Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 31, 2008

Luruskan hatimu, kejapkan pendirianmu, tuluskan hadafmu







Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saiyyidul Ayyam yang tenang, puji-pujian hanya milik Allah Yang Maha Menguasai tiap sesuatu.
Alhamulillah, thumma Alhamdulillah. Masih bernafas, biar sesekali terasa seperti bernafas dalam kesesakan.

Long journey
Perjalanan panjang yang dilalui ternyata menuntut keringat dan kudrat.

JUMAAT 24/10
Bergerak ke Tuel. Hampir jam 11 Malam baru bergerak. Melalui jalan Simpang Pulai menuju ke Kg Raja. Sepanjang perjalanan, saya banyak berdiam. Mengundang gerun rakan-rakan seperjuangan di dalam van untuk menegur. Maaf buat Kak Engku, Sarah,Che Da, Ada, Atikah, Ira.. Sungguh saya akui saya banyak berdiam. Banyak sungguh persoalan yang bergayut di minda. Ingin memikirkannya terasa berat kepala. Ingin melupakannya saya tidak mampu. Lantas, semuanya menghenyak diri, menjadikan mulut saya rapat terkunci. Saya hanya berdoa, diberi saya kekuatan menghadapi setiap duga dan semoga perjalanan ke Tuel ini menemukan saya dengan secebis kekuatan.

SABTU 25/10
Kami tiba di Kg Raja lebih kurang 3 pagi. Menukar kenderaan, dari van ke pacuan 4 roda Pak Mat. Perjalanan diteruskan. Sejuk dinihari di Cameron Highland menggigit hingga ke tulang. Hati masih walang. Astagfirullah, Astaghfirullah, Tawakkaltu 'Alallah.

Dari Cameron, kami menuju je GUa Musang melalui Lebuhraya yang baru siap. Tiba di simpang menuju Tuel, perjalanan lebih mencabar. Jalan tanah merah dengan lopak menghayun kami ke kiri dan kanan kenderaan.Kami tiba di Pos Hendrop lebih kurang 5 pagi.Ketika menyambung perjalanan ke Tuel, kami diberitakan bahawa perjalanan tidak boleh diteruskan. Hujan. Kayu balak tumbang merentang jalan. Tanah runtuh. Lalu kami berpatah balik, mencari tempat naungan. Lalu menuju ke Pos Brooke. Solat Subuh, usai solat, menguruskan ayam dan daging yang sudah mula berbau kerana melalui perjalanan yang lama dan panjang.

Dengan jasa baik pengusaha kantin di Pos Brooke, kami menyiang ayam dan daging, mencuci lantas merebus, untuk mengelak menjadi lebih busuk. Jam 11.30pg, kami bergerak semula ke Tuel.

Jalan mencabar sepanjang ke Tuel

Tiba di kawasan tanah runtuh, kami turun melihat kerja-kerja memulih laluan.
Tanah runtuh yang menghalang laluan. Sebelah kanan adalah gaung yang amat curang.

Berehat sebentar di kawasan kongsi balak sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan kami tiba jua di TUel.

Tugas kami- menjaga kanak-kanak. Petang itu, kami mengajar anak-anak kampung nasyid senandung Fatihah. Nasyid yang mengalunkan makna Surah Al-Fatihah. Mudah saja kanak-kanak ini mendapat.Sambil bernasyid, kami menitip pesanan dan mengupas pengertian Al-Fatihah tersebut dengan bahasa mudah, menyampaikan pada mereka mesej Ketuhanan dalam surah tersebut dengan gaya bersahaja. Mudah-mudahan menyelinap di hati mereka. Oh Ya, program kali ini anjuran Masjid Bangsar dengan kerjasama ABIM. Kami hanya tenaga jemputan.

Wajah anak Pos Tuel

Aktiviti mewarna


Petang, usai nasyid kami bermain pula dengan anak-anak kampung. Jadila macam budak-budak kecik semua. Adik-adik gembira, kamipun gembira juga.



Malam- jamuan Aidilfitri. Adik-adik mempersembahkan nasyid yang kami ajar. Terharu juga, dalam masa yang singkat mereka mampu mempersembakan dengan baik meskipun ada yang terlebih 'sengin' (malu) bernasyid di hadapan khalayak.

AHAD 26/10

Pagi- sukaneka kanak-kanak. 1 lagi tugasan kami, sementara kariah Masjid Bangsar meneruskan bengkel Fardhu Ain untuk kaum ibu, kaum bapa dan remaja.
sukaneka- rebut kerusi


Usai sukaneka, kami ke sungai, mandi manda bersama adik-adik. Ala-ala Sunway Lagoon gitu. SEmua kakak-kakak tak pandai berenang. Jadi macam budak-budak semua.
Tarik nafas, go! Meluncur laju di sini, membiarkan diri dihanyut air deras

2.45 petang- kami bergerak keluar dari TUel. Perjalanan selamat, Alhamdulillah. Jam 6 petang kami tiba di Kampung Raja. Jam 1 pagi tiba di UIA. Saya tidur dengan pulas. Perjalanan panjang, terhenyak dalam 4WD dan van ternyata menuntut kudrat.

ISNIN 27/10
7.20 pagi- adik saya sudah menjemput saya dan menghantar saya ke Stesen Bas Pekeliling, Jam 8, bas ekspres yang saya naiki meluncur laju menuju ke Mentakab. Saya tidur sepanjang perjalanan. Letih Amat.

Sampai di rumah jam 10.30 pagi. Dan petang itu, jam 5, saya, mak dan abah menaiki 'kereta perang' abah menuju ke Kuala Lipis.Tiba di sana jam 8.30 malam.

SELASA 28/10
Urusan peribadi di Kuala Lipis. Terima kasih MAk dan Abah yang menemankan. Doa dan Restu kalian amat didamba. Jam 3.30 petang- menaiki bas dari Bentong, menuju ke K.Lumpur. Dari Stesen bas pekeliling saya menaiki bas menuju ke KL Sentral.

di KL Sentral. saya menuju ke NIle Bookstore. Membeli buku-buku Arab. Tapi kali ini saya membeli buku cerita kanak-kanak. Kebanyakannya berharga RM1. Hampir RM50 saya habiskan untuk buku-buku tersebut, termasuk siri buku Nama-nama Allah Al-Husna (Asma Al-Husna) yang dijadikan cerita pengajaran untuk kanak-kanak, lengkap dengan gambar yang menarik. Juga buku-buku cerita berbahasa Arab yang lain, yang sesuai untuk kanak-kanak. These will be the 'bedtime story' for my future children, Insya Allah. (*V*)

Saya juga mendapatkan novel Islamik terbaru-
Bukan YAng Pertama karya Salina Ibrahim. Pulang ke UIA dengan buku yang sarat di tangan.

RABU 29/10
Sepanjang Hari di Pejabat. Malam- menyambung menulis tesis. Sikit pun tak apa, janji bergerak. Jangan tak usik langsung.

KHAMIS 30/10
Pagi hingga Petang di Shah Alam, menjadi fasilitator Kem Nahu SMK SS 18, Shah Alam kendalian Al-Madani Smart Learning. Saya pun ulangkaji Nahu juga. 'makanan' yang akhir-akhir ini dirasakan amat enak.
Adik-adik SMK SS 18 Shah Alam khusyuk mendengar penerangan
JUMAAT 31/10

Saya akan bermusafir lagi- kali ini ke Putrajaya. Rumah kakak Ipar. Menemankan adik saya yang keseorangan kerana Kakak Ipar ada Family Day di Port Dickson. Akan ke sana bersama 'my Rafiq' (laptop kesayangan) . Tiada istirehat. Akan menyambung menulis tesis di sana.

JAWAPAN TEKA TEKI TEKA TEKUK

oh, jawapan yang en. Sai, Dik Hussaini n Dik Ira bagi semua betul. tapi di sini ditunjukkan cara yang lain- Lokasi gambar di perkarangan kuarters kakitangan kerajaan di Presint 9, Putrajaya.


Adik-adik di rumah,jangan tiru cara ni, nanti beraroma istimewa 'kereta perang' abah.. hehe



Coretan ini berhenti di sini. Allahu Al-Musta'an.

Thursday, October 23, 2008

CRAB 2000-2008

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Lama saya tidak menulis di sini. Seadar menziarahi blog kawan-kawan. Sebetulnya., ada beberapa >>>baca: banyak <<< perkara yang mengganggu di fikiran. Untuk itu, saya perlu kembali muhasabah diri dan merenung, apa yang saya cari dalam hidup ini.

**

CRAB 2000-2008 (16-25)
Saya di tingkatan 3. Selepas kejayaan dalam PMR, saya ditawarkan untuk menyambung pengajian ke KISAS. Selepas istikharah, saya memilih (pilihan DIA untuk saya sebenarnya) untuk kekal di sekolah lama- SMA Al-Wosto Temerloh.

Peralihan dari tingkatan 3 ke tingkatan 4 adalah satu peralihan besar bagi saya,apatah lagi ketika saya masuk ke tingkatan 4, tahun masihi bertukar ke Alaf baru- tahun 2000. maka seharusnya usia yang meningkat dewasa, saya perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Usia remaja tidak seharusnya disia-siakan. Bukankah usia remaja ini akan ditanya di akhirat kelak- bagaimana kita menghabiskannya??

Untuk itu, saya telah merangka 1 pelan yang saya namakan CRAB- Cabaran Remaja Alaf Baru. Dalam strategi pelan tersebut, saya merangka beberapa perkara yang ingin saya capai sebelum umur saya 25 tahun.

Sekarang, saya sudah berada di penghujung pelan tersebut. Sudah masanya untuk saya muhasabah apakah yang telah saya capai dan apa yang belum.

Untuk kemahiran (sebagai seorang perempuan, sebagai seorang pelajar) - saya kira saya dah capai apa yang saya inginkan. Memasak(walau tak sesedap mana), menjahit (asas-asas aje..), kemahiran komputer,pengucapan umum. Satu yang belum tercapai- memandu kenderaan. Tetapi Insya Allah, menjelang penghujung tahun ini, saya akan dapat lesen memandu, Insya Allah.

Perkara seterusnya- Penghayatan seorang Muslim. Oh, ini agak peribadi. Ia melibatkan hubungan saya dengan DIA. Soal solat Fardhu- Alhamdulillah, tak ada masalah. Cuma masalah untuk ‘touch up’ dengan solat sunat- masih banyak yang perlu saya kejar dan istiqamah. Juga termasuk dalam bab ini adalah bacan Al-Quran + Hafazannya dan pemahamannya, Zikrullah dan amalan2 lain. Hmm.. yang ini tak perlula ditulis di sinikan.. Antara DIA dan saya.

Seterusnya adalah tentang pendidikan formal. SMA,SPM,Matrikulasi dan Sarjana Muda. Alhamdulillah. Semuanya mengikut pelan yang dirancang.

BONUS
Alhamdulillah, puji-pujian hanya milik Allah kerana hampir 95% dari apa yang saya ingin capai dalam tempoh/usia 16-24 tahun dalam pendidikan telah saya capai, Malah saya menerima BONUS. Jika dalam pelan asal, saya akan menerima ijazah pertama dalam usia 24 tahun (dari dulu saya aim untuk mengambil jurusan Bahasa Arab di UIAM. Struktur program UIA- 2 tahun matrikulasi dan 4 tahun di Kampus Utama. Maka 18+6= 24) tetapi dengan izinNYA, saya berjaya mencapai ijazah pertama pada usia 23 tahun. Ini adalah kerana saya berjaya menamatkan pengajian awal di Matrikulasi (1 tahun setengah) dan di Kampus Utama (3 tahun setengah). Bonusnya lagi, pada usia ini saya sedang mengikuti pengajian Sarjana- satu perkara yang tidak termaktub langsung dalam pelan CRAB tersebut.

Hari hadapan.
Menjelang usia 25 tahun, saya akan meletak pula target saya dan strategi (dulu sekadar melakar) pelan seterusnya, apa yang saya ingin capai dalam 5 tahun kehadapan dan 10 tahun kehadapan. Ia akan bermula pada tahun hadapan, strategi yang perlu dilakukan untuk apa yang ingin saya gapai bermula usia 25 hingga usia saya 30 tahun dan tahun-tahun hadapan. Perkahwinan? Hehe, tentulah, antara agenda utamanya. Tapi usah ditanyakan bila, kerana bila diizinNYA, waktu itu pasti tiba.Kun Fayakun. JUga antara agenda utama dalam 5 tahun ini adalah-mudah-mudahan ketika usia 30 tahun nanti, saya sudah bergelar Dr. Nur Atikah. Amin.

‘Ala kulli hal, kita merancang, DIA juga merancang dan tentunya perancangan DIA lebih baik. Perancangan yang dilakukan kita seharusnya jadi satu sasaran dan satu semangat, bila kita tahu apa yang ingin kita lakukan, Insya Allah semangat akan sentiasa ada. Bukan dalam organisasi sahaja perlu ada KPI dan QAS, hidup juga perlu begitu kerana kehidupan kita juga adalah ‘kerja’- ibadah yang ‘tuan besar’ yang menilainya adalah Pencipta Yang Maha Agung, dan kita perlu sentiasa bersedia.

**
Al-Fatihah…
Ayah Kak Far yang kembali ke Rahmatullah pada malam 1 syawal
Ayah Ustazah Aminah Murni yang kembali ke Rahmatullah pada 7 Syawal
Ayah Cik (adik kepada ibu angkat saya- Mak Nah) yang kembali ke Rahmatullah pada 21 Syawal.
Emak Ummi- Mak Cik yang selalu join ABIM masuk kampung yang kembali ke Rahmatullah pada 23 Syawal.

***

teka teki teka tekuk

Saya akhiri entri ini dengan satu soalan.

Bagaimanakah caranya untuk mengeringkan sesuatu (kasut@pakaian umpamanya) di tengah panas dan anda tidak perlu mengalihkannya pada waktu hujan, tanpa barangan tersebut kebasahan ditimpa hujan.

Atau dalam bahasa mudahnya. Anda menjemur kasut di tengah panas. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya namuna kasut tersebut TIDAK BASAH SAMA SEKALI. Bagaimanakah ini boleh terjadi?

Jawapannya dalam entri seterusnya, selepas saya pulang dari Pos Tuel untuk 1 program hari raya bersama penduduk orang asli di sana.

Thursday, October 09, 2008

syawal yang berlalu..

<

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, Aidilfitri berlalalu penuh kegembiraan. Moga2 amalan sepanjang Ramadhn diterima dan moga madrasah ramadhan telah berjaya mendidik jiwa menuju jaya yang bernama TAQWA. TAqabbalallaahu minna waminkum..

Sambutan Aidilfitri saya dan keluarga sederhana tetapi meriah. ALhamdulillah, tak putus tetamu berkunjung, moga kedatangan mereka membawa rahmah buat kami sekeluarga dan menguntum ukhwah yang terjalin.

1 Syawal.
Kami 8 beradik, kakak ipar dan wan bersama mak dan abah. Lengkap penghuni rumah. Saling bermaafan .

Kenangan kami sekeluarga di pagi raya..


Usai solat sunat Aidilfitri, kami beraya dengan 3 buah kereta. Perjalanan ke rumah saudara mara. Destiasi pertama- Felda Lembah Klau, Raub- Rumah Miktam-kakak emak. Kemudian ke Chamang, Bentong (rumah Mak Long- kakak emak), ke Benus, Bentong (Mak Teh-kakak emak), seterusnya ke Jambu Rias- Kampung emak menziarahi rumah Aki The (adik wan). Dari Jambu Rias kami melalui jalan manchis-simpang pelangai menuju ke Triang. Kali ini rumah Mak Ngah (kakak abah) di Felda Sg Kemahal jadi destinasi. Dari Triang kami ke Temerloh- rumah Mak cu (adik mak) dan tiba di Taman Saga jam 9 malam.

2 Syawal
Kami menyediakan Mi TomYam untuk tetamu. Sepupu emak datang beraya 5 kereta bersama anak-anak dan menantu serta cucunya. Meriah rumah. Sampai ke petang tetamu berkunjung.

3 Syawal
Mak menziarahi kakak iparnya di Negeri Sembilan. Saya dan adik-adik menanti tetamu datang dengan hidangan nasi beriani. Hari ini tidak seramai hari semalam tetamu berkunjung.

4 Syawal
Meriah rumah kami dengan kunjungan tetamu. Nasi Ayam menjadi hidangan. Reunion batch saya berjalan lancar. Seronok dapat berjumpa teman-teman seperjuangan semasa di Al-Wosto dahulu. Turut hadir ustazah2 yang baru menamatkan pengajian dari Mesir. Eibe, Yan dan Halim datang bersama anak masing-masing. Aisyah Humaira, Hakimi Amsyar dan Annur Eiman diraikan mak-mak sedara dan ayah-ayah sedara dan menerima banyak duit raya. Abah juga gembira menerima kunjungan anak-anak murid beliau yang kini sudah berjaya dalama bidang masing-masing. Reunion kami dimulakan dengan bacaan doa selamat. ALhamdulillah, moga ukhwah yang terjalin sepanjang 5 tahun di bumi Al-Wosto berpanjangan.

bergambar sebelum pulang..



Selain batch saya,adik-adik saya- Mimi Syuhada dan Izzati juga dikunjugi rakan-rakan mereka. Ramai juga sepupu yang bertandang hari ini. Memang meriah rumah kami hari ini.

5 Syawal
Staff mak datang beraya dari Kedah. Kemudian anak sedara kami pula datang. Hidangan hari ini- Nasi dengan ikan patin masak tempoyak. Petangnya sepupu emak pula berkunjung. Mi sup pula jadi hidangan. Meriah sungguh. Abang Long dah balik ke kuching, Mimi dan kakak ipar pulang ke Putrajaya. Ipi ke UIA. Izzati ke Ikip, Kuantan maka tinggallah saya dan adik-adik yang lain di rumah. Malam- kami beraya ke Gajah Mati, rumah mak angkat saya dan adiknya.

6 Syawal
Emak dan Abah kerja
Adik-adik ke sekolah
Saya tinggal di rumah

7 syawal
Pulang ke UIA dengan menaiki kereta jiran. Pak Cik Rahman perlu menjalani rawatan di IJN maka saya menumpang kereta anaknya yang juga ke sana. Dalam perjalanan bersembang dengan Aisyah dan Adiknya Ika. Comel dan petah kedua-duanya.