Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Agak sibuk kebelakangan ini, dengan kerja-kerja di ofis. Beberapa malam ini, saya masih di ofis hingga jam 10.30 malam.. Mujur masih solo, belum ada komitmen pada siapa-siapa, kalau tidak, pening juga kepala. Sungguh saat ini saya rasakan- saat-saat belajar itu jauh lebih menyeronokkan dari bekerja.
Selain menguruskan pelajar-pelajar check out dari bilik, menguruskan penempatan student yang apply untuk Live In During Vacation (LIDV)- kerana program, projek, pelajar antarabangsa yang tidak pulang ke kampung, dan program luar yang menyewa di Asiah. Untuk Interschool Debate sahaja, 200 orang luar menyewa sekitar Asiah. Saya menguruskan penempatan bilik mereka, termasuk bilik LIDV. Perlu teliti, jangan bertindih, belum termasuk menyelaraskan dengan penempatan guru-guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang semesternya tidak sama dengan semester pelajar UIA.
Macam-macam kerenah. Sabar ajala, dan masih mampu tersenyum, Alhamdulillah.
Semalam, rindu. Rindu sekali pada keluarga. Lalu satu persatu no telefon keluarga saya dail.
Nombor abah, tapi tak dijawab. Agak hampa. Lama saya tidak mendengar suara abah.
No Mimi di KUIS,Bangi.Lama berbual dengannya.
Nombor Izzati di IKIP (tapi tika itu dia di Kuala Lumpur-rombongan)
Nombor rumah, untuk brbual dengan adik-adik di rumah. Kak Chik mengangkat. Sekejap je berbual dengannya kerana dia sedang makan nasi. YAni pula tiada di rumah.
Telefon Mak- pagi itu lagi.
Entah kenapa, saya rasa seperti saya akan pergi 'jauh' dari mereka semua. Itu yan membuatkan saya rindu...
****
Perancangan awal, saya ke Teluk Batik, untuk Nuqaba' Training 9-11. Saya telah mendaftar dan membalas surat pengesahan bahawa saya akan ke sana. Senarai nama peserta keluar. Kak Yati meyemak nama- nama saya tiada. Shariah menyemak nama- nama saya tiada. Mok Ana menyemak nama- nama saya tiada. Agak kecewa, tapi redha. Tak ada rezeki untuk saya ke sana. Mungkin mereka mendahulukan nuqaba' yang baru, dan yang senior seperti saya dikecualikan, kerana saya dimaklumkan tempat terhad.
Tak mengapala, saya ke ofis seperti biasa. Pagi 9hb, nombor UIA naik di handset.
-Sister Atikah kat mana ni? pergi ke tak? bas dah nak gerak ni
+saya kat Ofis. Gerak ke mana?
-La, Nuqaba' Training, jadi pergi ke tak?
+Eh, nama saya tak ada dalam senarai. 3 orang kawan saya semak, memang nama saya tiada dalam senarai peserta.
-oh, maaf, silap kami, tersalah tulis nama sis. Nur Atikah jadi Nurul Akilah.
+La, takpela, saya dah kat ofis ni, memang tak siap nak pergi.
-oh ye ke, maafla, memang silap kami ni.
memang tak ada rezeki saya rupanya. Takpela, kebetulan memang tengah banyak kerja di ofis, Allah Maha Mengetahui kenapa dan bagaimana, saya tidak ke sana, waima kesilapan itu amat jarang sekali berlaku, hingga nama saya tercicir.
Perancangannya- saya ke Tuel bersama 10 sahabat COMRADE lain, 11-14hb april. ABIM sudi menaja makanan dan pengangkutan, kami pergi membawa diri dan misi. Entah macam mana, berat hati saya nak pergi. Ahad ofis buka- saya diminta standby kerana pelajar DPLI akan mendaftar untuk sem baru. Minggu ini selalu kerja sampai lewat malam, menjadikan badan saya letih yang amat. Banyak kali saya berfikir, pergi atau tidak ke Tuel. HAti kuat mengatakan 'tidak'. Akhirnya saya buat keputusan untuk tidak pergi. Tidak tahu mengapa, waima keinginan dan kerinduan masuk kampung mencanak-canak. Tewaskah saya di permulaan perjuangan?
dan petang tadi- saya kira menjawab persoalan mengapa saya tidak ke Teluk Batik atau ke Tuel. Perancangan Allah untuk saya demi khidmat pada bonda. Emak saya perlu menghadiri satu kursus penting di Kuala Terengganu. Dia bersama seorang rakannya. MAk telah menempah tiket dan hotel untuk 2 orang. Last minute, kawan mak saya terpaksa membatalkan untuk pergi bersama emak kerana ingin pergi bersama suaminya. Tiket dan hotel telah ditempah. Maka emak meminta saya menemaninya. DAn saat ini, saya percaya, perancangan Allah untuk saya lebih besar lagi, birrulwalidain. Kita merancang, tetapi bukankah sesungguhnya perancangan Allah itu lebih utama, lebih hebat? Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment