Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 20, 2009

di Ambang Ramadhan...




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1

Minggu demi minggu berlalu amat pantas..

Aik, dah hari Jumaat? Itula dialog saya selalunya bersama kawan-kawan sekelas.. Amat pantas masa berlalu..dan sesungguhnya masa yang berlalu itu mengingatkan kita tentang firmanNYa:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-‘Asr)

2

Petang tadi kelas Dr Kamal di batalkan. Maka kami sekelas mengambil keputusan untuk membuat aktiviti keceriaan. Ye cikgu-cikgu, jangan malas-malas hias kelas, nanti kena jadi cikgu kelas kena fikir jugak bagaimana nak ceriakan kelas. Aktiviti berlangsung dengan meriah sekali.. Let the pictures tell more..

Seriusnya Teacher Mastura??...

Teacher Mastura kepenatan.. Ustazah-ustazah khusuk lagi mewarna...

khusyuknya Teacher Doris? Ustazah Hafizah,Ustazah Syuhada dan Ustazah Elya senyum jer...

Teacher Stephanie dan Ustazah Baizura.. Warna ke conteng tu ? ;-)

Teacher Mona dan Ustazah Halimah.. lekat betul-betul, jangan cabut sudah...

HASILNYA?

kelas pun dah berubah rupa.. nanti saya tunjukkan bagaimana..

Sebab ada beberapa perkara yang tak siap lagi .. ;-)

3

Selamat Pagi Auntie Tikah..

Seronok betul pagi-pagi dapat MMS dari Amjad. Semakin comel la kamu Amjad! Ni Auntie geram tengok nie..Hopefully nanti dapat jumpa Amjad. Buat Abi dan Ummi Amjad, Selamat berpuasa. Kirim salam untuk keluarga di Kelantan dan Johor.

4

Ahlan Ya Ramadhan…

Selamat datang bulan pesta Ibadah.. Ayuh kita rebut sebanyaknya peluang Ramadhan.. Ayuh Imarahkan Ramadhan, umpama ia yang terakhir untuk kita.. Siapa tahu, kita tak punya peluang lagi bertemu Ramadhan akan datang..?

Saya rindukan Ramadhan 2 tahun lalu, saat saya baru bergelar pelajar sarjana. Kerja yang banyak. Subjek yang susah . Assignment yang bertimbun, presentation yang terhimpun. Dan keinginan mengisi Ramadhan dengan pesta Ibadah. Namun Alhamdulillah, DIA memberi kekuatan yang luarbiasa. Masa bagai terhenti. Satu persatu kerja disiapkan dalam hambatan waktu. Dalam segala kekangan itu, saya merasai manisnya Ramadhan tahun itu. Biarpun hanya mampu melelapkan mata sejam dua saban hari, namun DIA sesungguhnya telah mengurniakan masa dan Ramadhan yang amat istimewa kala itu. Dan kemuncaknya, keputusan peperiksaan berterbangan warna di penghujung sem itu. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Saya inginkan semangat itu kembali lagi untuk saya mewarna Ramadhan tahun ini. Mohon diberi kekuatan menyiapkan segala tugasan dan tanggungjawab. MOhon dihadiahkan Ramadhan seistimewa,malah lebih istimewa dari itu. Ya Allah, jemputlan hambaMU ini menjadi tetamu istimewa Ramadhan kali ini. Moga-moga diberi kekuatan..

FASTABIQUU AL-KHAIRAAT…


Thursday, August 13, 2009

AlFatihah..

Bersama Arwah dan Rabbani- Dinner Tabung Haji dan Asrama Baitul Ummah, Julai tahun lalu...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Al-Fatihah buat Asri Rabbani...

Saya membesar dengan nasyid-nasyid alunan Arwah ketika bersama Nada Murni.. Nasyid- nasyid seperti Mari Mara Menuju cita-cita,Ibu Mithali, Nun Di sana, Di Pondok Kecil amat dekat di hati.. SEmentelahan pula, saya aktif menjadi solo nasyid ketika sekolah rendah.. (Solo Nasyid? huhu).. Maka nasyid-nasyid dendangan Arwah sentiasa bermain di bibir. Malah bukan setakat dendangannya, liriknya juga sentiasa menusuk jiwa dan hati.. Malah saya masih ingat ketika kecil dulu saya mempunyai sebuah buku yang di dalamnya terdapat berpuluh-puluh lirik lagu nasyid Nada Murni. (Mana entah buku tu sekarang, dah hilang). Buku koleksi lagu nasyid itu menjadi buku kesayangan saya.

Buat Arwah, amat banyak jasanya.. Saya percaya ramai antara kita dibesarkan dengan dendangan Arwah dan ramai yang bukan sahaja menghayati kemerduan suaranya tetapi juga menghayati dan menjiwai nasihat demi nasihat yang disampaikan dalam alunan Arwah.

Al-Fatihah, moga Ust ditempatkan di kalangan para Muqarrabiin..

Monday, August 10, 2009

gembira: Gambar Amjad anak Mok Ana & konvo MyZFM

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, Alhamdu
lillah, Alhamdulillah!

Kali ni saya nak tulis tentang kegembiraan pulak…

1) 08082009- Selamat Ulangtahun perkahwinan yang pertama buat sahabat tersayang- Wan dan suaminya Faheem. Semoga terus bercinta hingga ke syurga. Moga kehadiran UMMU SAKEENAH menambah kebahagiaan kalian. Alhamdulillah, gembira saya mendapat khabar Sakeenah semakin baik keadaan kesihatannya. Gambar dan cerita Sakeenah the fighters di sini


2) 09082009- Selamat Hari Lahir buat sahabat tersayang- Siti Fatimah Mohd Shukor yang kini jauh di Sarawak. Moga dipermudahkan segala urusan awak. Saya sayang awak! Cepat, bila nak makan nasi minyak nie..?

3) for him...

10082009- Hari Graduasi MyZFM (Insya Allah).. I spend the day with my future usrah (Insya Allah) in UPM.. With his mom,sisters,brothers,nieces and nephews.. A very big family.. So happy.. Despite of all difficulties, Alhamdulillah, Allah gave you one of big Nikmat in your life..
and I believe that today, you know the meaning of a victory.. so sweet right? And all the pains now become sweet and this is one of memorable time.. Alhamdulillah..
dalam dewan konvo.. he got 10 VIP seats ;-)

Konvo sidang ke-6 bermula jam 2 petang.. Jam 3, hujan turun mencurah-curah diiringi petir dan ribut. Hingga 5.30 petang, saat sidang ini berakhir, hujan masih tidak ada tanda mahu berhenti. Malah makin kuat.. Kami terperangkap- mula-mula di dewan, kemudian di khemah yang disediakan. Ribut danhujan lebat yang amat. Hujan reda hampir jam 7 dan ketika melalui tapak pesta konvo, beberapa gerai runtuh akibat ribut kuat tadi… Innalillahi wainna ilaihi roji’uun..


4) Tahniah Mok Ana dan Abg Zul atas kelahiran Muiz Amjad 10082009, 8.35pm.. moga membesar sebagai daie Insya Allah.. Owh.. saya teringin yang amat nak jumpa Muiz Amjad.. tahniah Mok ana, saya tumpang gembira atas kelahiran Amjad n atas nikmat yang Allah beri pada kalian-menjadi ayah dan ibu.. Ekslusif- Muiz Amjad ketika berusia sejam.. Subhanallah.. Comelnya dia..geram nak cubit.. heheh.. macam dah besar kan..? Tengok je dah jatuh cinta.. Mok ana, boleh 'cop' buat menantu? hehe..

Alhamdulillah, saya sangat gembira hari ini.. Tajuk entry tu saja nak bagi COMRADEANs teruja nengok Amjad.. hehe saya tahu ramai yang menantikan kelahirannya.. gambar konvo myZFM ?? Takpela, korang layan gambar Amjad jerla k.. ;-)

Friday, August 07, 2009

marah-marah sayang

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1
Adik saya mengalami masalah kesihatan. Mohon didoakan.

