Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 03, 2009

panas vs sejuk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


1
Perkhemahan kadet Bomba Negeri Pahang. Gunung Senyum

4 hari saya di sana. Selaku Guru Pengiring. 4 hari yang panas hati. Pelajar saya cuma 6 orang sahaja mewakili daerah Temerloh. 25 yang lain pelajar sekolah biasa.

-i-

"Tak apa kan? korbankan sekejap jer.. kalau tak nanti tak seragam."

Kata jurulatih kawad kaki itu, meminta pelajar yang memakai sarung lengan menanggalkan sarung lengan mereka. Baju seragam kawad yang disediakan lengan pendek. Maka pelajar saya memakai sarung lengan. Sedari awal bising mulut saya berpesan, hati-hati dan jaga prinsip. jaga Aurat. Jaga maruah.Pelajar yang lain tidak memakai sarung lengan, membiarkan lengan mereka dijamah mata bukan muhrim.

Arahan dari jurulatih itu membuat saya panas hati. Mengapa mesti digadai prinsip islam untuk kemenangan? Pelajar saya memandang saya. Saya faham isyarat mata itu. Saya telah bersuara hal itu dari pagi tadi namun jurulatih itu (kakitangan bomba) buat tidak faham dan tidak tahu. Sakit hati saya bila maruah dan soal aurat dipandang enteng.

haruskah kerana dunia, akhirat dijual??

Kalah juga akhirnya pasukan kawad itu. Saya menyambut dengan gembira. Biarkan mereka kalah. Tidak akan berjaya orang yang menjual akhirat untuk dunia.Tidak sama sekali.

-ii-

Cuma saya seorang yang menjadi guru pengiring perempuan untuk daerah Temerloh. Guru sekolah lain cuma menjenguk sekali sekala. Maka menjadi tanggungjawab saya menegur ahli kontigen Temerloh waima mereka bukan anak didik saya. Soal aurat, sungguh sakit mata dan hati saya. Juga soal solat

Waktu solat:
saya: "ok siapa yang boleh solat, solat sekarang"
pelajar : "kami uzur cikgu"
ramai sungguh yang mengaku uzur

waktu trekking ke Gunung Senyum:
saya: "ok, kawasan ni 'keras'. Siapa yang uzur dilarang sama sekali mengikuti trekking"
Pelajar : "kami semua tak uzur"
semua yang uzur jadi tak uzur.

Nampak sangat tipu!

-iii-
Saya rimas dengan jadual aktiviti yang tidak menghormati waktu solat. Semuanya main langgar je. Bagi pelajar yang berdisiplin, Alhamdulillah, bijak mencari waktu untuk solat. Bagi yang memang malas solat, bersukaria dan terus leka.

Apakah penerapan disiplin itu sekadar pada lurusnya barisan kawad?pada seragamnya?pada hayunan tangan yang serentak?

Jika 'disiplin' dan 'waktu' yang diarah Pencipta kita gagal patuhi, bagaimana kita mahu mendidik pelajar menepati waktu dan disiplin seharian??

Nota Panas hati. Itu cuma sebahagian adegan yang membuat saya panas hati.

Nota sejuk hati: Saya syukuri pertemuan dengan Kak Salina dan Kak Salamiah, 2 orang guru dari SMK Paya Pulai. Walau baru kenal, rasa macam dah kenal lama. Juga pengalaman simulasi kebakaran. Saya dan beberapa guru lain memadam 'kebakaran kereta' pada malam itu, bermula detik siren dibunyikan, dengan pantasnya memakai seragam,menaiki kereta bomba hinggalah memadamkan kebakaran' . Pengalaman yang mengujakan.

2
Kem Jatidiri dan Pembinaan sahsiah. Kem Pertanian Jubli Perak Indera Mahkota.

Sejuk hati: melihat anak-anak ini menitiskan air mata keinsafan. Moga2 keinsafan itu disusuli azam mengubah diri

Nota sejuk hati: Kusyukuri ukhwah dengan beberapa guru pengiring lain. Kak Imah,Kak Hasnah,Kak Zunida, semuanya warga berpengalaman dari SMA JAIP. dan saya- 'adik' yang baru mula menjengah dunia sebagai seorang pendidik.
Juga pengalaman melakukan flying fox yang amat mengujakan. Saya nak terbang lagi!

