Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 27, 2007

terkini

my new rafiq


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum...

Lama saya tidak menjenguk rumah ini.. Moga pembaca sekalian sihat sejahtera dalam lindungan Allah..
Coretan kali ini, mungkin bercampur baur. Caca marba gitu.. pelbagai cerita terdahulu..

TOT di PD
Alhamdulillah. Banyak sangat yang saya pelajari sepanjang training berlansung. How to be a good leader, communication skills, a good presenter, A power point presentation.. selain berkenalan dengan kawan-kawan baru. Alhamdulillah. Saya ke sana sendiri, tanpa mengenali sesiapa, tapi sebaik mula program, dimudahkan jalan untuk saya membina ‘comfort zone’ saya sendiri, disamping rakan-rakan baru..

Di sana, tiap sesi kami akan bertukar kumpulan. Dan tiap sesi ada perbincangan, setiap orang diberi peluang menjadi group leader untuk memimpin perbincangan. Saya diberi peluang menjadi GL pada sesi kedua. Alhamdulillah, they gave me average 8/10 sebagai GL that session. Alhamdulillah juga, saya antara 8 peserta yang mendapat gelaran “Datuk” atas penglibatan aktif sepanjang sesi Br. Rizal..

Really gained many things… bersyukur sangat-sangat.. Alhamdulillah..

Aidiladha
Saya pulang lewat petang sebelum raya.. ambil miktam di Bentong, dan pulang ke Taman Saga terus, dengan ipi my brother. Sampai di rumah, semua sudah tersedia, lemang,ketupat,rendang ayam dan daging.

Pagi Raya- kami pulang ke Jambu Rias. 12 ekor lembu dikorbankan. Meliputi 3 kampung berdekatan. Tapi semuanya dikorbankan di tapak penyembelihan ayah saudara saya (sepupu emak) yang merupakan penternak dan pembekal lembu. Seronok berjumpa saudara mara.

Kami adik beradik berkumpul di laman ayahbonda (kecuali abg long yang pulang beraya ke Kelantan- rumah nenek kakak ipar saya. Seronok menghabiskan masa di rumah bersama adik-adik. Paling menggembirakan, melihat kak chik yang sudah sihat, Alhamdulillah.

Raya pertama-malamnya bercadang beraya ke rumah Fatimah di Lebak. Tapi Fatimah bagitau jalan agak tidak berapa baik untuk perjalanan malam. Jalan rosak gara-gara banjir. Lalu projek raya tertangguh.

Petang Ahad, barulah kami ke rumah Fatimah. Sempat melihat fenomena banjir yang dah mula surut. Saki baki dan kesan banjir di kampong-kampung sepanjang persisir sungai Pahang menyedihkan… Kesan rumah berlumpur di mana-mana.

Malam itu kami ke Gajah Mati pula. Rumah Mak Nah. Banjir antara yang terburuk. Rumah mak Nah dinaiki air sampai ke rumah atas. Ketika saya sampai, banjir telah surut, tapi melihat kesan dan kemusnahan banjir, memang agak memilukan. MOga ujian ini diterima penuh sabar, penuh pengajaran.


Anniversary mak dan abah
20 disember. Anniversary mak dan abah yang ke 26. kami adik beradik menyambutnya, sekadar membeli kek buat mak dan abah. Moga kerukunan keluarga kita sentiasa kukuh. Moga Allah sentiasa memelihara kita semua dalam kasih sayangNYA.

My new rafiq
Akhirnya, Alhamdulillah, my dream rafiq is mine. Berjaya juga memiliki lap top untuk keperluan sendiri. Tepat pada masanya, kerana sem ni, 3 dari 5 subjek yang diambil menggunakan LMS. Semuanya online. Ada new rafiq ni, Alhamdulillah,mudah sikit menguruskan semua.

k.. sekian coretan kali ini, minggu ini, ada ‘misi’ lagi, mengembang agama Allah. Moga DIA mudahan semuanya dan menurunkan hidayahYA
Allahu Al-Musta’an.


p/s: tahniah buat my love- kak chik yang dapat 5A 2 B dan 1C dalam PMR. walaupun sakit, kak chik tetap dah usaha untuk lakukan yang terbaik. Sekarang, kak chik dah sembuh, Alhamdulillah. Moga terus sukses my dear..

hujung 2007...

saya menunggu 24 yang 24..

Friday, December 14, 2007

banjir oh banjir

bandar mentakab dinaiki air.
Ini gambar Pasaraya TF. Ini sebenarnya laluan kereta,
(nampak tak ada traffic light?) banjir melanda, peringatan untuk kita,
ihsan: berita harian online
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Semalam,seperti selalunya, emak menelefon. Memang tiap 2 hari, mak akan telefon, kami akan berbual panjang, perihal rumah dan keluarga tentunya. Khabar wan, adik-adik, emak dan abah sendiri. Selain bercerita tentang study dan kehidupan di kampus ni. Dari saya, yang baik-baik aje tentunya. Timbunan masalah (jika ada) lebih senang memikul sendiri, tidak mahu membebankan mereka..


Mak memberi khabar gembira, kak chik sudah semakin sihat, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!. boleh dikatakan 99% sihat. Boleh solat sendiri, tanpa apa-apa gangguan, boleh masuk ke dapur, lincah membuat kerja-kerja rumah. Tentu saja khabar yang amat menggembirakan, saat yang kami sekeluarga nantikan sejak 2 tahun ini..


dan khabar buruknya, tentulah keadaan banjir di negeri kelahiran, tambah-tambah lagi di Mentakab dan temerloh sendiri. Kata mak, bandar mentakab dinaiki air. Tong Fatt (pasaraya) dinaiki air sampai ke pinggang. Dari Taman Saga, terputus hubungan dengan bandar-bandar di sekitar. SAya kira, abah tentu telah bersedia menghadapi keadaan ini, saya masih ingat, tahun-tahun sudah, tiba musim hujan, abah akan ke bandar, membeli segala jenis makanan, membanyakkan stok beras dan makanan lain, sebagai persediaan menghadapi banjir. Jika banjir teruk begini, kami akan terputus hubungan dengan bandar. Tapi tahun-tahun sebelum ini, tidak pernah banjir seteruk ini.Tahun ini, banjir teruk melanda. Dari gambaran yang diberi, yang terburuk sejak saya lahir. Tidak pernah seumur hidup ini,seingat saya, bandar mentakab ditelenggami air seteruk ini.


Mak sendiri, sudah 3 hari tidak pulang ke rumah. Jalan tutup kerana dinaiki air ketika beliau berada di pejabat di Bentong. Maka terpaksa bermalam di Rumah Mak Long di Chamang. (berada di bentong, tidak merisaukan. Ramai adik beradik emak menetap di sana)

Di rumah, bekalan air terputus. Adik2 (3 yang bongsu) tinggal bersama wan dan abah. Keadaan agak sulit. kesian kat wan. Orang tua, dia sangat banyak bergantung pada air untuk mengurus diri. 3 hari bekalan air terputus, dan terputus juga laluan ke bandar, abah yang kalut mengurus rumah, mengurus wan. Moga Allah mudahkan semuanya untuk mereka.


Khabarnya, bekalan air dan elektrik terputus. Bandar mentakab dan temerloh lumpuh. saya menyelak helaian berita harian hari ini, ada gambar bandar mentakab ditelenggami air. sedih. tiba-tiba saya jadi sayu. Inna lillah, wainna ilaihi raajieun.. seperti kata seorang sahabat- mungkin banjir dijadikan oleh Allah untuk menyuci segala dosa dan sampah.


membuat saya berfikir, benar, 2 3 tahun kebelakangan ini, Temerloh bukan lagi bandar yang 'damai' seperti dulu.. Dulu, tiada konsert, tiada pesta hiburan. 2 3 tahun ini, mudah benar melihat poster-poster persembahan artis di kawasan sekitar. Konsert jadi acara tahunan. Bumi tanah tumpah tempat saya membesar kian ternoda.. Mungkin inilah 'peringatan' dari DIA, atas kelalaian sendiri.. moga jadi ingatan dan ikhtibar..



***

saya akan bercuti panjang, dari selasa sebelum raya haji hingga 25- hari krismas. tidak sabar pulang ke laman ayahbonda. sudah lama saya tidak menghabiskan masa berlama-lama di rumah. Ini untuk mengotakan janji pada emak. dan alhamdulillah, kebetulan cuti itu memang lama.. within the days, i'm yours..

Thursday, December 13, 2007

seminggu yang lalu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

isnin
malam: tontong 1957 :Hati Malaya di Main Audi . Tayangan Perdana anjuran GPMS. Teringin nak tahu kenapa ada komen dalam akhbar-ramai menangis tengok filem ni. Dan saya tahu mengapa. Air mata mengalir menonton babak orang Melayu mengumpulkan wang yang ada untuk menampung perbelanjaan Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan. Semangat orang dulu-dulu, berjuang untuk merdeka. Hubbul wathan min al-iman. Memahami (refresh sebenarnya) susur galur kemerdekaan negara. Peranan tokoh-tokoh seperti Onn Jaafar, Tunku sendiri, Tun Dr Ismail dan lain-lain. Kredit Shuhaimi Baba. Hopefully banyak lagi cerita-cerita bermutu begini jadi santapan anak muda. Dah banyak sangat disogok cerita cinta,mistik,tahyul,kekayaan dunia. Minda kita tidak mampu menjadi kelas pertama, atau global player jika terus begini.

rabu:
Interview Fasilitator Student Learning Enhancement Unit. Minta faci untuk arabic workshop. Tak tau pun kena interview. Hantar je resume, terus dipanggil. 2 orang staff SLEU (academician UIA) yang jadi inteviewer. In English. Mula cabut satu kertas, kena cakap pasal topik yang dapat. Dapat tajuk 'computer'. Dalam 5 minit, cakap in english tajuk tu. Entah apa saya merepek pun tak tahu, coz memang minda saya tak ready nak ditemuduga waktu tu. Pastu tanya lagi soalan2 lain.

dah dapat result. Alhamdulillah, diterima jadi faci SLEU. kena hadir TOT hujung minggu ni (14-16 dis) di Golden Straits Villa Beach Resort, PD.

jumaat
malam- Forum kita semakin kejam?
anjuran CENSERVE Team, IIUM dengan kerjasama majalah Mestika dan NTV7 di Main Audi. antara panel Datok Zaman Khan (mantan pengarah penjara malaysia) dan Bapa allahyarhamah Nurin Jazlin.
manusia semakin kejam- gara-gara iman yang semakin menipis. Teringat ramalan pakar psikologi, pada tahun 2020, penyakit mental akan jadi penyakit utama di Malaysia, terutama bagi wanita. Kemajuan yang kita kejar, mengikis nilai kemanusiaan. Lalu, hanya iman dan taqwa yang menyeimbangkan semua. Dunia dikejar, tapi akhirat jangan kita lupa. Di sana bahagia hakiki. disana- our main bussiness.

Sabtu-ahad
Kem Sri Raudhah. TOT untuk main board baru. Kami para senior berkongsi ilmu dan pengalaman, tentang perjuangan, prosedur program,ukhwah,dan serba-serbi. MOga kalian berjaya teruskan lagi kesinambungan dakwah Rasulullah ini dengan berjaya, profesional dan manthop.

hujung minggu ni-
mak ajak balik, nak kacau dodol. Tapi kata mak, kalau ada hal tak apala. 'Sekarang dah mudah, tepung beli yang dah siap dimesin, santan beli patinya aje, tak macam dulu, kak ngah kena belah,kukur dan perah kelapa.'

kak long ajak ke Genting, bawak adik-adik bercuti, naik kereta kabel. Tapi sekarang musim hujan, camner nak jalan-jalan? LPT pun dah ditutup. banjir. Kesian kat adik-adik, untungnya, kak long rajin melayan mereka, berjalan ke mana-mana..

kawan-kawan ajak gi kursus kahwin dalam UIA ni. Memang berhajat, sebelum grad nak ambil kursus kahwin kat sini. Murah. nak kahwin nanti (bila ntah, wallahu a'lam) senang, sijil dah ada.. nampaknya tertangguh lagi la. tak per, kursus kat uia ni, tiap-tiap sem pun ada..

Yang utama-saya perlu hadiri TOT di PD..
Dah terima jawatan tu, kenala siapkan diri..

***
dulu, bening mata ayah memandang hampa..
kini, gemersik suara ibu.. mungkinkah dihampakan pula?
kiri atau kanan
hanya Engkau mengetahui..
di mana
harus kucantum rusuk kiri nan satu yang tercicir ini..

Tag Ira

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

8 perkara tentang saya- menjawab tag Ira dalam blognya

1
seorang yang cuai. selalu tercicir barang. Kalau beli barang, bayar, saya tertinggal barang di kaunter. Kalau barang dah ambil, kadang-kadang terlupa ambil duit baki. Dah banyak kali kehilangan barang-barang kesayangan sebab cuai ni.. antaranya jam tangan hadiah abah sempena kecemerlangan PMR, dan jam tangan yang saya beli dengan duit kemenangan Pidato Piala Diraja Daerah Temerloh 2001. Tapi dah makin dewasa ni, jam tangan dah tak hilang lagi.
Saya pernah tertinggal bag di Mydin Selayang (kat tempat simpan beg). Dah balik ke uia baru sedar. Kalut sungguh. Masa tu pergi beli barang program COMRADE. Akhirya, budak-budak COMRADE tolong amik. Hairul ke sana semula dengan motor shukri. Thanks a lot. Mujur masih selamat. Dalam beg tu ada dokumen-dokumen penting, termasuk pasport antarabangsa (masa tu beberapa hari selepas pulang dari India, tak sempat nak simpan pasport tu lagi).

Terkini, masa di Rual. Saya letak beg (juga mengandungi barang2 penting termasuk purse, handset) di Surau, kemudian menolong angkat barang-barang ke dalam trak. Saya ambil beg pakaian dan berjalan kaki ke tempat bas menunggu (kira-kira 10 minit jalan kaki). Baru teringat beg yang tertinggal di surau. pusing semula ke surau dan ambil beg tu. Mujur tak ada apa2 hilang (biasa masuk kg OA, tak akan berlaku kecurian apa-apa coz mereka memang terdidik tidak mengambil barang orang. Letak mana-manapun, setakat ini, sepanjang pengalaman saya, Insya Allah, selamat)
Terus naik bas. Dah sampai dekat Jeli baru teringat, saya tak masukkan beg pakaian dalam bas. Akhirnya, saya ke KUala Mu sehelai sepinggang, a true survivor. Menumpang kasih my kembar Fatin.MUjur barang2 penting ada dalam beg yang saya ambil dari surau tu. Akhirnya, bila pulang ke UIA, beg pakaian saya selamat. ada comradean yang tolong masukkan dalam bas pas tengok tak ada tuan yang masukkan bas tu.Allahu Al Musta'an. Tq all.. dan saya yang cuai- moga2 tak cuai lagi pasnie.. huhu

2
tak banyak cakap. Kecuali bila jumpa geng. (that's why saya rasa saya bukan pendebat yang baik) coz asalnya, saya memang begini, hanya bercakap bila perlu.. Lebih suka memerhati dan mendengar dari bersuara...

3
suka biru. sangat suka, sebab itu, laut dan awan antara terapi terbaik melepas tekanan.. lapang, tenang dan damai. Maha Suci Allah.

4
tak suka konflik. tak suka gaduh-gaduh. tak suka saat-saat genting dan tegang. if happen macam ni, saya prefer mengalah dan akan cari penyelesaian cepat-cepat. hidup ini terlalu singkat untuk bermusuhan

5
suka budak-budak

6
tak suka buat salah. coz tak suka kena marah. sebab tu dari sekolah, saya budak skema. Kalau buat salah, even kecik, saya rasa bersalah sangat-sangat. Ntah, dah terbiasa macam tu.

7
Puntual. Tak suka 'janji melayu'. Kecewa dengan banyak organisasi/sikap orang kita yang tak menepati masa. Kita lupa tuntutan 'demi masa'...

8
Memilih bila membeli barang-barang. Sanggup turun naik kedai/pusing2 KL untuk cari satu pasang kasut. Selagi tak berkenan betul-betul, saya takkan beli. BUkan pilih yang branded atau eksklusif, tapi if saya main pilih jer, saya rasa membazir, nanti mesti tak pakai. Tapi if dah jumpa yang berkenan tu, saya akan pakai sampai la tak boleh dipakai lagi. So, dalam satu masa, biasanya cuma ada satu kasut/sandal ajer, satu handbag ajer. Takder nak tukar2.

sekian. Wallahu a'lam. untuk menilai diri ini, kawan-kawan sekeliling lebih memahami..
Harap Ira berpuas hati...

Friday, December 07, 2007

Sambungan: corat coret IPTA Pos Sg Rual dan Misi ke Kuala Mu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


ayam tak berekor.. antara kebesaran Allah yang saya temui


:::Tahniah buat sebilangan warga UNITEN yang join IPTA bersama COMRADE baru-baru ini. Moga aktiviti dakwah ini turut berkembang, dengan digalasi oleh syabab-syabab dari IPT seluruh negara. Masa muda untuk berjuang dan menuntut ilmu. Kembangkan lagi sayap perjuangan islam. Apa yang baik untuk diteladani dari program tempoh hari, ambillah. Yang buruk jadikan sempadan. Moga ikhwah dan akhawat di UNITEN akan terus istiqamah dalam prjuangan ini.

:: untuk adik-adik new comers- perjuangan ini tidak menjanjikan kesenangan, ubah pemikiran anda. Jika program UIA lain, benar, ada keseronokan. Tapi tidak di COMRADE- tiada hotel mewah sebagai penginapan, yang ada kesempitan, rumah buluh tanpa elektrik, tandas yang tidak sempurna perlu dikongsi 70 orang, (cuma jika anda bernasib baik, penginapan kelas ke-5 menunggu anda)

tiada makanan mewah- sardin, telur adalah menu utama. JIka bernasib baik, jagung, ubi kayu jadi santapan.

Masalah biasa-sunburn. Muka jadi gelap. jangan mimpi berwajah putih melepak. nak jaga kecantikan? lupakan saja, 7 hari genap dalam kampung, anda mungkin keluar darinya dengan keadaan lebih 'sawo matang'.

Namun, satu yang mampu dijanjikan- jika anda ikhlas menyahut seruan ini, semata-mata kerana Allah, inilah perniagaan yang akan menyelamatkan anda radi azab api neraka yang maha pedih. bukan janji kami, ini janjiNYA yang Haq.

:::Getah- permintaan getah asli meningkat, harga getah di pasaran stabil dan dijangka naik. Pengeluar getah tiruan sudah mula mengurangkan pengeluaran berikutan kenaikan harga petrol- antara bahan penting dalam pengeluaran getah tiruan di pasaran dunia. Tanaman getah punya prospek masa depan. Lalu, masih ada kawasan/tanah yang terbiar tidak diusahakan, berbudilah pada tanah.

:::Semaikan semangat berdakwah sejak anak-anak kecil lagi. Anis- anak Dr razak telah dibawa bapanya melalui jalan-jalan perjuangan sejak berusia 4 tahun. Begitu juga adik beradiknya yang lain (menurut asiah-kakak Anis). Justeru tidak mustahilah, dalam usia 7 thn itu, anis petah berbicara itu dan ini, termasuk memahami betapa dakyah kristian itu perlu ditentangi. Pengalaman mendewasakannya, dan beliau amat bijak orangnya- termasuk mengajar kami (kakak-kakak) teori memandu 4wd sepanjang perjalanan ke Kuala Mu.



:::Masa muda untuk berjuang. Ayuh, siapa pun anda, di mana anda berada, carilah jalan/ medium untuk sampaikan Islam. Teruskan kesinambungan kerja para Anbiya’.. Syahid di jalan Allah-jadikanlah setinggi-tinggi cita-cita. Keseronokan dunia hanya sementara. Kita cari damai abadi- damai di sana yang hakiki..

Wednesday, December 05, 2007

catatan: MISI KE KUALA MU



cantik.. Subhaanaka Ya Allah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

PERHATIAN:
CATATAN PERJALANAN INI ADALAH CATATAN INDIVIDU. PERJALANAN DAN PROGRAM YANG DITEMPUH JUGA ADALAH ATAS PILIHAN INDIVIDU. TIADA KENA MENGENA DENGAN MANA-MANA JABATAN ATAU PERTUBUHAN.HARAP MAKLUM
.

Selasa 27 oktober

Tidak sempat berehat. Tanpa menjejak kaki ke Taman Ilmu dan Budi, saya dan beberapa sahabat lain (saya, Mok Ana, shariah, Pijan, Fatin my Twin,Abg Zul,Dik Jazli n Dik Shazni) mengikut rombongan Dr Razak ke Kuala Mu, Sg Siput Utara, Perak.

Malam itu, lebih kurang jam 8 malam, dari Tol Jelapang, kami memulakan perjalanan menaiki 1 pajero dan 1 land rover ke kg Kuala Mu. Selain kami dan Dr Razak,ahli rombongan yang lain adalah 2 orang anak kenalan dr Razak (budak2 sekolah menengah), Ust Mat (ABIM Outreach yang jaga Pos Kuala Mu), Ustaz (JAIP) dan Anis- son of Dr Razak yang berumur 7 tahun dan Asiah-kakak anis yang berusia 13 tahun.

Hampir jam 11 malam, kami tiba di Kampung Perjek. Bermalam di sana. Kami (muslimat) di surau bahagian atas dan musliminnya menginap di bawah.

Rabu 28 oktober
Paginya, udara nyaman menyambut kami. Kami dimaklumkan, rombongan kami akan bergerak jam 10 pagi, memandangkan jalan yang masih basah. Saya dan sahabat-sahabat lain mengambil kesempatan beramah mesra, menziarahi rumah penduduk sekitar. Penduduk di situ merupakan dari kaum Temiar.

kg Perjek yang bersih

Jam 10 pagi, kami mula bergerak, dan kenderaan bertambah kepada 3, apabila ada 2 orang ustaz dari JAIP turut serta. Selain muatan orang (kami), kenderaan juga dipenuhi dengan barang-barang ration, makanan dan anak getah yang akan diberi kepada penduduk Kuala Mu.
dalam Land Rover


Kami berhenti rehat di kawasan anak air terjun. Kata Ustaz Mat, mereka meggelarnya sebagai RnR- kawasan persinggahan jika ingin ke Kuala Mu. Land Rover yang dipandu Ust Mat membawa kami berlima (all sisters) dan anak Dr Razak- Anis yang petah berbual sepanjang perjalanan. Lama menunggu, pajero yang dipandu Dr Razak dan dinaiki ikhwah yang lain tak kunjung tiba. Hampir 2 jam menunngu, baru mereka tiba. Rupa-rupanya mereka tersesat. Tersalah masuk jalan, nak melencong terus ke Pos Yong. Nasib baik Dr Razak tersedar di pertengahan jalan.

Kami diberi taklimat ringkas tentang laluan yang akan ditempuh, jalan tanah merah di lereng bukit, bawahnya gaung. Jalan yang teruk, merupakan laluan Pak Belang mencari rezeki. Sebarang kemungkinan minta dihadapi tanpa panik.

Perjalanan diteruskan, memang jalannya teruk. Kawasan hutan di celah-celah banjaran titiwangsa, kehijauaannya menyejukkan mata. Subhanallah.Sesekali Land Rover yang kami naiki dipandu zig zag bagi mengelakkan tayar terlekat pada tanah merah yang licin. Mendaki 9 bukit tegak 90 darjah. Land Rover beralun-alun sepanjang perjalanan. Sungguhpun begitu, ada ketikanya saya terlena. Mengantuk punya pasal. Dan natijahnya, sesekali kepala terhantuk ke dinding Land Rover.


Kami melalui beberapa kampong- Pos Legap, Kg Dawoi, Kg Keep, sebelum tiba di kg Bersah lebih kurang jam 2 petang.Syukur, perjalanan tidak menghadapi kesulitan.
Kg Bersah


Beramah mesra dengan penduduk kampong, naik ke rumah Penghulu Hador dan memasak untuk makan.
Kg Bersah- ada 3 keluarga Islam termasuk keluarga penghulu Hador. Kami dilayan dengan baik, anak-anak penghulu Hador yang kebanyakannya beliawanis menyambut mesra kami.

Selepas makan dan solat, adik-adik kampung (perempuan) mengajak kami ke sungai. Mengambil kesempatan mandi-manda di sungai, menyegarkan badan selepas perjalanan yang jauh. Saya dan my twin-Fatin mengikut amek (emak-bahasa Temiar) yang juga isteri penghulu Hador ke kebun jagung untuk memetik jagung. Mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak saya, saya rindukan suasana ini, berlarian dengan kaki ayam di kawasan kebun jagung dan mandi sungai batang Semantan bersama Mak Nah, Arwah Kak mawar dan Arwah abah gemuk (abah Hassan) Really miss the moment..

Dan saat ini, di celah-celah banjaran titiwangsa, saya dan fatin berkaki ayam memetik jagung bersama amek, sebelum terjun semula ke sungai, dengan keriuhan adik-adik mengusik kami.

kebun jagung yang mendamaikan


Pulang dari sungai, kami menyiang daging yang dibawa, bersedia untuk cak raya (kenduri - bahasa temiar) untuk orang-orang kampong Bersah dan kampong kuala Mu. Malamnya, makanan diagihkan kepada penduduk kampong bersah. Dr Razak ke Kg Kuala Mu, menghantar makanan ke sana. Kami dimaklumkan bahawa pada malam itu akan diadakan majlis pengislaman dan akad nikah penduduk kampong.

Kami Solat bersama adik-adik, beliawanis kampong. Adapt bermusafir, boleh solat jamak dan qasar. Tapi oleh kerana maslahah dakwah (mengajar mereka solat). Kami solat tamam.

Dr Razak agak lewat pulang ke Kg Bersah. Rupanya pajeronya terlekat di jalanan. Maka dia dan sorang ustaz jalan kaki. Malam itu, Alhamdulillah, En Daud menerima hidayah Allah dan memeluk islam. Bertambah lagi satu keluarga muslim di kampong ini, Alhamdulillah.Tersentuh hati saya bila mendengar lafaz syahadah diucapnya. Kemudia diadakan pula akad nikah antara enciK Daud (18 tahun) dengan pasangannya (Azizah- 17 tahun). Mas kahwinnya RM20. ringkas sahaja majlisnya. Sekadar menjalankan yang wajib.

Khamis 29 Oktober

Pagi itu, kami memasak meehun untuk sarapan. Kemudian mengagihkan makanan yang dibawa (beras,gula,dsb) untuk diagihkan kepada penduduk di Pos Kuala Mu

Nota: Apabila disebut Pos, maknanya ada lebih dari 1 kampung di dalamnya. Kebiasaannya, sesebuah pos dilengkapi sekolah, rumah pentadbiran jheoa dan beberapa kemudahan asas yang lain.

Pos Kuala Mu sendiri mempunyai 5 kampung- Kampung Bersah, Kampung Kuala Mu, Kg Gapis hulu, Kg Gapis Hilir dan Kg Tok.

Kami ke kg kuala Mu, bermesra dengan penduduk kampong (minority muslim). Mengagihkan makanan kepada mereka. Ternyata kehadiran Dr Razak disambut gembira oleh penduduk kampong. Masakan tidak, Dr Razak telah masuk ke situ sejak 10 tahun lalu. Dan di sekeliling kampong, banyak pokok getah yang telah mula ditoreh penduduk kampong yang juga punca rezeki mereka, semua itu adalah pemberian Dr Razak kepada mereka, kira-kira 10 tahun yang lalu.

Kami dibawa ke Sungai di hujung kampong. Subhanallah, saya tidak pernah melihat sungai secantik ini, hamparan rumput hijau di kiri kanan sungai, dengan air menderu deras, jernih menyejukkan mata dan hati. Subhanallah, alam yang masih suci dan belum ternoda oleh tangan-tangan manusia.

subhanallah... Ma kholaqta haza baathilan..

Di tepi sungai itu, ada sebuah rumah buluh. Menurut Dr Razak, di situlah mula-mula sekali beliau dan kawan-kawannya menginap bila tiba di Kuala Mu, kerana orang kampong tidak menerima mereka. Lama-kelamaan, bila penduduk kampong mula menerima mereka dan memeluk islam, barulah sebuah surau dibina ditengah-tengah kampong, dan mereka menginap di situ.

Muslimin mengambil kesempatan mandi manda di sungai. Kami pula pusing seluruh kampong, bermesra dengan penduduk. Insya Allah, kampong ini ada potensi untuk lebih ramai memeluk islam kelak.

Pulang ke kampong bersah, bersiap untuk pulang. Selepas makan tengahari, tibalah masa untuk wida’. Kami dihantar pulang dengan tangisan adik2. Baru sehari kami di sini. Tapi kemesraan terjalin erat. Amek-amek mula berair mata. Ahli rombongan kami sendiri ditebak sayu. Tak mampu menahan air mata dari mengalir dari tubirnya. Esak tangis adik-adik menghantar kami pulang.


bergambar sebelum pulang. Dr Razak di tepi sekali (baju biru)


Kuala Mu memberi semangat. Moga diizinkan kembali di sini. Saya teringat perbualan dengan salah seorang beliawanis ‘kami dan amek-amek suka akak-akak datang, jarang ada orang datang, masuk dapur, masak sama-sama kami’

Yes, di situ saya dapat 1 point yang baik- dakwah bil hal. Memecahkan jurang untuk meraih kepercayaan dan melarik kemesraan.

To be continued.. (saya akan sambung catatan ini dengan pengajaran-pengajaran yang lain)



IPTA Sg Rual, jeli Kelantan

Anak-anak Pos Sg Rual- aqidah mereka harus kita bantu, agar sama-sama
menikmati nikmat Iman dan Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

jumaat 23 nov

6 petang, kami bertolak dari UIA (saya,shariah@k.awa, kak yati, Pok Abu n Hairul). Peserta-peserta lain sudah ke Rual malam rabu lalu. kami rombongan terlewat, kerana hal-hal kerja. sementara kak awa n kak yati perlu menguruskan pendaftaran mereka untuk pengajian sarjana.

2 pagi-kami sampai di rumah kakak Pok abu-Kak Ani di Ketereh, kelantan, bermalam di sana. Terima kasih buah kak ani dan keluarga atas layanan yang baik. keletah anak-anak kak ani yang comel memeriahkan suasana.

sabtu 24 nov

dari ketereh, kami ke Kuala Krai, majlis perkahwinan Pok Lan dan Musfirah (comradean meet comradean). Barakallahu fiikuma wajama'a bainakuma fi khair.

