Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 25, 2006

keluhan di hujung talian

kenangan.. 2nd place patriotic Song Competition-Mahallah Ameenah

subhanallah.. indahnya ciptaanNYA.. Pantasi Sepat menggamit ketenangan

ukhwah itu indah bila paksinya kerana Allah.. with my beloved sisters .. (aku paling muda dalam gambar nie.. ;-) )
sedamai pantai yang memutih..
dan gemersik pepasir diseru bayu..
menjadi irama indah..
menyegarkan hati yang layu..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
tengah hari itu, waktu tengah lepak di bilik My Dear Asma'. panggilan dari emak tersayang kuterima.. di hujung talian, suara si bonda yang dirindui cukup membuatkan anaknya ini kerinduan.. dan lunak suara itu memberi ketenangan yang bukan sedikit.. selepas bertukar2 khabar di taman ilmu dan budi serta keluarga di teratak bonda, emak melahirkan hasratnya untuk bersara awal.. hujung tahu n ini.. dalam sayu suara emak, ada riak-riak kepenatan dan keletihan.. keluhan emak ada benarnya.. dalam usia 47 tahun, dia sudah tidak segagah dulu berhadapan tekanan di tempat kerja.. sementelahan tawaran skim bersara awal keluar (pemberian pampasan diberi).. emak ingin mengambil peluang ini mengundur diri dari dunia kerjaya.. hampir 25 tahun emak berkhidmat dengan Telekom Malaysia, memulakan kerjaya sebagai seorang kerani- sebelum berkahwin - di bandar Kuantan, berpndah randah ke Mentakab, Temerloh, Bentong.. dan menikmati dunia kerjaya dari kerani sehinggalah bergelar Penolong Pegawai Pemasaran.. hingga kini bertugas sebagai Ketua Kedai TM bentong.. kukira emak sudah cukup penat menghabiskan usianya di bilik berhawa dingin, menghadap ragam pelanggan yang pelbagai.. berkorban masa untuk keluarga dan menjadikan dirinya seorang wanita berkerjaya yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan seorang ibu kepada 8 orang cahayamata..!
justeru di hujung keluhan itu, aku memberikan sokongan jika itu keputusan yang mak ambil.. dan sementelahan aku juga bakal menamatkan pengajian april tahun depan, aku akan membantu keluarga pula sedaya termampu..tika itu terasa tanggungjawab itu datangt bersama kedewasaan.. dan sebagai seotrang anak, inilah masanya untuk aku membalas segala jerit perit dan pengorbanan mak dan abah kepadaku selama ini...
masih segar dalam ingatan, 2001- awal 2002, mak ditukarkjan ke bandar kuantan.. dia membawa 2 orang adikku yang bongsu- mamat n yani bersamanya dan mereka bersekolah di sana.. menetap di rumah sewa. sementara abah, andak dan achik tinggal di rumah kami di taman saga, mentakab. aku pula berhempas pulas dengan SPM di asrama SMA Al-Wosto, bersama mimi dan ipi..menjadi 'ketua' kepada adik-adikku.. abg long waktu itu sedang menekuni hari2nya bergelar siswa di UM.. keluarga kami terpisah.. dan hujung kminggu, lebih2 lagi hujung bulan adalah waktu yang ditunggu-tunggu, sama ada kami berkumpul di 'istana' kami di taman saga, atau berkumpul di rumah sewa mak di kuantan..
waktu itu.. riak rindu dan kasih sayang yang tak bertepi terhadap seisi keluarga menjadikan aku belajar erti kasih sayang.. dijarak yang memisahkan, kasih sayang kami tak terlerai, malah kian utuh.. ketabahan mak berulang-alik ke mentakab dengan bas ekspres setiap hujung minggu-pulang ke mentakab petang jumaat dan pulang ke kuantan hari ahadnya-, ketekunan abah mengurus rumah (memasak, mengemas rumah,) membuatkan aku kagum dengan mereka.. dan itulah 'cinta tanpa syarat' yang menyatukan kami sekeluarga.. dan aku yang berperang dengan SPM ketika itu, tidak pernah rasa kekurangan dengan 'perpisahan' kami.. malah segala kepahitan itulah yang akhirnya menjadi madu dalam kasih sayang kami sekeluarga..
buat mak.. apa jua keputusan mak.. kami anak2 pasti merestui.. kami tahu, mak bertanyakan pendapat kami kerana inginkan kami juga rasa selesa dengan keputusan ini.. namun sesungguhnya bagi kami.. tiada yang lebih membahagiakan melainkan melihat emak gembira..
Ya Allah, KAU kasihani mereka seperti mana mereka mengasihani kami sejak kecil....

gambar walimah AF


ahli rombongan..menunggu kereta2 sampai..




brothers yang hadir bergambar n mengambil 'berkat' pengantin.. next, giliran siapa..??

sisters.. ambil 'berkat' jugak??

semoga berbahagia hingga ke Syurga.. AF n McSUE

Tuesday, August 22, 2006

mmm

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
mm.. tak tau nak tulis aper..
kekadang terasa
hanya kebosanan menghiasi hari.. ntahla..

sabtu.. seharian aku duk library ngn asma'
munaqasyah untuk subjek balaghah fi al quran wal hadis

ahad..
bermusafir ke peramu, pekan, pahang
menghadiri walimah a.faizal (ex-presiden comrade) n mek su (comrade gak..)
tahniah.. barakallahu fikuma.. moga bahagia hingga ke syurga..
selamat pengantin baru gak kepada kawan sewosto aku- roslina yang selamat menjadi isteri kepada indra shahril (wosto gak..)

then, kami singgah ke rumah kakak kembar (lia n ina) di kuantan
then singgah ke Pantai Sepat..
bestnya jumpa laut
tenang terasa
dan ringan kepala
segala masalah n beban yang membelenggu terbang...

masuk gate uia semula..
tentulah kembali segala tanggungjawab..
persiapan debat intervarsity.. (bila nak form group ni..??) terasa tak semangat coz tak leh nak munaqasyah ngn team lagi tentang maudhu'2 yg diberi..
ngn mid term yang bermula tadi - balaghah fi al-quran wa al hadith.. susahnya..
n minggu ni ada mid term for subject lain gak..
homework AAP yang tak pernah tak ada..
rasa rushing sangat.. n cepatnya masa berlalu.. tak terasa..

semalam my friend- hasnah al-hafizah yang study kat mesir n tengah bercuti sms.. wah rindunya kat dia.. dengar2 sorang lagi sahabat-rosmawati al-hafizah nak kahwin tak lama lagi.. tul ker..??

tadi dapat sms dari syafawati.. dia akan datang ke uia isnin ni sempena konvokesyen adik ipar dia.. n berita gembira.. tak lama lagi dia akan melahirkan anak.. wah seronoknya.. Alhamdulillah.. sorang lagi kawan aku akan bergelar ibu...

kla.. dah macam2 coretan kat sini.. moga semangat kembali dan kembali..

k, nak siapkan teks pidato mak n teks bercerita adik nie.. saat aku bertanding debat bahasa arab nanti, mak n adik bertanding pidato n tilawah- mewakili pahang ke majlis tilawah al-quran telekom malaysia kebangsaan..

moga Allah merahmati kita semua..

Thursday, August 17, 2006

beri aku kekuatan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

senyum menjadi tabir
ketawa mainan bibir
basah hati
sendu jiwa
tak terlihat di sinar mata
dalam tawa
ada sejuring duka
terbenam jauh di perdu

hidup ini adakalanya menebak sekeping rasa yang bernama sabar..
moga aku diberi kekuatan..

sayang abah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

kasih abah...
tak mampu ku ucaphanya
terharudan tangis dalam hatia
ku tahu saat aku bercerita
abah terkilan jua
tak mampu memberi sebanyaknya
pada aku anaknya
namun abah
dalam sederhana itu
kutemui keberkatannya..
dan kasih seorang abah
yang tak pernah berkalih
ku bawa dalam tiap langkah
meniti usia
belajar dari jerit perih
sabar dan istiqamah
seorang abah
yang paling aku sayang
Moga ENGKAU rahmatinya
dan kami sekeluarga
kerana dialah
pembakar semangat
dalam diamnya..
sayang abah..

Wednesday, August 16, 2006

cinta tanpa syarat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ni bukan catatan aku.. tapi aku jumpa dalam satu blog orang lain.. best..

CINTA TANPA SYARAT
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)


"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.

Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.

Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu."

Saya memang rindukan bonda. Bonda saya juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan makam ayahanda di tepi masjid sebelah rumah. Bonda sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah nenda pernah berkata, "aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!" Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.

Mungkin semua itu kerana watak ayah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama ayah. Namun selepas ayahanda pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..

Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh ayah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada ayah. Kini ibu saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan bonda kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.

Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan bonda kesunyian di kampung.

Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.

Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?

Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.

"Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Dan pandai mengajuk cakap", keluhan saya kepada bonda beberapa ketika yang lalu.

"Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah", itulah suara dari hati bonda.

Semasa berdoa tadi baru saya sedar, ibu saya amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf bonda semasa saya kecil...

Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa bonda sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila bonda terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.

"Emak tak marah?", saya cuba memberanikan diri bertanya.

"Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet", itulah katanya.

Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu bonda dan dia dengan segera memujuk.

Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Bonda tidak marah.

Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Bonda tidak marah.

Ayahanda juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, "nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku."

Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.

Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. "Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun 'tak hingin' nak sekolah di sini!", jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.

Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Ayah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, "ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini". Itu cara ayah saya. Dia jarang sekali marah.

Ayah dan bonda saya amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja karenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.

Ayah dan bonda menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, "bilalah orang tua ini nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah....

Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.

"Abah kat Mekah doa apa, abah?", saya bertanya.

"Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!", kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. "Abah, jangan cakap macam tu...", saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat...

NAMUN...

Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!

Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.

Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?

Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.

(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Ameen.

Thursday, August 10, 2006

SWEET MOMENT..ANTRAXX06

'kerana kau lelakiku..'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Persoalan yang kucari..
Tak kutemui jawapannya
Sendu di perdu jiwa
Kupujuk sendiri
Hidup ini ada pasang surutnya
Dan bila uhkwah kerana Allah
Ujian keakraban pasti hadir..
KEMAAFAN DENDAM TERINDAH..

Minggu ni dah masuk minggu ke 5 sem ni.. kejap jer.. dah masuk bulan ogos.. dan sementelahan sem ni merupakan 2nd last sem.. tentulah semangat berkobar2.. sementara masih ada masa berada di bumi uia nie.. aku masih ingin mengisi hari2 dengan kemanisan dan kenangan.. one day aku kan tinggalkan tempat ni dan aku tak mahu ketika itu aku menyesal.. sekurang2nya aku gembira kerana hari2 ku sebagai seorang pelajar terisi dengan banyak perkara yang mengajar aku banyak makna..

Hari ni birthday fatimah! Macam mana aku leh terlupa nie? Bukak emel, ada reminder dari friendster baru aku teringat.. ish2 mesti dia tertunggu2 aku wish nie..
Dalam plan, minggu ni aku nak ke ukm.. sajer2 nak merasai pesta konvo kat sana.. ingat nak pegi petang sabtu pas habis btn n tido bilik fatimah.. tetiba dia bagitau minggu ni dia nak balik pahang.. ada family matter.. la, camner nie?? Tapi dia masih consider nak balik semula sabtu ptg ke ukm.. malam tu ada persembahan teater suzana@60 kat ukm.. ngajak aku pergi sama..tupun kalau dia balik.. hopefully dia balik.. aku nak bagi souvenir yang aku belikan untuk dia n fairuza kat India tue.. pun nak sampaikan souvenir pada adik ima n kawan aku yg sorang tue.. hopefully dapat pergi sana..

Risik2 lak fairuza, kot2 dia ada kat umah sewa dia ujung minggu nie, leh aku tido sana.. tapi upa2nya diapun balik umah minggu ni, kak teh dia nak bertunang.. dan sedihnya, sahabatku yg sorang ni tengah berduka..! dan kerana jarak yang memisahkan, dia tak nak citer lebih2.. akupun tak mampu buat apa2.. dan aku sedari, kami dah tak seakrab dulu.. dulu semua tentang aku dia tahu dan semua tentang dia aku tahu.. takder nak rahsia2 pun.. tapi sahabat percayalah.. biar jarak ini memisahkan.. fairuza n fatimah tetap sahabat yang sangat akrab di hati saya.. n sesungguhnya, saya teringin sangat nak menghabiskan masa ngn korang macam dulu2.. banyak sangat yang saya nak ceritakan.. huhu..

