Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
2 minggu sudah, saya ditugaskan mengemaskini fail saman yang dikeluarkan Ofis Mahallah Asiah kepada pelajar. Sejak Januari 2008, ada lebih kurang 100 saman dikeluarkan, dan saman dress code mendominasi saman yang dikeluarkan.
Tidak mematuhi dress code UIA- maknanya memakai pakaian yang tidak cukup syarat seperti yang digariskan oleh UIA. JIka diteliti lebih mendalam- sebenarnya tidak menepati pakaian yang digariskan dalam Quran dan Sunnah! T-shirt yang pendek, ketat, seluar yang ketat. selendang yang nampak leher, tudung yang jarang. dan sebagainya. Punca kenapa pelajar disaman.
Saya tahu ramai yang datang ke ofis- mengisi borang untuk rayuan dikurangkan saman. Semua atas budi bicara Pengetua Kolej. JIka saya menjadi Pengetua Kolej, maaf! saya tidak akan kurangkan saman anda. Hujah saya senang sahaja- ini peringatan, saman dunia. Saya tidak mahu dipertanggungjawabkan di Akhirat kerana tidak menegur pelajar yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Susahkah? susah sangatkah menepati peraturan yang satu ini? ini bukan peraturan UIA sahabat-sahabatku. Ini peraturan ALlah! di dunia, disaman, kita boleh merayu, mohon saman dikurangkan, tapi dia depan Allah nanti, bagaimana ingin dijawab? tiada alasan kerana peringatan itu telah lama ada untuk kita. Maka tunggulah saatnya, azab neraka yang Maha Dahsyat itu dihunjamkan ke atas dirimu berulang-ulang (nauzubillah) atas kelalaian memelihara aurat-sebagaimana yang termaktub dalam quran dan sunnah.
kesal
Saya kesal melihat pelajar yang berada di sekitar kampus- yang semakin hari semakin tidak endahkan cara berpakaian. Menjolok dan menyakitkan mata!
Belek akhbar dan majalah. Perempuan semakin hilang keperempuanan. Malu tidak lagi menjadi hiasan dan pakaian. Pakaian menjolok mata, amat menyakitkan!
Dan seperti firmanNYA- hati-hati yang rosak pasti menjadi makin rosak melihat pakaian yang 'tidak cukup' ini. Nafsu hati-hati yang jahat ini 'diancam' melihat wanita berpakaian seksi. Bagi yang berumahtangga, jalannya pasti lurus menunaikan hak nafsu. Tapi sebaliknya, hati-hati yang jahat, yang terancam, mencari jalan lain menunaikan hak nafsu.
Ironinya begini.
Wanita berpakaian seksi di mana-mana. Bagi mereka- ah, tidak mengapa, walau aku berpakaian seksi, aku masih selamat, tiada siapa yang mengacau aku, aku tidak diapa-apakan.
Hakikatnya, kerana hati-hati yang kotor ini terancam dek keseksian itu, tetapi tidak boleh 'memangsakan' si seksi, wanita lain akan menjadi mangsa. Kes rogol pun berleluasa. Lebih menyayat hati, kanak-kanak perempuan juga menjadi mangsa, hanya kerana mereka ini mudah 'dimangsa' kan. Puncanya- nafsu yang diancam orang-orang lain yang entah siapa-siapa yang berpakaian seksi. Di jalanan, di skrin TV, di helaian majalah dan akhbar.
Jadi, seruan menutup aurat sebenarnya lebih luas, bukan untuk menjaga kehormatan diri semata-mata tetapi untk kebaikan seluruh wanita dan lelaki. Ini bukan isu 'ikut suka sayalah saya nak pakai macam mana'. Bukan juga isu 'diri saya, pandai sayala nak tayang kat orang, bukan menyusahkan orang pun'. Tapi hakikatnya- itu akan menyusahkan, sangat-sangat menyusahkan orang lain. Menyusahkan lelaki menjaga pandangan dan kehormatan mereka, menyusahkan wanita lain yang mungkin dimangsakan.
Seruan buat semua,
jika anda lelaki, sebagai ketua- perhatikan pakaian adik, anak2 anda, tergurlah dengan berhikmah apa yang patut ditegur.
jika anda wanita, mulakan dengan diri anda, cukupkah pakaian anda menepati peraturanNYA? (bukan setakat peraturan tempat kerja/tempat belajar), dan perhatikan pakaian anak-anak,adik,kakak, dan tegurlah apa yang patut tegur.
Jangan kerana kita- ramai insan lain yang dimangsakan! JANGAN!
saya menulis, kerana kesal dan kasihan,kerana sayang..
sahabatku, keluargaku, kaum sejenisku dan lawannya..
ingatan buat diri sendiri, juga buat semua...
Fastabiqul Khairaat
No comments:
Post a Comment