Selamat pengantin baru..
:: walimatul urus kak ima n abg fuad::
weekend: jumaat abis kelas ke library then fatimah sms dah sampai di pekeliling.. Qa masa tu masih menunggu bas untuk keluar dari perut uia nie.. punya la ramai orang.. 1 hours taqriban menunggu baru bas sampai.. sampai di pekeliling.. cik fatimah dah lama tunggu.. sorry yer..
tujuan utama balik minggu nie tak lain tak bukan for special day kak ima n abg fuad.. malamnya dah ke rumah mak nah di batu kapor.. around 7 10 minutes jer dari rumah.. tolong buat apa yang patut..
soknya pagi2 dah ke san semula.. hm.. macam2 kerja buat.. sampai malam bermalam di sana.. ahad.. dari pagi tolong2 di dapur.. err mula2 risau. Apasal tak ramai orang dating.. hmm patutla kat kampong ni ada 4 kenduri kahwin hari tu.. so orang tak ramai.. kena agih2 kan untuk 4 rumah tue.. hm.. jenuhla gini..
kerja yang Qa kena buat.. sediakan hidangan pengantin.. jenuhla nak sediakan ikan cencaru stim, ayam golek, ikan bawal sweet sour, udang galah goring berkunyit.. pastu nak hias n hiding comel2.. tangan yang keras ni kena la dilembutkan nak menggayakan hidangan2 tersebut.. hmm tak lama pastu mak datang.. mujurla.. leh gak tengok n tambahkan mana yang kurang tue.. papun.. pengantin bukan nak makan sangat kan??
paling seronok berkumpul ngn kawan2 sepermainan masa kecik2 dulu ( before pindah ke rumah taman saga) cam anak2 cik zah yang datang dari kedah.. semua dah besar… dulu best jer naik perahu sama2 meraduk air banjir ( sampai kena gigit lintah) .. pergi memancing kolam ikan kat belakang.. ikut abah gemuk ( panggilan untuk suami mak nah- ayah kaki ma) amik nira kabung dalam hutan, pergi tuai jagung kat kebun batu hampar, mandi sungai, wah memang best ingat masa kecik2 lu..
Buat akak tersayang.. selamat pengantin baru..ayu sangat dalam busana serba biru tu.. moga kak ima n abg fuad bahagia n sentiasa dirahmati Allah..
::terima kasih miss meggi::
Masa kecik2 dulu.. mak n abah pergi kerja so QA n adik2 tinggal di rumah mak nah ( masa tu menyewa di rumah sewa mak nah).. kak ima ni anak mak nah.. yang paling Qa ingat pasal dia.. since QA dah boleh membaca, dia selalu pinjamkan buku di perpustakaan sekolahnya.. masa tu QA umur 6 tahun n kak ima pulak darjah 6.. so tiap2 ari mesti tertunggu2 dia balik dari sekolah.. dapat sebuah buku cerita untuk dibaca sehari.. then.. hari nie.. minat membaca itu bernyawa dalam diri.. thanks a lot miss meggi ( nama gelaran pada kak ima.).. moga Allah merahmati perjalanan hidupmu..
No comments:
Post a Comment