JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 30, 2004

TERKESIMA..

al fatihah buat mangsa Tsunami beragama islam..



Terkesima kerana tsunami.. terharu n titisan air mata.. melihat mayat2 manusia tiada harga lagi.. terasa kerdil diri.. Subhanallah kuasaMU.. masjid baiturrahmah teguh berdiri.. biar usia mengjangkau 700 tahun.. dan sekelilingmu bangunan 2 ranap menyembah bumi.. namun kau tetap utuh berdiri.. pasti ada sesuatu hikmahMU ilahi.. pengajaran.. tauladan dan amaran..


terkesima bila dikhianati.. terlalu dalam hati.. hingga tak mampu kuselami.. atau akukah yang bersalah tak bijak memahami?? serapauh itukah harga sebuah persahabatan.. terlalu teguhkah ego memohon keampunan dan mencari jalan menghuraikan ikatan yang kian kekusutan.. ?? jangan sampai tersimpul mati..//pergilah piung2 kebencian.. hadirkan kembali rahmah mawaddah dan keinsanan

terkesima pada sebuah keikhlasan.. mungkin kedewasaan yang mendatang bersama hari mematangkan.. dan bila menoleh pada jalan 2 yang tertinggal, lahirnya keinsafan, keterharuan, penghargaan dan kasih sayang.. lalu aku dihujani keterharuan.. jua rindu pada sebuah pertemuan.. di setiap harapan yang tinggi dijulang, padaMu jua Ar-rahim kemuncak dijuang.. padaMU.. kerana ENGKAUlah puncak segala pengharapan..

terima kasih atas segalanya.. keterharuan dan masih terkesima...

1 comment:

ummu Masyitah said...

Assalamualaikum
sorry saya beri komen di entry ini.
kerana sungguh kejadian tsunami itu beri impak besar pada saya. tambahan pula waktu itu,saya baru lepas pantang dan anak tidak mahu menyusu saya.melihatkan bayi2 tiada ibu disana, saya merasa ingin sangat ambil anak susuan dari sana tapi Allah tak izinkan.