Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 31, 2008

Infiniti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, berakhir sudah exam untuk sem ni, beerti berakhir juga pengajian saya untuk sem ini. Alhamdulillah, pujian hanya milikNYa yang memudahkan segalanya untuk saya. Paling disyukuri-nikmat ketenangan infiniti sepanjang melalui hari-hari peperiksaan. Allahu Akbar! Tak ternilai nikmat itu buat hamba sekerdil saya.

Sedih bila dapat tahu sem ini tiada program masuk kampung. Dah lama saya tak masuk kampong.. Moga2 ada peluang lagi lepas ini, Insya Allah.

Hari ini, usai kertas terakhir, saya rasa penat sangat-sangat. Sebelum ni tak terasa. Hari ini kepenatan tu bagai ‘mengqhada’kan’ kepenatan hari-hari dulu. Baru saya sedar, memang patut untuk jasad ini rasa begitu, kerana sem ini adalah sem yang paling ‘kalut’ kerana banyaknya tugasan. Kenapa?? Sambung next entry la… Tiada mood menulis panjang.. ;-)


Misteri nusantara: Moutain View, California.. Siapakah?

Saturday, March 29, 2008

bunga kebahagiaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, paper jumaat lalu dilalui dengan baik. HAmdan Lillah, Allahu Akbar yang memudahkan semuanya.



Sabtu

Ke Serendah. Rumah Pak De (Sepupu mak) yang mengadakan majlis kesyukuran sempena kelahiran cucunya yang kedua. Ke sana menaiki kereta dengan Ipi my brother. 'puak-puak' Jambu Rias berkumpul di sana.



Jambu Rias- kampung kelahiran saya. Kampung bonda yang menjadi sempadan antara daerah Bentong dan Temerloh. Kaum keluarga belah emak saya ramai di sana. Saudara mara sebelah abah pula mendiami Temerloh. Dari Kg Gantok, Kg Songsang dan Kg Paya Pulai, antara tempat bermukimnya saudara mara sebelah abah.

Kembali kepada agenda hari ini. Jam 2.30 petang, kami ke Putrajaya.Lebih tepat lagi- Hospital Putrajaya. Ziarah Piktam yang baru menjalani pembedahan Syafakallah.


Dalam perjalanan pulang, hujan lebat + jam merencatkan perjalanan. Kereta pula tiba-tiba mengeluarkan bunyi aneh. Terus singgah di kedai membaiki kereta di Kajang. Lama juga di situ. Pulang ke UIA, jam 6.30 baru sampai. Mujur sudah selesai menunaikan solat Asar di Hospital tadi.



Penat. Agenda esok untuk pulang ke Jambu Rias mungkin terpaksa dibatalkan.



***

Kes Raja Petra disaman NC UUM rupa-rupanya ada kaitan dengan bekas Presiden SRC UIA- Akh Muhtar Suhaili <<


****


jom jalan-jalan..


1) Pameran Buku Antarabangsa, PWTC. 4-13 april 2008


2) Pameran Wanita n Kuasa Iman (kalau tak silap nama rasmi dia gitula) , Muzium kesenian Islam, April ni juga...



*****


Must grab! Buku hasil nukilan Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. (saya pun belum sempat menghabiskan bacaan. After exam, Insya Allah)


ANda bakal berkahwin atau berhajat untuk mendirikan 'masjid'? Sudah berkeluarga dan ingin menjadi suami/isteri soleh/solehah? Dambakan keluarga yang sakinah? dapatkan buku ini. Bunga Kebahagiaan. RM20.oo only.




****

jumpa lagi nanti.. doakan paper terakhir nanti najah. Ameen..

Wednesday, March 26, 2008

Pulang melerai rindu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya baru pulang dari laman ayahbonda. Kepulangan melerai rindu..
Paper yang ke-3 isnin lalu dilalui dengan kesyukuran. Alhamdulillah, Allahu Akbar. Segala puji milikNYa yang memudahkan semua urusan.

Pulang kali ini melerai rindu dan melerai buntu- kepenatan menelaah pelajaran. Alhamdulillah, pulang ke Taman Ilmu dan Budi petang tadi, bersemangat melalui 2 peperiksaan berbaki. Moga Allah terus memberi kurniaNYA seperti hari-hari yang sudah.

Cuti 2 hari ini di laman ayahbonda, bukana sahaja melerai rindu pada ayahbonda dan adik2, tapi juga pada si kecil- Faris@ Ayih- yang tinggal di rumah pengasuhnya iaitu jiran saya- Mak Cik Kinah.

Ayih yang sentiasa mengingati saya, tersenyum menyeringai tika saya menyapa. Lalu memeluk dan mencium saya, sambil menyebut. "mak Ngah,mak ngah,mak ngah' dengan excited sekali. Rindu agaknya dia. Kata Mak Cik Kinah, tiap kali memandang rumah saya, pasti dia menyebut, Mak Ngah, Mak Ngah.. (saya mengajar dia memanggil saya Kak Ngah tapi yang lekatnya Mak Ngah.) Oh, terasa tua sudah saya.

ada kisah lucu bersama Ayih selasa lalu. Nanti akan saya coretkan di sini. Sebelum pulang tadi saya menemui Ayih. Melihat saya membawa beg yang agak besar Ayih sedih. Mak Ngah nak gi mana? Ayih nak ikut Mak Ngah?'

Mak Ngah nak balik sekolah Mak Ngah. Jauh. Ayih nak ikut ke?

Nak ikut Mak Ngah. Jauh pun nak ikut.

Aduh, kesian Ayih- budak kecil yang berusia 3 tahun ni..

Hm..tak boleh, nanti Mak Ngah balik lagi, Ayih boleh ikut Mak Ngah gi umah Mak Ngah k?

ok. mak Ngah balik yer??

Sayu pula rasa meninggalkan Ayih.. Sampai di UIA, wajah Ayih yang comel,putih bersih masih bersama saya. Ya Allah, Yang Maha Penyayang, Nikmat kasih sayang yang Engkau kurniakan, hatta insan kecil sekecil Ayih tahu menghargainya..

Kisah bersama Ayih di entry akan datang, mohon berundur, berhibernasi untuk exam. Doakan saya! Allahumma Yassir.. Ameen

Saturday, March 22, 2008

1 2 3 4

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


1
Eibe said: Tikah, Rayyan maksudnya apa? Nak bagi nama kat baby nanti, Insya Allah
(Eibe yang sedang menunggu hari bergelar Ibu)

2
Pipah said: Tikah, jangan lupa, 14.6 ni.
Ops, tarikh yang sama dengan walimah Hasanah- my team mate dalam debat B.Arab dulu. Baru berkira-kira nak menghadirinya- di Singapura. Sambil jalan-jalan. Bila dikhabarkan pada Pipah, She said: Wah, kalau Tikah tak datang memang terasala. Kawan-kawan lain kawin sumer tikah pergi. Takkan Pip kawin Tikah tak gi..
(huhu, saya tau, muka saya muka 'wajib ada' dalam walimah kawan-kawan.... So nampaknya batalkan rancangan ke Singapore. Pipah adalah kawan yang AMAT rapat dengan saya)

3
Hasnah Al-Hafizah di bumi Anbiya' said: Tikah, jangan lupa doakan ana. Insya Allah bulan 12 ana balik, doakan jodoh ana panjang, bulan 12 ni walimahnya.

Dear Hasna, ana doakan semuanya dipermudahkan. Anapu rindu ngn enti..

4
A said- weh. aku nak bagitau ko ni. Aku pregnant. 2 Minggu. doakan aku yer.

Alhamdulillah. Cik A ni (ops puan A).. Nikah lepas Raya Aidilfitri ari tu tapi tak buat majlisnya lagi. So dia menyembunyikan pernikahannya . Huhu, teruk gak kena 'cuci' ngan saya. Kawan baik sendiri tapi nikah tak nak cakap. Nikah sembunyi-sembunyi. 2 minggu sebelum kantoi dia da nikah tu, kami bermesej dan saya tanya.

'ko ni bila nak kawin? da lama bertunang. tak elok lama-lama'
balasnya" tunggula, aku nak sambung belajar dulu. Tak cukup duit lagi.

Geramnya hati bila dapat tau rupanya masa mesej tu dia dah nikah pun. Bila saya tanya kenapa tipu saya waktu tu, jawabnya: ko tanya kawin, bukan nikah. Memang aku da nikah tapi belum kawin lagi.

huhu, katanya, malu nak bagitau tak buat kenduri lagi, takut orang kata' tula, minta duit hantaran tinggi sangat, tak cukup duit lagi, kena nikah dulu'

Aduh, mudah aje alasan dia bagi. Menda remeh tu. Lagipun, yang gi letak hantaran tinggi tu wat apa. Saya agak geram sebenarnya sebab dia ni pun kawan rapat gak. Masa majlis bertunangnya dulu, saya siap tidur rumah dia lagi, menolong majlis. Tup tup nikah tak bagitau.
Yang saya bebelkan 1 ajer- bertunang, tak payah heboh-heboh tapi kawin ni memang Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam suruh hebahkan. Elak Fitnah.

Akhirnya dia akur dengan nasihat saya tapi katanya- Mmm, aku belum terbuka hati nak bagitau orang lain aku dah jadi isteri orang..

Kawan, bagitau ajerla, dan nak jadi mak orang pun, nanti jadi fitnah pulak di kemudian hari..

Hmm.. sedih mentaliti masyarakat kita. Walimah besar + hantaran tinggi selalu merumitkan keadaan. Yang wajib tu sebenarnya urusanya mudah je. Tiada yang susah dalam nak beragama ni. Islam tu mudah. Tapi jadi susah bila mengutamakan adat lebih dari urusan agama sendiri.