3
Sejuk hati: warkah kemaafan dari anak murid yang melakukan kesilapan. Juga kesanggupan untuk didenda atas kesalahan itu. Anakku, yang penting bukan hukuman,tetapi pengajaran yang kau peroleh.Jangan lakukan kesilapan sama lagi.

4
Sejuk hati. Melihat Mik Tam (kakak emak) yang tabah menjaga Pik Tam yang lumpuh separuh badan. Sudah minggu mereka berada di rumah kami kerana Pik Tam menjalani rawatan terapi di sebuah pusat kesihatan berhampiran rumah. Sejuk hati melihat Mik Tam yang tabah menguruskan suaminya, bergerak ke tandas, mandi,makan, dan segala keperluan diri yang tak mampu diuruskan sendiri. Setia seorang isteri, mudah-mudahan amalanmu itu menjanjikan syurga buatmu.

5
Sejuk Hati. Melihat wajah gembira Saadatul Jannah, sahabat saya ketika walimahnya tempoh hari. Dia benar2 'saadah' dan moga keberkatan zawaj itu membawanya ke jannah.
Baarakallahu lakuma wajama'a bainakuma fi khair.

Buat kekandaku Norazura Zakaria, maaf tidak dapat menghadirkan diri ke walimah akak. Saya doakan akak bahagia dan jadi isteri yang Solehah

Kak Zura- senior saya dalam COMRADE. Mana mungkin saya lupakan dia. Seawal detik saya menjadi ahli COMRADE, ketika program pertama saya ikuti iaitu annual trekking (ANTRAXX) ke Mersing, Kak Zura adalah orang pertama yang menyapa saya di dalam bas, lalu kami berbual sepanjang perjalanan UIA-Mersing. Ukhwah yang bermula di situ menjadi kian indah dengan kebersamaan dalam program-program lain. Kak Zura, I Love u sis! Moga kebahagiaan akan sentiasa bersama akak dan suami.

Till then, moga dipermudahkan setiap urusan. Allahu Al-Musta'aan..

Nota hati: Lambaian Tioman kian hampir.. Mohon diberikanNYA kenikmatan dan kerehatan, ketenangan untuk mencantum sisa-sisa kesabaran yang tercarik..

Tuesday, April 14, 2009

menyepi...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum..
Dah lama saya ‘menyepi’.. sebenarnya ada 2 3 perkara yang perlu dibereskan.. dan sebab yang paling utama adalah masalah kesihatan yang kurang baik sejak 2 bulan ini.. Dugaan sungguh.. Terutama ketika malam menjelma.. Maka banyak aktiviti pada waktu malam yang terganggu- terutamanya penulisan tesis. Sebab pada waktu malam saya hanya mampu makan ubat dan terus tidur. Sangat-sangat tidak larat membuat apa-apa aktiviti.

Baru-baru ini ke UIA, beberapa rakan seperjuangan dah hampir menyiapkan tesis mereka sedang tesis saya masih merangkak amat perlahan.. Cemburu yang amat. Ya Allah, saat ini saya mohon diberikan kekuatan. Dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan ini.

Dah lama tidak menjejak bumi UIA, saya amat rindukan haroma Taman Ilmu dan Budi ini. Semangat yang sentiasa ada jika menjejak kaki ke sini. Mula la rasa macam nak belajar lagi dan lagi. Tapi tak boleh nampaknya. Ada beberapa perkara perlu diselesaikan dulu…


Saya kini warden asrama.. Anak-anak saya seramai 200 lebih orang.. Seronok di sini. Hati dan jiwa saya di sini, menabur bakti dan memberi, selagi diizin DIA.
Sekian dulu buat kali ini. ADa banyak perkara ingin dicoretkan tapi tak kesampaian. Doakan saya! Allah AL-Musta’aan

Friday, April 03, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Setahun berlalu dengan pantas..
Mac yang selalu berbaur duka..
dan April selalunya ada cahaya..
Pusingan yang sama berlalu..
Dan masih saya harapkan..
April akan datang dengan cahaya..

5 Rabiul Akhir..
Kita merancang.. namun perancanganNYA lebih baik..
Kita berusaha mencari kesempurnaan
Tapi hanya DIA Yang Maha Sempurna..
Kala menggenggam erat kasih
Kita terlupa pada Kekasih Agung..
Maka diujiNYA dengan kesakitan
Agar kita kembali mencari DIA..
Maaf.. kesempurnaan itu tetap bukan milikku
Khilaf yang tersandung
Ku pohon ampun..

***
dalam perjalanan menuju Tanah Tinggi Cameron bersama anak-anak murid,, Study Tour organized by Englih Language Society..

Namun tidaklah teruja mana..
Mungkin kerana ini bukan kali pertama mejejakkan kaki ke CH..
atau mungkin kerana bebanan kerja yang banyak perlu ditinggalkan sebentar
atau kerana meninggalkan 'anak' yang akan bertanding selasa nanti, belum sempat membimbing dengan baik untuk persediaannya..

Atau kerana rawan di jiwa yang masih beraja..

Rabbana zolamna anfusana .. wain lam taghfirlana watarhamna lanakuunanna mi al khaasiriin..

Asyhadu an la ilaaha illa anta..
Subhaanaka inni kuntu min azzoolimiin..

***
PAsrah padaMU
Allahu Al-Mustaa'n

Sunday, March 29, 2009

Siramilah hati..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Duhai tanah tumpah penuh barokah..
Siramilah hati..
Turunkanlah hujan-hujan rahmat..
Sejukkanlah jiwa..
tenangkanlah minda dan rasa..
Kerana selagi mata belum terpejam lena..
Duga pasti datang bertimpa-timpa..

dan dalam sulam tawa derita
kutemui insafi diri..
kerdil aku di sisi DIA
Siapa kita tanpa keredhaanNYA???

Thursday, March 26, 2009

coretan seorang pendidik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sudah lama saya tidak meninggalkan coretan di rumah ini. Dihambat waktu dan pelbagai tanggungjawab, sungguh saya rindu mencoret sesuatu di rumah ini. . Mungkin selepas tidak lama menulis, yang terkini adalah tentang kehidupan selaku seorang pendidik. Bersama catatan ini, disertakan beberapa gambar kenangan:

RENTAS DESA & SUKAN ILMIAH SEKOLAH 2009

Saya guru penasihat rumah kuning. Alhamdulillah, tahun ini rumah kuning menjadi johan rentas desa, juga johan acara ilmiah justeru menjadi johan keseluruhan pertandingan sukan SMA Al-Wosto tahun 2009 .


Antara peserta larian rentas desa rumah kuning bersedia sebelum larian....


Astaka padang..



Larian rentas desa @ bersiar-siar?

Antara yang 'pancit' di pertengahan larian dan diselamatkan menaiki kereta guru.. Malu yer?


Malam Bersamamu Palestin anjuran HALUAN
Kutipan Derma untuk Palestin


MASISUPA PERINGKAT ZON 2

Sma Al-Wosto menjadi tuan rumah. Secara keseluruhannya, prestasi tahun ini sederhana sahaja. Sukan dan ilmiah diungguli SMA Al-Ihsan. Dalam zon 2, terdapat 5 buah sekolah- SMA Al-Wosto,SMA Al-Ihsan,SMA Al-Ittifaqiyyah Guai,SMA MAran dan SMA Chenor. Untuk peringkat zon, saya menjadi pengerusi teknikal bagi acara bola jaring. 1 pengalaman baru. Thanks Allah for this great opportunity and new knowledge for me. Mujur Cikgu Hapidah (S/u sukan sekolah) dan Ustazah Majidah banyak membantu dari hal menguruskan padang, pelantikan pengadil hinggalah penyediaan jadual perlawanan. Alhamdulillah, tanpa sebarang masalah, acara bola jaring berjalan lancar.

Prestasi pasukan saya pula dalam peringkat zon- Pasukan menengah (tingkatan 3-5) menjadi johan. Dalam format liga, mereka memenangi semua perlawanan. Pasukan Rendah (tingkatan 1&2) pula menjadi naib johan, tewas 1 perlawanan ketika menentang SMA Al-Ihsan, dengan 10-11. Namun saya bangga dengan semangat juang mereka yang tidak kenal erti mengalah sehingga tiupan wisel terakhir.

Pasukan Bola Jaring Menengah dan Rendah, bersama jurulatih dan pengurus pasukan
HATI MESTI KUAT: IBRAH DARI PERLAWANAN BOLA TAMPAR

Pasukan bola tampar perempuan melangkah ke final menentang SMA Chenor. SMA Chenor menggungguli acara bola tampar peringkat pusat 5 tahun berturut-turut. Johan menunggu yang sudah 5 tahun memegang takhta bola tampar perempuan SMA Pahang. Turun sebagai ‘underdog’ ternyata awal2 lagi pelajar saya sudah tewas mentalnya. Sementelahan pula, dalam perlawanan pusingan awal pasukan SMA AL-Wosto (SMAW) telah tewas ‘straight set’ di tangan SMA Chenor (SMAC). Saya turun ke gelanggang memberi kata-kata semangat pada pagi itu. Perlawanan sengit. Mata saling berganti. Set pertama SMAW menang 15-12. Set kedua- SMAC tidak mengalah, hingga akhirnya mereka mendahului 14-9. Anak-anak murid saya mula mengelabah. Jurulatih SMAW (Teacher Zaharina) memohon ‘time out’. Hati mesti kuat. Itu pesan kami kepada anak-anak. Akhirnya, satu demi satu mata dikutip hingga akhirnya kedudukan terikat 14-14. Dan nasib menyebelahi SMAW apabila berjaya menyekat kemaraan SMAC dan akhirnya menang 16-14. Set ketiga, keyakinan anak-anak kian meningkat. Tanpa menoleh lagi, set ketiga dimenangi lantas muncul johan menewaskan johan masisupa pusat 5 tahun berturut-turut. It’s a great victory.
Anak-anak, ketahuilah, tiada apa yang mustahil, jika hati kita kuat, tempuhi setiap cabaran dengan kegigihan dan kecekalan, dengan izinNYA, pasti kita akan berjaya.

MASISUPA Zon berakhir dengan baik. Untuk acara ilmiah, SMAW muncul johan acara-acara berikut:
Nasyid Lelaki
Forum
Syarahan bahasa Inggeris Lelaki
Kupasan Hadis Lelaki.

Acara-acara lain kebanyakannya naib johan. Namun prestasi tersebut masih boleh dibanggakan terutama apabila diletakkan satu kumpulan dengan SMA AL-Ihsan, sekolah Bandar dengan jumlah pelajar lebih 1000 orang. Sebagai sebuah sekolah luar bandar dengan jumlah pelajar lebih kurang 400 orang, yang penting adalah semangat mereka bersaing. Saya bangga dengan anak-anak didik saya yang menyertai syarahan bahasa Arab dan bahas Bahasa Arab. Sungguhpun tidak menjadi johan, saya melihat kesungguhan mereka dan semangat mereka.

