JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, November 02, 2008

my tesis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya tahu, saya berjanji untuk mengumumkan tajuk tesis saya sebaik ia di 'viva' kan di Department.Maaf, bukan sengaja melewatkan, cuma belum bersedia ;-)
Jadi di sini, saya persembahkan tajuk tesis ini.

Proposal tesis saya sedang ‘beratur’ menunggu untuk dibincangkan di peringkat Kuliyyah. Namun saya telah memulakan beberapa langkah untuk penulisan tesis tersebut. Cuma agak sukar meletakkan fokus kerana saat ini ada beberapa (baca>> banyak) perkara yang berlegar-legar di fikiran, mohon diungkaikan. Lantas fokus saya agak terganggu. Dan saya masih mencari rentak yang sesuai untuk menarikan tarian hidup seharian selepas Ramadhan dan Aidilfitri ini.

Tentang tesis- tajuk (yang masih menunggu untuk diluluskan di peringkat Kuliyyah selepas melepasi peringkat Jabatan)- Al-Akhta’ Al-Lughawiyyah lada al-mutanaazhiriin an-naathiqiin bilmalaayuwiyah fi musaabaqati Al-Munaazarati billughal Al-‘Arabiyyah baina al-Jaami’aat fi maaliziya.

Terjemahannya- Kesalahan Bahasa di kalangan pendebat Melayu dalam kejohanan debat bahasa Arab Intervarsiti Malaysia
Menggunakan tahlil al-akhta’ (error analisys) sebagai satu pendekatan untuk mengenalpasti apakah kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pendebat bahasa Arab, nisbah kesalahan tersebut serta mengenalpasti punca-puncanya untuk akhirnya melontarkan cadangan-cadangan yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Ada beberapa asbab yang membuatkan saya memilih tajuk ini:
1) untuk mendalami ilmu tatabahasa Arab
2) Minat dan kecintaan terhadap perdebatan Bahasa Arab
3) Kekurangan kajian tahlil Al-Akhta’ (error analysis) dalam maharah Al-Kalam (speaking skill) kerana kebanyakan kajian dalam majal ini lebih tertumpu kepada maharah al-kitabah (writing skill)

Jauh di sudut hati saya, saya mengharapkan kajian ini akan meyumbangkan sesuatu kepada pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab di Malaysia, antaranya:

1) memberi input terhadap kaedah terbaik dalam mengajar maharah al-kalam secara amnya.
2) menjadi rujukan para pendebat/jurulatih debat Bahasa Arab tentang kesalahan-kesalahan yang selalu dilakukan dalam perdebatan. Lazimnya, tanda-tanda isyarat di jalanraya seringkali boleh membuatkan kita memandu dengan berhati-hati (jika kita pemadu yang berhemah).
3) Membantu dalam mengembang Debat Bahasa Arab sebagai salah satu cara untuk mewujudkan biah ‘arabiyyah dalam pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.

Untuk kajian ini, saya mengambil 2 pertandingan sebagai sampel kajian- Pertandingan Debat Bahasa Arab intervarsity 2006 dan Pertandingan debat diraja (kategori bahasa Arab) 2007.
Saya menggunakan cd rakaman pusingan-pusingan debat dalam kedua-dua pertandingan tersebut sebagai bahan tahlil (bahan analisis) dan pusingan-pusingan terbabit melibatkan pendebat-pendebat yang mewakili 8 IPTA di Malaysia yang menyertai pertandingan. Keseluruhannya ada 24 Cd untuk saya analisis. Setiap Cd melibatkan 1 pusingan debat dengan jumlah penyampaian hujah 8 kali ( 4 kerajaan, 4 pembangkang termasuk sesi penggulungan (talkhis)) Durasi setiap penyampaian hujah adalah 8 minit dan penggulungan 4 minit. Jadi keseluruhannya, ada 192 penyampaian (liqa’ @ taqdim) yang perlu saya tahlil dan melibatkan 51 orang pendebat.

Sekarang, saya bermula dengan menyalin setiap CD tersebut kepada bentuk tulisan bagi memudahkan kerja menganalisis. Dan analisis ini melibatkan 4 jenis kesalahan- sautiah (fonologi- dengan penekanan kepada sebutan huruf -sawaait dan sawaamit), sarfiah (morfologi), nahwiyyah (sinteksis) dan mu’jamiyyah wa dilaaliyyah (penggunaan kata @ frasa mengikut konteks-semantik).

Doakan saya, moga dipermudahkan semua ;-)

Ok, ada komen? silakan.. ;-)

3 comments:

Husaini said...

Terima kasih kak..Allahu yubariku fiek wa yusahhil 'amalik fi tatbiqi haza tesisi..

Tajuk yang menarik dan jarang-jarang disentuh di persada akademik. Dengan pengalaman akak sebagai komiti dan kemudiannya menjadi pendebat, saya yakin akak mampu menyelesaikan tesis ini dengan mumtaz.

Doa saya mengiringi,kak.

wanz said...

A wonderful topic tiqah..i believe u shall succeed in this field..sungguh wan mencemburui kemahiran bahasa arab yang ada pd dirimu..one day I shall learn from you insyaAllah...moga najah milikmu selalu sahabatku..martabatkan bahasa arab demi Islam..Allahu Akbar!!

dhiyauqalbii said...

syukran wanz n dik husaini..
moga dengan doa kalian, biiznillah segalanya dipermudahkan, Insya Allah