Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, September 24, 2007

ayyamii fi ramadhan..(entry tertangguh>>semalam)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Rezeki Ramadhan,keberkatannya dan kemuliaannya..

Hari ini hari ahad. Agak janggal menghabiskan ramadhan di hujung minggu begini sendirian di bilik. Minggu-minggu sudah, saya pulang ke rumah di hujung minggu (pulang petang sabtu dan kembali semula ke kampus ahad).. Iftar bersama keluarga, meriah dan menggembirakan..

Minggu ni,plan awal memang ingin pulang semalam (sabtu) tapi last minute adik saya (Ipi) telefon dan maklumkan,dia terlalu penat after training SUKSISnya semalam, tak larat nak balik. Hmm bila dah driver kata gitu,saya akur ajela.. nilah ruginya tak pandai drive.. kalau tak,kan senang,leh saya je drive pulang ke rumah..

::Cemburu::
Saya cemburukan mereka yng berpeluang ikuti Ihya” Ramadhan bersama saudara baru di Kg Orang asli di Cameron highland minggu lepas. Saya hanya mampu menghantar mereka memulakan perjalanan malam jumaat lepas. Terikat dengan tanggungjawab(mass lecture hari sabtu) menyebabkan keinginan ini tersekat. Saya cemburukan kalian,mengejar pahala kesusahan ke kg tersebut,berjuang menyampai seruan Allah di bulan penuh keberkatan ini. Sungguh saya cemburu!

Rezeki Ramadhan:

(1)

Awal ramadhan, saya menerima sms dari Madam Norasiah (saya pernah ambil subjek Parenting dengannya waktu undergraduate dulu:
Salam atikah, I’m Madam Norasiah from Department of General Studies,IRKI got ur name from Nazirul.I’m searching a postgraduate student for helping me in facilitating student presentation next week. Reply me if u r interested ASAP.

Tanpa berfikir panjang,I grab the opportunity. Semua sudah selesai, bermula dengan perjumpaan dengan madam,penerangan job scope tugas dsb. Dan saya pun masuk ke kelas (Thursday and Friday).. Facilitated the presentations and evaluated it.. satu pengalaman baru. Permulaannya,saya jangka student dalam kelas-kelas tersebut adalah budak2 1st/2nd year.. so rasa ok sikit.. maklumla,diorang adik-adik lagi.. tapi bila masuk ke kelas, sebaliknya pulak berlaku.. Ramai student yang no. matrik 031 (lagi senior dari saya) dan beberapa orang dari mereka mengenali saya,membuatkan mereka (dan saya sendiri) agak terpinga-pinga.. whatever, Alhamdulillah,semua berjalan lancar, diorang pun bagi kerjasama yang baik. Bayarannya?? Alhamdulillah,adala sikit-sikit.Rezeki Ramadhan..tapi tak kisah, yang lebih penting ‘rezeki’ pengalaman dan ilmu yang lagi mahal harganya.. Thanks to adik Nazirul Mubin (my junior in Arabic Debating Club) yang recommended nama saya pada Mdm..

(2)
Minggu-minggu lepas,saya sibuk dengan test dan assignment.. baru-baru ni dapat result. Alhamdulillah.. I got the result with flying colors.. rezeki Ramadhan.. dan paling menjadikan saya bersemangat, dapat melepasi ‘piawaian’ lecturer yang terkenal dengan ketegasan dan ketelitiannya dalam memberi markah-Dr Akmal. Saya mengenali beliau sejak dari debat lagi-sebagai salah seorang trainer,dia sangat tegas. Amat susah mencapai standard performance yang dia mahu,sebaliknya kritikannya selalu tegas.. Same thing happened when I took the subject-intro to translation- during my undergraduate. Sukar mendapat markah tinggi dengan dia. Very particular orangnya. That’s why, bila dapat result bru-baru ni, rasa bersyukur sangat-sangat. Dan makin tambah semangat dan keyakinan saya, the I told my self, I have to put more effort in my sudy.. and I believe that I can do it.. Sama juga dengan result untuk subjek-subjek lain, Alhamdulllah, ramadhan benar-benar hadir dengan sinaran dan keberkatan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan segalanya.. moga semua ini akan terus memaksikan semangat saya,menambahkan kecintaan dalam ilmu dan kembara ini.

