Alhamdulillah, paper jumaat lalu dilalui dengan baik. HAmdan Lillah, Allahu Akbar yang memudahkan semuanya.
Sabtu
Ke Serendah. Rumah Pak De (Sepupu mak) yang mengadakan majlis kesyukuran sempena kelahiran cucunya yang kedua. Ke sana menaiki kereta dengan Ipi my brother. 'puak-puak' Jambu Rias berkumpul di sana.
Jambu Rias- kampung kelahiran saya. Kampung bonda yang menjadi sempadan antara daerah Bentong dan Temerloh. Kaum keluarga belah emak saya ramai di sana. Saudara mara sebelah abah pula mendiami Temerloh. Dari Kg Gantok, Kg Songsang dan Kg Paya Pulai, antara tempat bermukimnya saudara mara sebelah abah.
Kembali kepada agenda hari ini. Jam 2.30 petang, kami ke Putrajaya.Lebih tepat lagi- Hospital Putrajaya. Ziarah Piktam yang baru menjalani pembedahan Syafakallah.
Dalam perjalanan pulang, hujan lebat + jam merencatkan perjalanan. Kereta pula tiba-tiba mengeluarkan bunyi aneh. Terus singgah di kedai membaiki kereta di Kajang. Lama juga di situ. Pulang ke UIA, jam 6.30 baru sampai. Mujur sudah selesai menunaikan solat Asar di Hospital tadi.
Penat. Agenda esok untuk pulang ke Jambu Rias mungkin terpaksa dibatalkan.
***
Kes Raja Petra disaman NC UUM rupa-rupanya ada kaitan dengan bekas Presiden SRC UIA- Akh Muhtar Suhaili <<
****
jom jalan-jalan..
1) Pameran Buku Antarabangsa, PWTC. 4-13 april 2008
2) Pameran Wanita n Kuasa Iman (kalau tak silap nama rasmi dia gitula) , Muzium kesenian Islam, April ni juga...
*****
Must grab! Buku hasil nukilan Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. (saya pun belum sempat menghabiskan bacaan. After exam, Insya Allah)
ANda bakal berkahwin atau berhajat untuk mendirikan 'masjid'? Sudah berkeluarga dan ingin menjadi suami/isteri soleh/solehah? Dambakan keluarga yang sakinah? dapatkan buku ini. Bunga Kebahagiaan. RM20.oo only.
jumpa lagi nanti.. doakan paper terakhir nanti najah. Ameen..
2 comments:
1. saya mencari tempat memujuk hati. saya kehilangan ruh terhadap sesuatu. tawar.
2. saya pernah membaca buku tuisan bersama tuan guru dan seorang penulis lain. namun, gaya bahasanya bukan gaya bahasa tuan guru. mungkin penulis itu (bukan yang ini mungkin)meletakkan nama tuan guru sebagai pelaris. hehe
mengapakah kamu en sai? macam kena segerakan bina masjid? ada teman memujuk.. hehe.. tak baik tunggu lama-lama.
hm.. belum berkesempatan menghabiskan bacaan maka tak boleh menilai buku ini seadilnya...
Post a Comment