Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, May 24, 2008

Ayih n Mak Ngah

Ayih dah Mifzal bersama Mak Ngah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Cuti yang panjang (khamis-selasa) Tenang saya di Laman Ayahbonda.


Wajah redup emak memberi bahagia

Bergurau dengan adik-adik yang manja.

Melayani wan yang semakin tua

Suara penyayang abah yang kekar memberi waja

Anak-anak yang pulang dari utara

Zulaika yang lasak berjenaka

Aisyah yang keletah bersahaja

Membunga gembira dan sentosa.


Di saat saya ingin pulang, saya menjenguk Harith Mifzal- anak jiran yang baru berusia 3 bulan tetapi sangat ramah menyapa dalam bahasa bayinya . Comel.Ayih pun ada sama. Melihat beg besar yang dibawa:


Ayih: Mak Ngah nak gi mana tu?

Saya: Nak balik sekolah mak ngah dah

A: Tak boleh, mak ngah tak boleh balik. (seraya menutup pintu dan langsir- tidak membenarkan saya keluar dari rumah)

S: Eh. mana boleh nanti cikgu mak ngah marah mak ngah tak pergi sekolah.

A: tak boleh. Biar mak ngah lain pergi sekolah. Mak Ngah ni kena duduk sini main dengan Ayih.


eheh. banyak la mak ngah lain dia. Comel ;-)

****
nota hati:
makin banyak hikmah tersingkap, makin saya bersyukur. Makin saya rasai nikmatNYA. Ya, ini pilihan DIA, bukan pilihan saya. Lalu Ar-Rahim, tertib cinta dan susun aturnya itu, mohon kami fahami dan kami pegangi, agar tidak disilang aturkan,agar tidak ditukar susunkan. Ratib hati dalam kehambaan. Peliharalah..

imbasan semalam..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


entry tertangguh. catatan perjalanan beberapa minggu ini.


cameron highland- 1-2 mei

bersama mok ana, dik jaei dan che da (roomate saya dulu yang kini bertugas sebagai guru tasmi' di Darul Quran). Gembira menghabiskan cuti bersama mereka, melarik ukhwah,melestari kasih. Udara sejuk yang semakin berkurangan di Tanah Tinggi, namun masih segar untuk dinikmati, melupakan sementara tugasan di kota. Menjamu mata dengan bunga-bungaan segar, hati tenang berbunga ceria. Maha Suci Engkau atas ciptaanMU.

ukhwah fillah..



Kemahiran Amal Islami Daerah Hulu Bernam- 2 Mei

saya menjadi hakim untuk pertandingan syarahan bahasa Arab perempuan- salah satu acara yang dipertandingkan dalam Kemagiran Amal Islami Sekolah Rendah Agama daerah Hulu Selangor. Hakim bidan terjun, menggantikan seorang hakim yang menarik diri di saat akhir. Menjadi hakim bahagian bahasa. Saya bangga melihat adik-adik ini (pelajar sekolah rendah, kebanyakanya berusia 11-12 tahun) menghafal teks syarahan bahasa Arab dan melontarkanya di khalayak dengan berani. Satu permulaan yang baik buat mereka.


Namun agak terkilan dengan beberapa kesalahan yang tak sepatutnya. Kesalahan pada teks, bermakna kesalahan penyedia teks. Beerti kesilapan pada guru, bukan pelajar. Contohnya penggunaan ( Ayyuhal muhaadhiruuna wal muhaadhiraat) untuk menyapa hadirin, sedangkan sepatutnya (ayyuhal haadhiiruuna wal haadhiraat) kerana almuhaadhir bermaksud (pensyarah). Jauh sekali maksudnya. Penggunaan perkataan yang tidak tepat seringkali membuatkan makna teks lari. Kesilapan yang saya kira perlu diambil intibah.


Sebutan beberapa huruf yang tiada dalam bahasa Melayu atau hampir kepada huruf Melayu juga menjadi masalah. Kaf dan Qof, contohnya. Ba'da dan ba'dho- lain maksudnya. Lidah Melayu kita ini, seharusnya dilatih untuk menyebut perkataan Arab dengan betul. Tartil al-quran dengan makhraj yang betul- itulah latihan terbaik.


2-3 Mei- Putrajaya-Ziarah Ukhwah

Ziarah ukhwah, menziarahi kakak ipar saya yang baru sebulan mendiami kuarters kerajaan di Presint 7. Mengerat ukhwah saudara.



10-13 Mei - Golden Straits Beach Resort, Port Dickson. Slot 3 Iflah Camp- Self Esteem.


Excellent. Wonderful. Great Job. 3 komen Dr Nor Azian- head of Student Learning Enhancement Unit sebaik saya dan Br Farouq menamatkan sesi kami. Alhamdulillah, slot berjalan lancar. Namun masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Syukur Alhamdulillah atas kesempatan ini. Banyak sekali yang saya pelajari.

Komen yang hampir sama diberi Br Salim- Trainer kami. Masih banyak yang perlu diperbaiki sesunguhnya.

Bro Salim mengendalikan salah satu slot




Kelas Debat Bahasa Arab - tahap permulaan


Dilantik sebagai jurulatih pelatih, kelas diadakan 2 minggu sekali- Isnin dan Rabu 8-10 malam. Medan saya mempratikkan segala ilmu yang dipelajari dalam kelas. Dari penyusunan silibus hinggalah persediaan mengajar-perlu dilakukan sendiri. Begitu juga mengaplikasikan ilmu mengajar. Teknik pengajaran kemahiran bercakap (Maharah al-kalam) kerana kelas ini adalah medan untuk pelajar bercakap dan melatih diri supaya yakin untuk bercakap dalam bahasa Arab.



Kelas pertama tidak sampai 10 orang. Hari berikutnya, kelas semakin bertambah hingga hampir 20 orang. Pelajar pula selain dari pelajar Melayu, ada 2 beradik dari Turki- Sevgi Altundal dan Gulchan yang setia menghadiri kelas. Lingkungan kursus pengajian juga meluas. Bukan setakat pelajar bahasa Arab dan Ilmu Wahyu, terdapat juga pelajar Ekonomi dan Undang-undang. Saya melihat ini sebagai perkembangan yang amat bagus. Mereka datang sebenarnya bukanlah untuk menjadi pendebat, tetapi untuk melatih diri bercakap. dan kelas ini- saya membuka ruang untuk mereka bercakap sebanyaknya dalam bahasa Arab. Ruang itu dibuka seluasnya dengan pelbagai aktiviti bercakap. Teori Skiner- Behaviorisme benar-benar saya aplikasikan di sini.



Semasa kelas yang pertama, di penghujung sesi, saya meminta mereka menulis apa tujuan mereka, target mereka datang ke kelas ini. Supaya mudah saya mengetahui kecenderungan mereka. Mengejutkan bila 3 dari peserta menulis hadaf mereka- ingin menjadi seperti kamu. Terkesima saya. Tidak mungkin akan ada 2 orang seperti saya. Dan saya sendiri bukanlah contoh terbaik kerana masih ramai lagi contoh yang ada, lebih fasih dan lebih mantap berbahasa Arab. Satu tanggungjawab pula untuk saya- menjadikan diri lebih baik.


Dan saya sentiasa percaya- guru yang baik adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar yang lebih baik dari dirinya. Ya, dan saya mahukan mereka menjadi lebih baik dari saya.



Kepuasan itu hadir setiap kali hujung sesi, mereka datang mengucapkan terima kasih dan meyatakan bahawa mereka banyak mendapat manfaat dari sesi tersebut. Bagi seorang saya, alhamdulillah, moga ilmu sedikit ini yang dikongsi menjadi saham di sana.





Rakaman Akademi Al-Quran 3- Episod suku akhir 3- 21 Mei


Pengalaman baru, melihat bagaimana proses rakaman rancangan tersebut. Tak seperti di kaca TV. Melibatkan banyak proses. Studio sebenarnya kosong- tiada penonton. Yang ada cuma ahli keluarga peserta. Dan Pelajar darul Quran yang dijemput setiap minggu. Tanpa Pelajar Darul quran- memang tiada penonton lain. Itulah bezanya program hiburan dan program keagamaan. Tiada sambutan, kurang promosi atau apa ? Saya sendiri tiada jawapan.



salah satu babak rakaman

Wednesday, May 14, 2008

tunggu sekejap

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sebetulnya, saya rindu sekali untuk menulis, dan banyak sekali ingin saya kongsikan.. sayangnya masa yang ada amat mencemburui..

Justeru, doakan kelapangan masa ada untuk menulis..

Hujung mingggu ini- cuti-cuti Malaysia ke Langkawi dibatalkan. Tidak mengapa. Saya masih segar menghirup udara Cameron Highland 2 minggu lepas dan Port Dickson minggu lalu. Agenda hujung minggu ini- pulang ke laman ayahbonda. Adik-adik di rumah sudah bising bertanya, bila mahu pulang.Tambahan pula, 'anak-anak' saya juga akan pulang bercuti. Masa untuk keluarga pula. Saya rindukan mak dan abah juga. Cuti kali ini (khamis-selasa), akan dimanfaatkan sebaiknya untuk keluarga. Selepas pulang dari cuti, ada agenda lain menanti. Moga dipermudahkan semua.

**
melangkah walau setapak
jatuh bangun semula
jangan pernah putus asa
janjiNYA Haq

**
Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

Monday, May 05, 2008

kembara kasih 08


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Intro diari kembara:

dari Taman ilmu dan Budi
mendaki ke Tanah Tinggi
Ke Hulu Selangor tanah berbudi
Lantas ke Putrajaya pusat kemajuan pertiwi
Kembara kasih ini
menujui Kekasih hakiki...

kurnia Ar-Razzaq

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


I
Dilamar menjadi trainer Arabic debate untuk non-debater. Alhamdulillah. 8-10pm, 2 kali seminggu, Isnin dan Khamis.. Landasan terbaik untuk seorang saya menambah ilmu dan pengalaman. Honororium yang diberi juga agak lumayan. Boleh membantu saya mencapai ‘impian’ saya.

II
Perbincangan tesis dengan my musyrif (supervisor) berjalan lancar. Mudah-mudahan mudah jua urusan seterusnya nanti.

III
Alhamdulillah. Doa dari jauh, moga makin jauh langkah.

Kegembiraan-kegembiraan itu saya bawa bersama ketika cuti-cuti Malaysia di Cameron Highland. Kembara- mentafsir dan menjelajahi alam indah ciptaanNYA.