(3)
Biarpun test mid term telah berlalu,masih ada banyak ass yang perlu disiapkan,sebelum cuti Aidil Fitri bermula.. dan kehadiran Ramadhan,dengan masa 24 jam yang ada perlu digunakan sebaiknya. Kesibukan bukan alas an untuk membiarkan ramadhan berlalu sepi. Dan kepenatan berpuasa juga bukan alasan untuk bermalas-malasan dan berehat. Bukankah para pejuang agama Allah berjuang bermatian dalam bulan mulia ini? (Perang Badar,Fathu Makkah)
Rutin hidup di bulan rahmat ini berubah, semuanya menuntut pengorbanan, untuk meletakkan usaha mncari cinta Ar-Rahman, disamping menzahirkan cinta pada ilmu dan kembara ini,dengan meletakkan usaha sebanyaknya di situ…

Rabu malam Khamis, usai tarawikh,saya menyiapkan assignment subjek Testing & Evaluation (Taqwim wal Ikhtibar) yang perlu dihantar jumaat. Cuma tinggal kesimpulan dan nak edit je. Jam menunjukkan 2 pagi. Saya perlu tidur, sekurang-kurangnya 2 jam 30 minit, sebelum bangun semula pagi esoknya. Sedia untk tidur,saya menukarkan mode handset kepada ‘silent’. Baru melelapkan mata, ada mesej masuk. Kebiasaanya begini,telinga saya cukup alert dengan mesej biarpun dalam mode silent, dah tidurpun boleh terjaga. Saya membuka mesej. Persoalan yang agak berat di tengah kepenatan fikiran dan mata yang berat begini. Lebih kurang begini:

Kak,hidup,mati,hari Kiamat, kita boleh tahu ke bila berlaku?boleh kita ramal tak semua tu?

Saya menekan huruf-huruf di handset,membalas

Semua tu,hanya Allah yang tahu. semua pasti akan berlaku. Meramalnya pun kita tak mampu. Allah bagitau dalam Al-Quran,semua tu hanya Dia yang tahu.

Saya fikir persoalan tu sampai di situ,rupanya saya terus dihujani soalan demi soalan, tentang dakwaan abang kepada kawan pengirim sms bahwa dia mengetahui bila kiamat akan berlaku . dan kesungguhannya (kebongkakannya) mengakui dakwaan itu benar. Tentang isu ketuhanan dan Tauhid, dan sebagainya. Dalam menahan kantuk,saya cuba membalas persoalan-persoalan yang sama. Sungguh saya penat dan mengantuk ketika itu. Namun persoalan2 ditanya adalah isu tauhid,isu aqidah yang berlaku dalam masyarakat. Agak berat untuk saya menjawab dan mencari ayat terbaik menerangkan kepada pengirim sms agar dia yang nampak sudah keliru tidak terus keliru)Cabarannya di situ adalah kerana 1)pengirim sms tersebut-(saya mengenalinya)seorang remaja yang hanya mendapat pendidikan formal sehingga darjah 6 dan tiada latarbelakang agama. 2)penjelasan melalui sms sahaja.saya nak kol dia,explain tapi kredit tinggal seciput.tengah malam begini, mana nak cari kdai nak top up? 3)mata saya kian mengantuk,dan dan minda juga kian penat. Malah acapkali saya terlelap,sementara menunggu balasan mesej dari adik tadi.. hinggalah jam menunjukkan 4.30 pagi, masa tidur saya telah dihabiskan dengan menjawab persoalan2 itu. Saya perlu bangun,ada tanggungjawab menunggu..

Usai sahur (cukup dengan secawan milo,2 keping roti dan sebiji tamar),solat subuh,mata saya kian mengantuk. Tidur sebentar, bangun jam 7.30 dan ingin menyambung edit ass,dan membuat persediaan untuk presentation subjk yang sama,keesokannya.
Sms diterima dari classmate saya, dia ingin datang kebilik,memohon jasa baik saya menyemak ass.nya. tak lama kemudian, Kak Fiddah datang,saya membantu dia membetulkan beberapa kesalahan. Hingga tugasan berakhir jam 11, ass saya masih belum terusik.
Baru nak mulakan semula, sms dari Ajk program Islamic Practical Teaching for Aborigines Pos Tuel, Gua Musang pada pengujung oktober nanti. meminta saya menyampaikan taklimat tentang nature Pos tersebut dalam meeting AJK petang itu, untuk memudahkan gerak kerja mereka. saya melihat jam,2 tugasan yang belum selesai, namun tugasan untuk agama Allah menunggu. Penerangan saya penting untu gerak kerja dakwah mereka,kerana saya menjadi Ass. Prog Manager pada program lalu, AJK program kali ini semua adik-adik baru. Saya memberi persetujuan. Pukul 5 di kelas ADM Lr3.

Ingin menyambung tugasan,my classmate pulak telefon,bertanyakan kod subjek untuk registration sem depan dan sem seterusnya.

Kemudan kak Mid and Kak Zura pulak kol,minta saya recommend beberapa nama rumah anak yatim untuk diberi sumbangan hari raya oleh syarikat mereka (CIMB Bank). Dan meminta nombor untuk dihubungi.

Kemudian mok ana pulak meseg,ajak ke HKL petang tu,ziarah adik junior COMRADE-Faizal yang ditahan kerana keracunan makanan. Tapi saya terpaksa menolak,coz dah ada tanggungjawab lain pada waktu yang sama-bagi taklimat nature kg.

Lelah saya di situ, kembali ingin menyambung ass, harap dapat memulakan dengan tenang tanpa dugaan.

Namun dugaan datang lagi, kali ini lebih hebat. Sms meminta saya menterjemah beberapa ayat ke dalam bahasa Arab. (karangan pendek tentang peranan masjid). Satu ayat dalam bahasa melayu dihantar. Satu ayat yang telah diterjemah ke dalam bahasa arab saya balas. Satu demi satu. Masalahnya, ayat dalam arab ditulis dalam tulisan rumi,maklumlah,sms!
Tiba pada ayat terakhir,saya lega. Namun tak semudah itu ujian untuk saya, rupanya pengirim sms tidak tahu cara mengeja beberapa perkataan yng saya hantar dalam tulisan rumi itu. Subhanallah! Maka keadaan jadi lebih rumit. Pertanyaan berpanjangan kepada cara mengeja perkataan. Maka bila ayatnya : yajtami’u al muslimiina fi al masjid li iqomati assolati al jamaa’ah, yang perlu saya hantar (untuk kali kedua )adalah:

Ya jim ta mim ‘ain- alif lam mim sin lam mim ya nun-fa ya-alif lam-.. hingga akhirnya.. saya kira kira-kira 100 patah perkataan semuanya.. huhu.. masa tu rasa hampir hilang kesabaran saya.. mana nak fikir ass n presentation tak siap lagi,nak eja semua tu lagi,masa yang semakin berlari meninggalkan saya lagi,dan tjwb lain lagi (taklimat yang perlu disampaikan).. saya pujuk diri sabar melayan sms2 tersebut. Tiap kali hampir hilang sabar,saya katakan pada diri, ilmu yang ada pada saya Allah yang bagi, ilmu ini bukan untuk saya, ilmu ini untuk dikongsi dengan orang lain..

Hampir jam 4.15.. baru sms2 tersebut berhenti.. dan tika inilah ujian yang lebih besar datang.. hampir-hampir saya menangis dibuatnya.. entah apa silapnya, tiba2 ass yang perlu dibuat kesimpulan dan diedit itu tidak boleh dibaca. Yang tinggal adalah petak-petak kecil menggantikan huruf-huruf arab yang siap bertaip dalam 6 muka surat itu. sah virus! Saya buka dokumen yang sama dalam computer kawan-kawan sebilik yang lain. Sama juga. Astaghfirullah al-A’zim. Buntu saya jadinya. Akhirnya saya meninggalkan semuanya,bersiap untuk menghadiri meeting,untuk memberi taklimat.

