Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 28, 2007

alhamdulillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.. ramadhan bawa khabar gembira lagi..
pinjaman pndidikan dengan Yayasan pahang dah diluluskan...
hopefully,semua akan setle sebelum sem depan bermula..
**dah berangan ada laptop baru ni.. my pc dah jadi teramat lembab dan mengalami krisis identiti yang amat dahsyat.... baru2 ni diserang virus.. 60% bahan2/maqalah/research saya hilang.. huhu.. sedih..

sabar-sabar..

Thursday, September 27, 2007

separuh masa pertama kita mengejar piala Taqwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kuintai sinarMU
di malam-malam bulan kekasih
masih malu-malu aku di situ
meski kasihMu terhampar
tak pernah ragu diseru

kuintai cahayaMU
dalam sujud di sepertiga malam
sarat dengan dosa di tikungan
berat berlabuh di malam suram
mohon keampunan dan kasih sayang

kuintai kasihMU
dalam larut doa yang panjang
dalam impian yang tak pernah berkurang
dalam harapan yang kian menjulang

kuintai cintaMU
meneguk taqwa misi sepurnama
menjadi bekal sepanjang usia
hingga kala terpejam mata
tenangkan aku bertemu Pencipta

naj_qa2401- 15 ramadhan
iium gombak

*****

"wahai orang-orang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa,seperti mana diwajibkan kepada mereka sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertaqwa"

teringat sesi forum dalam bahasa Arab sempena program Ihya Ramadhan anjuran Arabic Language Association minggu lalu,yang mengumpulkan pelajar-pelajar BABR undergraduate dan postgraduate.bermula dengan sesi forum dalam bahasa Arab oleh ustaz-ustaz di department usai Solat Jumaat,diikuti tadarus selepas asar hingga waktu berbuka,dilanjutkan dengan tarawikh pada malamnya. Pelajar dan ustaz-ustazah berkumpul,seronok rasa.

sesi forum tentang ramadhan mengujakan,bila ahli2 panelnya semua pakar lughah, ayat-ayat al-quran dikupas penuh berisi,cantik dan terasa 'zauq' di hati.. antaranya tetang misi taqwa di hujung ayat perintah diwajibkan puasa..

La'alla- harfu tarajji- menunjukkan pengharapan.. bagi manusia, la'alla membawa maksud boleh jadi,atau kemungkinan. maknanya,boleh jadi bertaqwa,boleh jadi tidak..

tetapi bagi Allah, yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu, yang ada adalah janji yang pasti,seolah2nya 'kamu pasti bertaqwa'- janji Allah itu benar..

tetapi- semuanya tidak mungkin diberi percuma..
sungguhpun tidur orang yang berpuasa dianggap ibadah,tentulah tidak sama dengan orang yang berpuasa dan benar-benar beribadah..

takah taqwa yang ingin kita capai,mujahadahlah dengan diri sendiri.. ruginya andai ramadhan berlalu sepi,tanpa perubahan diri..

dan misi taqwa ini,bukan sekadar di bulan Ramadhan,perlu sepanjang masa,sepanjang usia.. Ramadhan umpama masa untuk charge bateri, supaya makin kuat.. tapi kalau bateri rohani itu sudah lemah,jangan tunggu ramadhan akan datang baru nak charge semula.. charge berterusan.. supaya kekuatannya berterusan.. dan kita ini,lemahnya kita,lebih-lebih lagilah,perlukan charge yang berterusan...

Moga Ramadhan ini yangterbaik.. dan moga ada kesempatan lagi bertemu ramadhan akan datang..

***
minggu lepas,iftar COMRADE.. yang istimewa, macam biasa,makan dalam dulang,satu dulang berkongsi 5/4 orang.. menunya- setengah ekor ayam percik setiap dulang,dengan sayur kacang boto masak pedas.. dan ikan kering..

teringat kalau masuk kampung.. dalam dulang yang dihadap 5/6 orang, takkan merasa ayam 'bergolek' kat situ.. yang ada cuma ikan kering,atau ikan sardin yang pelbagai menu..
Alhamdulillah 'ala kulli hal...

tahun ni..Ramadhan rasa lebih bermakna.. mengapa yer?? entahlah.. tapi 'cahaya' Ramadhan rasa terang menyuluh.. mungkin kerana usia yang kian menginjak.. kian faham erti hidup.. kian faham makna taklifan..

Ya Allah.. hanya yang terbaik kumohon..

Tuesday, September 25, 2007

tinta di alam maya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

short entry..
terlupa nak ucapkan terima kasih kepada:

dik hussaini
mawaddah
husni
fatin my twin
kak sham
mok ana cyg n tunangnya a.zul
sarah (ks)
fairuza

for their presents during my convocation day..
barakallahu fiikum..




takziah buat keluarga adik nurin..
moga diberi ketabahan..
moga ruhnya tenang bersemadi disisiNYA
'Ya ayyatuha an-nafsu al-mutmainnah, irj'iee ila rabbiki radhiyatan mardhiyyah..fadkhulii fi ibaadi..wadkhulii jannati'

dan..manusia jenis apakah yang bersikap kejam begitu??
"mereka seumpama binatang,malah lebih dahsyat dari itu"
Al-fatihah

about allahyarham nurin:

http://nurinjazlin.blogspot.com


Monday, September 24, 2007

ayyamii fi ramadhan..(entry tertangguh>>semalam)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Rezeki Ramadhan,keberkatannya dan kemuliaannya..

Hari ini hari ahad. Agak janggal menghabiskan ramadhan di hujung minggu begini sendirian di bilik. Minggu-minggu sudah, saya pulang ke rumah di hujung minggu (pulang petang sabtu dan kembali semula ke kampus ahad).. Iftar bersama keluarga, meriah dan menggembirakan..

Minggu ni,plan awal memang ingin pulang semalam (sabtu) tapi last minute adik saya (Ipi) telefon dan maklumkan,dia terlalu penat after training SUKSISnya semalam, tak larat nak balik. Hmm bila dah driver kata gitu,saya akur ajela.. nilah ruginya tak pandai drive.. kalau tak,kan senang,leh saya je drive pulang ke rumah..

::Cemburu::
Saya cemburukan mereka yng berpeluang ikuti Ihya” Ramadhan bersama saudara baru di Kg Orang asli di Cameron highland minggu lepas. Saya hanya mampu menghantar mereka memulakan perjalanan malam jumaat lepas. Terikat dengan tanggungjawab(mass lecture hari sabtu) menyebabkan keinginan ini tersekat. Saya cemburukan kalian,mengejar pahala kesusahan ke kg tersebut,berjuang menyampai seruan Allah di bulan penuh keberkatan ini. Sungguh saya cemburu!

Rezeki Ramadhan:

(1)

Awal ramadhan, saya menerima sms dari Madam Norasiah (saya pernah ambil subjek Parenting dengannya waktu undergraduate dulu:
Salam atikah, I’m Madam Norasiah from Department of General Studies,IRKI got ur name from Nazirul.I’m searching a postgraduate student for helping me in facilitating student presentation next week. Reply me if u r interested ASAP.

Tanpa berfikir panjang,I grab the opportunity. Semua sudah selesai, bermula dengan perjumpaan dengan madam,penerangan job scope tugas dsb. Dan saya pun masuk ke kelas (Thursday and Friday).. Facilitated the presentations and evaluated it.. satu pengalaman baru. Permulaannya,saya jangka student dalam kelas-kelas tersebut adalah budak2 1st/2nd year.. so rasa ok sikit.. maklumla,diorang adik-adik lagi.. tapi bila masuk ke kelas, sebaliknya pulak berlaku.. Ramai student yang no. matrik 031 (lagi senior dari saya) dan beberapa orang dari mereka mengenali saya,membuatkan mereka (dan saya sendiri) agak terpinga-pinga.. whatever, Alhamdulillah,semua berjalan lancar, diorang pun bagi kerjasama yang baik. Bayarannya?? Alhamdulillah,adala sikit-sikit.Rezeki Ramadhan..tapi tak kisah, yang lebih penting ‘rezeki’ pengalaman dan ilmu yang lagi mahal harganya.. Thanks to adik Nazirul Mubin (my junior in Arabic Debating Club) yang recommended nama saya pada Mdm..