Semalam, aku mengkhatamkan novel yang shariah beli di MPH BOOKSTORE<, JJ masa aku n dia n mok ana kuar rabu dulu.. aku yang mula2 jumpa buku tue.. dah rasa macam best jer.. then aku syorkan pada shariah.. diapun beli.. dan akupun tumpang baca (hehe) ;-) Tajuk novel tu KERANA KAU LELAKIKU.. kisah pasal umairah (uma) dari sekolah sampai alam dia kerja.. dia ni budak yang baik n excellent.. masa sekolah dia mengkagumi rakan sekelasnya Yassir- coz akhlak n budi pekerti serta karismanya yang tersendiri.. tanpa sedar, dia terjatuh cinta kat mamat nie.. tapi dia selalu doa supaya dibuang rasa tu jauh2 dari hati dia..

yang bestnya coz citer ni banyak mengajar supaya mencari cinta Ilahi.. cara uma memendam perasaan n mengalihkan cintanya pada cinta Yang Esa memang sangat sesuai untuk mendidik jiwa supaya jangan terleka dengan cinta manusia.. pun belajar makna tawakal dan redha, kisah hasad dengki manusia, kemurahan hati dan mensyukuri tiap nikmat pemberian Allah.. ada gak unsur2 lawak yang membuatkan aku ketawa sorang2 atas katil… kisah sedih bila kehilangan ayah tersayang… dan macam2 lagi la,.. citer ni jauh dari khayalan n jiwang2 yang selalu ada dalam novel remaja..
pun ada gak kisah dakwah orang asli-pengorbanan seorang lelaki yang berkahwin dengan anak Tok Batin semata2 untuk mengembangkan ajaran Islam..
berbalik mepada kisah Uma n Yassir.. tiap kali uma ‘terpandang’ yassir, dia akan cuba mengelakkan diri dan segera istigfar.. memohon keampunan andai pandangan itu di luar redhaNYA.. huhuhu.. bagusnya kan? Tinggi sungguh tahap iman..
selepas terpisah lama, mereka berjumpa semula dalam alam pekeerjaan dan kerana sememangnya terlah tercipta Uma untuk lelaki sebaik Yassir, mereka pun berkahwin..
(tersenyum aku mengingati peranan datuk azman n isterinya semasa ‘mengenenkan’ uma n yassir-teringat cikgu khairul n kak syidah.. indahnya kenangan dulu..) dan masih sempat berpesan supaya jangan mencintai salah seorang antara mereka lebih dari cinta kepada pencipta..
So kesimpulannya.. soal jodoh tu dah tertulis sejak dulu.. dan sesungguhnya, andai masanya tepat, jodoh tu akan datang jua.. pada korang sumer, aku memang syorkan korang baca novel nie.. belajarlah erti tawakal, doa dan redha..

Dan kala itu aku teringat pesanan dia..
‘andai engkau milikku, di mana-mana jua.. dan bila-bila masa jua, kau tetap milikku..sabarlah menempuh dugaanNYA. Pada DIA kita serah segala…’
Kalaulah dia setabah ini menampan dugaan iman..
akulah yang seharusnya bersyukur..
Kalaulah dia setegar ini menahan rasa,
akulah seharusnya yang paling gembira.. Bukankah redhaNYA jua yang kupinta..?
Dan kerana diciptaNYA tiap lelaki untuk tiap perempuan..
Moga dialah lelaki yang terbaik diciptaNYA untuk aku..

Moga aku jua mampu setabah Umairah dalam mengharung dugaan kasih dan mengisi jiwa dengan madu cintaNYA sebelum bertemu “Yassir”nya…

Lalu aku sujud semahunya
Kepada sebuah pengabdian
Sebagaimana setiamu bertamu
Di dalam setiap solat
Lalu aku rindu semahunya
Kepada kalimah zikrullah
Seperti mana engkau Kerinduan
Menatapi al-Quran

Friday, August 04, 2006

lagi.. gambar..

Thursday, August 03, 2006

humanitarian week

ni gambar humanitarian week.. yang lain2 (termasuk gambar bersewang) lain kali postkan ek..

Masih mencari momentum..???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

sampai saat ini belum saya temui..
Hujung minggu.. saya pulang ke laman bonda.. mungkinkah momentum saya di sana??
Sampai di Bandar mentakab around 3pm.. saya membeli bahan2 untuk mencuba resepi baru yg saya dapat diblog..resepi EGG TART yang cukup saya gemari..