***
Eibe, Pip, Hasnah Al-Hafizah, Cik A- semua mereka adalah teman-teman persekolahan dulu. Amat-amat merindui mereka semua. Semua dah ada life masing-masing, tapi ukhwah kami masih erat sampai hari ini. Tiap perkhabaran di atas diiringi pastinya diiringi soalan : Tikah bila lagi? Enti bila lagi? Ko bila lagi?

dan jawapan yang pasti dari saya? Insya Allah, doakanla.. :-)

saya sentiasa percaya, setiap manusia itu dilahirkan dengan rezeki masing-masing, bahagian yang ditentukan Allah. Juga perlu didahului usaha kita. Jodoh yang baik, itu juga rezeki dari Allah. Berusaha dan berdoa, sentiasa bersangka baik dengan Allah. Bila masanya tiba, DIA kata 'jadi' maka akan 'jadilah'. :-)

***

1
mimpi bertemu angkasawan negara. Gara-gara terbaca akhbar tentang buku yang meceritakan pengalamannya di angkasa telah terbit. Masuk dalam list 'mesti beli'. Termasuk buku 'Surat-surat untuk pemimpin dunia' (Tun M)> Tunggu gaji masuk+Pameran buku Antarabangsa

2
Mimpi jumpa Nurul Izzah Puteri Reformasi. Gara-gara terkesan dengan suasana politik tanah air.

3
Mimpi jumpa Sarah di KLIA. Kata Sarah: Kak Tikah, saya nak balik ni, nak bertunang. Ops.. terkesan dengan apakah ini? Macam betul je dik?? hehe..

4
Semua mereka di atas- pada pandangan saya, orang yang dihormati, berjaya dalam bidang mereka, ada aspek yang saya kagumi pada mereka. Tak terlintas pun nak jumpa mereka sebenarnya. Kalau adapun yang ingin saya jumpa- 'seseorang' yang saya kagumi di hati. hehe.. Nak mimpi pun tak sampai hati :-)


***
banyak pulak menulis petang ni.. rest sembang-sembang elak tekanan exam.
Doakan saya, 3 paper berbaki. CAM yang dah dapat tu, Alhamdulillah, moga kecemerlangan dilestari, dengan izinNYA Al-Wahhab.

Allahu Al-Musta'an.

Tunggu dan DIA berikan pada Waktu TERBAIK dariNYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah. Hari ini Sabtu. Banyak menghabiskan masa di bilik. Study sikit-sikit. Alhamdulillah. paper kedua semalam dilalui dengan jaya. Soalan2 ok (of course soalan selalu ok-jawapan jer yang tak tahu ok ke tak).. Tapi Alhamdulillah, DIA mempermudah semuanya.



Next paper isnin ni-constrastive error analysis. Subjek yang WAJIB dikuasai coz tesis saya nanti tentang Error Analysis> Lepas habis exam tengahari tu, masih berkira-kira (belum muktamad lagi) untuk pulang menjenguk ayah bonda an adik-adik di rumah. Rindu. Dah hampir sebulan (lebih kot?) saya tak pulang. Lagipun melihat jadual hari-hari hadapan, kalau tak ambil peluang 'menyelit' di tengah lat exam 4 hari ni, mungkin lambat lagi boleh pulang.



Exam habis 31hb, sebaik habis exam, saya perlu standby di mahalah- selaku pemegang kunci bilik stor untuk student. Next sem ada reshuffle untuk semua student (kecuali blok PG) so untuk cuti kali ni, semua student WAJIB evacuate room masing-masing. Barang-barang akan disimpan di stor yang akan saya pegang kuncinya.. dijangka proses akan berakhir 8 April (ops.. 8 April.. birthday siapa yer?.. ) Lepas tu pulak 9-11 April saya akan ke Lumut- Nuqaba' Training. Dan selepas itu, dengan izin Allah, ikut COMRADE masuk kampung.. Tak silap gi Pos TUel..



So rasanya tak boleh memanjangkan waktu tidak pulang tu.. Tambah-tambah lagi khamis lepas, tengah ralit study dikejutkan sms adik saya- MImi:



Ngah, abang jatuh kena kejar anjing. Koyak kepala lutut..



Inna lillah. terkejut saya, terus menelifon rumah. Abang mengangkat (Abang- adik saya yang kedua bongsu (n0 7) -Amran Munawwar, 13 tahun umurnya)



Bertanya khabar dia, cool je dia jawab. Tapi katanya teruk jugak luka. Dengar suara dia, macam tak sakit jer? sedangkan kata adik saya dia dah menangis menahan sakit sebelum tu. Hmm, bagusla, budak lelaki. Kena kuat. Takkan nak nangis kan citer kat saya? Rasanya kalau yang berada dalam situasi itu adalah si bongsu Izyani, mesti da nangis.. hehe..



Lagila kuat hati ni dipanggil-panggil untuk pulang> Hmm, kena fikir habis-habis dulu ni..





****

friend indeed = friend in need.



Wan. bukan wan= nenek saya. Tapi roomate saya waktu undergraduate dulu. Sahabat yang amat-amat dirindui. Sejak saya masuk kg Rual (tak silap hujung tahun lepas) wan memaklumkan hasratnya untuk berjumpa saya. Tapi tertangguh sebab masa tu saya kat kampung orang Asli. Pastu tertangguh lagi sebab saya ke Kuala Mu. Pastu tertangguh lagi minggu demi minggu, ada aja sebabnya. Kalau saya free, Wan pulak yang ada hal. begitulah sebaliknya. Hinggalah cuti Maulidur Rasul (Khamis baru ni). Wah, hampir 4 bulan pertemuan kami tertangguh.

Mulanya, Wan keberatan nak datang bila tahu saya ada exam jumaat. Tapi berkali-kali saya katakan, saya tak terganggu dengan kehadiran Wan, malah amat-amat megalukan. Pertemuan berlangsung di bilik saya. Malas nak keluar, maklumla dalam mood exam. Lama kami berbual, macam-macam... Wan sampai dalam 12.30 tengahari, kami makan bersama dan menyambung perbualan...

Dari hal keluarga hingggalah kerja (Wan kini bekerja di sebuah syarikat IT swasta di Cyberjaya), dari hal study (saya la tu) hinggalah masuk hal-hal peribadi. WAn rancak bercerita tentang kerja serta tekanannya dengan persekitaran kerja yang tidak islamik- yag menguji iman. Juga tentang kebimbanganya menjelang Ogos- saat bertukar title dari tunangan orang kepada isteri orang, tentang tangungjawab besar menanti..

Dengan Wan, saya cukup selesa. Senang sekali berbicara dengannya, dan dengan Wan, saya bisa mengeluarkan 'sekeping hati dan rasa' di hadapannya. Tanpa selindung-selindung. Akhirnya 'tsunami' qalbu yang menghantui sekian lama terluah di hadapan Wan, mohon nasihat dan kekuatan...

Hari itu sangat memberi makna pada saya. Kami bertukar nasihat, bertukar padangan dan saling mengingatkan. Wan, terima kasih sangat. Really appreciate ur presence. Seperti kata Wan- kita ni hamba yang lemah, dalam apa jua keadaan, kita perlukan kawan untuk menasihati, mengingatkan agar iman kita terjaga. Dan hari itu, Wan menunaikan tanggungjawabnya sebagai sahabat, menasihati saya dengan buah fikiranya yang mengalir sejuk menyirami hati yang gulana. Barakallahu fiik ya habibti..

Sebelum pulang, sempat bergambar. Ya, kami akan saling merindui nanti. Kata Wan- gambar terakhir bersama saya mungkin, sebelum dia bergelar isteri orang. 08.08.08. Insya Allah, saya doakan dipermudahkan Wan segala urusan menjelang hari tersebut. Dengan izin Allah, saya juga akan bersama mengikuti majlisnya nanti. Wan, tabahkan hatimu, Tikah akan sentiasa doakan, and i'll always here for you, Insya Allah.

Kesimpulan kami hujung pertemuan itu- Perancangan Allah menunda pertemuan kami ada hikmah terbesar dari DIA- menganugerahkan rindu dan memberi kami pertemuan itu di saat kami benar-benar memerlukan kawan, seperti situasi kami sekarang.

Pulangnya Wan, hati saya tenang setenang-tenangnya..
HAmdan Lillah, Allahu Akbar!


Wednesday, March 19, 2008

mohon dengan sangat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Al-Jaami'..
letakkanlah ia pada tempatnya yang haq
mudahkan jalannya
dan berkatilah jejaknya
demi cintaMU

.....
aduh sang hati
jangan lari-lari
tenang di sini
yakini Ilahi..

Tamma bihamdillah

1 selesai. 4 menanti. Moga diberi ketenangan dan dipermudahkanNYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah.. usai pengajian semester ini. Syukur yang amat padaNYA.


Semalam- kelas terakhir.Alhamdulillah, ini bermakna semester pendek nanti (april-jun), berbaki 1 subjek sahaja. Semester akan datang, cuma tinggal penulisan tesis untuk diselesaikan. Semalam saya membentangkan Khuttah Bahast (Research Proposal) dalam kelas Tahlil al-Akhta' (kerana tesis itu berkaitan dengan Error Analysis). Alhamdulillah, dari segi teknikal dan manhajnya (method) tiada masalah, cuma memerlukan sedikit penambahan maklumat pada diraasah sabiiqah (literature review). Selebihnya kesilapan minor dari segi lughah (bahasa). Sekarang, proposal itu di tangan Ust Ibrahim Al-Farisi untuk (tashih al-akhta') proof reading.


Sem pendek nanti, sambil menghabiskan 1 subjek, akan digunakan sepenuhnya untuk mengumpul bahan dan mula menulis tesis. Moga-moga tiada masalah dan jika ada, diberi kekuatan untuk saya menghadapinya, Insya Allah.

