JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 13, 2009

coretan dari Taman Ilmu dan Budi

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pejam celik pejam celik.. cuti sekolah selama 2 minggu dah nak habis.. dan saya akan kembali semula kepada tugas sebagai seorang guru di tepi sungai Pahang itu. Cuti 2 minggu banyak dihabiskan dengan menulis tesis. Sungguhpun belum sempurna namun saya lega adala 'bergerak' juga.

Sekembalinya saya ke SMAW nanti, degup hati mengatakan saya tidak akan lama lagi di sana kerana saya sedang 'menunggu' masanya untuk saya meninggalkan bumi Wosto yang tercinta, meneruskan perjalanan saya untuk masa depan..

berikut beberapa perkara untuk coretan:

1) minggu lepas outing dengan sahabat tersayang sejak di Mukmin- Fairuza yang kini seorang akauntan di Kementerian Pelajaran,Putrajaya. Kebetulan saya bermalam di rumah abang ketika itu. Makan di Taman Warisan Pertanian sambil bergebang macam2 cerita. Persahabatan yang merimbun sejak usia kami 7 tahun (kini saya sudah 25 dan dia 26) moga-moga sentiasa dirahmatiNYA. I Love you. Moga dipermudahkan segala urusan awak. apa khabar seorang lagi kembar kami- Fatimah yang kini bertugas di Sarawak? semoga ceria dan dipermudahkan juga tiap urusan.

2) Outing dengan Dik Jaie, kak Awa dan Nurul. Meraikan hari ulangtahun K.Awa n Dik Jaie. Moga Allah merahmati kalian sepanjang usia.

3) menghadiri walimah ayahcik@Hafizul- adik kepada ustazah Hamdah. Berkesempatan menemui keluarga ustazah yang ramai itu dan beberapa guru saya ketika di Mukmin.
"Eh lainlah atikah. dah besar rupanya"
oh, sudah tentu. saya sudah menyambut jubli perak umur saya. Bukan lagi budak Mukmin yang memakai kain putih dan baju hijau itu.

4) Adik ke-5 saya Izzati telah menamatkan semester keempatnya di IKIP Kuantan. 4 SEmester berikutnya - bermula ogos akan datang akan diambil di Universiti of Yarmouk, Jordan. Sekarang dia sedang bercuti. Spend your time with us before u fly dear.. :-)

5) Adik ke4 saya mimi telah menjawat jawatan tetap (N17) di Agensi Nuklear Nasional, Bangi. Tahniah mi, leh belanja ngah pasni.. hehe..

6) Tahniah buat Sarah adik kepada sahabat Mukmin saya Fatimah yang kini bergelar Dr. Sarah. Tahniah Sarah. 1st batch Mukmin tak ada yang jadi doktor. Then 2nd batch- Sarah wakilnya. U make us proud of you. Selamat kembali ke Malaysia dan berbakti kepada agama bangsa dan negara.

6) Selepas seminggu di UIA, esok saya akan pulang.. Rinduu..

2 comments:

Sarah Shukor said...

Salam Kak Tikah. Baca entri Kak Tikah yang ni buat saya menangis. Sebab utamanya ialah saya dapat baca perkembangan ramai orang yang berkait dengan zaman kita kecik2 dulu termasuklah tentang walimah Hafizul dan Mimi yang dah mula bekerja. Rindunya pada semua. Insya Allah kita akan jumpa nanti. Insya Allah!

dhiyauqalbii said...

Sarah..

Insya Allah,kita akan jumpa nanti.. 6 tahun jerit perih Sarah di sana, bukan sekejap tau.. dan macam2 dah berlaku sepanjang tempoh itu..masa terus berputar,silih berganti dan kini kita sedang melalui zaman kedewasaan..itulah hakikatnya..