Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Cuti sekolah 2 minggu.. tapi saya tak bercuti.. menyiapkan tesis seboleh mungkin... semana yang mampu,, Moga dipermudahkan...
***
Insaflah..
Dia-
Dia. Umurnya baru 16 tahun. Dibuang sekolah A kerana ditangkap khalwat. Lalu merayu masuk ke sekolah B. Sekolah B menerima dengan bersyarat- berubah untuk kebaikan. Jenuh dinasihati, jenuh diberi peringatan. Namun mazmumah masih beraja. Tiada perubahan. Sering melarikan diri dari asrama kerana ingin berjumpa kekasih hati. Bulan lepas, digantung sekolah seminggu kerana melarikan diri dari asrama. Saat ayahnya dibawa menghadap pengetua, linangan air mata si ayah tak mampu ditahan melihat kenakalan si anak.
Cuti sekolah- dia pulang dari asrama. Saat kawan-kawan lain gembira menuju ke kampung halaman, dia juga gembira menuju ke satu destinasi. Ke mana, tiada siapa tahu.
Sabtu 5 pagi- Kemalangan jalanraya di Lebuh Raya Pantai Timur melibatkan sebuah motosikal yang ditunggangi seorang remaja berusia 20 tahun mengakibatkan remaja tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. Pembonceng motosikal tersebut- teman wanita arwah koma.
Inna lillahi wainna ilaihi raajiun..
Moga dia diberi kesempatan merasai seteguk nikmat bernama 'insaf' dan bertemu husnul khaatimah.. dan moga kisah ini jadi iktibar sekelian warga alam...
No comments:
Post a Comment