Usai taklimat jam 6.30,saya berjalan kaki pulang ke bilik. Melalui bazaar ramadhan,takde perasaan nak beli makanan apa-apa. Lagi pening fikir pasal ass. Yang dah tak tentu hala tu…

Episode yang sama berulang malam itu.. tika saya baru nak siapkan ass (mujur jumpa 1 salinan yang saya save mula-mula,ada 3 pages.. –lagi baik dari nak mula dari zero-) sms masuk lagi,stu demi satu, minta tolong translate lagi. Kali ni lagi pening,minta translate dari arab ke melayu. Ayat2 arab disms kepada saya, lagi memeningkan kepala, saya tak faham perkataan yang dihantar!saya fikir pengirim sms menmbaca dari teks yang tak ada baris dan bacaannya salah. Maka ayat jdi lintang pukang dan amat sukar difahami. Maklumla perkataan arab ni, beza baris dah beza makna. Min dan man. Jauh sangat beza maknanya.

Huhu.. jenuh saya memahaminya. Ulang tanya,apa sebenarnya perkataan yang tak paham.sampai tugasan itu selesai, hampir jam 12 baru saya mulakan tugas saya semula..dan saya belajar meyerap segala tekanan yang datang dari semalamnya,bekerja di bawah tekanan bergini,penat dan memerlukan kesabaran yang tinggi. tidor? Dapat tidur 2 jam dengan penuh nikmat,dah cukup bagus bagi saya..

Jumaat.. agak pening-pening. . jam 10 saya masuk kelas untuk conduct presentation student (Mdm Asiah). Usai kelas,saya edit ass. Presentation juga dah ready (kelas kul 3) Cuma presentation tu tak 100% bersedia.saya tawakkal je. Even tak puas hati tak prepare 100%,saya akan cuba yang terbaik..

Tetiba,ust msg, kelas ptg tu batal,dia ada urusan. Alhamdulillah, Allahu Al-Musta’an. Syukur sangat-sangat. DIA tahu masalah saya dan DIA datangkan penyelesaiannya on the spot. Kelas batal maknanya saya leh be more prepare for the presentation. Alhamdulillah. Ramadhan benar2 bawa keberkatan..

Moral of the story… saya mengingatkan kembali diri.. apa yang saya miliki,bukan milik saya.Ilmu,pengalaman, semua datang dari DIA dan saya harus berkongsi dengan orang lain. Berhentilah merungut atas tiap kesusahan,atas tiap ujian. Jika kesabaran itu mampu dipegang,jika keihklasan itu mampu dipaksi, cukuplah Allah sebagai pembela, yang Maha Mendengar rintihan hambaNYA.. Bantulah,berikan apa yang kamu miliki,semampunya untuk membantu yang lain. Waima terpaksa mengetepikan kepentingan diri… itu Cuma secebis pengorbanan, para Sahabat diuji,terkorban dan berkorban lebih hebat untuk agama Allah..apalah nilaiannya secebis korban kita pada hari ii jika dibandingkan dengan mereka..??

Ramadhan karim..wallahu akram..

***
When it comes to the issue..saya hanya mampu tersenyum.. tiada jawapan paling tepat untuk saya beri.Wallahu A’lam. isunya bukan kerana bangsa,bukan juga kerana warganegara. Hanya kerana apabila saya bertanya DIA,jwapannya adalah TIDAK. Maka tidak mungkin saya berkata YA… ,saya sesungguhnya tidak perlu memberikan apa-apa alas an. Saya hanya mampu berdoa,agar dia memahami.saat ini,saya hanya mampu berdoa, YA Allah, keberkatan Ramadhan ini,kumohon,hadirkanlah jawapan yang aku cari,selamatkanlah aku dari fitnah yang mengelilingi. Sampai bilakah harus ada pelarian begini? Tunjukkanlah dan mudahkanlah Ya Allah..

Rupa-rupanya…,sukar menjadi orang dewasa…..!


Saya menulis panjang hari ini.. melepaskn segala tekanan dan bebanan..

No comments: