Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 28, 2004

:: siapa kita di sisiNYA..??

salam buat semua..

jumaat: 24.12.2004
pagi2 jaga gerai comrade di depan library.. masih mempromosi comrade untuk intake baru.. hari terakhir hari nie..
10 pagi.. ke Ampang untuk perbincangan dengan WAMY- world assembly of muslim youth- sebuah NGO yang berpusat di Arab Saudi- cawangan Malaysia untuk program Eidul Adha Mahabbah Project- (kurban la..) kat Kg. Husin, Perak.. tapi masih belum diputuskan sama ada COMRADE akan terima join venture ni coz ada beberapa syarat WAMY yang perlu diteliti dan dipatuhi..
mlm: back up kelas leadership.. session yang menarik tentang public speaking n communication skills.. tapi tak best coz session terakhir bersama our trainer- sis mursyidah coz dia withdraw .. so esok dapat trainer baru.. hm.. dah nak kena tukar trainer la pulak.. cinta baru nak berputik.. :-)
sabtu, 25.12.04
seawal 8 pagi.. dengan mengantuknya.. dah ada kat engin. building untuk kelasleadership.. dapat trainer baru dr nigeria.. huhuhu.. rasa lama sangat 2 jam tue.. coz trainer tu jer bagi lecture.. cam boring jer.. coz one way communication.. pandang classmate lain pun masing2 semacam jer.. pastu lagi satu yang masalahnya adalah sebutan n loghat english brother ni semacam jer... 'popu' = people.. fost= first.. komer= comer.. luar= lower.. ish ish.. dah la mata mengantuk.. saborjerla atikah..
after zohor.. mo' ana n syariah ajak bersiar2.. destinasi?? ulu yam.. klcc.. zoo.. jj wangsa maju..?? last2 decide yg paling senang- klcc.. rombongan tak rasmi exco comrade ke klcc.. turut sama syud, kak yati, jah. kak tengku n ketua rombongan - abg zul..
jalan2 tengok orang.. mentafsir n menilai.. yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan..
gelagat manusia diperhati.. (budak uia pun ramai- maklumla loan baru masuk..- org yang tak dapat loan?? tengok jerla..) Klcc penuh ngan manusia yang menghabiskan cuti...
tengah2 pusing2 sama2 diorang.. masa baru turun dr kinokuniya.. dapat sms dari somebody.. tak tau nape sms tu sangat touching.. terharu sesangat.. tahan jangan la 'hujan' kat tengah2 klcc nie...
ahad, 26 disember 04
pagi2 lagi.. rehlah siri 2 exco2 comrade.. kali ini ke zoo negara kuala lumpur.. ahlipun dah bertambah.. syukri ikut sama.. sampai2 tengah animal show.. so tengokla aksi2 haiwan2 bijak yang dilatih.. orang utan, burung kakaktua n singa laut...
pusing2.. melihat aksi n telatah haiwan.. mentafsir n menilai.. peribadi manusia seharusnya lebih mulia dari haiwan.. akal kurniaan YANG ESA anugerah tak berharga.. namun masih ada manusia lupa diri.. lalu menjiwai sifat2 kebinatangan.. itulah realiti.. bila manusia lupakan Ar-Rahman.. pun yang paling penting .. moga lawatan ini mengikat ukhwah kami.. Ya Allah.. satukan hati kami atas agama Mu.. kuatkan tautan hati kami atas syariatMu..FAWASSIKILLAHUMMA RABITHOTAHA..
petang.. dengar radio.. berita tsunami meragut nywa puluhan penduduk Asia termasuk Malaysia.. istighfar berlagu di hati.. makin hampir hari perjanjianMU Ar-Rahim..
isnin 27.12.08
sms dari mak.. hadiah dari Koperasi guru Agama Pahang Barat dah dapat.. Alhamdulillah.. dapatlah saguhati sikit2.. biasiswa pun tak masuk lagi so bolehla nak tampung hidup..
baca berita akhbar/ surfing berita tsunami melanda .. menitis air mata.. sungguh.. kerdilnya kita di sisiNYA.. kun fayakun.. sekelip mata musnah semua.. ayah kehilangan anak..anak kematian ibu.. serentak.sekejap... apa daya kita?? ini ujian? amaran? ... yang pasti ingatan buat semua.. mati menjemput tak kira masa.. malanglah nasib andai hadirnya ditengah keseronokan lupakan tuhan.. beruntunglah.. andai hadirnya di tengah kecintaan pada Ar-Rahman..
SELASA 28.12.04
SELAMAT MALAM SEMUA.. kat lab nie.. baru balik dari library cari bahan untuk sediakan teks pidato untuk pengucapan umum BM kerjaya nanti.. .. baca dewan sastera .. wawancara dengan Faisal Tehrani.. la patutla sekian lama mencari buku "TUNGGU TEDUH DULU" tak jumpa.. rupa2nya hanya ada melalui tempahan online.. puasla pusing kedai2 buku mencari.. hmm tu la atikah.. ketinggalan maklumat betul..
kak su sms.. ingatkan janji untuk ciptakan nasyid untuk AMSYAR.. la.. sory kak sue.. bukan lupa tapi tuntutan masa tul2 mengikat.. tanya kat "composer" pun tak leh janji coz dia tengah busy siapkan tesisnya..
about one month to go.. hari2 tahun ke 20 yang masih bersisa.. muhasabahlah duhai diri.. lakumu, tuturmu, jiwamu, imanmu sepanjang hari2 ke 20 ini.. tahun ke 21 yang bakal menjenguk.. usaikah hutang jiwa?? cukupkah bekalan di dada?? masih adakah ruang benci untuk sesiapa?? cukupkah kasih yang sepatutnya disua?? muhasabahlah duhai diri...
wassalam..

No comments: