Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, June 22, 2008

teman sejati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Minggu ini, sebolehnya saya ingin menghabiskan masa bersama mok ana- kakak kesayangan saya. Perkenalan dalam COMRADE membuahkan ukhwah yang erat. Amat erat antara kami. Dia kakak, teman,sahabat,pendengar setia dan perkongsian kami dalam banyak perkara mengeratkan ukhwah.

Minggu ini minggu terakhir dia di bumi UIA sebelum pulang ke kampungnya di Pasir Puteh, kelantan untuk menguruskan persiapan perkahwinannya Ogos nanti, kemudian bermukim di Johor bersama suaminya kelak.

Dia sangat saya sayangi. begitu juga oleh comradian yang lain. Kakak yang amat baik. Tidak terasa jurang usia antara kami dek kerana kemesraannya. Kereta kancil DAL nya sentiasa membawa kami ke destinasi yang diidami. Perjalanan demi perjalanan bersama-sama itulah yang mengeratkan kami.

Dan sepanjang pengajian master ini, kawan-kawan semakin kurang, tetapi dia sentiasa ada.

Ogos nanti, kami meracang trip untuk meraikan hari bahagia beliau. Tadi mok ana bercerita kepada saya:

Dik Jaei de joon bagitau shariah@ kak awa: 'Akad nikah mok ana nanti, jaei mesti nangis.."
n Shariah membalas : "akak pun"

saya cuma gelak kecil mendengarnya. tapi dalam hati, saya berkata: 'saya juga mesti nangis nanti'..

Mana bisa saya gembira dengan perpisahan ini, tentulah saya sedih, kehilangan teman sejati yang sentiasa ada waktu susah dan senang. Tapi at the same time, saya gembira mok ana bakal bertemu teman sejati sepanjang hidupnya.. Dan saya sentiasa percaya, A.Z akan jadi teman terbaik mok Ana, Insya Allah.

Buat A.z, jaga mok ana baik2 ok!!!

Dan saya kehilangan seorang lagi teman... Masa pipah nikah minggu lepas, dia mengajak saya menemaninya, duk sebelah dia waktu akad nikah. Tapi saya duk sekejap je sebelah dia, then melarikan diri konon-konon untuk amik gambar. Sebenarnya saya sedih.. hilang lagi sorang kawan tapi saya percaya Amir akan jadi kawan terbaik pipah. dan saya doakan begitu, Insya Allah (ayat sama macam untuk Mok Ana).. Sebab tu saya tak duduk sebelah pipah waktu dia akad nikah tu. hehe...

Then, waktu nak balik dari umah dia (saya tidur rumahnya 3 hari 2 malam- dari hari sebelum akad nikah lagi). masa bersalam.. tiba-tiba saya speechless. Tak tau nak kata apa.. Saya cuma cakap,
"Pah, orang balik dulu".. air mata dah bergenang. Pah pandang saya, matanya juga mula berair. huhu saya tak mampu menahan sedih. Cepat-cepat masuk kereta. Heheh.. tiba-tiba teremosi. Tapi bila ukhwah itu sangat manis, pasti kita terharu begitu...
Dah.. tak mau citer lebih2.. saya tahu Pah sedang berbahagia kini..
Sms pah berbunyi:

Hidup yang baru ini amat banyak cabarannya. Pip syukur sangat2 sebab Allah kurniakan dia.

Ya, moga2 rumahtangga kalian sentiasa dalam keberkatan.. Buat Pah, Baarakallahu fiikuma wajama'a abainakuma fi khair.. Amin.

****
Ukhwah itu amat indah. Lebih indah bila disulami suka duka yang menguji ukhwah dan saat itu kita akan tahu, siapakah teman sejati kita...
***

Kita ni, bila senang kita akan leka. Lalu Allah turunkan ujian. Sebab bila kita susah hati, kita akan dekat dengan DIA. dan DIA sayang kita. DIA ingin kita sentiasa dekat dengan DIA.. Lalu diberinya ujian demi ujian supaya kita tidak pernah jauh dariNYA. Maka bersabarlah atas ujian. Moga-moga dekat selalu denganNYA dan ditambah rasa kehambaan..

SYAFAAKUMULLAH..

****

Saturday, June 21, 2008

Hamdan lillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
Usai sudah maadah (subjek) untuk pengajian master saya. Subjek terakhir- Modern Linguistic 2 telah saya jalani peperiksaannya jumaat lalu. Mengharapkan keberkatan jumaat selepas 2 hari sebelum peperiksaan kesihatan saya tiak berapa baik yang menyukarkan proses ulangkaji.

Pagi jumaat usai subuh, 2 jam yang amat bermakna apabila kesihatan saya pulih sepenuhnya lalu saya meanfaatkaannya untuk study.

Alhamdulillah, menunggu natijahnya, saya berdoa semoga keputusannya baik, lantas mengekalkan pointer saya dan memungkinkan saya menjadikan pinjaman Yayasan Pahang saya sebagai biasiswa.

Usai maadah. Fokus saya menyiapkan tesis. Insya Allah, moga semuanya berjalan lancar. Minggu ini ada misi ke Pos Tuel. 20- 30 JUn. Tapi saya tidak berkesempatan mengikuti sepenuhnya kerana ad tanggungjawab lain. Tapi saya akan ke sana juga, 27-30 nanti, Insya Allah.

Buat pejuang yang akan ke Pos Lebir, selamat berjuang! Moga Allah berkati perjuangan kalian.

Gambar walimah pipah akan diposkan kemudian, Insya Allah..

Wednesday, June 18, 2008

biar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sesungguhnya
saya tidak pernah mahu sesiapa terasa
sebagaimana saya tidak mahu hati ini terasa


sesungguhnya
saya tidak pernah mahu sesiapa terluka
sepertimana saya tidak pernah mahu terluka

sesungguhnya saya tidak mahu bermusuh
sepertimana saya tidak mahu dimusuhi

lantas
jika berkata-kata menjadi racun
lebih baik memilih diam
dan jika air mata itu bahasa terbaik
bersuaralah duhai air mata
kerana selalunya
tidak ada yang lebih mengerti
melainkan DIA Yang Maha Berkuasa- ALlah Al-Musta'an..

***
dan di musim peperiksaan begini
moga tenang itu menjadi teman
agar bisa dijawab setiap soalan
tenanglah.sabarlah.dugaan..

Monday, June 16, 2008

sekejap

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

lalu sebentar cuma..sapu2 sampah dan debu, buang sawang sikit2..
lama rumah saya ini tidak di update. Dihambat waktu menguruskan banyak perkara. Sebahagian besar masa saya 2 minggu ini bukan di bumi UIA. Menjenguk Abang Long di Putrajaya (sudah selesai pembedahan mengeluarkan cebisan tulang yang retak, Alhamdulillah)..

Menghadiri walimah Pip- 3 hari 2 malam saya berada di Felda Tementi), dan kini, perlu menyiapkan assignment terakhir dan bakal menduduki peperiksaan akhir untuk subjek terakhir- Modern Linguistic II- 20 hb ini (jumaat yang barakah, Insya Allah)

Doakan saya, moga dipermudahkan semua urusan. Saya ingin bercerita panjang tentang walimah Pipah- lawan baik saya- kelak. Kerana amat manis ukhwah dan persahabatan kami.

Mohon berundur, doakan saya..
Allahu Al-Musta'an.

Thursday, June 05, 2008

barakallahu fiikuma


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Selamat Pengantin Baru buat sahabat saya- Thurayya dan suaminya.

Thurayya satu batch dengan saya dari matric hingga ke Gombak. Satu jurusan juga. Tapi Thurayya lebih rajin dan lebih bijak, maka dia menamatkan pengajian dalam masa 3 tahun cuma. Sekarang, beliau sedang menghabiskan kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Bahasa Arab di UPSI.


Rombongan COMRADE 3 kereta pergi kendurinya di Sabak Bernam. Juadah Jawa menyambut kami. Lain dari yang lain tapi masih enak dinikmati. Tambahan pula masing-masing tengah lapar.


Buat Thurayya dan pasangannya, selamat berbahagia hingga ke syurga. Barakallahu Fiikuma Wajama'a bainakuma fi khair.




Minggu depan: walimah pipah. wajib hadir, biiznillah.

naik jangan tak naik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam kelas terakhir Debat Bahasa Arab Untuk Tahap Permulaan bagi semester ini. Seperi biasa, aktiviti koko akan berhenti 2 mingu menjelang peperiksaan akhir. Apa maknanya? Maknanya musim exam sudah tiba. Moga rajin2 la diri ini mengukir jaya untuk 1 subjek terakhir ini, Insya Allah. Alhamdulillah, saya mengutip banyak sekali ilmu sepanjang kelas tersebut.

Saya masih ingat kelas minggu lepas. Tiada perdebatan pada kelas itu, tetapi saya membuka sesi perbincangan untuk isu-isu semasa dan isu panas ketika itu adalah tentang keputusan perebutan Batu Putih yang memihak kepada Singapura. Rancak perbincangan dalam Bahasa Arab mengupas isu ini. Lebih rancak bila salah seorang pelajar adalah dari Singapura. Tapi tenang-tenang saja. Tajuk itu dikupas dengan baik tanpa emosional. Malam itu juga ada seorang pelajar dari Kuliyah Arkitek (KAED). Beliau telah meninggalkan bahasa Arab 4 tahun lalu tapi cukup bersemangat menyertai perbincangan. Gembira sekali saya melihat perkembangan ini.

Malam tadi, sekali lagi kami mengupas isu semasa dan pastinya isu minyak harga naik menjadi pilihan. Panas perbincangan. Selain itu, isu taraf hidup di beberapa negara dikongsi bersama. Gulchan dan Sevgi- adik beradik Altundal warganegara Turki- menceritakan traf hidup di sana. Hafiz-warganegara Bangladesh- berkongsi tentang negaranya. Hanan yang pernah belajar selama 4 tahun di Indonesia menceritakan tentang republik tersebut. Mubin yang pernah ikuti Educational Trip ke China dengan pemerhatiannya, dan saya sendiri berkongsi pengalaman saya melawati India.

Cukup menarik perbincangan tersebut. Gembira saya menambah ilmu. Disamping masing-masing memperbaiki bahasa Arab. Ruang yang luas diberikan kepada Gulchan untuk bercerita hal ehwal di Turki. Sangat sedih saya mendengar Muslimah di sana dilarang memakai hijab di mana-mana institusi pendidikan. Bersyukur berada di sini, masih ada kebebasan mempraktikkan ajaran agama.

Kelas berakhir sem ini. Sem depan masih belum diketahui khidmat saya akan diteruskan atau tidak. Tapi apa yang diperolehi sem ini amat berharga sesungguhnya. Alhamdulillah. Allahu Akbar!

***
Harga minyak naik lagi. Naiklah. Tarif Elektrik juga naik Julai depanPasni harga barang lain pasti naik juga. walau dalam akhbar dikatakan bahawa akan dikawal harga barang. Walaupun tidak mengambil jurusan ekonomi, saya juga tahu bahawa kos pengangkutan yang melibatkan minyak pastinya, dan kos pengeluaran yang melbatkan elektrik tentunya akan menentukan harga barang. So, mungkinkah harga barangan akan turun jika kosnya naik? Maka akan naiklah harga barang nanti. Bila semua naik, apa yang turunnya? Jawapan saya>>>> Esok-esok orang yang dinaikkan ke atas waktu PRU baru-baru ini kita turunkan pulak. Terima Kasih kerajaanku!

