Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 03, 2009

permulaan ogos ini....

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1
Setiap hujung minggu, saya pulang ke rumah. Sebab utama, tentulah masyaqqah dan ujian yang menimpa keluarga. Keduanya, saya tiada kelas pada hari isnin. Maka menghabiskan masa di rumah adalah lebih baik untuk meringankan kesakitan dan kepedihan.

2
2 Minggu ini, saya ke Pekan Sehari Temerloh pada hari Ahad. Banyak sungguh buah-buahan tempatan. Memang tengah musimnya. Saya suka Pekan Sehari ini kerana pelbagai kuih muih tradisional dijual. Rasanya- memang asli kerana buatan orang kampung tentunya. Begitu juga dengan hasil tani dan hasil hutan, amat banyak sekali dijual. Sediakan sahaja duitnya. ;-) Saya berkira-kira untuk membeli buah perah rebus dan sesekali terliur melihat buah mencepu. Tapi bila berpatah balik, selera saya dah hilang pulak. Takpela, bila teringin nanti saya ke sana lagi.

3
Isnin minggu lepas, saya ke KLIA, wida' Dr Rahmah dan keluarga ke New Zealand. Suaminya menyambung pelajaran. Beliau lalu mengambil cuti sabbatikal. Dr Rahmah- i love her so much. Bukan sedikit jasanya. Di sebalik ketegasannya, hatinya amat baik. Anak-anak murid yang pernah berkerjasama dengannya pasti akan ingat itu. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab mencungkil bakat saya dalam debat dan 'menerjunkan' diri saya dalam lapangan itu. Selalu memberi galakan dan mempercayai bakat saya. Malah, sering menginspirasikan ketabahan dalam diri kerana sikapnya dan 'kewajaan'nya.

Buat Dr Rahmah, semoga diberkati selalu perjalanan hidup Dr dan keluarga. Budimu bertahkta di hati.

4
Anak saudara baru. Mohd Rafiq namanya. Anak kepada sepupu saya. Kakaknya- Aqilah berusia 5 tahun tapi saiznya seperti kanak-kanak 2 tahun. Bukan ada masalah apa-apa cuma memang dari segi nasabnya keluarga mereka agak kerdil dari segi saiz. Baby yang baru lahir ni pun begitu, comel dan renek juga. Moga membesar menjadi anak yang berjasa dan berguna kepada agama dan negara, Insya Allah.

5
Moga masyaqqah yang menduri mengajar kita erti sabar dan redha. Pasti akan ada hikmah yang tersingkap nanti.

6
My ZFM.. maaf selalu.. masyaqqah yang melingkari itu kekadang membuat diri menjadi amat sensitif... terima kasih kerana sentiasa memahami dan memberi semangat..

No comments: