Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Program: annual Trekking COMRADE 2005
Tempat: Tasek Bera, Pahang
Tarikh: 29-31 Julai 2005
Alhamdulillah, akhirnya ANTRAXX 2005 terlaksana jua selepas pelbagai dugaan. Secara keseluruhannya, program berjaya mencapai objektif untuk group binding n gain knowledge di kalangan ahli.. keseluruhan program boleh dikatakan berjaya. Tahniah buat Max n Syuhadaa my twin n semua committee members/ participants yang menjayakan antraxx kali ni.
Tak lupa buat senior2 yang sudi turun padang n menyumbang idea untuk beberapa modul. N syukran buat ustaz zunaiddin- accompany officer yang sangat friendly and banyak menurunkan ilmu sepanjang kepada kami sepanjang ANTRAXX ni.
29 julai
Lewat petang- bertolak dr IIUM. Solat di hentian lebuhraya pantai Timur. Makan di gerai bukit angin. Dalam pukul 10.30 mlm- sampai di Tasek Bera. Penerangan dari En. Aziz- pegawai di Pesona Lake Resort. Antara perkara yang menarik adalah asal ussul nama tasek Bera- ada dogengan mengatakan berpunca dari nama pohon Ara. Asal usul kaum Semelai – ‘the lake man’ – kaum orang Asli yang menghuni sekitar kawasan tasek Bera turut menarik perhatian. Nama kaum semelai dikatakan daripada istilah Inggeris ‘same Malay’ kerana persamaan raut n fizikal mereka dengan orang Melayu. Lagenda kaum semelai juga dikatakan berkait rapat dengan lagenda Pak Pandir. Banyak juga ilmu yang dikutip sepanjang penerangan tersebut.
30 julai
Dimulakan dengan Qiamullail. Selepas subuh, bacaan mathurat beramai2. seterusnya, semua peserta memulakan sesi pagi dengan riadhah. Selepas senaman ringan, acara pembahagian kumpulan dimulakan. Setiap peserta diminta mencabut undian yang tertulis nama2 binatang. Mereka tidak dibenarkan bersuara melainkan membunyikan nama binatang yang tertulis pada kertas masing2 untuk mencari ahli kumpulan. Maka pagi di tasek bera dimulakan dengan ngauman harimau, kokokan ayam, kambing mengembek, kucing mengiau dan lembu yang mooo.. memang meriah.. macam2 style keluar. Ustaz Zunaiddin pun sporting n join sama. Rasionalnya :
1.dalam kumpulan, komunikasi amat penting. Bila masing2 tak leh bersuara, susah la jadinya.
2.bersyukur jadi manusia, ada akal Allah kurniakan. Pun ada bahasa yang kita fahami.
3.walau kita tak tahu bhasa binatang.. tak paham.. tapi satu yg pasti kokokan ayam, ngauman harimau, ngiau kucing, embekkan kambing n suara lembu tu sebenarnya penuh dengan zikrullah.
Pastu, breakfast beramai2 n ustaz zunaiddin menambah lagi satu pengajaran utk modul pagi itu iaitu- jauhi dari kita dari sifat kebinatangan coz dewasa ini, ramai remaja yang sah manusia tapi tanpa segan silu menyifatkan diri dengan sifat2 kebinatangan. QA kira ini satu pesanan n amaran buat semua.. moga Allah sentiasa memelihara kita.
slot pagi diteruskan dengan LDK 1 iaitu sesi taaruf n LDK bertajuk The Effective Method Of Dakwah. Pada sesi ini, tiap kumpulan diberi situasi2 tertentu dan diminta melakonkan situasi tersebut dengan menunjukkan pendekatan dakwah mereka terhadap org Asli. Contohnya bagaimana mendekati pemuda2 OA yang sedang beriadah? Abe yang sedang berada di hutan dsb. Bagaimana nak hubungkan tiap situasi itu dengan keagungan n keindahan Islam?? Sesi ni berjalan dengan baik dan semoga tiap peserta mendapat gambaran bagaimana untuk mempraktikkannya bila masuk ke kampung Orang Asli nanti. Ustaz Zunaiddin sendiri banyak memberi idea n tunjuk ajar sepanjang sesi ni. Syukran ustaz. Dalam masa yg sama, banyakla peserta2 yang menunjukkan kebolehan n bakat lakonan masing2.. J
Seterusnya, taklimat dari pegawai JHEOA Temerloh tentang KAum Semelai. Dengarnya masa sesi ni banyak maklumat dipeerolehi tentang org semelai khususan teentang adat istiadat n kebudayaan meereka. Sayangnya waktu sesi ni, QA tak ada coz ada ‘misi’ yg perlu diselesaikan.
Selepas makan, slot seterussnya bersama En Azhar ( abg Zahar) pemandu JHEOA Gombak yg banyak membantu COMRADE sepanjang program. Abg zahar berkongsi pelbagai pengalaman n cabarannya selama beliau berkhidmat sebagai pemandu lori jheoa n selama beliau meengenali COMRADE sendiri. Memang respek la coz beliau tahu adat n pantang larang semua suku kaum orang Asli ( 18 kaum semuanya) di Malaysia nie. Moga ilmu yang diperturunkan dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Petang: trasure hunt
Masa ceramah abang zahar, QA n nadia dah pergi sorokkan klu2 di tiap check point utk trasure hunt nie. So bersusah payahlah mereka mencarinya.. sian diorang.. akhirnya berjaya juga selesaikan tema untuk antraxx kali ni ‘ we observe, we experience, we lend a hand, we care and we share’. Ustaz pun turut sama berlari mencari check point. Semangat sungguh.
Mlm: pas solat isyak, acara barbeque diadakan.. ramai2 berkumpul sambil dengar ustaz zunaiddin bercerita n berkongsi ilmu. Antaranya isu ayah Pin di UIA sendiri, kewujudan 7 mazhab berbeza di kalangan pelajar UIA n pelbagai isu2 lain. Alhamdulillah, sambil kenyangkan perut, dihidang pula dengan santapan rohani.
Lewat malam tu, sesi burung hantu dikendalikan senior n ustaz sendiri. Diletakkan bersendirian di beberapa tempat di sekitar camping site. Lampu ditutup. Masing2 punya peluang untuk muhasabah diri, tafakur n tadabbur. Mengingati mati. Apa yang QA fikir waktu tu..
“andai ada secebis kedegilan dalam diri, Kau lembutkanlah YA Lathif, seperti mana Engkau sejukkan api yg membakar Ibrahim KhalilMU, seperti mana Engkau lembutkan hati Umar, seperti mana Engkau lenturkan besi di tangan Daud A.S. agar kedegilan itu tidak merosakkan aku, agar mazmumahku itu tidak menyusahkan org lain, agar keburukan itu tidak merosakkan cintaMU padaku..”
Lewat pagi.. sesi OBH ( Operasi Burung Hantu) berakhir.
31 julai
Senaman pagi- special slot conducted by senior- blind Trail. Kami perlu tutup mata n di bawa merayau2 di camping site. Teruk kena dera masa nie. Antara yg paling dahsyat direndam dalam lumpur yg baunya busuk. Keluar2 je, masing2 dah macam apa ntah.. tapi adarasionalnya. Cam kata abg faisal, masuk kg Orang Asli ada banyak menda menjijikkan perlu ditempuh. Anjing2 berkeliaran, budak2 berhingus yang perlu didekati dan macam2 lagi. Semua tu perlu kekuatan mental n fizikal untuk menghadapinya. Kadang2 perlu jadi orang yang ‘tak ada peerasaan” kalau tak, banyak menda takleh nak atasi.. so, cabaran blind trail tu sikit jer sebenarnya ( walaupun memang tak tahan dengan bau lumpur tu)
Pastu, jungle trekking melalui trek belinang. Hampir 3km berjalan kaki mereentas hutan. Sambil berkenalan dengan pokok2 n tumbuhan hutan.
‘ dan tidaklah Engkau jadikan sesuatu itu sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka Jauhkan kami dari azab neraka’ ali Imran- 191
Berkenalan dengan pepohonan di hutan, banyak manfaatnya. Baru tau tiap2 pohon tu ada manfaatnya untuk manusia. Antaranya batang pokok tembusu yg dijadikan rel landasan kereta api. Daun teja kecik/ lebar yang digunakan sebagai pati air sarsi/ bahan dalam ubat nyamuk, dsb. Merasa juga makan buah2 an hutan yang tak pernah dijumpa sepeti buah temponek, rrambai utan, tampoi, lemba dsb.
Di hujung trekking, kami menaiki bot ke kg Pathir. Satu lagi pengalaman yang menarik. Menyusuri tasek Bera dengan bot malalui celah2 pokok bakau, nice view. Subhanallah.. cantik sangat..
Kg Pathir.
Kedatangan kami dimulakan dengan ucapan selamat datang dr wakil penduduk diikuti ucapan dr wakil COMRADE di rumah kajian Universiti Malaya. Penduduk kg menerima kdatangan kami dengan baik.sesi soal jawab dimulakan untuk lebih mengenali adat n budaya kg. kaum semelai boleh dikatakan kaum org asli yang tidak dibelenggu kemiskinan coz mereka mempunyai getah sendiri untuk ditoreh. Malah pendapatan penduduk ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan hasil kerajinan mereka menoreh. Dari aspek agama. Mereka free thinker. Namun ada banyak pengaruh islam dalam kehidupan mereka contohnya jampi serapah yang bermula dengan bismillah dan puji2an kepada nabi Muhammad S.A.W. bagi kaum lelaki, amalan berkhatan adalah wajib. Kat sini QA terdikir. Mungkin satu masa dulu mereka beragama Islam tapi bila lama2 penghayatan tu tak ada n mereka menjadi org yang tak beragama. So, camner ek?? Mudah2 an mereka diberi hidayah untuk kembali menjadi muslim.
Pastu kami menziarah penduduk kg dari rumah ke rumah. Luas juga kg nie.. lewat petang, kami pulang ke camping site dengan bot. n petang itu, kami meninggalkan Tasek Bera menuju UIA. Alhamdulillah, Antraxx kali ni banyak bagi pengalamana n pengajaran.. rasanya semua peserta pun puas hati..
1 comment:
Salam bertandang .. mengenai semelai yang menggunakan Bismillah dan menyebut nama Allah serta puji2xan bagi Nabi Muhammad adalah benar... pada setiap jampi serapah suku kaum semelai wajib menggunakannya. tapi itu bergantung pada tok gurunya jika putih..putih la ia jika hitam..hitamlah ia..( itu yang saya tahu) bersunat dah tentu wajib dan jika ada lelaki yan ingin berkahwin dengan gadis semelai juga di wajibkan bersunat ( bagi suku kaum selain semelai yang tidak berkhatan)
Post a Comment