pilu di hati dan sayu di nurani.
::Ustaz Fouad::
Kelas terakhir untuk latihan debat. 'Special muqabalah (interview)' diadakan untuk saya. Di hadapan kelas, berkongsi pengalaman tentang debat, dapatan sepanjang penglibatan, kecintaan terhadap bahasa Al-Quran, perspektif terhadap pengajian Bahasa Arab di Uia, perancangan masa hadapan, dan soalan 'cepu berlian' dari Ustaz Fouad tu, memang susah nak jawab, apatah lagi di hadapan jumhur begitu.. seperti seorang ayah yang bertanya kepada seorang anak perempuan.. tersipu-sipu jerla.. assukut 'alamatu ar-ridho??
Ustaz Fouad.. antara trainer yang saya kagumi. (tiap trainer ada karakter tersendiri..) dalam umurnya 60an, Ustaz Fouad masih gagah mengajar Bahasa Arab. Lagaknya macam seorang ayah, susun katanya teratur. Sangat dedikasi dalam tugas. Pada saya Ustaz Fouad yang berbangsa Arab (Mesir) ini memiliki jiwa Melayu.. sebab tidak seperti Arab lain yang agak 'keras' dan 'kasar', tutur kata, tingkah laku dan attitudenya penuh bersopan, selalu menasihati dan suka berlawak dengan macam-macam jenis lawak jenaka Arabnya.. saya melihat dia dan isterinya- Madam Faezah sebagai pasangan yang sangat ideal. kalau ada apa-apa majlis, mesti sedondon.. Sempat juga menurunkan petua kebahagiaan- selalu muhasabah antara satu sama lain, tentang sikap yang tidak disenangi terhadap pasangan.. katanya berterus terang itu perlu untuk kebaikan, supaya tiada pihak yang memendam rasa dan terluka dalam diam.. hm.. tips bagus ni??
malam itu lagu melankolik berlagu di hati.. nasihat dan doa ustaz fouad dan trainers lain, terutamanya kepada saya yang akan graduasi ini, amat sayu.. Ameen,moga tiap doa tulus mereka diperkenankan. Taqabbalallahu minnaa YA Allah..
::Ustaz Fauzi::
Kelas Language Drills ( TAdriibaat Al-Lughawiyyat) pun berakhir dengan sayu.. pesanan ustaz Fauzi supaya terus belajar dan terus belajar melekat di hati. Insya Allah, kembara ilmu ini tak akan berhenti di sini.
Ustaz Fauzi-sepanjang pengajian ini, kalau tak silap ada 3 subjek yang diambil dengannya. Amat mementingkan pemahaman pelajarnya. Mungkin sebab dah 3 kali ambil subjek dengan dia, dia dah cukup kenal dengan saya. Berpapasan di mana-mana, pasti ada-ada saja yang nak dikenakannya. Ustaz yang baik. Moga ilmu yang dicurahkan diberkati.
::Ustaz Saupi Man::
'The students are our sons and daughters". inilah pegangan Ustaz Saupi yang mengajar subjek 'Principle Teaching Foreign Language'. Setiap pelajar dianggap seperti anak. Sangat suka kalau ada pelajar yang kerap menemuinya waktu dia di bilik. Untuk berkongsi masalah dalam pelajaran dan dalam apa-apa jua masalah. Selalu nasihat suruh kahwin awal (bab ni memang tak larat nak dengar) :-) ..
Kelas terakhir, ustaz mengingatkan tentang tanggungjawab yang cukup besar, 'kalian adalah orang-orang terpilih, yang diutuskan Allah untuk menyebarkan Bahasa Arab di muka bumi, supaya masyarakat faham Bahasa Arab, membantu mereka memahai Al-Quran dan islam sendiri'. Terasa masuliyyah itu terlalu berat, terasa segulung ijazah yang bakal dipikul itu hadir bersama tangggungjawab yang kejap. Ya Allah, permudahkan kami meneruskan perjuangan ini..
::ar-ru'yah assadiqah::
ternyata, mimpi yang 3 malam berturut-turut itu sadiq. satu sms yang ringkas sudah cukup membenarkan mimpi itu di alam realiti.hammu wal hazan. dan seperti dalam mimpi itu juga, penawarnya bukan di tanganku.
*suara 1*
untuk apa dikutip cebisan kaca yang berserakan
Sedang katamu
Takkan mungkin bercantum kembali
Untuk apa diusik hirisan kaca yang berderai
Jika niatmu sekadar menyentuh luka
Kelak nanti terluka lagi
Dan yang sakitnya adalah kita
Kerana parutnya tetap ada
Walau tak berdarah
Lukanya tetap perit di jiwa
Kerana katamu
Esok tiada milik kita
Untuk apa hari ini kembali mendekati
Seperti semalam yang makin jauh pergi
biar kita juga menjauh
Kerana esok
Aku dan engkau
Bukan kita lagi..
*suara 2*
Insan naif
Damba dahan berpaut
Akarnya taqwa
Tunjangnya iman
Rimbunnya ihsan
Dedaunnya kejujuran
Rantingnya kasih sayang
Buat teduhan
Agar julangnya
Melangit tinggi
Menjunjung warisan nabi
di tengah terik
fitnah dunia
Menjadi, bukan mencari
Ya Wahhab, padaMU segala tawakkal terarah..
No comments:
Post a Comment