Wednesday, June 04, 2008

syafaakumullah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1
Bondaku..bondaku..bondaku
didiagnosis mempunyai masalah jantung
kesihatannya terjejas
menungguh hari untuk bertemu pakar dan buat rawatan
mohon didoakan
cepat sembuh emak

2
kekandaku yang sulung (itulah seorang abang saya)
perlu menjalani pembedahan
untuk membuang serpihan tulang tangan yang mula mereput
gara-gara terjatuh
pembedahannya di Hospital Putrajaya, selasa nanti
(Abang Long melanjutkan cuti persekolahan dan menangguhkan kepulangannya ke Bumi Kenyalang)
mohon didoakan
cepat sembuh Abg Long

**
kesihatan itu sesungguhnya mahkota bagi orang yang sakit
dan tiap kesabaran menempuh kesakitan, moga-moga diganjari pahala dan dihapuskan dosa

Monday, June 02, 2008

selamat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Jun menjengah.. meninggalkan Mei 2008 yang manis..
Biarpun begitu, kiranya masih belum terlewat untuk saya mengucapkannya

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Bapa
Selamat Hari Guru

buat emak,emak, emak- Pn Khalijah Mohd Sharif..
dia ibu, juga guru pertama
kemudian buat abah- en Jamaludin bin Mohammad
dia bapa- guru kedua selepas emak, jua guruku ketika sekolah menengah (abah mengajar saya matapelajaran Matematik dan Matematik tambahan)
buat abg long yang juga seorang guru kini
buat semua guru-guru, ustaz ustazah,cikgu-cikgu, walau apa jua panggilan buat mereka

Tadika KEMAS Batu Kapur (1989)
Taski Al-Mukmin Taman Saga (1990)
SRA Al-Mukmin ( kini Pusat Pengajian Al-Mukmin) 1991-1996
SMA Al-Wosto (1997-2001)
Pusat Matrikulasi UIAM (jun 2002- Okt 2003)
UIAM Gombak (okt 2003- kini)

Jejak ilmu warisan kalian, didikan dan pengorbanan, menjadikan saya 'saya' hari ini..
Moga dilimpahi hidup kalian barkah dan rahmatNYA, atas tiap yang diwariskan pada kami anak didikmu..

dan kita- jgn alpa doakan mereka juga usai solat..

hari guru- saya menghantar sms kepada beberapa guru yang ada nombor mereka dalam simpanan saya.. beberapa guru membalas dengan doa kejayaan saya dunia dan akhirat.. Alhamdulillah.. doa itu saya aminkan, moga keberkatan guru-guru mengiringi saya..

**teringat manisnya sambutan hari guru 2004- sewaktu saya menjadi guru ganti di SMA AL-Wosto, Temerloh.. dipilih menerima anugerah 'Guru Paling Ceria' oleh undian para pelajar. Cukup terharu walhal tidak sampai sebulan saya mengajar ketika itu. Menjadi seorang guru memang manis. Ketika itu, saya bukan sahaja menjadi guru tetapi menjadi jurulatih forum, pidato,bola jaring dan nasyid. Semuanya pengalaman yang manis. (terutama kejayaan membawa pasukan forum dan pidato hingga ke peringkat Negeri Pahang)

Kini anak murid saya ketika itu melata ke segenap alam. Ada yang menyambung pengajian ke Mesir, malah ada juga terjumpa di bumi UIA. Itu memoir seorang guru sementara. Bagi seorang guru yang sudah berpuluh tahun berkhidmat- macam abah- tentunya lakaran kejayaan anak murid cukup panjang untuk dinukilkan.

Kata Saidina Ali R.A- walau 1 huruf yang diajarnya- dia tetap guru.
***
dulu, saya sentiasa meyakini
mei akan datang bersama jawapan yang saya tunggu
dan keyakinan itu berasas
mei datang dengan bunga-bunga bahagia
Allahu Akbar! tak terkira kesyukuran ini