Alhamdulillah, selesai subjek pertama siang tadi.
Menggembirakan, soalan subjek Turuq at-Tadris tadi- soalan keduanya adalah soalan tentang perbandingan antara Problem Based Learning (Tariqah Hal al-Musykilah) dan Project Based Learning (Tariqah al-Masyru'). Senyum saya melihat soalan ini kerana ini adalah tajuk maqalah final project saya! Alhamdulillah.. Soalan yang lain juga, ok. Soalan wajib tentang perjalanan pengajaran subjek bahasa dan Khuttah Tahdir Ad-Dars (Persediaan mengajar). Juga soalan aplikasi- memberi 1 method yang sesuai untuk pengajaran bahasa Arab dalam pelaksanaan sistem JQAF. Lalu saya memilih audio lingual method (Tariqah Sam'iah Syafahiah) , beserta hujah serta falsafah aplikasi cara tersebut. Soalan selainnya- method untuk aplikasi pengajaran maharah intajiah (output skills) untuk peringkat universiti. Lalu saya memilih Problem Based Learning, Project based Learning, Ta'allum At-Ta'aawuni (colleberative learning) dan Tariqah Al-Munaaqasyah untuk aplikasi pada pengajaran maharah al-kitaabah (writing skill). Alhamdulillah, diberi kemudahan menjawab dengan baik, lenguh tangan menulis dalam masa 3 jam tanpa henti, dengan jawapan dalam 10 mukasurat tersebut. Mudah-mudahan najah milik saya, Insya Allah.Moga diberinya ketenangan untuk menghadapi 4 subjek yang berbaki nanti, amiin..



SALAM MAULIDUR RASUL

Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa'ala aalihi waman tabi'ahum biihsaanin ila yaum addin.

Ya Allah, moga kami diberi kekuatan meneladani peribadi mulia Baginda, menyusuri jejak perjuangan yang ditinggalkan baginda dan mengaplikasi sirah gemilang baginda..

Buat semua warga IIUM, selamat menghadapi peperiksaan Akhir semester ini. Ma'at Taufeeq wanNajah..

Allahummaj'alna min annaajihiin wal faaizin fi dunia wal akhirah... Ameen..

Thursday, March 13, 2008

...musim exam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

doakan segalanya dipermudahkan

.. masih ingin tenang dalam kekalutan
..masih ingin senyum dalam keributan
..masih ingin damai dalam tekanan

<< tengok jadual sebelah ni.. musim exam tiba lagi.. ALLAHUMMA YASSIR...

http://www.cfkeep.org/users/atikah/allughah

website yang dibina untuk final project educational teknologi ( perlu tukar encoding kepada unicode (UTF-8) untuk difahami. Tangah2 malam merakam suara/adjust gambar + ambil gambar (jam dalam bilik jadi mangsa) untuk siapkan.. tak seberapa pun tapi banyak ilmu baru dipelajari ketika menyiapkannya..

ok.. mata saya semakin berpinar2.. kerana tidur yang tidak terjaga.. ;-)

..masih ingin tenang...

Monday, March 10, 2008

Allahu Akbar!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

PRU12

'Inna Fatahna Fathan Mubiina..'

seawal pagi 8 mac, jam 4.30 pagi, alunan surah Al-Fath berkumandang, memenuhi ruangan bilik saya.. sungguh-sungguh saya terharu..

saya berdoa, hari ini akan dibukakan kemenangan buat pejuang2 pejuang Islam.. semalaman, saya tidak lena tidur.. memikirkan PRU yang akan berlangsung pada hari itu..

yang saya bimbangkan- luntur dan semakin jauhnya nilai islam dari kita, jika keputusan PRU memihak kepada pemerintahan yang tidak berpaksikan nilai islam. Hedonisme yang menjadi-jadi sekarang pastikan akal lebih berkuasa. Dan suasana ini, dalam 5 tahun akan datang, adalah zaman saya membesarkan anak-anak saya kelak..(biiznillah).. maka hati ini gusar, bagaimana harus hati ini tenang memikir itu semua..

pagi 8 Mac, surah Al-Fath yang berkumandang mengingatkan saya sejarah kemenangan pembukaan kota Mekah. Moga-moga, sejarah itu akan berulang..

Allahu Akbar! sejarah itu sekurang-kurangnya berulang.
8 Mac- saya berbesar hati menjadi sebahagian dari sejarah itu, dan menyaksikan sendiri sejarah itu..

8 Mac- akan saya coretkan di sini pengalaman peribadi yang saya rasakan cukup istimewa..

Alhamdulillah, hari ini saya sudah boleh tidur lena.. walau masih ada ketikanya, terasa bernafas dalam lumpur (meminjam kata-kata seorang kawan)

kerana saat ini- Orang Melayu islam telah berpecah 3 (PKR,UMNO,PAS) dan selainnya bersatu bawah DAP..