::keberkatan dan kejayaan sebenar::

Tewas menang adat pertandingan. Menjadi seorang guru, yang paling menggembirakan adalah apabila pelajar mengucapkan terima kasih apabila mereka berjaya. Saat kemenangan beberapa acara, beberapa pelajar datang menunjukkan hadiah mereka seraya mengucapkan ‘terima kasih ustazah’. Malah yang tidak berjaya memohon maaf dan mengucap terima kasih juga.
Anak-anak, itulah kejayaan sebenar kalian. Itulah ciri-ciri kejayaan. Itulah lambang kemenangan, bila kita sentiasa mengingati siapakah di sebalik kejayaan itu. Untuk itu, saya amat gembira, saya percaya anak-anak murid ini di landasan yang betul untuk mencipta kejayaan dalam hidup mereka.
Baarakallahu fiikum jamii'an

Saturday, March 14, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya online dari Pekan, Bandar Diraja sempena Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-sekolah Agama Pahang. Kali ini Kuliyyah Al-lugha Wadin As-Sultan Abu Bakar menjadi tuan rumah. Kali ke berapa? Keli ke-25! Jubli Perak. Seusia MASISUPA ini dengan saya. Ini merupakan acara sukan dan acara-acara ilmiah antara sekolah-sekolah agama di Pahang. Bermula dengan nama Pekan Pelajar, kini usia MASISUPA mencecah 25 tahun. Ramai tokoh lahir dari aktiviti ini.

Saya di sini sebagai pengurus dan jurulatih bola jaring yang mewakili Zon 2 selepas menang peringkat Zon 2 minggu yang lalu. Juga sebagai ‘juruletih’ nasyid. Dulu saya peserta, kini berubah watak. Apapun, saya gembira dapat kembali ke sini.

Pagi ini anak buah saya akan turun perlawanan pertama. Doakan kejayaan mereka!

Catatan: semua bekas pelajar SMA Pahang dijemput memeriahkan MASISUPA

Tuesday, February 17, 2009

memberi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Modules for English Camp
Syarahan Bahasa Arab
Bahasa Bahasa Arab
Tesis

Antara senarai kerja saya sekarang. Agak sibuk. Berat pun dah turun. Apapun Alhamdulillah tiada tekanan mengiringi tugasan-tugasan ini. Malah gembira yang amat menekuni tiap satu darinya.

Bermukim di sekolah lama, saya memilih tinggal di asrama, rumah warden. Maklumlah, petang-petang saya menekuni para pemain bola jarring, melatih mereka. Maka tinggal di asrama adalah jalan terbaik memandangkan jarak rumah-asrama memakan masa hampir 45 minit jika berulang.

Duduk di sini tenang-tenang. Masanya saya ‘memberi’ dan menunaikan janji pada diri sendiri. Kerana dahulu saya pernah berjanji, jika satu masa saya diberi peluang kembali ke sini, saya ingin ‘memberi’ sebanyaknya. Kerana tanah ini dulunya telah banyak ‘memberi’ kepada saya.

Maka tiap saya dan ketika, hati ini berlagu riang di sini.

PENYAKIT TANGAN

Minggu ini saya bertugas Di perhimpunan sekolah, saya menyentuh tentang penyakit tangan.

1) Suka buang sampah merata-rata
2) Suka menconteng buku teks yang diberi pinjam.

Di penghujung, saya ingatkan diri sendiri dan pelajar juga, bahawa satu masa tangan kita ini akan berkata-kata memaklumkan lakunya di dunia.

“Hari yang ditutup mulut mereka dan berkata tangan-tangan mereka…” (Salah satu ayat dalam Surah Yasin)

Ayuh, sayangi tangan kita dari segala penyakit tangan.

Nota Kaki:
Bimbang. Syafaakallah!

Tuesday, February 10, 2009

mari belajar bahasa istana

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

info:
"Patik mohon derhaka" merupakan satu istilah khusus yg digunakan dalam istana dan mesti digunakan oleh rakyat jelata jika mereka ada pandangan lain diatas pandangan yg telah diberikan oleh Tuanku.

catatan: bahasa istana yang dipolitikkan.

****

Kelelahan dalam media arus perdana yang semakin 'senget' melaporkan berita. Tercungap-cungap mencari kebenaran yang semakin ditimbus-timbus.

Ya Allah, peliharalah kami..

