Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 30, 2004

TERKESIMA..

al fatihah buat mangsa Tsunami beragama islam..



Terkesima kerana tsunami.. terharu n titisan air mata.. melihat mayat2 manusia tiada harga lagi.. terasa kerdil diri.. Subhanallah kuasaMU.. masjid baiturrahmah teguh berdiri.. biar usia mengjangkau 700 tahun.. dan sekelilingmu bangunan 2 ranap menyembah bumi.. namun kau tetap utuh berdiri.. pasti ada sesuatu hikmahMU ilahi.. pengajaran.. tauladan dan amaran..


terkesima bila dikhianati.. terlalu dalam hati.. hingga tak mampu kuselami.. atau akukah yang bersalah tak bijak memahami?? serapauh itukah harga sebuah persahabatan.. terlalu teguhkah ego memohon keampunan dan mencari jalan menghuraikan ikatan yang kian kekusutan.. ?? jangan sampai tersimpul mati..//pergilah piung2 kebencian.. hadirkan kembali rahmah mawaddah dan keinsanan

terkesima pada sebuah keikhlasan.. mungkin kedewasaan yang mendatang bersama hari mematangkan.. dan bila menoleh pada jalan 2 yang tertinggal, lahirnya keinsafan, keterharuan, penghargaan dan kasih sayang.. lalu aku dihujani keterharuan.. jua rindu pada sebuah pertemuan.. di setiap harapan yang tinggi dijulang, padaMu jua Ar-rahim kemuncak dijuang.. padaMU.. kerana ENGKAUlah puncak segala pengharapan..

terima kasih atas segalanya.. keterharuan dan masih terkesima...

Tuesday, December 28, 2004

:: siapa kita di sisiNYA..??

salam buat semua..

jumaat: 24.12.2004
pagi2 jaga gerai comrade di depan library.. masih mempromosi comrade untuk intake baru.. hari terakhir hari nie..
10 pagi.. ke Ampang untuk perbincangan dengan WAMY- world assembly of muslim youth- sebuah NGO yang berpusat di Arab Saudi- cawangan Malaysia untuk program Eidul Adha Mahabbah Project- (kurban la..) kat Kg. Husin, Perak.. tapi masih belum diputuskan sama ada COMRADE akan terima join venture ni coz ada beberapa syarat WAMY yang perlu diteliti dan dipatuhi..
mlm: back up kelas leadership.. session yang menarik tentang public speaking n communication skills.. tapi tak best coz session terakhir bersama our trainer- sis mursyidah coz dia withdraw .. so esok dapat trainer baru.. hm.. dah nak kena tukar trainer la pulak.. cinta baru nak berputik.. :-)
sabtu, 25.12.04
seawal 8 pagi.. dengan mengantuknya.. dah ada kat engin. building untuk kelasleadership.. dapat trainer baru dr nigeria.. huhuhu.. rasa lama sangat 2 jam tue.. coz trainer tu jer bagi lecture.. cam boring jer.. coz one way communication.. pandang classmate lain pun masing2 semacam jer.. pastu lagi satu yang masalahnya adalah sebutan n loghat english brother ni semacam jer... 'popu' = people.. fost= first.. komer= comer.. luar= lower.. ish ish.. dah la mata mengantuk.. saborjerla atikah..
after zohor.. mo' ana n syariah ajak bersiar2.. destinasi?? ulu yam.. klcc.. zoo.. jj wangsa maju..?? last2 decide yg paling senang- klcc.. rombongan tak rasmi exco comrade ke klcc.. turut sama syud, kak yati, jah. kak tengku n ketua rombongan - abg zul..
jalan2 tengok orang.. mentafsir n menilai.. yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan..
gelagat manusia diperhati.. (budak uia pun ramai- maklumla loan baru masuk..- org yang tak dapat loan?? tengok jerla..) Klcc penuh ngan manusia yang menghabiskan cuti...
tengah2 pusing2 sama2 diorang.. masa baru turun dr kinokuniya.. dapat sms dari somebody.. tak tau nape sms tu sangat touching.. terharu sesangat.. tahan jangan la 'hujan' kat tengah2 klcc nie...
ahad, 26 disember 04
pagi2 lagi.. rehlah siri 2 exco2 comrade.. kali ini ke zoo negara kuala lumpur.. ahlipun dah bertambah.. syukri ikut sama.. sampai2 tengah animal show.. so tengokla aksi2 haiwan2 bijak yang dilatih.. orang utan, burung kakaktua n singa laut...
pusing2.. melihat aksi n telatah haiwan.. mentafsir n menilai.. peribadi manusia seharusnya lebih mulia dari haiwan.. akal kurniaan YANG ESA anugerah tak berharga.. namun masih ada manusia lupa diri.. lalu menjiwai sifat2 kebinatangan.. itulah realiti.. bila manusia lupakan Ar-Rahman.. pun yang paling penting .. moga lawatan ini mengikat ukhwah kami.. Ya Allah.. satukan hati kami atas agama Mu.. kuatkan tautan hati kami atas syariatMu..FAWASSIKILLAHUMMA RABITHOTAHA..
petang.. dengar radio.. berita tsunami meragut nywa puluhan penduduk Asia termasuk Malaysia.. istighfar berlagu di hati.. makin hampir hari perjanjianMU Ar-Rahim..
isnin 27.12.08
sms dari mak.. hadiah dari Koperasi guru Agama Pahang Barat dah dapat.. Alhamdulillah.. dapatlah saguhati sikit2.. biasiswa pun tak masuk lagi so bolehla nak tampung hidup..
baca berita akhbar/ surfing berita tsunami melanda .. menitis air mata.. sungguh.. kerdilnya kita di sisiNYA.. kun fayakun.. sekelip mata musnah semua.. ayah kehilangan anak..anak kematian ibu.. serentak.sekejap... apa daya kita?? ini ujian? amaran? ... yang pasti ingatan buat semua.. mati menjemput tak kira masa.. malanglah nasib andai hadirnya ditengah keseronokan lupakan tuhan.. beruntunglah.. andai hadirnya di tengah kecintaan pada Ar-Rahman..
SELASA 28.12.04
SELAMAT MALAM SEMUA.. kat lab nie.. baru balik dari library cari bahan untuk sediakan teks pidato untuk pengucapan umum BM kerjaya nanti.. .. baca dewan sastera .. wawancara dengan Faisal Tehrani.. la patutla sekian lama mencari buku "TUNGGU TEDUH DULU" tak jumpa.. rupa2nya hanya ada melalui tempahan online.. puasla pusing kedai2 buku mencari.. hmm tu la atikah.. ketinggalan maklumat betul..
kak su sms.. ingatkan janji untuk ciptakan nasyid untuk AMSYAR.. la.. sory kak sue.. bukan lupa tapi tuntutan masa tul2 mengikat.. tanya kat "composer" pun tak leh janji coz dia tengah busy siapkan tesisnya..
about one month to go.. hari2 tahun ke 20 yang masih bersisa.. muhasabahlah duhai diri.. lakumu, tuturmu, jiwamu, imanmu sepanjang hari2 ke 20 ini.. tahun ke 21 yang bakal menjenguk.. usaikah hutang jiwa?? cukupkah bekalan di dada?? masih adakah ruang benci untuk sesiapa?? cukupkah kasih yang sepatutnya disua?? muhasabahlah duhai diri...
wassalam..

Thursday, December 23, 2004

surah Yusuf: hitam merah kehidupan

surah Yusuf diturunkan pada tahun kesepuluh kenabian- tahun kesedihan bagi Rasulullah S.A.W. Pada tahun tersebut,baginda kehilangan isteri tercinta Khadijah Ummul Mukminin n bapa saudaranya- Abu Thalib.. lalu surah Yusuf diturunkan sebagai penawar kedukaan baginda..
Surah Yusuf umpama sebuah buku cerita.. uslubnya ringkas n menghiburkan.. senang nak faham.. dan nyatalah seperti firmanNya bahawa kisah Yusuf adah cerita paling indah dalam al-Quran.. yang lebih penting kandungan nya.. mengajar kita bahawa sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian demi ujian.. dan akhirat jua hidup yang kekal abadi.. Yusuf A.S antara nabi Allah jua diuji.. terpisah dengan bapa kesayangan, dibuang saudara kandung, difitnah, dipenjara.. namun allah memberi kejayaan di akhirnya.. FASABRUN JAMIIL..
macam tulah hidup kitaa.. sedang baginda Rasulullah sendiri hidupnya susah.. dari kecil kehilangan kasih sayang ayah n ibu, dicemuh bangsa sendiri, dan berbaagai kesusahan lagi.. semua itu tarbiyah Allah.. hidup inikan madrasah..??
dan kita.. hidup ini adalah madrasah.. tarbiyaah Allah diturunkan dalam bentuk ujian- kesenangan n kesusahan.. namun seringkali kita tidak bersyukur.. Ya AR Rahim.. ampuni kami.. jadikan kami- minassobiriin wal faaiziin fiddunia wal akhirah..
KEMBARA
sebening pagi yang terindah
harumnya sebuah impian
dan bunga berguguran mengasyikkan
berdiri menatap langit
menyepi di sudut hati
sendiri bagai camar di samudera
bermusim kembara mencari erti
menghimpun berjuta memori
jalan berliku kususuri jua
hitam dan merah kehidupan
andai ada yang terguris di hati
usah ada ruang benci di jiwa
kerna perjalanan hidup berganti
suka duka mewarnai usia
kembara ke dalam diri sendiri
belajar hakikat alam terbentang
pasti kau temui cinta abadi
selamanya
biarlah dirempuhi badai
meronta dalam kepayahan
terimalah setulusnya kepahitan
usahlah dibayangi duka
saujana luasnya hakikat
kebenaran masih ada tersembunyi


Monday, December 20, 2004

mahabbah n ukhwah

salam buat semua.. lama jugak tak posting.. sibuk dengan macam2 perkara... alhamdulillah ada peluang lagi bertemu di sini..

:: majlis ramah Mesra anak Pahang bersama MB::

18.12.04..
tempat: Putrajaya Convention Centre (PCC)
jamuan anak2 pahang bersama YAB dato' Seri Adnan Yaakob selaku Mb pahang..
acara tahunan yang memang sejak dari matrik lagi tak pernah miss.. peluang untuk berkumpul dngan kawan2 dr IPTA/S lain.. terutama yang ex-wostorian..
alhamdulillah, sekali lagi dapat jumpa kawan2 yang dah lama tak jumpa..
kawan2 di KUIM, KIPSAS, UKM, dan lain2 termasuk senior2.. sayangnya tak jumpa kawan2 di Mahaad Tahfiz Kuantan.. hasnah al-hafizah yang dah lama sangat tak jumpa.. nak buat cam mana.. pertemuan bukan milik kita..

antara yang paling hot malam tu.. sesi interaksi... banyak isu yang diutarakan siswa siswi untuk dijawab oleh MB.. antaranya:
#isu LPT- kemalangan yang sering berlaku .. menurut MB, berpunca dari banyak faktor, antaranya piawaian lebuhraya tersebut 15-20% tidak menepati piawaian yang sepatutnya
#pengurusan mahkamah syariah yang lembap di pahang- sistem yang perlu diperkemaskan lagi..
#isu pembubaran LKWJ, DARA yang menyusahkan penduduk/krjn negeri
#isu kekurangan air di beberpa kawasan- kerajaan takkan jual air kepada PUAS selagi bekalan air di pahang sendri tidak mencapai tahap yang memuaskan

sayangnya masa agak singkat untuk sesi nie.. maybe next program kena manage betul2 agenda tu .. terutama bahagian persembahan rasanya tak perlu terlalu lama...

n something to say here ialah galakan MB sendiri kepada mahasiswa/i untuk menguasai bahasa2 lain terutama bahasa inggeris/ Arab..

::lawatan Mahabbah::
lawatan mahabbah hari berikutnya.. menunaikan janji tahun lepas ( teruknya atikah.. setahun menangguhkan janji.. nasib baik sempat..) menziarahi Amily sekeluarga di kelana jaya.. dengan beberapa orang member wostorian yang lain.. makan2 sket... Alhamdulillah ayah Amy dah sihat sket.. masa taun lepas jumpa dia tak bangun pun.. terbaring jer.. coz menghidap sakit buah pinggang.. sampai skang still follow up homodialisis .. moga cepat sembuh,..

::Gerai COMRADE::

hari pertama Comrade buka gerai untuk intake new members.. Alhamdulillah sambuatn menggalakkan.. maybe sebab tempat ( library compound) strategik.. antara yuang menarik ada individu2 yang offer sumbangan2 termasuk mak cik "floor manager" ( cleaner) n lecturer2.. pada saper2 yang belum lawat stall comrade.. ajakla kawan ramai.. n still cari individu2 pemurah yang nak contribute somethings such as toys, books, clothes, etc..
jumpa di sana...