Yang saya harapkan dari keputusan PRU-
1)Kedah dan Kelantan menonjolkan kepimpinan Islam yang sebenar, hingga menyentuh hati para Kuffar terhadap keindahan Islam, hingga mereka benar2 melunakkan hati menerima Islam. Dakwah bilhal. PRU 12 memberi ruang untuk kita membuktikannya, sepertimana Pemerintahan Madinah berjaya menakluk hati2 Kuffar.

2) Umat Islam-Melayu, benar2 benar bersatu kembali, melupakan sempadan politik, bersatu atas satu kalimah syahadah.

3)Para Duat giatkan usaha dakwah.. kita bawa kawan2 kita yang sokong DAp tu kepada Islam, selepas itu, tiada masalah lagi, kita bersatu bawah satu kalimah tauhid. Tidak timbul isu hak keistimewaan, racisme..

Allahumma Ihdina As-Sirotal Mustaqim..

**
tengah hot isu pilihanraya, artikel ini keluar Utusan Malaysia hari ini.. klik untuk bacaan lanjut..
tajuk artikelnya- Nur Atikah mahu martabat Bahasa Arab

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

RALAT:
saya kira wartawan tersilap dalam memberikan syiar 'Allughatul Arabiah, Allughatul Jannah'. Kesilapan tatabahasa arab. sepatutnya - Allughatul 'Arabiah Lughatul Jannah

Thursday, March 06, 2008

jangan pangkah dengan kepala lutut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selamat Mengundi buat semua..

Teori ‘bread and circus”(Zaman pertengahan) - cukup makan, cukup hiburan maka rakyat akan terus leka dan terlupa dengan masalah sekeliling…tak perlu guna fikiran...

(petikan komen di http://www.saifulislam.com/ )

anda dimana??

Menjunjung dunia lalu akhirat dilupa??
Jangan memangkah dengan kepala lutut!

Bijak.bijaklah dalam memilih.

Selamat mengundi.

Wednesday, March 05, 2008

Kisah malang yang berulang –bahagian II

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kisah malang yang berulang –bahagian II

Selasa
Kejadian berjumpa dengan Cik Bai semalam masih bermain-main di minda. Dalam layar ingtan,tidak hilang wajah Cik Bai, wajah yang penuh rasa bersalah. Sukar saya mengikis bayangnya. Hati ini menangis, kesal dengan apa yang berlaku.

Pagi itu, Kak Fiddhah datang ke bilik. Selasa hari yang tiada kelas bagi saya. Maka agenda harian pada hari itu dipenuhi dengan munaqasyah bersama kak Fiddhah- classmate saya dari Indonesia. Kami menekuni madah Taqwim Kutub Ta’lim Al-Lughah Al-‘Arabiah li An-naatiqiina bighairiha- Evaluation of Arabic as 2nd Language textbooks. Bertukar pendapat,mendalami tajuk-tajuk. Ingatan saya pada Cik Bai hilang seketika.

Ba’da Asar, kak Fiddhah mohon permisi pulang ke biliknya di Mahallah Safiyyah. Saya pula lebih senang di bilik, berehat sebentar, sebelum SMS dari Kak Nor diterima,mengajak saya makan malam bersama di luar UIA. Saya bersetuju, penat juga rasanya seharian berkurung di bilik.

Saya berkira-kira,selepas makan nanti tidak mahu pulang ke bilik, sebaliknya terus ke library, masih ada beberapa perkara yang ingin dirujuk di sana. Tika kereta yang kami naiki tiba di roundabout sebelum pintu pagar utama UIA, mesej diterima dari Siti. Perancangan kami bertukar lagi. Kami perlu ke JJ Wangsa Maju. Cik Bai dan Nurul menanti kami di sana. Ada hal penting. Kami menunggu Siti yang baru habis kelas lalu terus ke JJ Wangsa Maju.

Restoran KFC, JJ Wangsa Maju.
Cik Bai bersama Nurul sedia menanti. Bersalam dengan Cik Bai. Manis dia berbaju kurung. Lain benar dengan pakaiannya malam semalam-hanya T-shirt sendat dan seluar slack ketat. Dalam perjalanan ke sini tadi, kami dimaklumkan, Cik Bai ingin menemui kami kerana fikirannya bercelaru. Menurut Nurul, seharian ini, Cik Bai asyik mengulang hasratnya untuk ‘membunuh’ bapa kepada anak yang di dalam kandungannya. Marah dan geram menguasai. Sedih,rasa berdosa dan pelbagai emosi lain mencanak-canak,membuatnya jadi hilang pertimbangan. Bimbang dengan keadaan itu, Nurul mengheret Cik Bai ke JJ Wangsa Maju untuk menemui kami. Kami Cuma mampu memberi pandangan, mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada, bukan menambahkan kekusutan yang ada.

Cik Bai sudah banyak bersuara, mungkin dia telah mula menerima kami sebagai kawan,lantas rasa selesa meluahkan apa yang berkecamuk di fikirannya. Dia mula memikirkan cara terbaik untuk berhadapan dengan keluarga. Cik Bai meluahkan, dia sanggup menerima apa jua risiko untuk berdepan dengan keluarga. Lalu satu persatu ahli keluarganya diceritakan kepada kami,dengan penjelasan peribadi tiap kakak/abangnya serta kemungkinan reaksi mereka jika menerima berita buruk ini. Akhirnya Cik Bai memikirkan untuk menemui salah seorang kakaknya, yang pada pendapat beliau, selalu berfikiran rasional menerima apa jua keadaan, berbanding kakak-kakak dan abang-abang yang lain yang agak emosional.

Cik Bai tidak mahu menunggu lagi, bebanan makin berat di bahunya, jika boleh malam itu jua dia ingin menemui kakaknya itu. Lalu kami nekad, malam itu kami akan ke rumah kakak Cik Bai, Kak Imah di Cheras Baru.

Sewaktu melangkah menuju ke kereta, sempat Cik Bai meminta maaf dari kami kerana katanya, dia telah menyusahkan kami. Sempat dia bertanya:

‘tak apa ke korang semua ni, korang tak kisah ke? Saya ni menyusahkan korang je,padahal bukan sapa-sapa pun’

Saya senyum memandang Cik Bai, sambil menepuk bahunya, saya hanya mampu menjawab
‘takpela, ni hari Cik Bai.’

Siti pula hanya memandang, sambil melawak meredakan suasana yang tiba-tiba jadi hening;

‘takpe, Tikah and Kak Nor ni memang cita-cita diorang jadi menteri kebajikan masyarakat. Sedangkan orang Asli pun diorang sanggup tolong, nikan pulak orang Melayu’


Komen Siti diiringi ketawa kami. Dalam perjalanan ke Cheras Baru, kami berbincang, nak cakap apa,siapa yang nak mula dulu,bagaimana nak dimulakan.serta segala macam kemungkinan yang bakal terjadi. Masing-masing berdebar, saya juga terasa debarannya. Mungkinkah kami dihalau nanti, kerana masuk campur urusan peribadi orang lain, mungkinkah kami dihamun? Sanggupkah,cukup kuatkah menerima semua itu? Semua soalan bermain-main, dengan harapan dan doa,moga urusan kami dipermudahkanNYA.

Kawasan rumah pangsa Cheras Baru. Cik Bai sendiri kurang pasti arah ke rumah kakaknya, mujur hari minggu sebelumnya, saya dan kak Nor menghadiri walimah Yazid- salah seorang ikhwah COMRADE di kawasan tersebut. Ingat-ingat lupa,kereta kancil Kak Nor membelah malam,mencari kawasan yang dimaksudkan.

Kami sampai di kawasan rumah pangsa baru di Cheras. Berhati-hati menaiki tangga ke tingkat 4. Kedatangan kami disambut ramah oleh Kak Imah- kakak kepada Cik Bai. Suami kak Imah yang juga abang ipar Cik Bai sedang menonton TV di ruang berdekatan tempat kami duduk. Anak-anak Kak Imah yang masih kecil memandang kami kehairanan- bersimpuh di sebelah ibunya.

Kami bercerita, memulakan dengan taaruf ringkas siapa kami-kawan kepada siti-kawan kepada Nurul, kawan kepada Cik Bai. Berbasa-basi dengan pelbagai cerita, susah ingin memulakan hal yang sebenar.

Akhirnya Nurul memulakan, disambung oleh Kak Nor. Cik Bai mula menangis. Kak Ima terkedu,terkejut.kecewa.terkilan.marah. bertubi-tubi soalan ditanya kepada Cik Bai. Suaminya pula kekadang menyampuk,dengan nada yang lebih tinggi. Marah. Sesungguhnya, siapakah yang mampu menahan kemarahan mendengar perkara itu? Kami mendengar sesi soal jawab antara Kak Imah, suaminya dan Cik Bai dalam debar. Bimbang keadaan menjadi genting.

‘habis ko nak bin kan anak tu dengan nama saper?’ keras. Antara soalan yang ditanya suami Kak Imah kepada Cik Bai. Esakan Cik Bai kian tinggi. Kami hanya mampu memandang. Anak-anak Kak Imah terkebil-kebil memandang adegan antara mak ayah mereka dan mak usu mereka.

Kak Imah menerima khabar tersebut dengan berat, dan beratnya tanggungjawab untuk menerangkan pula kepada keluarga yang lain. Mak,ayah, abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik yang lain.

Kak Imah berterima kasih kepada kami,sekurang-kurangnya Cik BAi menemui kawan yang betul di saat genting begini.

Kami beransur pulang dari rumah Kak Imah. Cik Bai tinggal di sana. Malam itu, seluruh ahli keluarganya akan dipanggil berkumpul.

Kami pulang,sekurang-kurangnya 1 tanggungjawab lepas. Tapi Cik BAi, bagaimanakah hari-hari seterusnya? Penyesalan di saat itu sesungguhnya sudah tidak berguna.


Mata sudah hampir terlelap masa sms Siti diterima, dia men’forward’kan mesej Nurul kepadanya kepada saya

Sms mengucap terima kasih pada kami. Jua keterharua kerana pertolongan kami.Sms yang meminta kami terus membantu, kerana katanya, tanggungjawab kami tidak akan terhenti sampai di situ.

Tanpa saya sedari.. tak kuat saya menahan kesayuan, jika selama ini saya menangis di hati,akhirnya air mata jernih tumpah jua,menemani malam saya. Sedih,sayu, dan saya berdoa, tiada lagi yang mengulangi kisah malang ini. Duhai sahabat muslimah,adik2-adik muslimah, janganlah diulang kisah malang ini lagi. Jagalah dirimu dan peribadimu. Duhai kaum Adam, jadilah pembela, pelindung & pemimpin. Bukan pemusnah dan perosak. Ya Allah, peliharalah..

**
Saya menceritakan kisah ini dalam kelas halaqah, pedoman buat adik-adik seramai 45 orang itu,agar mereka tidak ulang kisah yang sama. Dengan peringatan berhati-hati meletak cinta, serta larangan menyusun atur tertib cinta dengan tertib yang salah. Jangan sekali-kali cintamu pada manusia membenarkanmu menggugah cinta pada Allah yang WAJIB diletak teratas.

Seminggu selepas itu, salah seorang adik dalam kelas tersebut menghubungin dan meminta nombor KEWAJA- tempat perlindungan wanita senasib CIk Bai. Katanya, kawannya memerlukan nombor terseut selepas menerima nasib yang sama dengan Cik Bai. Astaghfirullah.. berulang lagi??

***
Menyemak helaian akbar, berita bayi dibuang hampir setiap hari. Aduh, berulang lagi??
****
Saya sempat berbual dengan Kak Ina- isteri kepada pengasas KEWAJA ketika sambutan Maal Hijrah di Asrama Baitul Ummah. Katanya- KEWAJA sudah penuh, pelatih (jika boleh digelar pelatih) di dalamnya sudah melebihi kapasiti yang sepatutnya.
****
Saya pernah membaca artikel- musim bayi luar nikah lahir adalah berkala. Terutamanya bulan September- gara-gara malam tahun baru. Atau bulan Mei- angkara malam sambutan merdeka, ataupun oktober- gara-gara Hari Valentine..

Apa lagi harus dikatakan?


Seruan- jagalah dirimu!


Wallahu ‘alam..


**
hutang terlunas untuk menyiapkan episod 2 kisah ini. En Sai,harap puas hati.. sory terlambat. hehe. Moga orang rumahmu cepat sembuh ;-)

mohon berehat seketika, mengejar due date untuk taslim (submit) assignment. My friend said- kejar due? mcm bersalin pulak ada due ;-)..

Moga dipermudahkan semua.. Aminn..

Saturday, March 01, 2008

kerja

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

saya bekerja semula sebagai part timer di Mahallah Asiah College Office. Ditawarkan kontrak sehingga Mei ini. Oleh itu, jadual saya semakin padat. Tiada lagi main-main..

Jika tiada kelas watu office hour, saya kan berada di pejabat. Tapi Alhamdulilah, masanya fleksibel. JIka terlibat dengan exam/consultation dengan pensyarah, akan dikecualikan dari berada di pejabat.

Kerja saya- staf sokongan, tapi lebih kepada menguruskan bahagian fasiliti penghuni mahallah. JIka ada kerosakan fasiliti (meliputi perabot/elektrik/plumbing), pelajar akan datang report di ofis, saya uruskan laporan, maklumkan pada IP (IIUM Properties) dan ada technician akan datang untuk baiki, selepas baiki, saya akan cek untuk pastikan benar-benar dibaikpulih, sebelum boleh tutup 'work order'.

Terlibat juga menguruskan filing system untuk student dan administration, selain kerja-kerja lain..

Apapun, saya seronok bekerja, membantu pelajar yang menghadapi masalah umpamanya.. kak, katil saya patah.lampu meja study rosak,tandas tersumbat, tingkap bilik ada t**i burung. dan macam-macam lagi masalah penghuni, diuruskan dan dibantu penyelesaiannya.

Inilah yang paling menyeronokkan saya. KEPUASAN membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Rasa gembira bila every single problem dapat diselesakan. Gain new skills, suasana pejabat yang baik, kakak2 n boss di ofis pun baik hati + side income.

Ya Allah, jika khidmat kecil untuk pejuang kecil fi sabilillah (penuntut ilmu) ini ada keberkatan buatku, KAU mudahkanlah tiap urusanku, dan tetapkanlah niatku keranaMU selalu, Insya Allah.

Bekerja, masa perlu diurus dengan bijak, jadual hrian saya juga berubah, tidur awal selepas isyak dan bangun seawal 2 pagi-study+siapkan kerja. Apapun, Alhamdulillah, masa yang ada lebih dihargai.

Allahumma Yassir.. Allahu Al-Musta'an