***
Kian saya rasai hikmahnya berada di sini. Walau sebentar cuma, saya tahu banyak kebaikannya untuk saya di sini. Seperti kata seorang teman; di tengah krisis begini, dirimu 'penyeri'. Mudah-mudahan bisa saya memberi dan mencurahkan bakti.

***
Sibuk dengan persiapan Majlis Sukan dan Ilmiah sekolah-Sekolah Agama Pahang. Saya jurulatih bola jaring dan beberapa acara ilmiah yang lain.

Mood: sibuk yang amat tapi gembira yang sangat.
Jiwa saya di sini,
Allahu Al-Musta'aan.

Sunday, February 01, 2009

Min " Ustazah" ila " Teacher"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, hari-hari sebagai seorang pendidik ternyata mengembirakan. Seperti yang diceritakan dulu, saya mengajar subjek NAhu Saraf dan Literasi Arab. Saya amat teruja mengajar subjek tersebut dan baru saya fahami, amat susah untuk memahamkan pelajar apa yang kita faha. Namun saya anggap ini sebagai satu cabaran min ajli khidmah al-lughah al-arabiyyah.

4 minggu yang amat mengujakan. Namun 'jodoh' saya dengan bahasa Arab dan Nahu tidak panjang. Pertukaran besar-besaran guru-guru di SMA seluruh Pahang memberi kesan yang bukan sedikit. Kebanyakan guru-guru SMA Al-Wosto yang disahkan dalam jawatan bertukar. Maka berlakulah kekurangan guru. Subjek yang paling kritikal adalah Bahasa Inggeris. Maka kerana saya membawa nama INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaranya saya diamanahkan untuk mengajar bahasa ini.

Maka bermula Febuari ini, jadual saya bertukar, dan secara tak langsungnya, saya perlu tinggalkan sebentar pengajaran Bahasa Arab. Namun jauh di sudut hati, saya masih berharap saya akan boleh mengajar subjek ini nanti waima bukan dalam kelas rasmi, mungkin dalam kelas tambahan/aktiviti koko untuk pengukuhan bahasa kelak.


Dan sayup-sayup masih terdengar keluhan pelajar-pelajar saya yang bersedih bila dikhabarkan saya tidak akan mengajar mereka bahasa Arab/Nahu lagi. .. Sayapun sedih juga sebab saya baru sahaja dapat membuka beberapa 'kunci' kelemahan mereka dalam bahasa Arab dan Nahu untuk sama-sama tahsin..

Namun insya Allah perjuangan ini tidak akan berhenti. itu janji saya pada diri..


so, now i'm teacher Atikah.. no more Ustazah Atikah ;-)

>>
Alhamdulillah, perjalanan tesis berjalan dengan baik meski saya dihimpit kesibukan. Dan ternyata kesibukan itu momentum terbaik memotivasi diri supaya lebih rajin dan menghargai masa. Moga dipermudahkan semua, Allahu Al-Musta'an.

rehlah ma'a usratii

Abah tersenyum melihat anak-anaknya :-)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



:rehlah al-usariyyah::


This is a story about our family picnic last monday- during the chinese new year holiday..

Perkelahan yang tak dirancang.. Pagi itu Abang Long dan Kak Long sampai dari Kuantan, lalu ajak berkelah ke batu 7 jalan lama KL-Bentong.

Kami pergi 3 buah kereta. abah mulanya tak nak ikut serta tapi selepas dipujuk oleh seorang demi seorang anak-anaknya, abahpun ikut serta dengan memandu 'kereta perangnya'.

Kami membawa bekal nasi yang sudah dimasak. Lauk pauk seperti ayam,ikan, sotong dan udang pula dibasuh dan diperap utuk dibakar bila sampai di sana nanti.

Hasilnya...


Laziizun jiddan ..Alhamdulillah

Alhamdulillah.. I was so happy to spend the precious time with my beloved family.

Cuti panjang kali ini juga, Mifzal ada pulang bercuti. Menyambut ulangtahun pertamanya pda 28 Januari lalu, dia semakin comel dan lincah.