Dan Comradeans yang lain (senior-senior) yang join IPTA Rual turut keluar sebentar dari kampung, memeriahkan majlis. Gegak gempita Rumah pengantin dengan kehadiran rombongan lebih kurang 15 orang, termasuk super senior comrade yang lain (kak wan n abg nazri serta anak mereka, kak julia, kak na)..



dari kuala krai, saya menyertai rombongan peserta dari Pos Sg Rual ke Bandar Kuala Krai, membeli barang-barang yang dipesan catering. Seterusnya kami pulang ke Sr Rual, jeli. Sampai di sana, sudah waktu maghrib. Saya berfikir banyak kali, sama ad ingin pulang esoknya atau tinggal sehingga program habis, selasa nanti. Perancangan asal, rombongan kami yang datang lewat akan pulang ahad, kerana masing-masing bekerja pada isnin. saya juga bekerja pada isnin. Akhirnya saya mengalah, memilih untuk tidak pulang. Yang saya fikirkan- sejauh itu saya datang, tak sempat buat apa-apa lagi, takkan mahu pulang. Rugi. Rugi perjalanan yang panjang, rugi masa yang terbuang, tapi tak sempat menjana saham di sana. Dan saya tekad, malam itu saya mencari kawasan-kawasan yang ada network telefon, menghantas sms kepada office mate, minta pesan pada K.Sham (boss) saya ambil cuti isnin dan selasa.


Malam itu, saya menghadiri mersyuarat harian, seterusnya diminta PM (program manager) -Dik Jali mempengerusikan sharing moment bersama peserta. Peserta diminta meluahkan kesulitan dialami sejak program bermula khamis lalu, untuk diberi pandangan dan dibincangkan bersama-sama, cara mengatasi masalah-masalah tersebut.

kebanyakan peserta (terutama 1st timer) mengalami masalah dalam mendekati keluarga angkat masing-masing. Nature kaum jahai, dari suku kaum Negrito, lebih kurang sama dengan kaum Bateq (juga dari unjuran Negrito)- amat pemalu. Peserta menghadapi kesukaran mendekati keluarga angkat masing-masing. Apabila rumah dihampiri, mereka menutup pintu, atau menjauhkan diri. Soalan ditanya, tidak dihiraukan. Lalu, bagaimana ingin mengajar sesi Fardhu Ain jika marhalah taaruf sendiri belum melepasi tahapnya??? Dan pelbagai situasi lagi diberikan adik-adik tentang kesulitan mereka.

Majlis bersidang, bertukar-tukar pandangan dan pendapat, para senior memberi tips untuk dikongsi berdasarkan pengalaman-pengalaman baru. Esok menjanjikan harapan, moga hati-hati mereka dapat didekati.

25 okt- Ahad

Pagi, ada gotong royong pembersihan kampong dan kawasan perkuburan. Kaum bapa bergotong-royong, bersama anak-angkat masing-masing. Saya sibuk di dapur. Hari ini nama saya naik untuk membanti catering memasak untuk makanan tengahari. Sup ayam dan sayur kubis. Untuk orang kampong (lebih kurang 400 orang) dan peserta (dalam 70org). Waktu makan tengahari, orang kampong datang beramai-ramai. ‘Gerai Che da’ laris. Rupa-rupanya, jumplah penduduk kampong yang datang pada hari ini lebih ramai dari jangkaan, ramai dari hari-hari sebelumnya. Jenuh catering di dapur memasak. Sup ayam tak ckup. Back up dengan sardin. Dan peserta sendiri, kebanyakannya hanya makan jam 3.30 petang, mendahulukan orang kampong.


Biro Modul meneruskan aktiviti pendidikan bersama anak-anak penduduk, sementara biro keceriaan meneruskan aktiviti menceriakan kampung dengan mengecat batu-batu berhampiran sungai dan melukis mural.


RnD pula giat menjalankan kajian, menemu ramah orang-orang penting di Kampung untuk menghabiskan keperluan kajian yang masih berbaki.

Petangnya- sukaneka untuk kaum lelaki. Tarik tali, sumpit belon, gusti lengan. Meriah dan ramai sekali orang kampong turun. Kaum ibu pula diadakan HELWANI (hal ehwal wanita), meraut lidi kelapa sawit untuk dijadikan penyapu- (satu ‘didikan halus’ supaya mementingkan kebersihan. Lazimya, suku kaum negrito kurang mementingkan kebersihan. Ini dapat dilihat dari persekitaran kawasan kampong dan sekitar rumah yang kurang memuaskan)


Malam- makan malam bersama penduduk kampong lagi. Fardu Ain- tak ramai penduduk yang hadir. Cuma kehadiran anak-anak mereka mengubat kehampaan. Juang terus juang, jangan patah semangat. Mereka akan terpanggil untuk hadir nanti.


Sesi mesyuarat seperti biasa, berjalan lancar. Usai meeting, brothers ada meeting khas untuk persembahan malam kebudayaan esoknya. Saya dan akhawat yang lain, mengadakan sesi heart to heart sesame sendiri. Saya senang, berjumpa anak-anak muda (adik-adik, terutama first year, new comers dalam COMRADE), berkongsi pengalaman dalama perjuangan dan pelajaran, menitip nasihat dan harapan, agar perjuangan dalam dakwah ini diteruskan mereka selagi punya kesempatan. Jika tidak kita, siapa lagi? Jika tidak sekarang bila lagi? Dunia islam diserang dari luar dan dalam. Kristianiti, Bahaisme, Hindraf, Aluj.. Dakyah mereka merentasi sempadan dan hutan. Lalu, masihkah ada sebab untuk kita katakan tidak pada panggilan mempertahankan agama tercinta??
pakaian terpakai.. ini je yang mampu diberi..
sedang gerakan kristian- material mereka hulurkan melimpah ruah

26 okt- Isnin

Bangun pagi. Jadilah barisan tentera yang terpilih menyertai angkatan Salahuddin Al-Ayyubi. .

Persiapan acara penutup dimulakan dari pagi. Tiap biro ada tugas tersendiri. Saya membantu Program Coordinator menyelaraskan segala-galanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancer. Mujur, VIP yang turun bukan orang-orang besar ( tidak suka terikat dengan protocol itu dan ini). Majlis penutup berjalan lancar, diikuti kenduri besar-besaran.

Lepas Asar- satu pengalaman baru, dan agenda baru yang tak pernah dilakukan warga COMRADE dilakukan. Dato’ Dr Razak (mantan pengarah HKL- aktivis dakwah ABIM) menyumbangkan 1000 anak getah kepada penduduk kampong. (sejarahnya, penduduk kampong ini diislamkan oleh kumpulan pimpinan Dr Razak beberapa tahun lalu).

Maka bermulalah kerja-kerja secara bergotong royong, mengisi tanah dalam poly bag, menanam anak getah, menyiram dengan air. Lewat petang itu, hampir 700 anak getah disemai.


Malam- malam kebudayaan. Orang kampong bersewang. Sewang ala moden yang melepasi ‘piawaian comrade’. Diikuti persembahan nasyid anak-anak muda kampong. Peserta UIA (brothers) sendiri menyampaikan rangkaian lagu-lagu nasyid.

27 oktober- Selasa
Tazkirah Subuh pagi itu disampaikan Dr Razak. Mengalirkan semangat juang untuk berdakwah pada hati-hati anak muda. Beliau sendiri, selepas bersara dari berkhidmat dengan kerajaan (tahun 2004) terus berkhidmat sebagai daie sepenuh masa. Punya Rumah anak yatim di Kelantan. Juga rumah anak yatim di aceh. Meyumbangkan tenaga n harta masuk ke kampong-kampung orang asli di semenannjung. Juga ke Borneo. Memberi inspirasi pada kami dalam gerak kerja dakwah.

Selepas sarapan, AJK tertinggi melakukan post mortem program. Peserta-peserta lain pula menghabiskan penanaman anak getah.

