Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Musafir ke Terengganu, saya ditemani buku Pak Samad- Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri dan karya terbaru beliau- Soneta Pohon Ginko. Karya ini mendorong saya menulis soneta, maka lahirlah 3 soneta, manifestasi 3 peristiwa sepanjang perjalanan saya ke Terengganu.
soneta- Merupakan satu bentuk puisi yang agak mencabar, antara pilihan penyair agung dunia seperti Shakespear.
" satu bentuk puisi yang lazimnya mengandungi 4 larik bagi setiap rangkap yang disudahi dengan dua larik bagi rangkap akhirnya. kesemuanya 14 baris. Selain itu, setiap larik mengandungi 10 suku kata dengan rima pada setiap selang pengakhir larik"
-A.Samad Said dalam pengantar Soneta Pohon Ginko.
Dalam soneta yang saya cipta, saya senang mengambil unsur tikrar (pengulangan) iqtibas dari unsur istimewa Kalamullah. Unsur tikrar membawa erti peri pentingnya mesej yang diulang-ulang untuk disampaikan pada khalayak.
Soneta 1-

Wa ma kholaqta haza baatilan
(berada di tepi pantai, menghirup dan mentadabbur indah alamNYA)
Saujana biru lautan tenang
Tiada jemu mendamai hazan
Tiada duka lagi dikenang
Wa ma kholaqta haza baatilan
Mentari terik memancar ria
Menberi sinar esok harapan
Semangat buat hati yang lara
Wa ma kholaqta haza baatilan
Kicau burung dendangan damai
Oleng kapal rezeki nelayan
Khazanah laut sambung kehidupan
Wa ma kholaqta haza baatilan
Alam manifestasi Ar-Rahman
Wama kholaqta haza baatilan
Sonata II
Rabbighfirli waliwalidayya
(buat bonda, musafir ini menemani beliau..)
Kasih bonda bawaku ke syurga
Tidak terbalas segunung harta
Wahnan diri sembilan purnama
Rabbighfirli waliwalidayya
Tidak dibiar lapar dahaga
Sakit peningku turut dirasa
Berkongsi tawa dan air mata
Rabbighfirli waliwalidayya
Senyum bonda menjadi penghibur
Wajahnya biasan bahagia
Zahab rawan dengarnya bertutur
Rabbighfirli waliwalidayya
Bonda doakan aku ke syurga
Rabbighfirli waliwalidayya
Sonata III
hargai rusuk kirimu itu
(diinspirasi dari pertemuan dengan Kak S. Buat para suami, moga mereka lebih menghargai)
Bersaksi nama Tuhan ijabnya
Qabulnya disambut syukur shahdu
Teman jalan sempurna agama
hargai rusuk kirimu itu
makan minummu keutamaan
temani tawa jua dukamu
tinggal saudara teman dan taulan
hargai rusuk kirimu itu
dia ibu permata warisan
hibah cinta berdendang restu
taruh nyawa saat melahirkan
hargai rusuk kirimu itu
mawaddah sakinah jadi mercu

Marang
8 Rabiul Akhir
140408
*****
3 soneta sulung. Mungkin akan disusuli soneta lain, kerana saya sudah mula jatuh minat dengan bentuk puisi yang satu ini. Ilham milikNYA, moga beri kebaikan pada semua.
No comments:
Post a Comment