2
Kerana masalah tadi, tidak mungkin dia dapat meneruskan pengajiannya sem ini. bagi pihak adik, saya menguruskan permohonan study leave nya untuk sem ini kerana keadaan kesihatannya tidak memungkinkan dia melakukannya sendiri. Saya berjumpa Timbalan Dekan Hal Ehwal pelajar di Kuliyyah 'itu' dan memaklumkan keadaan adik saya. Katanya perlu diberi pengesahan doktor untuk keadaan adik saya itu. Ok, saya boleh menerima itu. Alasannya- ramai pelajar buat-buat sakit untuk membolehkan cuti diambil. Oh, menyusahkan orang betul pelajar yang buat-buat sakit itu. Menyusahkan orang yang bear-benar sakit.

Saya ke pejabat itu sekali lagi minggu ini, dengan membawa surat pengesahan doktor. Saya hulurkan surat itu kepada seseorang yang saya kira 'somebody' juga di situ. Jawabnya- maaf, permohonan ni tak boleh diproses. Kami tak terima surat klinik. Kami hanya terima pengesahan dari Pakar. Aduh. Tension betul saya, dulu kata lain, then the other person kata lain. Penat betul macam ni. Adik saya dah 2 minggu tak datang ke kelas. Dia benar-benar tak sihat.

So what i've to do? My brother dah absent kelas 2 minggu ni.

Takpe, dapatkan surat pakar dulu, nanti apply semula.

Ok, bila dah dapat surat pakar nanti jangan nak bagi alasan lain pulak. Dan jangan pulak lepas ni datang 'barring letter' ke atau 'warning letter' ke coz adik saya tak datang kelas. Coz saya dah tanya nak buat apa n diorang jawab 'takpe.' Huh marah betul saya.

3
Untuk mengisi borang study leave itu, saya harus berjumpa pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek yang adik saya daftar sem ini. 6 orang semuanya. Terpinga-pinga saya ke Kuliyyah 'itu' mencari bilik pensyarah-pensyarah tersebut. Saya bukan pelajar Kuliyyah 'itu' maka bukanlah mudah untuk saya mencari mereka dikalangan pensyarah yang ramai itu. Ada beberapa nama yang saya tidak jumpa pada direktori nama pensyarah dan bilik mereka yang ditampal di tingkat bawah. Lalu saya pergi ke pejabat 'department' itu untuk bertanya di manakah bilik pensyarah tersebut.

Saya masuk dan berdiri di kaunter. Ada 4 orang staf semuanya. 2 orang sedang rancak berbual kira-kira semeter dari kaunter. Kehadiran saya hanya dipandang sekilas. 2 orang lagi duduk di meja masing-masing, kira-kira 4 meter dari kaunter tempat saya berdiri. Kedua-duanya memandang saya sekilas, lalu meneruskan kerja masing-masing.

Saya memandang mereka, dengan harapan mereka akan datang ke kaunter membantu saya. Tapi sejenak kemudian, mereka masih buat tak peduli.

Apakah mereka ingat kehadiran saya adalah untuk menjadi 'pak pacak' di kaunter tersebut?.

Hingga akhirnya salah seorang yang duduk di meja itu bersuara dari jauh, dengan muka yang serius. "ye, nak apa?"
Wah, nampaknya saya perlu bercakap kuat, seakan memberitahu seisi pejabat itu masalah saya.

Tidak bolehkan datang ke kaunter untuk bertanya dengan baik, "Boleh saya bantu"

Tidak bolehkan senyum sedikit?Perlu keluarkan duitkah untuk memberi secebis senyuman? Jam baru 10 pagi ketika itu. Takkan pagi-pagi dah bad mood?

***
Sungguh hal ini merosakkan mood saya pagi itu. 1) birokrasi. 2) customer service.
Beginikah layaknya wargakerja sebuah universiti yang ada 'islam' pada namanya bekerja? Hati saya yang memang tengah rawan dengan 'masyaqqah' di rumah bertambah rawan dan pedih. Sungguh-sungguh sakit hati. Berjalan dari Kuliyyah 'itu' ke INSTED, saya menangis dalam hati. Sungguh-sungguh saya menangis!

****

Dalam hal ini, saya hargai boss saya ketika saya menjadi part time worker di Mahalllah Asiah-
kak Sham. Beliau sentiasa menasihati pekerjanya supaya menjaga adab dan tatatertib melayan setiap permintaan, aduan,cemuhan,kritikan pelajar di Mahallah. Biarlah segarang manapun pelajar yang datang (selalunya International student suka datang dengan marah-marah dan peluru berapi) . Biarpun nyata pihak kami benar dan pelajar yang salah, terangkan dengan betul dan paling berhikmah.

Dan bukan sekali dua dihujani pelajar begini, namun masih juga prinsip 'customer is right' jadi pegangan. Really respect this people. Amat tinggi sabarnya dan saya sedaya upaya meneladani beliau dalam aspek ini.

***
Sungguh, saya jarang meluahkan kemarahan dalam blog ini. Saya lebih suka jika nadanya sentiasa tenang. Entry kali ini umpama marah-marah sayang. Sungguh, saya harap warga kerja UIA ini akan melazimi prinsip 'islam' dalam gerak kerjanya...

**
Sekian..

nota hati:
Aduh, saya amat sensitif kebelakangan ini. Ya Allah Al-Musta'an, berikanlah tenang, limpahkanlah sabar dan tabah.

Thursday, August 06, 2009

Ahlan Ramadhan.. kami merinduimu..

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

1) Ramadhan kian menghampiri.. Miss Ramadhan so much. Moga Ramadhan yang akan datang membawa sinar, seperti ramadhan-ramadhan yang lalu.. yang selalunya membawa 'semangat' luar biasa dalam perjuangan.

2) Tahniah buat rakan se'Mukmin' Nurul Haida Mohd Salleh dan suaminya Muhammad Syairuz Zamri atas pernikahan mereka minggu lalu. Maaf tak dapat nak datang kerana ada kelas hari sabtu dan ada masyaqqah di rumah. Baarakallahu fiikuma wajama'a bainakuma fi khair. Dari kecik, gelaran Haida dari saya adalah 'anak dara dah besar', kerana itu ucapan saya padanya setiap kali tuba hari lahir Haida - 24 Julai. Tahun ni, pada tarikh tersebut, beliau selamat dinikahkan dengan lelaki yang dicintainya.. So pasni kena tukar nama- Mak Dara lah pulak :-)


3) Mok Ana menantii hari melahirkan si Amjad. Amjad, cepat-cepat tengok dunia.. All COMRADEANS sedang menanti dengan penuh kasih sayang. Buat Ummi dan Abi Amjad, moga dipermudahkan semuanya...

4) 1.2.3.4. 4 hari lagi saya nak gi UPM.. for 'his' day..

5) Moga keadaan di rumah semakin baik. Mak, Abah n adik2.. Berdoa n jangan pernah berhenti berharap.. DIA sedang berbicara dengan kita makna sabar...

Monday, August 03, 2009

permulaan ogos ini....

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1
Setiap hujung minggu, saya pulang ke rumah. Sebab utama, tentulah masyaqqah dan ujian yang menimpa keluarga. Keduanya, saya tiada kelas pada hari isnin. Maka menghabiskan masa di rumah adalah lebih baik untuk meringankan kesakitan dan kepedihan.

2
2 Minggu ini, saya ke Pekan Sehari Temerloh pada hari Ahad. Banyak sungguh buah-buahan tempatan. Memang tengah musimnya. Saya suka Pekan Sehari ini kerana pelbagai kuih muih tradisional dijual. Rasanya- memang asli kerana buatan orang kampung tentunya. Begitu juga dengan hasil tani dan hasil hutan, amat banyak sekali dijual. Sediakan sahaja duitnya. ;-) Saya berkira-kira untuk membeli buah perah rebus dan sesekali terliur melihat buah mencepu. Tapi bila berpatah balik, selera saya dah hilang pulak. Takpela, bila teringin nanti saya ke sana lagi.

3
Isnin minggu lepas, saya ke KLIA, wida' Dr Rahmah dan keluarga ke New Zealand. Suaminya menyambung pelajaran. Beliau lalu mengambil cuti sabbatikal. Dr Rahmah- i love her so much. Bukan sedikit jasanya. Di sebalik ketegasannya, hatinya amat baik. Anak-anak murid yang pernah berkerjasama dengannya pasti akan ingat itu. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab mencungkil bakat saya dalam debat dan 'menerjunkan' diri saya dalam lapangan itu. Selalu memberi galakan dan mempercayai bakat saya. Malah, sering menginspirasikan ketabahan dalam diri kerana sikapnya dan 'kewajaan'nya.

Buat Dr Rahmah, semoga diberkati selalu perjalanan hidup Dr dan keluarga. Budimu bertahkta di hati.

4
Anak saudara baru. Mohd Rafiq namanya. Anak kepada sepupu saya. Kakaknya- Aqilah berusia 5 tahun tapi saiznya seperti kanak-kanak 2 tahun. Bukan ada masalah apa-apa cuma memang dari segi nasabnya keluarga mereka agak kerdil dari segi saiz. Baby yang baru lahir ni pun begitu, comel dan renek juga. Moga membesar menjadi anak yang berjasa dan berguna kepada agama dan negara, Insya Allah.

5
Moga masyaqqah yang menduri mengajar kita erti sabar dan redha. Pasti akan ada hikmah yang tersingkap nanti.

6
My ZFM.. maaf selalu.. masyaqqah yang melingkari itu kekadang membuat diri menjadi amat sensitif... terima kasih kerana sentiasa memahami dan memberi semangat..

Wednesday, July 22, 2009

renungan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Musibah apapun yang menimpa umat Rasulullah, ia dipandang sebagai salah satu dari enam perkara :

Pertama, sebagai ujian keimanan. Allah berfirman dalam al-Quran Surat al-Ankabut ayat 1-2, “Alif Lam Mim. Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan, “Kami beriman”, dan mereka tidak diuji?! Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti akan mengetahui orang-orang yang benar (dengan keimanannya) dan orang-orang yang berdusta”.

Firman Allah dalam Surat Muhammad ayat 31, “Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu”.

Kedua, sebagai upaya meningkatkan derajat keimanan. Semakin tinggi iman seseorang, semakin tinggi pula ujian yang ditimpakan kepadanya. Dalam al-Quran, Hadis dan Sirah Nabawiyah (sejarah nabi) banyak kita temukan kisah musibah yang menimpa para nabi. Nabi Nuh misalnya, selama 950 tahun berdakwah hanya mendapatkan sedikit orang yang beriman, sementara kebanyakan umatnya kufur bahkan memperoloknya (QS. Al-Ankabut ayat 14), Nabi Ibrahim dibakar Raja Namrudz (QS. Al-Anbiya` ayat 57-70), Nabi Ayub yang diuji dengan ludesnya harta dan kematian hampir seluruh anggota keluarganya serta tubuhnya yang dijangkiti banyak penyakit (QS. Shad ayat 41), dan Rasulullah yang diejek dan disakiti orang-orang kafir Makkah, bahkan hendak dibunuh.

Rasulullah pernah ditanya oleh Shahabat Sa’ad bin Abu Waqqash tentang orang yang paling berat

cobaannya, beliau menjawab, “Para nabi. Kemudian orang-orang yang derajatnya dekat dengan para nabi”. (HR. al-Hakim dan al-Thabrani).
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, “Tidaklah seorang muslim terkena duri, atau lebih dari itu, kecuali Allah mengangkat baginya satu derajat, dan menghapuskan darinya satu dosa”. (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Ketiga, sebagai bukti cinta Allah terhadap hamba-Nya. Dalam sebuah Hadis Rasulullah bersabda “Ketika Allah mencintai suatu kaum, Dia mengujinya (dengan memberinya musibah)”. (HR. Ahmad dan al-Thabrani)

Keempat, sebagai tanda bahwa Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang (segolongan kaum), kebaikan ini berbentuk pemberian pahala dan penghapusan dosa yang diberikan Allah bagi orang yang bersabar dalam menjalani musibah.

Dan sabdanya yang lain, “Umatku umat yang dirahmati, di mana tidak ada atas mereka siksaan di akhirat. Siksaan mereka di dunia berupa bencana, gempa dan pembunuhan”. (HR. Abu Dawud)

Dan dalam sebuah Hadis yang dari Ummul Mukminin Aisyah, bahwasanya Rasulullah bersabda, “Ketika dosa seorang hamba sudah sedemikian banyak, dan tidak ada sesuatupun yang dapat menghapusnya, maka Allah mengujinya dengan kesusahan agar dosanya terhapuskan”. (HR. al-Bazzar)

Dalam sebuah Hadis Rasulullah bersabda, “Ketika Allah menghendaki kebaikan bagi hambanya, Dia mengujinya dengan bala (musibah). Dan ketika Allah menguji hambanya, Dia memberatkannya”. Saat para sahabat bertanya maksud dari memberatkannya”, Rasulullah bersabda, “Allah tidak meninggalkan baginya keluarga dan harta”. (HR. al-Thabrani)

Kelima, sebagai teguran atau peringatan. Dalam sebuah Hadis Rasulullah bersabda, “Tidak ada seorangpun dari kalian melanggar ketentuan (Agama) kemudian disegerakan siksaannya (sebagai hukuman), kecuali siksa itu menjadi kafarah (penebus dosanya). Dan siapa yang siksanya diakhirkan, maka urusannya dikembalikan kepada Allah; Kalau Allah menghendaki, Dia merahmatinya (mengampuni kesalahannya). Dan kalau Dia menghendaki, Dia akan menyiksanya” . (HR. Ibn Hibban)

Dalam sebuah Hadis yang yang lain Rasulullah bersabda, “Ketika Allah menghendaki kebaikan bagi hamba-Nya, maka disegerakan baginya hukuman (di dunia ini) atas dosanya. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada hamba-Nya, Dia tahan hukuman dosanya di dunia, sehingga disiksa-Nya pada hari Kiamat.” (HR. al-Hakim)

Keenam, sebagai siksa Allah di dunia. Dalam al-Qur`an Allah menjelaskan bahwa ketika kemaksiatan dan kejahatan merajalela, dan tidak ada orang yang mencoba melakukan amar makruf nahi munkar, maka siksa Allah (musibah) akan menimpa mereka secara keseluruhan, “Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang zalim saja di antara kalian. Ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksa-Nya.” (QS. al-Anfal ayat 25)

Dalam sebuah Hadis Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang melihat orang yang zhalim kemudian mereka tidak mengubahnya, maka hampir-hampir Allah meratakan mereka dengan siksaan dari-Nya”. (HR. Abu Dawud)

Dan sabdanya yang lain, “Demi Dzat yang menguasai diriku, sungguh kamu akan menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang munkar, atau kamu akan dikirimkan siksa dari Allah, kemudian kamu berdoa kepada-Nya dan tidak dikabulkan” (HR. al-Tirmidzi)

Semoga Allah memasukkan kita dalam golongan hamba-hambanya yang senantiasa bertaqwa dan bersabar menghadapi segala musibah.

[NOTA USRAH BULANAN: MALAYSIAN ISLAMIC STUDY GROUP (MISG) ABIM UK-EIRE]


dipetik di sini

bersedialah untuk diuji

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Dan Kami pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillah wa inna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami kembali)”. (QS. al-Baqarah ayat 155-156)



Ini bukan kali pertama. Malah sudah sekian kalinya. Saya yang melihat merasa gundah, apatah lagi dia yang menggendongnya di dalam rahim sembilan bulan lamanya. Saya tahu betapa remuk hati dia.

Namun siapalah kita untuk menolak ujian ini. Sebagai hamba, kita sentiasa layak untuk diuji. Sebagai hamba, DIA tidak menjanjikan dunia ini bukan untuk bersenang-senang, tiap yang berlaku adalah ujian, adalah dugaan untuk kita yang bergelar hamba.

Justeru, berdoalah, DIA ingin melihat keikhlasan kita menadah tangan. DIA ingin menguji puncak tawakkal kita yang bergelar hamba. Teruskan berdoa, tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Usah diratai musibah sebaliknya dekatlah terus dengan DIA, bukankah tiap musibah itu dari DIA? Maka kita kembalilah kepada DIA.. disamping usaha dan ikhtiar yang berterusan..

Sabarlah duhai bonda..
sabarlah duhai ayahanda..
dugaan ini untuk menguji keimanan dan kesabaran kita..

***

Di tengah masayqqah yang datang bersama kesakitan di segenap sudut.. sujud dan rukukku terasa amat berharga.. Ya Al-Musta'aan.. hanya padaMU pengharapan.. selesaikanlah kesukaran.. teguhkanlah keimanan.. kejapkanlah kesabaran.. kuatkanlah pengharapan kami padaMU..

Saturday, July 11, 2009

bicara dengan awan

I

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi Sabtu yang mendung..
Saya berjalan menuju ke kelas..
Awan makin sarat kandungannya..rintik2 mula turun sebaik saya melalui laluan yang tidak berbumbung Mahallah Ameenah.. Perjalanan masih jauh.. kalau hujan turun akan basah kuyuplah saya sebelum tiba ke kelas..
"Awan, sabarlah.. sungguhpun kandunganmu amat sarat, jangan muntahkannya lagi.. Kasihanilah aku, hamba Allah yang berpagi-pagian untuk menuntut ilmu ini..
Ya Allah, bantulah hambaMU ini..."

Alhamdulillah.. dengan izinNYA..rintik-rintik yang mulai turun tadi berhenti.. Sampai di kelas, kelas masih sunyi sepi. Jam dikerling. 8.25 pagi. Selalunya kawan-kawan lain dah ada. Saya mengeluarkan jadual.

Masya Allah, kelas bermula jam 9.00pg rupanya..saya tersilap melihat jadual.. Sementelahan masa masih banyak dan sayapun belum bersarapan, laju saya menuju ke HS Cafe.. Kita minum dulu.. ;-)


Kelas bermula, patutlah kelas ini terpaksa diadakan pada hari sabtu! Pensyarahnya merupakan seorang kakitangan Kementerian Pelajaran. Saya terpesona. Dia sangat cantik dan sangat awet muda. Subhanallah. (saya jarang memuji kecuali saya rasa ia benar2 layak dipuji). Sungguh tak sangka umurnya sudah 47 dan anaknya yang sulung sudah berusia 19 tahun. Saya juga suka mendengar nasihat dan celotehnya. Ada banyak motivasi dan inspirasi. Saya akan terhibur dan pasti bersemangat untuk menghadiri kelas pada hari Sabtu- saat orang lain bercuti..

****
Ini kisah semalam.. Kak Sham- Boss saya sewaktu saya kerja di Ofis Mahallah Asiah mengajak saya dan staff Ofis Asiah yang lain ke Taman Melawati.. dia belanja makan.. sebenarnya saya sedang menghabiskan suapan nasi terakhir ketika dia mengajak.. tapi beria-ia K.Sham mengajak so untuk tidak menghampakan, saya penuhi juga ajakannya.. Di sana- saya pulak yang makan banyak dari orang lain yang tak makan apa-apa.. owh.. scary jugak.. ;-)

Gendang gendut tali kecapi..kenyang perut senang hati
7 of us.. Kak Sham @ Mummy berdiri di tengah..
Thank you Mummy!


*****Saya dah lama tak 'menjelajah' ceruk UIA ni.. hampir 6 bulan saya tinggalkan.. tadi, melalui jalan berhampiran bangunan utama berdekatan tangga besar yang digelar 'tangga Firaun' @ 'tangga Kasih-kekasih' tu.. saya terperasan ada perubahan pada lansdkap taman di situ.. Ada air terjun dan kolam mini! Cantik juga. Di tengah kepanasan diterik mentari, bunyi air jatuh- walaupun tak seberapa kuat tetap medamaikan jiwa.. Oh UIA.. saya akan terus di bumimu sekurang-kurangnya sehingga April depan.. Moga saya tidak jemu. Moga saya tidak bosan. Moga saya terus kuat dan tabah merintis jalan menjadi seorang murabbi. Ya Allah, dalam rasa keterasingan ini, cukuplah Engkau bagiku.. Allahumma Yassir!

Thursday, July 09, 2009

Suhanallah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa terbaik untukku, agamaku,akhiratku dan duniaku...

Lalu Engkau 'menjawab' doa itu dengan 'bahasa'Mu yang amat indah sekali..

Maha Suci Engkau Ya Allah..
Redhalah aku dengan tiap ketentuanMU