Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, April 07, 2008

080408: Dari Raudhah menuju Raudhah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

I
16 purnama.
Sudah terlalu lama..

tanpa haluan.,
tanpa tujuan
Sedang dugaan hati tak pernah kenal siapa.
Butuh aku ditemukan jawapan
Ingin terus melangkah ke depan
Atau lebih baik memilih unduran
Tidak mahu penyakit hati berpanjangan...
Kelana hati hanya mencari redha Ar-Rahman

II
Raudhah
khaatimah riwayat.
Kelana hati temui jawapan tersurat
Ujian,kebetulan atau suratan?
Bukan kebetulan,
kerana DIA tidak menjadikan sesuatu tanpa beralasan.
Itu ujian iman,
menuntut ditambah ketaqwaan,
melipatgandakan pohon ampunan
menyemai rasa kehambaan
Itu suratan menambah kematangan.

III
84 purnama dendangannya masih sama.
Utuh walau badai tak putus.
Kukuh walau masa berarus.
sedang lagunya tidak lagi seiring irama- telah lama hilang ia..
Yakin. Telah hilang yakin itu sejak ia retak, hanya kerana DIA.
Mohon tidak dibalasi hampa...
Itu damba dia-yang syurganya di telapak kakinya.
Namun ruang itu tetap Khali.
Kerna yakin itu tiada lagi.
Walau berkali dicuba mencair nurani secair salji.
Ia masih khali

IV
Bumi diturunkan wahyu.
Sampaikan salam rinduku-
infiniti buat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wasallam, Rasul pecinta ummah
jua para sahabat yang berjuang utuh,kental tanpa pernah mengalah
Titipkan doaku
Agar bisa utuh menjejak jalan jihad mereka, agar hati ini rindu selalu ke situ

Bumi Mukarramah.
Curahkan cinta dan kerinduan.
Kesalan dan keampunan.
Kerana semalam yang kelabu.
Titipkan pengharapan untuk esok yang terang benderang,
untuk agamamu akhiratmu dan duniamu.

Raudhah.
Munajatkan rayuan,
diberi petunjuk dan keyakinan,
dipermudahkan segala urusan.
Andai itu suratanNYA,
esok kita rendakan sakinah.

V
080408
Dari Raudhah
Redha melepas dia mencari cintaNYA..
Moga ketemu sakinahmu.
Dalam 3 darsawarsa, ditambah satu usia hidupmu.

080408
Menuju Raudhah
Redha melepas dia pergi.
Menghirup haruman keampunan.
Moga ketemu barakahmu.
Setelah sekian lama bergelanggang derita.
Hiruplah sepuasnya aroma kedamaian,
kota kelahiran junjungan yang menyaksikan kegemilangan.
Cuma pesanan..
Titipkan rinduku.
Titipkan munajatku.

VI
Tuhan sedang berbicara denganmu tentang ikhlas dan sabar…

Kamu mau tahu apa yg dikatakan Yusuf? kata Yusuf:

Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih beerti bagiku daripada dunia maka aku lebih memilih tinggal dipenjara tapi dekat denganmu…

Allah sedang berbicara padamu tentang sabar dan ikhlas…

Dialog cereka sarat Ibrah
Ayat-ayat Cinta..

Dan kusahut di hati..

Iya, DIA sedang berbicara denganku- melalui ibrah dunia-
tentang sabar,ikhlas,redha dan taqwa.
Muhasabahlah diri… Sesungguhnya, DIA sedang berbicara denganku!

naj_qa2401

PG 1.3a
ASIAH,IIUM
04.04.08 untuk 08.04.
08

No comments: