Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Cuti yang panjang (khamis-selasa) Tenang saya di Laman Ayahbonda.
Wajah redup emak memberi bahagia
Bergurau dengan adik-adik yang manja.
Melayani wan yang semakin tua
Suara penyayang abah yang kekar memberi waja
Anak-anak yang pulang dari utara
Zulaika yang lasak berjenaka
Aisyah yang keletah bersahaja
Membunga gembira dan sentosa.
Di saat saya ingin pulang, saya menjenguk Harith Mifzal- anak jiran yang baru berusia 3 bulan tetapi sangat ramah menyapa dalam bahasa bayinya . Comel.Ayih pun ada sama. Melihat beg besar yang dibawa:
Ayih: Mak Ngah nak gi mana tu?
Saya: Nak balik sekolah mak ngah dah
A: Tak boleh, mak ngah tak boleh balik. (seraya menutup pintu dan langsir- tidak membenarkan saya keluar dari rumah)
S: Eh. mana boleh nanti cikgu mak ngah marah mak ngah tak pergi sekolah.
A: tak boleh. Biar mak ngah lain pergi sekolah. Mak Ngah ni kena duduk sini main dengan Ayih.
eheh. banyak la mak ngah lain dia. Comel ;-)
****
nota hati:
makin banyak hikmah tersingkap, makin saya bersyukur. Makin saya rasai nikmatNYA. Ya, ini pilihan DIA, bukan pilihan saya. Lalu Ar-Rahim, tertib cinta dan susun aturnya itu, mohon kami fahami dan kami pegangi, agar tidak disilang aturkan,agar tidak ditukar susunkan. Ratib hati dalam kehambaan. Peliharalah..
No comments:
Post a Comment