Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Siang tadi saya menjadi urusetia untuk pertandingan ilmiah sempena sambutan Maulidur Rasul di Asrama Baitul Ummah (ABU)-asrama untuk anak-anak yatim, miskin dan muallaf- di Setapak. Seperti tahun-tahun sudah, saya dan kawan-kawan COMRADE lain membantu untuk membuat pertandingan seperti bercerita kisah nabi, azan, tilawah, kuiz Agama, mewarna dan melukis untuk anak-anak yatim di ABU. Tapi tahun ini lebih istimewa kerana adik-adik dari Asrama Darul Falah Perkim dan Asrama Titian Kasih turut dijemput sebagai peserta.
Bergaul dengan adik-adik ini- anak yatim, anak-anak miskin dan anak-anak muallaf ni seringkali memberi keinsafan. Mereka lahir dari pelbagai latarbelakang. Pelbagai cerita. Dan sesungguhnya, betapa saya bersyukur atas tiap yang Allah kurniakan kerana jika dibandingkan dengan mereka, terlalu beruntung saya dengan apa yang saya miliki.
Menyelami hati anak-anak istimewa ini, melihat raut seribu cerita, terpendam seribu duka, sudah cukup membuat hati tersentuh. Hari ini, saya jatuh cinta. Nurul Hidaya Afika. Cinta memekar untuk insan istimewa ini.
Fika. Itulah gelarannya. Manja, comel,lincah,petah dan bijak. Sesiapa melihatnya pasti tertawan. Usianya baru 4 tahun. Namun di usia ini, dia telah kehilangan kedua orang tua tercinta dalam satu kemalangan raya bulan puasa baru-baru ini. Di ABU, fika turut ditemani kakaknya-Ayu dan abangnya-Amirul.
Dalam usia 4 tahun ini, Fika sudah memahami erti kematian. Bila ditanya di mana ayah n ibunya,- mati- sepatah jawabnya. Pernah satu ketika, adik-adik di sini diberi sekeping kertas dan diminta melukis apa sahaja. Fika melukis 2 objek berbentuk 4 segi tepat dan di dalam kedua-dua 4 segi tepat itu, dilukis objek bujuk. Bila ditanya apa yang dilukis, Fika menjawab- ni mak dan ayah. Rupa-rupanya, itu gambar 2 keranda yang berisi 2 mayat! Keadaan ini sudah cukup membuat semua orang sedih. Rupa-rupanya, gambaran kematian ibubapanya- dengan mayat mereka di dalam keranda masih lekat di ingatan Fika.
Program hari ini, dari pagi sampai petang- membuat saya dan Fika rapat. Tidak tahu ada kuasa magnet apa yang menarik kami antara satu sama lain. Di saat kawan-kawan lain berusaha ‘menambat’ hati Fika, dia dengan senangnya mendekati saya, memeluk, mencium,duduk di ribaan,memimpin tangan saya mengikut gerak lincahnya, dan tidak mahu berenggang.
Sungguh, saya sudah jatuh cinta dengan anak kecil ini!
Saya menemani Fika masuk pertandingan mewarna, sambil mulut becoknya bercerita itu dan ini. . Hingga akhirnya dia kepenatan-mana tidaknya, berlari ke sana ke mari- dan tertidur di ribaan saya..
Wajah comel Fika tenang dalam tidurnya saya tatap...
Sayu.tersentuh. betapa dalam seusia ini, dia sangat dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Cinta saya tertumpah untuk Fika.
Menurut kak Fatimah (antara penjaga ABU), Fika anak kecil yang pandai berdikari. Dia yang paling kecil di ABU, dan yang paling disayangi.. Ibunya mualaf yang dulunya beragama Kristian. Sebelum ini, mereka sekeluarga menetap di Sarawak (arwah ibubapanya orang Sarawak) arwahbapanya anak tunggal dalam keluarga, sementara keluarga sebelah ibunya masih beragama Kristian. Sebab itulah, saudara mara terdekat menghantar mereka adikberadik ke ABU, demi masa depan mereka. Selain Ayu dan Amirul, Fika mempunyai 2 lagi abang, seorang dijaga saudara mereka di Batu Caves dan seorang lagi menetap bersama keluarga arwah ibunya yang beragama Kristian. Justeru, usaha sedang dilakukan untuk membawa abangnya itu juga tinggal di ABU, demi menyelamatkan aqidahnya.
Fika sangat rapat dengan kakaknya-Ayu yang berusia 14 tahun. Ayu menjadi ganti ibu.. bersama Fika, seringkali saya ajak dia ikut saya balik. Dia pasti menggelengkan kepala dan berkata- Kak Ayu?.. Tapi kalau saya kata, dengan kak Ayu sama, barulah dia kata nak..
Kalau ikutkan hati, saya bawa Fika tinggal bersama saya.. tapi, apalah yang saya mampu?? Berada di ABU, dikelilingi kakak,abang dan kawan-kawan,segala2nya tersedia untuk Fika, mungkin itu yang terbaik bagi dia.
Lewat petang, saya terpaksa tinggalkan Fika. Wajah sayu Fika mengiringi kepulangan saya. Sebak di hati, meninggalkan cinta saya di sini. Ya Allah, moga dipermudahkan, ada masa saya akan kembali lagi ke sini, meluangkan masa untuk cinta saya ini. Moga dia membesar dalam keimanan dan kasih sayang, meski tak tertanding kasih sayang seorang ibu dan ayah..
2 3 hari ini, pasti saya ‘angau’ merindui cinta saya..

1 comment:
salam...
sedih bertandang apabila membaca apa yg dilukis oleh fika itu...
Post a Comment