JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, March 17, 2007

syafakillah ya habibti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Keadaan kak chik ketika saya pulang ke laman ayahbonda minggu lepas semakin teruk. Ada masanya dia tidak sedarkan diri -berada dalam dunia sendiri. Matanya tajam menyorot pandang. Tanpa makna.Kosong.Berkali-kali dipanggil, baru dia tersedar kembali. Ayat-ayat manzilat dibacakan dan jika dia sedar, saya minta dia membaca sendiri ayat manzilat tersebut.

Abah dan mak membawa Kak Chik ke sebuah klinik swasta di Temerloh. Klinik panel keluarga. Doktor yang cukup kami kenali. Selain memiliki ilmu rawatan moden, Doktor Zul turut mengikuti rawatan Islam- pengubatan dengan ayat-ayat Al-Quran. Kesimpulan yang dia buat atas sakit Kak Chik- sakit ini tidak boleh dirawat dengan cara perubatan moden. Kerana sakitnya berpunca dari kerja jahat jin dan syaitan. Lantas, apa sakit Kak Chik sebenarnya?

Ikhtiar lagi. Sementelahan anak murid Harun Din cukup ramai melata di muka bumi ini, Kak Chik dibawa berjumpa salah seorang darinya. Natijahnya, kata beliau Kak Chik diganggu oleh JIN ORANG ASLI BUKIT RENGIT. Dan tujuannya- menurut jin itu adalah untuk menjadikan Kak Chik MURTAD kerana menurutnya, kak chik terlalu baik!

Kami mengimbau perjalanan hidup kak chik. Memang benar, Kak Chik pernah ke Bukit Rengit, Lanchang tahun lepas mengikuti program kerohanian anjuran Nisa' Pahang. Memang selepas itulah Kak Chik mengadu ada gangguan menyuruhnya murtad (seperti entry saya terdahulu).

Saya berjumpa kawan-kawan sekelas kak chik ketika menghadiri Sukan Tahunan Al-Mukmin. Menurut kawan-kawannya, selepas program tersebut, kak chik jauh berubah, sering menyendiri, kadang-kadang menangis tiba-tiba di dalam kelas. Dia juga semakin menjauhkan diri dari kawan-kawan, waima kawan baiknya sendiri. Semua itu seringkali mengundang kehairanan di kalangan kawan-kawan hingga ada kawan baiknya yang bertanya, apa masalah atau kesalahannya hingga kak chik sering mengelakkan diri. namun sepatah jawab kak chik- masalah peribadinya sendiri.

Di rumah, kak chik lebih banyak mengurung diri dalam bilik, menghabiskan masa dengan membaca dan study. Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan kami kerana dari kecik kak chik memang tak banyak cakap. Ramai-ramai adik beradik, kak chik memang penyeyap orangnya jika dibandingkan dengan mimi dan saya sendiri. Cuma kak andak yang sbelum ini agak rapat dengan kak chik ada juga mengadu pada saya, hubungan dia dan kak chik tak seakrab dulu, rasa dia dah 'kehilangan' kak chik. Saya pernah bertanya kak chik hal ini, namun dia kata tak ada apa-apa masalah..

Dan setahun berlalu, rupa-rupanya makhluk tersebut telah berumah di dalam diri adik saya dan menjadi agak liat untuk meninggalkannya. Hingga entry ini ditulis, kami masih berikhtiar. Mungkin ikhtiar kami belum cukup. Mungkin kesabaran kami sekeluarga belum cukup. Maka sakit kak chik, walaupun semakin berkurangan saat ini tetapi belum sembuh sepenuhnya. Makhluk tersebut amat degil untuk meninggalkan kak chik. Tapi kami seringkali beriktiar untuk membuatnya serik terus berada di situ, dengan ayat-ayat suci Al-quran yang membuatnya 'panas' dan menjerit. Setiap penyakit dari Allah, maka penawarnya juga dari Allah. Dan setiap makhluk di muka bumi ini tunduk atas kekuasaan Allah, maka kekuasaan Allah sahajala yang mutlak dan mengatasi segala-galanya.

Di saat kak chik sakit begini, saya amat kasihankan mak. Pulang ke laman bonda, raut mak cukup cengkung. Malamnya tidur tak menentu, risaukan kak chik. Pagi-pagi keluar bekerja dan pulang kala senja. Berulang dari Mentakab ke Bentong mengambil masa lebih dari sejam. Ya Allah, tabahkan hati emak. Abah juga begitu. Wajah-wajah insan kesayangan saya yang kian dimamah usia terasa sayu bila dipandang. Kadang-kadang mak dan abah agak terkilan kerana lewat menyedari perubahan kak chik. Kak chik pula seringkali bertanya mak, apa dosa dia pada mak dan abah hingga dia diuji begini. Ya Allah, ujian ini dugaan buat kami, ujian keimanan dan ketaqwaan. Engkau Penyembuh segala kesakitan, PEmberi kekuatan, maka sembuhkanlah dan berilah kami kekuatan. Doakan kak chik dan keluarga kami...

1 comment:

Sarah Mohd Shukor said...

salam kak tikah,
sayu hati sy bila tahu keadaan kak chik yg terkini. hmm.. dulu wkt sy f5, sy pernah 'hampir2' disahabati oleh makhluk2 allah ni. pun dgn alasan yg dikatakannya yg sy ni baik sgt. so dia jd x suka. kebetulan sy sgt rapat dgn kaunselor wkt tu. kaunselor tu yg bawak sy pegi ke seremban berjumpa dgn sorg ustaz d sana. wkt tu betul2 dh nak dekat spm. pelajaran ntah ke mana, kesihatan lg nak fikir. tp alhamdulillah. lepas hampir 1 bln ikut rawatan dgn ustaz tu, sy betul2 dh x diganggu apa2pun. takde lg dah suara2 n tangan2 yg ganggu sy sewkt mengaji n solat.

sy doakn kak chik cepat sihat.insya allah sy akn ke rumah kak tikah balik cuti thn ni. moga sy diberikn kelapangan masa.