Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1
Minggu lepas. Rumah saya kenduri. Kenduri walimatul ‘Urus. Siapa? Pastilah bukan saya. Meskipun saat emak menjemput rakan-rakan dan jiran-jiran, ramai yang terkejut nak berkenduri lagi.
“Kenduri K.Ngah ke?”
Itu soalan paling kerap, kata bonda. Dan jawapanya tentulah bukan. Kata Mak Cik Kinah- jiran saya; jika dah ramai yang menyebut dan bertanya, itu tandanya sudah tidak lama lagi. Benarkah? Sungguh tiada jawapan dari saya. Insya Allah, DIA akan berikan pada masa yang tepat, dengan izinnya. Bila? Hanya Dia yang Tahu.
Kenduri meraikan perkahwinan cucu kepada Arwah Mak We Tam, iaitu kakak tiri emak. Kiranya pangkat cucu saudara kepada emak. Anak saudara saya. Beliau (pengantin lelaki) tidak punya ayah da ibu lagi, juga tiada emak dan bapa saudara. Justeru emak dan adik beradiknya adalah saudara terdekat. Kenduri kecil-kecilan tanda kesyukuran, hasil sepakat dari emak dan adik beradiknya yang lain. Merangkap kenduri keyukuran selamatnya Abang Long bertukar dari Mukah, Sarawak ke Putrajaya.
Kenduri kecil-kecil, hasil masak gotong royong jiran-jiran. Tetapi masih seperti kenduri kahwin layaknya. Ada khemah dipasang di hadapan rumah.Ada telur bingkisan untuk tetamu, ada meja pengantin dengan masakan untuk ‘makan damai’- (saya yang ditugaskan menyediakannya). Malah bilik pengantin juga dihias rapi dan cantik. Menu masakan kampung- Nasi Putih, rending daging, gulai lemak nenas ikan masin, kerabu pucuk paku dan ayam goreng.Ramai juga tetamu yang datang.
***

2
Kenduri di rumah 15hb. Saya telah pulang ke laman ayahbonda 12hb. 11hb, saya bertemu musyrif tesis saya- Dr Yasir dan dikhabarkan proposal tesis saya akan dibincangkan di peringkat kuliah pada 14hb. Moga-moga dipermudahkan semua.
**
Dr Yasir mengkhabarkan proposal tesis saya ditolak mentah-mentah diperingkat kuliah. Tiada alasan yang diberikan. DITOLAK SEBULAT SUARA. Saya hampa. Dr Yasir hanya memandang saya kasihan. Beliau mengutarakan beberapa tajuk yang dicadangkan pihak kuliah. Tajuk yang langsung saya tak berkenan. Tapi suka atau tidak, saya perlu memulakan semula. Dari ‘zero’. Fikir tajuk baru dan buat semula proposal tersebut. Sedih yang amat.
Tiba-tiba sayup-sayup azan Subuh berkumandang.Terjaga dari lena. Oh, mimpi ngeri rupanya!Mimpi yang amat ngeri. Lalu pagi itu saya terus sms Dr Yasir bertanyakan waktu dia ada di pejabat. Dan dengan debaran saya ke biliknya pagi itu juga, untuk mengetahui perkembangan proposal tesis saya. Penuh debaran.Janganlah mimpi itu satu kenyataan.
Perbualan dimulakan dengan bertanya khabar . (Pertemuan saya dengan Dr Yasir dalam Bahasa Arab sepenuhnya. Beliau tidak akan bertanya @ menjawab dalam Bahasa Melayu sama sekali). Saya berdebar kerana dari satu topik, Dr beralih ke topik yang lain. Tidak menyentuh langsung tentang proposal tesis saya. Lebih banyak dia menasihat dan berkongsi afkar. Debaran saya makin bertambah kerana beliau seakan-akan tidak mahu menyentuh tentang tesis saya langsung. Nak bertanya lidah saya terkelu. Hingga akhirnya beliau bersuara: (dalam B.Arab, saya terjemahkan)
Kamu nak tahu tentang perkembangan proposal kan? Mesyuarat Kuliyyah minggu lepas ditunda ke Selasa minggu depan. Jadi belum ada apa-apa perkembangan lagi. Tapi kamu jangan risau, saya yakin tiada masalah. Teruskan usaha yang kamu dah lakukan sekarang.
Woooo. Alhamdulillah.. Mimpi saya bukan realiti. Tapi masih belum mampu menarik nafas lega kerana hingga saat ini masih belum secara rasmi tajuk dan proposal tesis saya diterima. ( ini salah satu kelemahan UIA. Proposal tesis mengambil masa minima 2 bulan untuk disahkan.) Tak apalah, menunggu dan berharap. Moga dipermudahkan semua.
3.
UIA sedang bercuti. 5 minggu lamanya. Maka mahallah sunyi sepi. Ramai yang pulang ke kampung. Biasanya Mahallah Asiah meriah dengan pelajar antarabangsa yang tidak pulang ke kampung waktu cuti semester begini. Maklumlah, biasanya cuti 2-3 minggu sahaja. Kali ini sebaliknya, cuti panjang. Maka ramailah pelajar antarabangsa yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya masih di Mahallah. Tidak bercuti, kalau ingin pulang pun hujung minggu 2,3 hari saya akan pulang. Selebihnya saya di sini, sambil bekerja sambilan di Pejabat Mahallah, saya menghabiskan masa menulis tesis. Sehingga tesis ini selesai, tiada istilah ‘cuti’ bagi saya. Moga dipermudahkan semua.
2 comments:
Banyak sangat berfikir pasal tesis kot sebab tu terbawa-bawa dalam mimpi. Insya Allah, maqbul di peringkat Kuliyyah..kami mendoakan..Ameen.
Dr. Yasir, antara kelebihannya memang kalau jumpa dia di mana-mana pun sepatah perkataan Melayu tak keluar daripada mulutnya. Kadang-kadang rasa nak lari juga, takut tergagap berbual Arab dengannya..hehe. 'Ala kulli hal, mengenalinya sem ini menggembirakan saya.
Oh, akak pun tak bercuti rupanya..saya pun sama, masih di kampus menyiapkan tugasan projek tahun akhir..huhu..Ilalliqa'
HUSSAINI..Syukran atas doa.. musah-mudahan dipermudahkan semua, Insya Allah
betul, Dr Yasir memang tak akan cakap Melayu.. anak-anaknya pun bercakap Arab .. ber sms dengan dia pun dalam BA
Selamat meyiapkan FYP yer.. moga najah Insya Allah
Post a Comment