JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 19, 2009

Ceritera Hari Guru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam diadakan sambutan hari guru di sekolah. Sederhana tapi meriah.

Pagi- acara padang

Para guru dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk bertanding dalam beberapa acara sukaneka. Antaranya acara boling padang, rebut kerusi, getah & straw, golf (ni paling best- first time pegang kayu golf) .. Acara diakhiri dengan acara tarik tali antara guru lelaki dan pelajar lelaki.. Mana nak terlawan pelajar tu dengan cikgu-cikgu yang memang gagah perkasa itu. Hehe..

Tengahari- acara dewan

Dimulai dengan perarakan 'karpet merah' para guru dari halaman sekolah ke dewan besar, diiringi paluan kompang,selawat dan bunga manggar ( cikgu-cikgu yang dah kahwin terasa seperti 'berarak' kali keduakah? Yang bujang ini rasa biasa-biasa sahaja ;-) )
Acara dalam dewan pula bermula dengan ucapan, diikuti dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Ikrar Hari Guru. Kemudian 'posmen' datang berbasikal menyerahkan watikah Hari Guru daripada para pelajar. Seterusnya persembahan nasyid dari pelajar dan deklamasi sajak. Nasyid hari tu- lagu 'tradisi SMAW' untuk hari guru- Lilin Seorang Guru.

Mungkin ramai yang tidak tahu, lagu tersebut berasal dari SMA Al-Wosto sebelum dikomersialkan oleh In-Team melalui salah seorang ahlinya- Suhaimi yang juga bekas pelajar/penasyid SMAW. Lagu Lilin Seorang Guru dicipta oleh My Great Teacher- Cikgu Khairul Salleh Abdul Rahman. Di tangan Suhaimi, lagu tersebut digubah semula namun sejujurnya saya lebih menyukai lagu tersebut versi asalnya.


Lagu kedua oleh kumpulan nasyid Al-Harith adalah lagu yang berjudul 'ILHAM. Owh, lagu yang sungguh nostalgik bagi saya.

Untuk sajak, 2 sajak awal adalah sajak ciptaan pelajar, diikuti 'sajak tradisi' hari guru hasil kreativiti Sasterawan Negara Usman Awang-

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Diakhiri dengan doa, moga majlis tersebut diberkati dan usaha kalian diganjari Allah. Bukan penghargaan yang guru-guru harapkan, melainkan kejayaan dalam kehidupan kalian, dunia dan akhirat.

Saya juga menerima beberapa hadiah dari para pelajar. Terima kasih semua. Baarakallahu Fiikum Jamiian.

Gambar? Kemudian akan di muat naik. Ada masalah sedikit untuk pindahkan gambar ke my 'rafiq' ini..

2 comments:

lydecker86 said...

saban tahun, bila hari guru menjelma, sajak ini akan berkumandang dimana-mana. Memang penuh makna..
Tapi part yang paling saya suka:

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Even saya sendiri pun tak tahu dapat hadapi atau tidak, kalau berdepan dengan situasi macam diorg hadapi..

Ummu A'mmaar said...

Tugas Mulia dik ! Barokllahu Feek.. Rindunya akak kat awak.. Take Care ya..