Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kesihatan saya tidak berapa baik.. makanya saya tidak jadi ke Putrajaya. Sebagai ganti- tidur marathon. Sungguh-sungguh amat berat kepala saya..
Petang tadi- saya di bilik, my roomate mengetuk lalu masuk. Duduk di atas katil sambil membawa sehelai kertas.
'Awatnya? Hang nak bagitau hang nak kawin ka?" saya bertanya, selalunya begitu, kerana dia yang berasal dari utara, saya senang mengikut dialeknya. Melarik mesra.
"ha, aku nak bagitau la ni, ni kad belah lelaki' katanya seraya menunjuk kepingan kad jemputan.
"Subhanallah! Hang tak cita kat aku pun sebelum ni!" separuh menjerit saya dibuatnya.
Roomate saya tersenyum malu-malu. Tula, segan nak cita, ni dah mak abah dah suruh kahwin, nak kahwin la ni. Mak Abah carikan"
Saya mengambil kad lalu meneliti. Oh hampir sebulan sahaja lagi rupanya. Sungguh saya terkejut. Apapun, menumpang gembira si kawan, Alhamdulillah, mudah jodohnya.
"ni, meh, cita sikit kat aku sapa budak ni," saya mengarah, separuh berlawak sambil menunjuk kepada nama pengantin lelaki yang tertera di kad. Lalu si teman membuka cerita. Dan sesi bual kami diteruskan dengan sesi 'fitting' baju pengantin di compartment teman tersebut.
Buat S, i'm so happy to hear the busyra (khabar gembira) ;-) Doaku mengiringimu kawan!
2 comments:
semoga akak cepat menuruti kawan akak tu aite=)ameen
cepat ke, lambat ker.. tu kerja DIA.. DIA akan beri pada waktu yang tepat dari sisi DIA, INsya Allah.. kita sama 2 la berdoa ;-)
Post a Comment