Pulang ke rumah selepas berehat sebentar, saya terus bersemangat mencubanya dan hasilnya Alhamdulillah.. macam egg tart yang saya selalu beli tue… Alhamdulillah puas rasanya.. Petang itu juga, adik saya yang kelima pulang dari asrama bersama peralatan2 lukisannya.. rupa-rupanya dia dalam hari-hari terakhir untuk menyiapkan folio Pendidikan Seni Visual untuk SPMnya.. tak sangka jugak saya adik saya yang sorang ni ada bakat melukis..

Sabtu..

Saya bangun awal dan melakukan kerja2 rumah.. hari ni dalam perancangan, kawan2 dari UIA akan mengambil saya di rumah n kami akan ke walimah perkahwinan kak ju n abg hanif (abg kepada jah) di Kg. awah.. agak kalut juga saya melakukan kerja2 rumah, bimbang mereka sampai dan saya tak sempat membereskan segala2nya.. abah pulang dari pasar bersama lauk-pauk.. saya bertanya dia nak makan apa hari tu.. (lazimnya begitu.. jika saya pulang, abah akan membeli lauk pauk yang banyak untuk saya masak.. ) ikan tenggiri masak pedas n kalian goreng ikan masin… jawab abah sepatah.. dan sayapun dengann kalutnya menyediakan masakan tersebut..

Hampir pukul 11.45.. kawan2 blum sampai lagi.. saya sms kak yati dan Tanya mereka di mana.. katanya mereka di lanchang.. mm ada setengah jam lagi.. bisik saya.. tiba2 mereka call dan bagitau berada di depan kolej komuniti mentakab… eh tu dah terlajak tu.. saya bagitau supaya patah balik dan cari hospital mentakab…

Tak lama kemudian, mereka telefon dan bagitau dah berada di depan sek men abu baker, teemerloh.. ish ish.. macam mana leh lagi jauh terlajak ke depan nie?? Rupa2nya mereka berhenti dan bertanya orang arah ke hospital. Bila ditanya hospital temerloh kee hospital mentakab, mereka menjawab hospital temerloh.. maka orang tu pun tunjuk arah yang sure makin jauh dari rumah saya.. maka saya bagitau mereka supaya meneruskan perjalanan ke rumah pengantin memandangkan mereka dah jauh ke hadapan dan masa dah lewat. Maklumla, nanti nak singgah Janda Baik pulak.. saya bagitau mereka, balik nanti baru singgah ke rumah saya…

(ketika itu, saya sudah lengkap berpakaian dan menunggu di hadapan rumah).. maka dengan hampa (sambil sesi pujuk memujuk diri sendiri supaya redha di dalam hati..) saya menukar pakaian dan oleh kerana lapar.. saya menceduk nasi dan makan ikan tenggiri masak berlada + kalian goring ikan masin dengan berseleranya…

Selepas makan, saya mencapai hset..

2 missed call
2 new numbers
Crd-naim
Crd-max

1 message received

Tikah, kami dah kat umah kak jue. Max n naim on d way amik tikah kat umah. Tunggu diorang yer..

Sender: K.yati 01262XXXX

Alamak! Kesian la pulak diorang.. saya segera telefon max dan Tanya diorang kat ner?? Rupa2nya mereka dah hampir dgn umah saya.. ktika saya sedang bersiap, max n naim dah terpacul di depan rumah n kami ke rumah kak jue..

Akhirnya saya sampai jugak ke walimah kak jue.. terharu sebenarnya coz diorang sanggup pusing amik saya sedangkan jarak umah saya n umah kak ju mengambil masa kira2 45 minit.. pepun.. thanks arr.. korang memang best..

Buat kak ju n abg hanif.. selamat pengantin baru.. moga bahagia bukan sahaja hingga ke anak cucu tapi juga hingga ke syurga…

::mencari momentum di MUKMIN>>> ::

Malam itu.. saya berkeesempatan menghadiri ceramah agama di Pusat Pengajian Al-Mukmin.. sekolah tempat saya menghabiskan lewat hari2 zaman kanak dahulu.. sekolah pertama yang mengajar saya ilmu agama secara rasminya.. Penceramah malam tu adalah Ust Mahmud bin Mad.. seorang penceramah yang tak asing lagi di Pahang.. Alhamdulillah banyak input yang saya dapat.. recharge bateri rohani.. dengan gaya bersahaja dan loghat pahang yang pekat, ceramahnya terasa dekat di hati..

Menjejakkan kaki di bumi mukmin.. memberi saya ruang seluasnya menghirup keihklasan ust dan ustzh saya dahulu mendidik kami.. berjumpa dengan ust2 yang masih mencurah bakti di sini – ust Ibrahim (kini Datuk Ibrahim), ust Osman, Ust zainab, ustz zalizan.. tiba2 saya menjadi rindu bernaung di bawah didikan mereka… ternyata ada kerinduan yang berjaya dilunaskan disebalik senyum ceria mereka sebaik sahaja saya menyapa… berjmpa jugak dengan mak cik kantin yang masih kekal menjaja di kantin al-mukmin.. dia masih mengecam saya.. namun pada awalnya dia ragu2 meneka.. siapa saya?? Izzati, mimi atau atikah??? Dan akhirnya saya meyakinkan bahawa dia tak salah teka… terkejut juga dia menemui saya.. maklumlah.. dah 10 tahun saya tinggalkkan mukmin… dan kemunculan saya malam tu tentulah mengejutkan mereka..

Alhamdulillah, jumpa juga dengan sahabat sekelas saya ketika di mukmin… syafiah hanisah yang turut hadir bersama keluarga malam tu.. beliau yang sedang mengikuti peengajian di unibersiti al-azhar, mesir sedang bercuti.. Ya Allah, nikmatnya kemanisan ukhwah ini…
tiba2 saya menerima sms dari seorang lagi sahabat akrab saya yg juga sekelas ketika di mukmin.. fairuza. Saya membalas msgnya dan memaklumkan saya di mukmin ketika itu. Sungguh dia cemburu! Dan tak semena2 seorang junior mukmin pula menghantar sms bertanya makna perkataan arab.bila saya maklumkan bahawa saya berada di mukmin, dia juga cemburu!

Berbual dengan ustz n ustazh, saya berkesempatan merisik khabar teman2 lain.. sungguh saya rindukan mereka.. cemburu juga bila mendengar haida n sodiq berkesempatan kerapkali turun ke mukmin. Dan cemburu saya bertambah bila diberitahu haida sudah memiliki kereta sendiri yg memudahkannnya berulang alik dari k.terengganu ke temerloh dan akan singgah di mukmin.. hmm rezeki masing2.. alhamdulillah, sekurang2nya saya gembira dengan kebahagiaan kawan2 lain..

Melihat persembahan adik2 mukmin (sketsa dan nasyid) saya menjadi rindu.. satu masa dulu, saya juga pernah berada di pentas itu.. dan di situlah saya dilatih menjadi seorang yang berani tampil di khalayak.. hingga kini, didikan itu bersemi dalam diri dan amat banyak manfaatnya dalam diri saya dan kehidupan saya..

Membaca kain rentang iklan kuliah mingguan aqidah yang disampaikan ust aris tiap isnin malam selasa.. sekali lagi saya cemburu. Cemburu pada hadirin yang berkesempatan menghadirinya.. sejak usia 8 tahun, nasihat n ajaran ust aris cukup lunak masuk ke telinga saya… saya tidak tahu mengapa tetapi jika beliau menyampaikan hadis, atau mengajar al-quran dan tafsirannya, atau mengajar b.arab, saya cukup mudah menerimanya.. dan mengamalkannya.. cukup lunak masuk ketelinga dan terus tertanam di hati.. antara yang masih saya ingati hingga sekarang.. hadis tentang larangan nabi kepada umatnya bersifat dengan sifat pemarah serta pepatah arab yang bermaksud –jadilah seperti pokok yang dibaling batu, kamu membalingnya dengan batu tetapi dia membeerimu buah..-

Dan masih lagi saya rindu mendengar kuliah ust aris. Bila pulang dan ada kesempatan,dapat juga saya mengikuti kuliahnya di radio pahang.. saya tidak tahu rahsianya.. tapi pada saya ust aris seorang yang cukup istimewa.. sabar,,tak pernah sekalipun dia marah, sangat berlemah lembut dalam taiap perkara,, ust yang penyayang.. dan saya dapat rasakan, keikhlasannyalah yang membuatkan ilmu yang dicurahnya mudah kami terima.. ust aris juga orang yang banyak menanam kecintaan kami terhadap b.arab. cara dia mengajar b.arab cukup berseeni. Bukan setakat mengajar wazan2 tetapi diterangkan juga ‘hikmah’ di sebalik wazan2 tersebut.. (cth: fiil amr utk muannas, hujungnya ada ya’ (uktubii) kerana arahan itu untuk perempuan.. so bahasa arab agung kerana arahan untuk perempuan dilembutkan-sesuai dengan fitrah perempuan).. hmm itu antara yang paling saya rindukan.. sebab selepas itu, sayaa tak jumpa lagi ust yang seistimewa dia.. saya juga cukup kagum cara dia mendidik dan melayani isteri dan anak2.. bertuahnya ustazah hamdah, ammar dan amru… pada saya, ust aris insan yang sangat istimewa.. sngat saya kagumi.. ilmunya, pekertinya, iffahnya, (seringkali juga saya berdoa, dikurniakan insan seperti dia untuk saya bernaung hidup suatu hari nanti, insya Allah)

Sejenak di mukmin.. saya rasa momentum saya kembali sedikit.. walau tidak sepenuhnya, cukuplah bekalan untuk saya melangkah agar saya tidak jatuh.. mudah-mudahan…


Ahad:
Around kul 9.. saya, mak, abah n adik2 bertolak ke bentong.. menziarahi wan yang sakit di rumah mak teh.. alhamdulillah, sampai di sana, hati saya lega melihat wan saya sudah kembali segar.. ketika bersalam.. dia menggenggam erat tangan saya.. saya Cuma bertanya khabar.. mula2 rasa pelik jugak coz biasanya jika saya bersalam dengannya, dia akan memeluk erat saya…

Bila saya berbual dengannya dn bagitau saya nak balik ke uia juga petang itu, barulah dia terkejut..! rupa2nya, sebelum itu dia ingatkan saya adalah adik saya! So dia pun buat tak tau jer..
(dan saya sedar bahawa dia makin dimamah usia hingga dia tidak mampu mengecam siapa yang berada di sisinya..)

#wan adalah panggilan untuk nenek.. dan 2006 ini.. wan saya sudah menjangkau usia 94 tahun..

selepas berbual panjang dengannya.. tengahari itu saya pulang ke uia semula.. menaiki bas pahang union dari bentong.. dan saya tidak bernasib baik kerana tiada kerusi kosong.. maka sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam itu, saya perlu berdiri.. bersesak2 di dalam bas bukan sesuatu yang menyenangkan saya.. sebagai langkah keselamatan, sebuah beg diselempangkan di hadapan dan beg satu lagi saya selempangkan di belakang bagi mengelakkan saya bersentuhan dengan sesiapa…

sampai di uia petang itu, saya berehat di bilik.. terasa lenguh kaki dan tangan penangan berdiri di dalam bas..

lepas maghrib saya menuju ke OR coz janjinya malam itu ada acara mengecat banner antrax.. kawasan uia sunyi pada waktu malam-tambahan pula di hujung minggu… kawasan OR lebih2 lagi.. 10 minit menuggu, tiada sesiapa datang..saya beranikan diri terus menunggu (saya tidak takutkan makhluk2 halus yang berada di sekeliling.. yang saya khuatirkan adalah makhluk manusia yang boleh berubah menjadi syaitan sekelip mata..) akhirnya saya tidak betah lagi menunggu..! sms dihantar kepada nana dan balasan yang saya terima- cat banner dibatalkan dan dia meminta maaf kerana terlupa memaklumkan pada saya..!

dan sayapun pulang ke bilik dengan hampanya (sambil memujuk hati supaya redha..) sebaik saya melangkah pulang, hujan turun perlahan2.. menambahkan episode hari saya yang kurang bernasib baik.. :-)

saya terus melangkah dalam hujan menuju ke bilik..
dan sesungguhnya kala itu, saya pasti akan dimarahi oleh sahabat saya jika dia mengetahui saya berjalan di dalam hujan..
dan saya pasti akan merindui leterannya.. ‘awak ni degil la! Suka sangat main hujan..” :-)