بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1
Adik saya mengalami masalah kesihatan. Mohon didoakan.
2
Kerana masalah tadi, tidak mungkin dia dapat meneruskan pengajiannya sem ini. bagi pihak adik, saya menguruskan permohonan study leave nya untuk sem ini kerana keadaan kesihatannya tidak memungkinkan dia melakukannya sendiri. Saya berjumpa Timbalan Dekan Hal Ehwal pelajar di Kuliyyah 'itu' dan memaklumkan keadaan adik saya. Katanya perlu diberi pengesahan doktor untuk keadaan adik saya itu. Ok, saya boleh menerima itu. Alasannya- ramai pelajar buat-buat sakit untuk membolehkan cuti diambil. Oh, menyusahkan orang betul pelajar yang buat-buat sakit itu. Menyusahkan orang yang bear-benar sakit.
Saya ke pejabat itu sekali lagi minggu ini, dengan membawa surat pengesahan doktor. Saya hulurkan surat itu kepada seseorang yang saya kira 'somebody' juga di situ. Jawabnya- maaf, permohonan ni tak boleh diproses. Kami tak terima surat klinik. Kami hanya terima pengesahan dari Pakar. Aduh. Tension betul saya, dulu kata lain, then the other person kata lain. Penat betul macam ni. Adik saya dah 2 minggu tak datang ke kelas. Dia benar-benar tak sihat.
So what i've to do? My brother dah absent kelas 2 minggu ni.
Takpe, dapatkan surat pakar dulu, nanti apply semula.
Ok, bila dah dapat surat pakar nanti jangan nak bagi alasan lain pulak. Dan jangan pulak lepas ni datang 'barring letter' ke atau 'warning letter' ke coz adik saya tak datang kelas. Coz saya dah tanya nak buat apa n diorang jawab 'takpe.' Huh marah betul saya.
3
Untuk mengisi borang study leave itu, saya harus berjumpa pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek yang adik saya daftar sem ini. 6 orang semuanya. Terpinga-pinga saya ke Kuliyyah 'itu' mencari bilik pensyarah-pensyarah tersebut. Saya bukan pelajar Kuliyyah 'itu' maka bukanlah mudah untuk saya mencari mereka dikalangan pensyarah yang ramai itu. Ada beberapa nama yang saya tidak jumpa pada direktori nama pensyarah dan bilik mereka yang ditampal di tingkat bawah. Lalu saya pergi ke pejabat 'department' itu untuk bertanya di manakah bilik pensyarah tersebut.
Saya masuk dan berdiri di kaunter. Ada 4 orang staf semuanya. 2 orang sedang rancak berbual kira-kira semeter dari kaunter. Kehadiran saya hanya dipandang sekilas. 2 orang lagi duduk di meja masing-masing, kira-kira 4 meter dari kaunter tempat saya berdiri. Kedua-duanya memandang saya sekilas, lalu meneruskan kerja masing-masing.
Saya memandang mereka, dengan harapan mereka akan datang ke kaunter membantu saya. Tapi sejenak kemudian, mereka masih buat tak peduli.
Apakah mereka ingat kehadiran saya adalah untuk menjadi 'pak pacak' di kaunter tersebut?.
Hingga akhirnya salah seorang yang duduk di meja itu bersuara dari jauh, dengan muka yang serius. "ye, nak apa?"
Wah, nampaknya saya perlu bercakap kuat, seakan memberitahu seisi pejabat itu masalah saya.
Tidak bolehkan datang ke kaunter untuk bertanya dengan baik, "Boleh saya bantu"
Tidak bolehkan senyum sedikit?Perlu keluarkan duitkah untuk memberi secebis senyuman? Jam baru 10 pagi ketika itu. Takkan pagi-pagi dah bad mood?
***
Sungguh hal ini merosakkan mood saya pagi itu. 1) birokrasi. 2) customer service.
Beginikah layaknya wargakerja sebuah universiti yang ada 'islam' pada namanya bekerja? Hati saya yang memang tengah rawan dengan 'masyaqqah' di rumah bertambah rawan dan pedih. Sungguh-sungguh sakit hati. Berjalan dari Kuliyyah 'itu' ke INSTED, saya menangis dalam hati. Sungguh-sungguh saya menangis!
****
Dalam hal ini, saya hargai boss saya ketika saya menjadi part time worker di Mahalllah Asiah-
kak Sham. Beliau sentiasa menasihati pekerjanya supaya menjaga adab dan tatatertib melayan setiap permintaan, aduan,cemuhan,kritikan pelajar di Mahallah. Biarlah segarang manapun pelajar yang datang (selalunya International student suka datang dengan marah-marah dan peluru berapi) . Biarpun nyata pihak kami benar dan pelajar yang salah, terangkan dengan betul dan paling berhikmah.
Dan bukan sekali dua dihujani pelajar begini, namun masih juga prinsip 'customer is right' jadi pegangan. Really respect this people. Amat tinggi sabarnya dan saya sedaya upaya meneladani beliau dalam aspek ini.
***
Sungguh, saya jarang meluahkan kemarahan dalam blog ini. Saya lebih suka jika nadanya sentiasa tenang. Entry kali ini umpama marah-marah sayang. Sungguh, saya harap warga kerja UIA ini akan melazimi prinsip 'islam' dalam gerak kerjanya...
**
Sekian..
nota hati:
Aduh, saya amat sensitif kebelakangan ini. Ya Allah Al-Musta'an, berikanlah tenang, limpahkanlah sabar dan tabah.
3 comments:
salam ziarah..
ALLAHyusahhillaki fi kulli halin ya ukht,menjiwai peranan,menepati pesanan janji dan saranan..barakALLAHufik!!
me to miera
syukran ya ukhti..
DEmi masa...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali orang yang beriman dan beramal soleh...BEPESAN-PESAN dengan KEBENARAN..BERPESAN-PESAN dengan KESABARAN
Assalamu'alaikum,
Semoga ALlah berikan SABAR dalam hati adik, keluarga dan dirimu.
Dia Maha Tahu..
Post a Comment