Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 03, 2009

panas vs sejuk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


1
Perkhemahan kadet Bomba Negeri Pahang. Gunung Senyum

4 hari saya di sana. Selaku Guru Pengiring. 4 hari yang panas hati. Pelajar saya cuma 6 orang sahaja mewakili daerah Temerloh. 25 yang lain pelajar sekolah biasa.

-i-

"Tak apa kan? korbankan sekejap jer.. kalau tak nanti tak seragam."

Kata jurulatih kawad kaki itu, meminta pelajar yang memakai sarung lengan menanggalkan sarung lengan mereka. Baju seragam kawad yang disediakan lengan pendek. Maka pelajar saya memakai sarung lengan. Sedari awal bising mulut saya berpesan, hati-hati dan jaga prinsip. jaga Aurat. Jaga maruah.Pelajar yang lain tidak memakai sarung lengan, membiarkan lengan mereka dijamah mata bukan muhrim.

Arahan dari jurulatih itu membuat saya panas hati. Mengapa mesti digadai prinsip islam untuk kemenangan? Pelajar saya memandang saya. Saya faham isyarat mata itu. Saya telah bersuara hal itu dari pagi tadi namun jurulatih itu (kakitangan bomba) buat tidak faham dan tidak tahu. Sakit hati saya bila maruah dan soal aurat dipandang enteng.

haruskah kerana dunia, akhirat dijual??

Kalah juga akhirnya pasukan kawad itu. Saya menyambut dengan gembira. Biarkan mereka kalah. Tidak akan berjaya orang yang menjual akhirat untuk dunia.Tidak sama sekali.

-ii-

Cuma saya seorang yang menjadi guru pengiring perempuan untuk daerah Temerloh. Guru sekolah lain cuma menjenguk sekali sekala. Maka menjadi tanggungjawab saya menegur ahli kontigen Temerloh waima mereka bukan anak didik saya. Soal aurat, sungguh sakit mata dan hati saya. Juga soal solat

Waktu solat:
saya: "ok siapa yang boleh solat, solat sekarang"
pelajar : "kami uzur cikgu"
ramai sungguh yang mengaku uzur

waktu trekking ke Gunung Senyum:
saya: "ok, kawasan ni 'keras'. Siapa yang uzur dilarang sama sekali mengikuti trekking"
Pelajar : "kami semua tak uzur"
semua yang uzur jadi tak uzur.

Nampak sangat tipu!

-iii-
Saya rimas dengan jadual aktiviti yang tidak menghormati waktu solat. Semuanya main langgar je. Bagi pelajar yang berdisiplin, Alhamdulillah, bijak mencari waktu untuk solat. Bagi yang memang malas solat, bersukaria dan terus leka.

Apakah penerapan disiplin itu sekadar pada lurusnya barisan kawad?pada seragamnya?pada hayunan tangan yang serentak?

Jika 'disiplin' dan 'waktu' yang diarah Pencipta kita gagal patuhi, bagaimana kita mahu mendidik pelajar menepati waktu dan disiplin seharian??

Nota Panas hati. Itu cuma sebahagian adegan yang membuat saya panas hati.

Nota sejuk hati: Saya syukuri pertemuan dengan Kak Salina dan Kak Salamiah, 2 orang guru dari SMK Paya Pulai. Walau baru kenal, rasa macam dah kenal lama. Juga pengalaman simulasi kebakaran. Saya dan beberapa guru lain memadam 'kebakaran kereta' pada malam itu, bermula detik siren dibunyikan, dengan pantasnya memakai seragam,menaiki kereta bomba hinggalah memadamkan kebakaran' . Pengalaman yang mengujakan.

2
Kem Jatidiri dan Pembinaan sahsiah. Kem Pertanian Jubli Perak Indera Mahkota.

Sejuk hati: melihat anak-anak ini menitiskan air mata keinsafan. Moga2 keinsafan itu disusuli azam mengubah diri

Nota sejuk hati: Kusyukuri ukhwah dengan beberapa guru pengiring lain. Kak Imah,Kak Hasnah,Kak Zunida, semuanya warga berpengalaman dari SMA JAIP. dan saya- 'adik' yang baru mula menjengah dunia sebagai seorang pendidik.
Juga pengalaman melakukan flying fox yang amat mengujakan. Saya nak terbang lagi!

3
Sejuk hati: warkah kemaafan dari anak murid yang melakukan kesilapan. Juga kesanggupan untuk didenda atas kesalahan itu. Anakku, yang penting bukan hukuman,tetapi pengajaran yang kau peroleh.Jangan lakukan kesilapan sama lagi.

4
Sejuk hati. Melihat Mik Tam (kakak emak) yang tabah menjaga Pik Tam yang lumpuh separuh badan. Sudah minggu mereka berada di rumah kami kerana Pik Tam menjalani rawatan terapi di sebuah pusat kesihatan berhampiran rumah. Sejuk hati melihat Mik Tam yang tabah menguruskan suaminya, bergerak ke tandas, mandi,makan, dan segala keperluan diri yang tak mampu diuruskan sendiri. Setia seorang isteri, mudah-mudahan amalanmu itu menjanjikan syurga buatmu.

5
Sejuk Hati. Melihat wajah gembira Saadatul Jannah, sahabat saya ketika walimahnya tempoh hari. Dia benar2 'saadah' dan moga keberkatan zawaj itu membawanya ke jannah.
Baarakallahu lakuma wajama'a bainakuma fi khair.

Buat kekandaku Norazura Zakaria, maaf tidak dapat menghadirkan diri ke walimah akak. Saya doakan akak bahagia dan jadi isteri yang Solehah

Kak Zura- senior saya dalam COMRADE. Mana mungkin saya lupakan dia. Seawal detik saya menjadi ahli COMRADE, ketika program pertama saya ikuti iaitu annual trekking (ANTRAXX) ke Mersing, Kak Zura adalah orang pertama yang menyapa saya di dalam bas, lalu kami berbual sepanjang perjalanan UIA-Mersing. Ukhwah yang bermula di situ menjadi kian indah dengan kebersamaan dalam program-program lain. Kak Zura, I Love u sis! Moga kebahagiaan akan sentiasa bersama akak dan suami.

Till then, moga dipermudahkan setiap urusan. Allahu Al-Musta'aan..

Nota hati: Lambaian Tioman kian hampir.. Mohon diberikanNYA kenikmatan dan kerehatan, ketenangan untuk mencantum sisa-sisa kesabaran yang tercarik..

2 comments:

kak awa said...

betul tu! mmg 'panas' betul dgn sikap pandang mudah mengenai hal2 agama. tu lah realiti sekarang.

yang benar semakin asing. syabas tikah! you done the right job. may allah grant u happiness...i salute you my dear fren...

moga ramai lagi atikah jamaludin di dunia ini...ameen

Anonymous said...

huu.. actually rehan tak penah nak citer kat sesape lagik pasal ni..

tempat keje rehan, bukan setakat tak hormat waktu solat, bahkan yang main number ekor, yang clubbing, minum2.. apatah lagik solat, lagi la jauh..wuwu~

bertepuk tampar lelaki perempuan, tyme tu rase nak keje nanti dengan udak2 comrade je, suasana tu tak sesuai kot,menakutkan, wuwu~

even rehan praktikal, rehan sound je direct.. hahaha~otai!~