الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
atau merintis jalan menabur bakti di sini
Ya Allah, bukanlah nama pangkat dan harta yang kudamba.. hanya m ohon kebaikan untuk agama dan duniaku, agar dapat kuteruskan menabur bakti untuk khidmat bahasa kalamMU di mana jua, moga ganjarannya mendekatkan aku dengan cintaMU yang kudamba.. Dalam tiap langkah itu, hanya terbaik dariMU kudamba..tunjukkanlah aku jalannya..
Terjemahan Doa’ :.
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)
1 comment:
Salam Kak Tikah.
Jadi, apa keputusan Kak Tikah?
Post a Comment