Berkemas untuk pulang. Ziarah Wida’. Anak-anak angkat dikejutkan dengan cenderahati-cenderahati pemberian keluarga angkat masing-masing. Sungguh, mereka menjauh dan malu-malu bila dihampiri, mereka menutup pintu bila rumah didekati, tapi bila saat perpisahan itu, mereka memandang anak-anak angkat dengan sedih, kemesraan dan kasih sayang, tautan hati itu wujud sebenarnya, Cuma tidak terzahir. Jika tidak, masakan mereka mengerah tenanga,mencari/membuat pelbagai cenderahati untuk anak angkat masing-masing? Dari hasil hutan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Kemuning, hinggalah kraftangan- Sikat buluh, tikar mengkuang, malahan sumpit, dan ada juga yang ingin menghadiahi anak-anak dengan telefon bimbit! Anak-anak terkedu, ada yang menerimanya, ada yang terpaksa menolak dengan baik (telefon bimbit- bukankah harganya mahal? Mereke mengorbankan sebahagian besar pendapatan mereka untuk anak-anak angkat)..

Alasan penduduk kampong- anak-anak dan buat macam-macam pada kami, tapi kami tak mampu balas apa-apa. Untuk itu, mereka berusaha memberi apa yang termampu.

Moral-dalam kekurangan, mereka berusaha memberi penghargaan. Kita?? Seringkali alpa dalam menghargai, hatta mengucapkan ‘terima kasih’ kepada orang di sekeliling kita.

Rual ditinggalkan dengan 1001 pengajaran. Sementelahan ini kali pertama comrade melakukan aktiviti di sini, saya melihat kemesraan di penghujung program adalah satu pencapaian. Apatah lagi, mendekati kaum Jahai bukanlah satu perkara yang mudah, tidak semudah mendekati Temiar dan Semai.

Pesanan buat adik-adik, lihatlah natijahnya, malam itu kalian luahkan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi menghampiri dan mendekati mereka. Dan di penghujung perjuangan di sini, kalian sendiri mengalaminya. Tatap bening mata mereka, mengharapkan kalian datang lagi, dengan misi pada marhalah setesnya, selepas marhalah taaruf ini dikira berjaya.Paksikan ikhlas dalam diri, doa tanpa henti pada Ilahi. La Hawla wala quwwata illa billah. Kita akan datang lagi nanti, Insya Allah dan saya yakin, misi kali seterusnya akan lebih mudah kerana misi pertama ini telah menautkan hati-hati kita semua dengan mereka. Allahu Akbar!


....
rupa-rupanya, 'kesenyapan' saya pada program kali ini diperhati. Hingga officer yang mengiringi menegur, kenapa saya lebih banyak berdiam diri.
jawab saya- saya sudah tua, dulu saya memimpin program, riuh menegur dan menyapa tiap peserta,melarik kemesraan dan kerukunan, memberi arahan dan menegur kesilapan,
kali ini, saya lebih senang menjadi pemerhati, bercakap apabila perlu, menasihati bila keadaan memanggil. selebihnya, saya percaya pada pimpinan adik-adik baru, mereka ada cara mereka sendiri, selagi cara itu masih menuju hadaf, saya persetujui.

dan buat akhawat, persoalan mereka tentang 'keseriusan' saya telah terjawab pada sesi heart to heart malam itu. Mereka yang mengenali saya, mereka tahu, siapa saya.

Saturday, December 01, 2007

semalam yang indah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..
seminggu ini berlalu penuh keindahan..
saya telah melalui perjalanan yang jauh, beratus-ratus (mungkin mencecah ribuan ) kilometer di jalan darat.. perjalanan dalam seminggu ini ( kl-ketereh,kelantan-kuala krai-jeli (pos sg rual)-melalui jalan grik ke perak-sg siput utara (pos kuala mu)-kl)..
dari laluan jalan persekutuan, lebuh raya pantai timur,lebuh raya utara selatan, hingga ke jalan tanah merah yang berselut di celah-celah banjaran titiwangsa, yang hanya boleh dilalui 4wd, dengan jasad bagai dilambung-lambung sepanjang perjalanan, yang juga laluan Pak Belang mencari rezeki.

Dan musafir kali ini, melengkapkan cuti semester selama 3 minggu yang 'tiada cuti' bagi saya. hanya hari ini, ya, hari ini sahaja dalam masa 21 satu hari ini, saya bercuti. itupun sekadar merehatkan diri, mengambil panadol dan tidur. Kepala yang pening, badan yang mula sakit-sakit (mungkin kerana perjalanan yang panjang,rehat yang tidak cukup)

pulang dari perjalanan yang panjang itu, saya sampai di kampus Taman Ilmu dan Budi jam 9malam. Keesokan paginya (semalam) terus masuk ofis. kerana cuti yang lama (4 hari) kerjapun banyak, apatah lagi pelajar akan mula mendaftar esok, hanya jam 7 malam, saya keluar dari ofis.

dan esok, seawal pagi harus berada di ofis, hingga jam 7 petang, kerana hari esok warga uia akan mula pulang dan mendaftarkan diri untuk semester II 2007/2008. dan saya perlu berada di ofis-menguruskan pendaftaran mereka ke Mahallah Asiah.

perjalanan seminggu yang panjang ini, tidak dinafikan, amat meletihkan. namun di sebalik semua itu, saya amat syukuri kesempatan yang diberiNYA. dalam perjalanan yang panjang itu, semangat saya berkobar meneruskan perjuangan ini, tiada kesal, tiada sesal. Yang ada hanya keinginan yang kuat, dan harapan, moga diizinNYA saya meneruskan perjuangan ini di masa-masa akan datang, Insya Allah.

kisah perjalanan yang panjang ini, akan saya nukilkan di sini nanti. Mohon permisi merehatkan diri dulu. Fizikal ini perlu bersedia memulakan sem baru, Isnin ini.
Mentalnya- sudah cukup bersedia, malah berkobar-kobar memulakan sem baru. Moga kekuatan dariNYA akan terus bersama.

dan sem yang lalu, keputusan peperiksaan diterima dengan penuh kesyukuran. la hawla wala quwwara illa billah. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu Akbar!.. NikmatMu ini sungguh bermakna. Tak terluah kesyukuran ini. Malu. Malu dengan diri sendiri, yang menerima begitu banyak nikmatMU, namun masih banyak juga kekhilafan yang dilakukan. A'la kulli hal, keputusan ini terus membakar semangat, untuk saya terus melakar jaya pada sem-sem mendatang. Moga dimudahkan semuanya, Insya Allah..

mohon permisi. nampaknya perlu menelan panadol lagi..
kepala sudah kembali berpusing-pusing..

Wednesday, November 21, 2007

hazan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hazan bertandang lagi
bila kutahu
masih engkau gagal
membeza dosa pahala
yang terlarang dilihat 'tidak mengapa'

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(al-Zalzalah:7-8)

Hazan bertandang jua
kerana masih engkau hampiri
batasan pesona dunia
tanpa sedikit penyesalan
mengapa masih kabur
pengajaran semalam dan pengalaman

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Al-Qasas:56

lalu
safinah yang kau damba
tak mungkin aku sertai
dalam ketentuan Pencipta
aku cuma
rusuk kiri yang hilang
bukan
pemain watak nakhoda
dan kerana
syurga abadi yang ku idam
peraturanNYA jadi bayaran

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"
Az-Zukhruf:67

ucap selamat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1
selamat pengantin baru

buat Fadel Aziz (my schoolmate di Wosto) & pasangannya
buat along @ wan munirah (my roomate di Matric IIUM)

barakallahu fiikuma wajama'a bainakuma fi khair, Insya Allah

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. "
ar-Rum:21

2
selamat hari lahir ke 26 buat mok ana tersayang..
tahun terakhir menyambut hari kelahiran dengan status 'single'
moga Allah merestui ukhwah ini dan mengiringinya dengan RahmatNYA
love u so much!

Sabda junjungan SAW:
'Tidak beriman salah seorang dari kamu hingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri"

3

Selamat berjuang buat comradeans ke Sg Rual. Jeli malam ini, untuk Islamic Practical teaching bersama kaum Jahai. Moga perjuangan kalian diberkati..
saya bakal menyusul kemudian. Tak berkesempatan nak mengikuti sepenuhnya program terbabit kerana kerja. Ambil cuti jumaat ni, maka akan bersama kalian jumaat-ahad, Insya Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ".
Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. "
As-Shaf 10-13

3

selamat mendaftar sebagai pelajar sarjana:
shariah @ kak awa (political sc.)
kak yati (arabic as 2nd language)
syud (arabic as 2nd language)
hanum (arabic language)

Sabda Nabi Muhammad SAW:
"barangsiapa meneroka satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"

PD in memory

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Training for Nuqaba'- Tiara Beach Resort, Port Dickson
14-16 nov

training yang menyeronokkan. banyak ilmu saya dapat. love the talk by Bro Yusuf tentang cabaran menangani belia (youth) dari pelbagai latar belakang.

Youth- idealistic, ambitious and energetic..
jika anda masih punya sifat di atas, anda masih seorang 'youth' tanpa mengira berapa usia anda ;-)

***
I
+: u know UIA?
-: yes, Universiti Islam Antarabangsa
+: no la, Universiti Islam Antara BUMPER
(kerana banyaknya bumper di sekeliling UIA)

II
+: U know, UIA is Taman Ilmu dan Budi
-: Yes, tapi kelihatannya, taman yang semakin subur, tidak ilmu dan budi
(ya, persekitaran UIA, sejuk mata memandang. ilmu dan budi? anda yang memilih haluan.. bisa sahaja menjadi sebaik malaikat, atau sejahat syaitan. Persekitaran yang wujud tidak menjamin apa-apa. anda yang mencari, anda yang menentukan, pilih malaikat atau syaitan?

****

dalam satu sesi riadhah, kami diminta meneka umur rakan di sebelah kiri dan kanan..
guess what? kedua-dua akhawat di kiri dan kanan saya meneka, umur saya 21 tahun!
oh tidak, saya sudah tua... tidak seperti yang mereka jangka..

***
saya berjumpa ramai kawan-kawan (sebetulnya kakak-kakak ) master/phd dalam training ini. Seronok, menyambung silaturrahim dan berkongsi pengalaman mereka dalam pengajian...

***
harapan untuk ke pantai tidak kesampaian.. waktu training diisi dengan talk demi talk (dan makan demi makan).. cuma petang itu, satu sesi kami berjalan kaki hampir 2km ke tepi pantai. Tapi, pantainya adalah kawasan bakau. tiada laut kebiruan yang kelihatan. tapi pemandangan di remang senja itu, masih cantik dijamu mata. Subhanallah..

Tuesday, November 13, 2007

setahun berlalu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

setahun berlalu.. hari ini yang istimewa. tapi setahun yang sementara cuma, saya akur dalam ketentuanNYA..

dan setahun ini,

yang penuh inspirasi
pengajaran
semangat
dan keceriaan..
namun
bukan semua yang kita inginkan dapat kita miliki

dan dalam apa jua suratanNYA,
saya sentiasa percaya, hanya DIA mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini.. lebih tepat, menghayati firmanNYA:


'dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia mendatangkan keburukan bagi kamu, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui'- al-Baqarah:216

dan buat dia, terima kasih budimu tuan, moga moga dikabulkan segala impian dan harapan..
If life is a game, I wish u will always win
If life I a journey, I wish you will walk on roses
If life is a rainbow, I wish you will always have the brightest day
If life is a joy, I wish you always smile

May everyday brings u happiness and peace in your heart
Peace in Allah’s love

'kerna segala KURNIA
hadirnya hanya PINJAMAN
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia... '

Monday, November 12, 2007

selesai satu fasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

selesai satu fasa dalam pengajian master ini. masih punya banyak fasa untuk ditempuh. Alhamdulillah, paper last tadi dijawab dengan baik.

Alhamdulillah, saya rasa sepanjang menuntut di IPT, sem ini terbaik untuk saya. dari segala segi, semangat, keyakinan (mudah-mudahan keputusannya juga)

dan sem ini- saya menghadiri kuliah-penuh- tanpa ketinggalan satu kelas pun. alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik sepanjang semester, tiada malas-malas.. sentiasa bersemangat. Moga semua ini akan berpanjangan untuk fasa-fasa akan datang.

menjadi self-sponsor student (sebelum pinjaman dari YP diterima ni) agak berat cabarannya. banyak kekangan yang menghalang. kena fikir banyak kali bila hal-hal melibatkan kewangan. minggu terakhir disember, ada seminar antarabangsa bahasa dan kesusasteraan arab. saya berdoa, cepat wang pinjaman masuk. tak mahu terlepas menggali mutiara ilmu dalam seminar yang amat berharga ini. dan 2 seminar akan datang pada januari dan mac.

dan hari ini saya mengerti 2 frasa yang hampir sama, tapi punya makna yang tersendiri
UNTUK MEMILIKI WANG, KITA MESTI PUNYAI ILMU@PENDIDIKAN
DAN
UNTUK MEMILIKI PENDIDIKAN@ILMU, KITA MESTI PUNYAI WANG

'ala kulli hal. moga Ar-Razzaq memudahkan semuanya...

***
no visitor eventhough we know each other.
oh, sejak bila ada larangan untuk berjumpa kawan?
just to respect the privacy?
bukankah friend indeed is friend in need??

no visitor- bukan untuk hari itu sahaja.
saya tak akan ke situ lagi.
sampai bila-bila.

***

saya tak sabar menunggu keberangkatan ke PD..
masa untuk bercuti
yet, still have task in attending the course
but at least..
masa dan ruang berada di tepi pantai..
here i come
mencari diri dalam kekuasaanMU

bengkel kehakiman madum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ini kisah Bengkel Kehakiman Debat Bahasa Arab MADUM (majlis Debat Universiti Malaysia) yang saya hadiri semalam..

malam itu, saya berjumpa dengan pendebat-pendebat yang lain yang akan bersama saya ke Melaka keesokannya..

Sarah: junior saya dalam Kelab Debat B.A (nadi) dan COMRADE. baru dilantik sebagai Vice President Nadi. pernah memenangi johan debat b.arab intermahallah tahun lepas

Nazirul Mubin- Presiden Nadi, juga junior saya. johan interkuliyyah (arabis as 2nd language) tahun ini.

Abdul Halim- warganegara thailand yang lahir, membesar di Madinah (muwallad). 1st year MA Bahasa Arab, selepas menamatkan pengajian BA (b.arab) di Universiti Madinah. Beberapa kali mengikuti kelas tadrib.

Kareem- warganegara Mesir, pelajar tahun 2 MA dalam Urban Planning, Kuliyyah of Architecture n Environmental Design (KAED). best debater (arabic as first language) interkuliyyah 2007.

Abdul Hannan- Budak 1st year BARB, beberapa kali mengikuti kelas tadrib. saya membahasakan diri saya kakak. at the end baru saya tahu, rupa2nya dia sebaya saya! (perasan tua la pulak) masuk lambat ke UIA coz mengikuti pengajian pondok selama 4 tahun di Indonesia (sijil equivalent to STAM).

malam itu, kami memilih tajuk yang santai- kahwin dengan bangsa asing lebih baik. dan saya, sarah dan mubin menjadi hukumah (kerajaan)..

pagi sabtu sebelum bertolak ke Melaka, kami dimaklumkan berita sedih dari MUbin yang tidak dapat meneruskan bersama kami kerana kecederaan lututnya semakin teruk, tak dapat berjalan langsung. Lalu, di saat akhir begini, tentu susah nak cari orang ganti, maka ustazah Rahmah meminta saya memainkan 2 peranan (menggantikan Mubin)..

kami tiba di Hotel seri Malaysia jam 12 tengahari. diberi 1 bilik untuk sister dan satu bilik untuk brothers, rest kejap dan lunch. ketika itulah kami dimaklumkan tajuk yang kami pilih malam tadi tu tak boleh dipersembahkan dalam mock debate nanti, kerana tajuk itu antara tajuk yang akan dipertandingkan dalam next competition. Maka, kelam kabutlah kami berlima dalam masa lebih kurang 40 minit untuk fikir tajuk dan keluarkan isi. saya lebih mengelabah, kena bersedia untuk 2 peranan. Ustaz Majdi mencadangkan tajuk yang agak mudah- Bekerja sektor awam lebih baik dari bekerja di sektor swasta.

saya kurang menggemari tajuk ini kerana tajuk ni macam terlalu klise.. lagipun ni bukan isu baru, tapi still have latest issue untuk diketengahkan (kenaikan gaji, rasuah,cuti bersalin).. maka dalam masa itu juga, terkejar2 kami recall semula istilah-istilah berkaitan tajuk dalam bahasa Arab (pencen, bonus tahunan,cuti, kWSP,biasiswa,dasar penswastaan,gaji, dll)..

then, tibalah masa yang ditunggu..

saya selaku perdana menteri
sarah selaku menteri
dan saya kembali sebagai pembahas ke 3 untuk membidas

di pihak pembangkang
hannan sebagai ketua
halim pembahas kedua
dan kareem sebagai pembahas ke 3

dan hari itu menjadi perdebatan paling ramai hakim. sebenarnya perdebatan ini sebagai salah satu agenda dalam bengkel kehakiman bahasa arab majlis debat universiti malaysia. seramai 21 hakim hadir mewakili ipt seluruh negara. mereka diberi tugasan menghakimi perdebatan kami.

melihatkan hanya saya dan sarah di barisan kerajaan, sempat ustaz Marwan berlawak- 'sebenarnya ada 3 orang, tapi yang ke 3 tu tak nampak'..

dihadapan 21 hakim, perdebatan berlangsung rancak. tapi saya rasa persembahan hari itu agak teruk. in my side, main cakap ajer. dah tak mampu nak menjaga kesalahan tatabahasa. bahasa saya teruk sangat hari tu. itulah natijahnya kalau dah lama tak pergi tadrib. Walaupun biasa menulis dalam bahasa Arab, situasi amat berbeza apabila bercakap, apatah lagi perlu memanipulasi masa selama 7 minit itu dengan sebaiknya-spontan.. memang rasa teruk sangat performance hari tu..

sebaik perdebatan berakhir. kami dijemput menghadiri open house hotel tersebut, makan lagi. sempat berehat di bilik sebentar sementara tunggu pak cik driver uia menjemput kami. rasa lapang baring atas tilam empuk hotel. terlupa bahawa ada satu paper lagi menunggu.

dan keputusan perdebatan- usul diterima sebulat sebuara. team saya dan sarah menang 5-0.(21 hakim dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil) dan untuk pendebat terbaik- saya mengalahkan kareem 4-1. di hujung sesi, sempat kareem mencabar- kalau ada perdebatan melibatkan kami lagi, dia akan pastikan dia merampas 'best debater' itu dari saya.. hehe..

sebelum pulang, pak cik driver yang sporting membawa kami berpusing-pusing di Ayer Keroh.bergambar kenangan di Taman Mini Asean, Taman Buaya dan Muzium lebah Sedunia. sekadar bergambar kat luar je. kalau masuk nanti lama pulak mengambil masa.

kami pulang lewat petang itu, tapi agak lewat sampai kerana kesesakan jalan raya. perjalanan singkat jadi jauh dan memenatkan bila terperangkap dalam kesesakan. Pak Cik Driver rancak berbual, menceritakan pengalaman hidupnya. dan seperti selalunya, saya akan sentiasa mengkagumi orang-orang yang gigih berusaha dalam hidup, punya quwwatul attahammul untuk memajukan diri.. smbil berdoa, saya juga diberikan kegigihan seperti mereka.

sampai di uia agak lewat, usai membersihkan diri, merehatkan diri di bilik. oh, keadaan sudah jauh berbeza dari keadaan di bilik hotel. tiada penghawa dingin, tiada tilam yang empuk, sebaliknya ada nota yang menunggu untuk ditelaah. perjalanan dan perdebatan-memenatkan badan dan fikiran. saya mengunci jam untuk bangun jam 5 pagi, tapi kepenatan membuatkan saya tidur nyeyak, dan hanya tersedar bila azan berkumandang, jam 5.36 pagi...

bangun dengan semangat baru, secebis kegembiraan semalam mempengaruhi saya. hidup bagai roda.. ada masa kita sedih, ada masa gembira.. dan hanya dengan berbekalkan semangat dari DIA yang Maha Kuat, kita mampu menghadapi tiap cabaran..

Friday, November 09, 2007

alkisahnya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.. exam siang tadi dapat dijawab dengan baik..
tinggal satu paper lagi - Taqwim wal ikhtibarat.. subjek yang paling digemari pada sem ni (walaupun saya tidak menyukai exam.. hehe.. ;-)

Esok, saya diminta mempersembahkan mock debate (b.arab) di hadapan pegawai-pegawai MADUM (majlis Debat Universiti Malaysia) di Melaka.

alkisahnya, mereka menjemput debater uia untuk perform. kebanyakannya masih menghadapi exam, dan kebetulan tarikh exam mereka jatuh pada 10 atau 11 hb.. maka pendebat pencen ini diminta tolong untuk menggantikan mereka.

mujurnya, subjek yang akan exam 12 hb nanti telah dibaca sewaktu senggang masa yang lama, seminggu sebelum ini. Maka selepas menimbang tara masa,kesempatan dan ruang yang ada, pendebat pencen inipun bersetuju untuk membantu. + i need some space yang 'menyibukkan diri' untuk lari dari memikirkan 'hal itu'.

sebentar lagi, diskusi akan diadakan untuk perdebatan esok. tajuknya-pilih yang santai-santai ajerla. Pendebat pencen ini dah malas nak fikir tajuk berat-berat... ;-)

alkisahnya..

bila mengenangkan 'hal itu' dan 'orang itu'
rasa tiada bumi untuk dijejak
mana udara ingin ku terbang
mana lautan ingin kurenang
mana gunung ingin kudaki
kerana udara yang kuhirup
berbaur dusta, nista dan sengketa
....
lalu, padaMU jua ku mohon keampunan..
dan diberi ruang ketenangan..
selamatkanlah saya dari fitnah yang satu ini

***
kenapalah 'orang itu' tidak mahu memahami
katanya yang keras- 'saya sudah tak peduli semua itu'
sudah cukup menjadikan saluran pernafasan saya bagai ingin tersumbat..
alkisahnya..

SAYA TIDAK SUKA DIPAKSA!
dan yang peliknya
kenapalah 'orang itu'
selalu memeningkan kepala
saat2 exam begini..
dugaan sungguh!

**
alkisahnya...
wahai 'orang itu'
tolonglah faham..!
(saya tahu 'orang itu' tidak pernah mengetahui kewujudan 'rumah saya' ini, maka 'orang itu' memang tidak akan membaca entry ini)..

Allahu Al-Musta'an

Wednesday, November 07, 2007

erti redha


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

rupa-rupanya..
ketenangan itu adalah apabila kita fahami erti REDHA..
lalu dicampakkan rasa ketenangan dalam hati..
Subhanallah..
nikmatMU itu sungguh beerti..
Alhamdulillah 'ala kulli hal..