Saturday, December 11, 2004

wedding ceremony

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..
sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

jamuan raya

lama dah tak post apa2 entry.. mula sibuk ngn kuliah.. lagipun baru2 ni ada problem nak login kat blogspot.. server problem kot..

baru balik dari jamuan raya anak2 pahang kat econs cafe.. seronok jumpa kawan2 lama... petang ni pulak nak pergi survey satay untuk jamuan raya COMRADE nanti...

semalam.. ke ibupejabat bank rakyat di jalan tangsi, kuala lumpur untuk selesaikan urusan biasiswa.. tantatangan perjanjian n tanya hal2 yang berkaitan kat pegawai tu.. alhamdulillah everything clear now...

seminggu nie.. dah mula kelas.. busy nhan assignment n perancangan aktiviti COmrade.. so kena rajin2.. jangan malas...
okla.. nanti QAQ posting lagi... banyak nak citer gak tapi masa agak terbatas...
ilalliqa'

ps:.. cuti dah habis??? hati2 dalam perjalanan pulang ke kampus k.. jangan sedih tinggalkan mak sorang2 kat umah.. perjuanganmu lebih besar.. bawa bersama harapan n amanahnya..

Selamat pengantin baru..
:: walimatul urus kak ima n abg fuad::

weekend: jumaat abis kelas ke library then fatimah sms dah sampai di pekeliling.. Qa masa tu masih menunggu bas untuk keluar dari perut uia nie.. punya la ramai orang.. 1 hours taqriban menunggu baru bas sampai.. sampai di pekeliling.. cik fatimah dah lama tunggu.. sorry yer..

tujuan utama balik minggu nie tak lain tak bukan for special day kak ima n abg fuad.. malamnya dah ke rumah mak nah di batu kapor.. around 7 10 minutes jer dari rumah.. tolong buat apa yang patut..
soknya pagi2 dah ke san semula.. hm.. macam2 kerja buat.. sampai malam bermalam di sana.. ahad.. dari pagi tolong2 di dapur.. err mula2 risau. Apasal tak ramai orang dating.. hmm patutla kat kampong ni ada 4 kenduri kahwin hari tu.. so orang tak ramai.. kena agih2 kan untuk 4 rumah tue.. hm.. jenuhla gini..

kerja yang Qa kena buat.. sediakan hidangan pengantin.. jenuhla nak sediakan ikan cencaru stim, ayam golek, ikan bawal sweet sour, udang galah goring berkunyit.. pastu nak hias n hiding comel2.. tangan yang keras ni kena la dilembutkan nak menggayakan hidangan2 tersebut.. hmm tak lama pastu mak datang.. mujurla.. leh gak tengok n tambahkan mana yang kurang tue.. papun.. pengantin bukan nak makan sangat kan?? 


paling seronok berkumpul ngn kawan2 sepermainan masa kecik2 dulu ( before pindah ke rumah taman saga) cam anak2 cik zah yang datang dari kedah.. semua dah besar… dulu best jer naik perahu sama2 meraduk air banjir ( sampai kena gigit lintah) .. pergi memancing kolam ikan kat belakang.. ikut abah gemuk ( panggilan untuk suami mak nah- ayah kaki ma) amik nira kabung dalam hutan, pergi tuai jagung kat kebun batu hampar, mandi sungai, wah memang best ingat masa kecik2 lu..

Buat akak tersayang.. selamat pengantin baru..ayu sangat dalam busana serba biru tu.. moga kak ima n abg fuad bahagia n sentiasa dirahmati Allah..


::terima kasih miss meggi::

Masa kecik2 dulu.. mak n abah pergi kerja so QA n adik2 tinggal di rumah mak nah ( masa tu menyewa di rumah sewa mak nah).. kak ima ni anak mak nah.. yang paling Qa ingat pasal dia.. since QA dah boleh membaca, dia selalu pinjamkan buku di perpustakaan sekolahnya.. masa tu QA umur 6 tahun n kak ima pulak darjah 6.. so tiap2 ari mesti tertunggu2 dia balik dari sekolah.. dapat sebuah buku cerita untuk dibaca sehari.. then.. hari nie.. minat membaca itu bernyawa dalam diri.. thanks a lot miss meggi ( nama gelaran pada kak ima.).. moga Allah merahmati perjalanan hidupmu..

Thursday, December 02, 2004

GAMBAR KG. HUSIN



DALAM SURAU.. ABG2 COMRADE CONTROL MACHO..






PEMBINAAN MODEL PERKAMPUNGAN PENEMPATAN SEMULA ORANG ASLI



WAKTU SUKANEKA.. BERSAMA "PUTERA DAN PUTERI IMPIAN.."