Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 31, 2008

imbasan 2008

Trip ke Kuala Mu bersama ABIM

bersama Pak Samad di Book Fair

My Family during Hari Raya..




Kem BA persediaan Timur Tengah (anak Selangor)


Debat ASEAN- Kenangan selaku jurulatih UiTM bersama para pendebat



Cuti-cuti Malaysia bersama sahabat tersayang- Cameron Highlands


Iflah Camp- kenangan bersama sebahagian peserta (i was speaker for one of the slot)



Mmm.. what were you doing there? (",)



baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hidup ini.. adakalanya kita berhadapan dengan pelbagai cabang untuk kita pilih
Dan kita perlu memilih..
Keputusan yang tepat membawa gembira
Keputusan yang tepat mengundang bahagia
Keputusan yang tepat hadir dariNYA
Jika tawakkal dan yakin beraja

**
2 plan terdahulu dibatalkan. Mungkin ini yang terbaik. PadaNYA diserah segala.
Namun ke mana dan di mana, biarlah rahsia buat ketika ini. Saya masih menyusun langkah untuk mengorak tahun baru yang diharapkan lebih mengundang makna dalam hidup.

**

Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi. Moga diampunkan dosa terdahulu dan akan datang. MOga diberikan kebaikan yang terdahulu dan akan datang.

**
Selamat berkhidmat mencurahkan bakti buat anak bangsa..
BUat sahabat-sahabat yang ditugaskan ke Sarawak@ Sabah
teristimewa buat kembarku yang ditugaskan di Sabah (Fatin)
dan sahabat sejati yang ditugaskan di Mukah,Sarawak (Fatimah)
Moga dipermudahkan tiap urusan kalian.

**

Saturday, December 27, 2008

Bukakanlah pintu kemenangan dan ketenangan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

AL-FATH (ayat 1-5)..

“1. Sesungguhnya kami Telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata[1393],
2. Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang Telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,
3. Dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang Kuat (banyak).
4. Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada). dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana,
5. Supaya dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi Allah,

[1393] menurut pendapat sebagian ahli tafsir yang dimaksud dengan kemenangan itu ialah kemenangan penaklukan Mekah, dan ada yang mengatakan penaklukan negeri Rum dan ada pula yang mengatakan perdamaian Hudaibiyah. tetapi kebanyakan ahli tafsir berpendapat bahwa yang dimaksud di sini ialah perdamaian Hudaibiyah.
[1394] yang dimaksud dengan tentara langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya,”

Bila saya sedih, saya selalu membaca surah ini. Surah Al-Fath. Diriwayatkan bahawa Surah ini diturunkan sempena kemenangan Pembukaan Kota Mekah.

Jika saya sedang sedih, saya melantunkan ayat-ayat surah ini dengan peuh penghayatan. Pasti di hujungnya, air mata saya membasahi mushaf.

Sambil membaca, saya berdoa di dalam hati supaya saya juga diberi kemenangan.
Supaya dibukakan pintu-pintu kemenangan dan dipermudahkan tiap kesulitan.
Saya memohon diampunkan dosa-dosa saya yang lalu dan yang akan datang, serta moga DIA memberi nikmat kepada saya disertai dengan pimpinanNYA dalam meladeni kehidupan. Saya memohon supaya saya diberi ketenangan.
Dan saya memohon ketenangan itu akan menjadikan saya lebih hampir dengan DIA.
Saya berdoa dijadikan saya antara penghuni syurgaNYA..

Ya.. saya sedang bersedih.. .
Ya Allah, permudahkanlah yang sulit.
ALLAHU AL-MUSTA’AN

**
Kerana manusia itu alpa
Saat derita mengaku hamba

Kerana manusia itu alpa
Saat gembira terlupa Pencipta

Thursday, December 25, 2008

TERBAIK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ingat entry lalu? Perancangan saya untuk 2009.. namun ternyata bagi tiap perancangan kita, hanya perancangan DIA yang terbaik.. dan untuk itu, dengan doa restu ayahbonda, sokongan dan dorongan kaum keluarga,sahabat handai dan insan-insan disayangi, saya bakal melangkah ke alam yang baru.
***
5 tahun belajar di IPT, menggali segala macam teori, kini saya bakal melangkah ke alam sebenar, amali ilmu yang dipelajari selama ini.. Ya, mugkin keputusan ini mengejutkan ramai pihak.. Plan A hidup saya saya nukilkan di sini, dalam entry terdahulu,namun nyata nampaknya Plan B yang saya sembunyikan selama ini lebih berhasil. Saya meyakini DIA menjanjikan sesuatu untuk jalan ini.
****
Tentu ada yang bertanya, tidakkah ini satu kerugian, saya seolah berundur setapak ke belakang. Maka saya ingin luahkan, saya sama sekali tidak melihat ia sebagai satu kerugian, untuk mencapai jaya ada banyak jalan, dan saya melihat ini antara jalannya. Biar saya akan bermula atau sampai agak lambat ke destinasinya namun saya ingin 'sampai'nya saya ke sana nanti dengan ilmu yang penuh di dada, bukan sekadar teori tetapi juga pengalaman dan segala ragamnya. Beri saya 5 tahun ini untuk saya buktikan, Insya ALlah.Menjejak kaki ke lapangan sebenar, bergaul dengan suasana sebenar bidang ini, biar bermula pada bawah, saya meyakini jiwa-jiwa yang dahaga itu ingin saya sirami dengan ilmu. Dan saya yakini jua ada 1001 pengalaman yang menunggu untuk saya harungi.
****
Hari-hari saya di bumi UIA semakin perlahan, perlahan yang saya rasai kerana saya akan meninggalkan Taman Ilmu dan Budi ini, setelah 5 tahun bermukim di sini. Tesis tetap akan saya siapkan sebelum MAC. Itu tekad. Cuma lokasinya bukan bertumpu di sini. Dan tumpuan saya kelak bukan bertumpu pada tesis ini, tetapi kepada beberapa tugas lain yang juga bakal saya galasi.
***
Dan bukankah dari dulu, saya telah dididik oleh pengalaman hidup- didikan DIA dalam tiap susur galur kehidupan supaya sentiasa bersedia menggalas banyak tanggungjawab dalam satu masa dan menyempurnakannya sebaik mungkin? Dan bukankah selama ini, kesibukan itulah yang mendidik saya? Dan bukankah selama ini tanggungjawab-tanggungjawab serentak yang melingkari itulah menjadi pemacu langkah saya agar lebih berjaya?
***
Kini laluan yang sama saya lalui lagi, menjelang usia ke 25 ini, saya yakin saya mampu melakukannya. Dan saya sentiasa percaya, jika niat kerana DIA, tiap yang dilakukan pasti ada jaya,ada cahaya.
*****
Hari-hari terakhir di UIA...
Ada kelapangan saya akan muat turun beberapa gambar nostalgia. Saya pasti rindukan Taman Ilmu dan Budi. Jatuh bangun dan perit getir, ia tetap di hati saya, cinta dan sayang saya untuknya bukan sedikit. Malah di sini saya punya ukhwah yang sentiasa hangat dan mesra. Namun jika ditakdirkan dengan izinNYA kembara ilmu saya bersambung lagi (insya Allah), saya mungkin tidak akan ke sini. .
***
*hari-hari yang agak melankolik.. kuatkan hati, saya keluar dengan penuh pengharapan.ilmu yang dituai sudah tiba masanya untuk disebarkan ke pelusuk alam, hatta ke kawasan pedalaman, nun di pinggir Negeri Pahang, berhampiran Gunung Seyum yang megah mengukir senyuman, ada jiwa-jiwa yang dahagakan mutiara ilmu menanti saya. Moga di sana nanti, saya jua akan sentiasa tersenyum, dalam suka dan dalam duka. Kerana saya meyakini- ALLAHU AL-MUSTA'AN*

Wednesday, December 24, 2008

seberang laut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya ingin bercerita panjang tentang reunion.. tetapi banyak kata-kata saya telah hilang.. nanti saya akan update tentang itu beserta gambar sekali. Tidak lupa gambar musafir saya ke Kelantan sempena walimah Hafizah sahabat baik saya.

Selamat berjuang menjadi pendidik rabbani buat 2 sahabat baik saya.

Fatimah (sahabat saya sejak di Mukmin)-(KPLI Sains) yang ditugaskan di Sarawak.
Fatin Sabiqah (kembar saya dalam COMRADE) -(DPLI Pendidikan Islam)- yang ditugaskan di Sabah.

Entah mengapa tiba-tiba saya rasa sedih, seperti ada ruang yang akan dibawa pergi bersama mereka. Tentu itu ruang rindu seorang sahabat. Indahnya ukhwah ini yang telah merimbun di hati.

Dekat kita sama berkasih
Jauh kita sama merindu


Namun perjuangan ini jangan berhenti
di sana jiwa yang dahaga menanti
jalan ini- menjanjikan syurga abadi
SELAMAT BERJUANG SAHABAT!



Friday, December 19, 2008

hujung minggu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum buat semua.. semoga sejahtera semuanya...
Kesihatan saya tidak baik sejak kebelakangan ini. Demam + selsema + batuk yang masih belum sembuh sepenuhnya..

Esok akan ke Teratak Hijjaz di Sg Merab, Bangi untuk reunion COMRADE. Teruja untuk berjumpa dengan kawan-kawan dan senior-senior yang akan datang dengan suami/isteri/anak masing-masing...

saya dilantik sebagai PC (program coordinator) hmm nampaknya dari dulu sampai sekarang muka saya selalu jadi muka PC..


Till then, selamat berhujung minggu dengan penuh kesyukuran..

Allahu Al-Musta'an,,

Tuesday, December 16, 2008

baru ;-)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya menulis entry ini dari bilik baru. Ya, saya telah berpindah ke bilik baru. Setelah 3 semester di bilik itu, saya memilih untuk berhijrah.Sebabnya:-

1) mencari suasana baru untuk semester terakhir, untuk menyiakan tesis. Saya sukakan bilik baru ini, jari jendela saya dapat menatap langit, menghirup udara segar dan menghidu aroma dedaun. Ada masa saya akan tunjukkan gambar dari jendela ini. Subhanallah.

2) bilik baru ini dalam linkungan network wireless uia. Bilik lama agak tersorok dan di luar lingkungan kawasan.

3) Bilik lama- jendela menghadap ke laluan pelajar lelaki menuju ke kolej elit- Mahallah Ruqayyah. Maka jendela itu saya tutup. Amat tidak selesa kerana laluan lalu lalang pelajar lelaki. Maka dalam erti kata lain- saya terkurung. Bilik baru ini- jendelanya mengadap zon 'larangan' lelaki. Maka saya lebih bebas di bilik sendiri, bisa membuka jendela seluasnya dan menjamu mata dengan ciptaan Ilahi yang amat cantik.

4) Niat bertukar bilik dari sem lepas lagi namun ada perjanjian dengan teman sebilik, supaya tidak tinggalkan dia. Kalau nak tukar kena tukar sama-sama. Saya patuh pada janji. Alih-alih jodohnya sampai dan berkahwin sebelum Aidiladha lalu. Maka saya yang ditinggalkan. Jadi, perjanjian dikira terbatal. Saya pun harus mulakan hijrah ini.

Sudah mula angkat barang sikit-sikit. Dari level 1 (bilik lama) saya ke level 2. Tidaklah terlalu penat memanjat tangga memunggah barang-barang. Namun setelah dihimpun segala barang, kelelahan melihat barang-barang saya yang amat banyak, terutama buku-buku. Jumlahnya lebih dari 100 buah! Pelbagai jenis buku sedangkan saya baru 3 semester di sini. Akan dibawa berpindah ke bilik baru sedikit demi sedikit kerana saya diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan bilik lama.

Bilik baru, suasana baru, dan tahun baru, usia juga akan bertambah lagi, meningkat ke umur yang baru. Mudah-mudahan tahun mendatang ini akan lebih bermakna dan moga-moga DIA mempermudahkan tiap urusan.

Tahun baru mendatang, beberapa sasaran:

1) Siapkan tesis menjelang MAC. Ini keutamaan awal tahun. Allahumma Yassir
2) Dapatkan kerja tetap, Ya ArRAzzaq, mudahkanlah.
3) Beli kereta (selepas kerja, Insya Allah)
4) Simpan duit bila dah kerja nanti, Aidiladha akan datang nak jalani korban,Insya Allah
5) Tukar status???- mm.. naik ke satu tahap lagi secara rasmi.(insya Allah ni agenda tengah/ujung tahun) If 'orang' tu dah sedia tukar status terus pun ok je. Tapi bergantung pada banyak keadaan. "jangan terburu-buru, tapi jangan bertangguh-tangguh" (memetik kata saifulislam. (moga dimurahkan rezeki..biiznillah)


Apapun, kita hanya merancang sedangkan DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Dalam tiap jalan, moga-moga DIA setiasa memberi petunjuk yang terbaik. ALLAHU AL-MUSTA'AN..

Friday, December 05, 2008

tidak sejernih kopiahnya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Lanjutan dari Royal Debate 2008 (kata orang, rumah dah siap namun pahat masih berbunyi)..
Adalah seorang hamba Allah, sengaja meng 'google' tentang debat Diraja 2008. Maka terjumpalah 1 blog -seorang hamba Allah yang merupakan seorang pendebat UM. Dalam blog tersebut hamba ini meluahkan betapa tidak puas hatinya dia dengan isu 'muwallad' yang akhirnya menyebabkan UM menarik diri dari pertandingan (boikot mungkin?)
Al-kisahnya, team A UM termasuk 2 orang muwallad (lahir di Mekah). Maka dalam perlembagaan MADUM (tak silap termaktub sejak Debat ASEAN kali ke2) muwallad ini dikategorikan sebagai native speaker (Penutur jati Arab) dan kategorinya berbeza dengan penutur bahasa Arab sebagai Bahasa kedua.
Dalam pertandingan royal kali ini, dibenarkan seorang penutur jati Arab @ muwallad menganggotai setiap team. Seorang sahaja. Maka pada Royal kali ini (mungkin UM tersilap pandang undang-undang tersebut- wallahu a'lam) team A UM dianggotai oleh 2 muwalladah. Maka penyertaan mereka dibantah. Lalu penganjur memberi kelonggaran supaya seorang muwalladah tadi dimasukkan ke team B. Namun UM akhirnya mengambil keputusan untuk menarik diri dari kejohanan.
Habis satu kisah. Namun yang diceritakan dalam blog 'hamba Allah' tadi pula adalah sebaliknya. Banyak cerita yang diputar belit. Itu tidak mengapa lagi, lebih dikesalkan bahasa yang digunakan amat tidak bersopan. Pensyarah dan pendebat UIA dimaki. Tidak cukup itu, 'hamba Allah' ini tadi meletakkan gambarnya tanpa segan silu dengan isyarat lucah yang ditujukan kepada UIA. Amat tidak bermoral.
Itu satu kisah. BIla saya sendiri melihat blog tersebut, kejutan lebih besar. Perasaan marah saya bertukar menjadi kasihan kepada 'hamba Allah' ini. Dalam blog tersebut, 'hamba Allah' ini tanpa segan silu memaparkan dirinya sebagai lelaki yang meminati kaum sejenis. Nauzubillah. BUkan sahaja blognya yang dipenuhi link ke laman sosial mahkluk bergelara g*y, tetapi juga luahan cintanya kepada insan-insan yang digelarnya sebagai bekas kekasih yang semuanya adalah lelaki! Membacanya, saya beristighfar banyak kali kerana bukan sekadar entry malah tanpa segan silu meletakkan gambar sendiri, menunjukkan identiti. Tiada perasaan malukah dia? Benarlah sabda junjungan:
"jika kamu tidak ada perasaan malu maka buatlah sesuka hati kamu"
Hakikatnya, pelajar itu (berdasarkan latar belakang pendidikan yang ditulis di blog tersebut) adalah pelajar sekolah agama yang kemudiannya mengambil STAM. Lalu menyambung pengajian dalam bidang bahasa Arab di UM. Lalu kita kadang-kadang tertanya, 'agama' yang 'dipakai' dan dibawa sejak sekolah hingga ke pengajian tinggi umpama debuan, dipelajari tapi berserakan di mana-mana. Iman begitu rapuh. Lantas di manakah 'agama' kita sebenarnya?
Sesungguhnya, hari ini susah sekali mencari 'agama' itu. Kerana tempatnya di hati, tempatnya amat sukar dinilai, tidak sejernih kopiah yang dipakai. (Sekadar perumpamaan,memetik komen seseorang kepada 'hamba Allah' tadi. Saya tidak sama sekali memperkecilkan orang yang memakai kopiah)
Berkali-kali saya memikirkan hal ini, saya amat kasihan pada si hamba Allah ini, yang terperangkap dalam dunia yang sesat, yang dia tahu memang dunia itu amat sesat. Moga-moga Allah memberinya petunjuk.
nota: alamat blog tersebut adalah lebih baik dirahsiakan.
**
1
Saya akan pulang ke kampung petang ini untuk berhari raya di laman ayahbonda.
SALAM AIDILADHA
moga kita sama-sama menghayati erti pengorbanan.
2
akan bermusafir ke negeri Cik Siti Wan Kembang pada hari raya kedua untuk menghadiri walimah sahabat baikku-hafizah.
3
Kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya,Batuk2 yang tidak surut. Malam tadi seekor kucing datang ke bilik ingin menemankan saya. Duduk diriba sambil menggeselkan kepalanya. Berkali dihalau tidak mahu keluar. Kasihan pula. Maka biarlah si kucing temankan saya, saya pun cuma sendirian di bilik. Natijahnya, menjelang malam batuk saya semakin teruk gara-gara bulu kucing.. Allahu as-Syaafi..
****kenapa ya? perenggan tak menjadi.. berderet habis semua tanpa perenggan,,

Wednesday, December 03, 2008

biarlah gambar berbicara...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Entry kali ini- biarlah gambar yang berbicara...


Majlis perkahwinan Ikmal Azwar-sahabat saya di Mukmin. Dalam kesibukan menjadi juri debat diraja (bahasa Arab), saya sempat 'melarikan diri' pada hari Sabtu (29hb nov) untuk menghadiri majlis ini yang berlangsung di Dewan Tun Razak Temerloh.Usai majlis makan, nama saya,Fatimah dan Fairuza diumumkan supaya memberi ucapan kepada pengantin. Saya memberi ucapan ringkas. Fatimah dan Fairuza pula'mengelat'. Tak aci sungguh! Azwar (pengantin lelaki) kini bertugas di SYABAS , sementara isterinya bertugas dengan MIDA di Switzerland. Moga bahagia hingga ke syurga!



Antara warga Mukmin yang ditemui di majlis tersebut- dari kiri- Syafiah Hanisah (kini menuntut di Al-Azhar,Mesir) Nawwar (kini sedang menjalani praktikal), Erry (baru melapor diri sebagai Majistret di Istana Kehakiman- graduan undang-undang UIAM), Farhan (ni batch adik saya), Ustaz Aris (guru kami di Mukmin dulu, kini pegawai JAIP) Fatimah (bakal guru KPLI yang sedang menunggu posting awal tahun depan-graduanUKM), Fairuza (Akauntan di Kementerian Pelajaran-graduan UKM), dan saya.



EFFA- 3 sahabat baik -saya, Fairuza dan Fatimah Usia persahabatan yang mencecah 17 tahun bersama Ustaz Aris dan Ustazah Hamdah serta putera puteri mereka.Lama tak jumpa Ust dan Ustazah,dah besarpun anak-anak mereka. Ustazah Hamdah ibu angkat kami di Mukmin. Jika Pak Balia menjadi pendorong Ikal dan Arai mengembara menuntut ilmu hingga ke Sorbonne (Sang Pemimpi), Ust Aris adalah insan yang banyak mendorong saya dan biiznillah menjadikan saya jatuh cinta dengan bahasa Arab.




JUri debat Bahasa Arab.. yang perempuan cuma kami ber7.. selainnya adalah lelaki.. Gambar di bawah ni, saya bersama Ustazah Khairiah (KISAS), Ustazah Ummu Hani (UKM) dan 2 sahabat Alumni UIAM. DEngan kenalan baru (k.Khairiah dan K.Ummu Hani), kami menjadi rapat walaupun baru kenal. Memang sekepala. Moga ukhuwwah ini berkekalan.



Final debat diraja kategori bahasa Arab-UIA1 menentang UIA2. Hebat dan panas.
Johan DEbat diRaja-Bahasa Arab-UIA1. Tahniah buat semua, termasuk para jurulatih dan pengurus pasukan yang bertungkus lumus.(waktu berita di TV1, ada laporan majlis penutup ini, kata seorang kawan,wajah saya muncul di kaca TV,(maklumlah, duduk saf depan)


Pendebat Terbaik perlawanan akhir- Salman. Tahniah dik, seperti komen beberapa juri - Salman 1 dalam sejuta. Moga terus sukses dan teruskan tawadhuk itu.