(2)
Minggu-minggu lepas,saya sibuk dengan test dan assignment.. baru-baru ni dapat result. Alhamdulillah.. I got the result with flying colors.. rezeki Ramadhan.. dan paling menjadikan saya bersemangat, dapat melepasi ‘piawaian’ lecturer yang terkenal dengan ketegasan dan ketelitiannya dalam memberi markah-Dr Akmal. Saya mengenali beliau sejak dari debat lagi-sebagai salah seorang trainer,dia sangat tegas. Amat susah mencapai standard performance yang dia mahu,sebaliknya kritikannya selalu tegas.. Same thing happened when I took the subject-intro to translation- during my undergraduate. Sukar mendapat markah tinggi dengan dia. Very particular orangnya. That’s why, bila dapat result bru-baru ni, rasa bersyukur sangat-sangat. Dan makin tambah semangat dan keyakinan saya, the I told my self, I have to put more effort in my sudy.. and I believe that I can do it.. Sama juga dengan result untuk subjek-subjek lain, Alhamdulllah, ramadhan benar-benar hadir dengan sinaran dan keberkatan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memudahkan segalanya.. moga semua ini akan terus memaksikan semangat saya,menambahkan kecintaan dalam ilmu dan kembara ini.

(3)
Biarpun test mid term telah berlalu,masih ada banyak ass yang perlu disiapkan,sebelum cuti Aidil Fitri bermula.. dan kehadiran Ramadhan,dengan masa 24 jam yang ada perlu digunakan sebaiknya. Kesibukan bukan alas an untuk membiarkan ramadhan berlalu sepi. Dan kepenatan berpuasa juga bukan alasan untuk bermalas-malasan dan berehat. Bukankah para pejuang agama Allah berjuang bermatian dalam bulan mulia ini? (Perang Badar,Fathu Makkah)
Rutin hidup di bulan rahmat ini berubah, semuanya menuntut pengorbanan, untuk meletakkan usaha mncari cinta Ar-Rahman, disamping menzahirkan cinta pada ilmu dan kembara ini,dengan meletakkan usaha sebanyaknya di situ…

Rabu malam Khamis, usai tarawikh,saya menyiapkan assignment subjek Testing & Evaluation (Taqwim wal Ikhtibar) yang perlu dihantar jumaat. Cuma tinggal kesimpulan dan nak edit je. Jam menunjukkan 2 pagi. Saya perlu tidur, sekurang-kurangnya 2 jam 30 minit, sebelum bangun semula pagi esoknya. Sedia untk tidur,saya menukarkan mode handset kepada ‘silent’. Baru melelapkan mata, ada mesej masuk. Kebiasaanya begini,telinga saya cukup alert dengan mesej biarpun dalam mode silent, dah tidurpun boleh terjaga. Saya membuka mesej. Persoalan yang agak berat di tengah kepenatan fikiran dan mata yang berat begini. Lebih kurang begini:

Kak,hidup,mati,hari Kiamat, kita boleh tahu ke bila berlaku?boleh kita ramal tak semua tu?

Saya menekan huruf-huruf di handset,membalas

Semua tu,hanya Allah yang tahu. semua pasti akan berlaku. Meramalnya pun kita tak mampu. Allah bagitau dalam Al-Quran,semua tu hanya Dia yang tahu.

Saya fikir persoalan tu sampai di situ,rupanya saya terus dihujani soalan demi soalan, tentang dakwaan abang kepada kawan pengirim sms bahwa dia mengetahui bila kiamat akan berlaku . dan kesungguhannya (kebongkakannya) mengakui dakwaan itu benar. Tentang isu ketuhanan dan Tauhid, dan sebagainya. Dalam menahan kantuk,saya cuba membalas persoalan-persoalan yang sama. Sungguh saya penat dan mengantuk ketika itu. Namun persoalan2 ditanya adalah isu tauhid,isu aqidah yang berlaku dalam masyarakat. Agak berat untuk saya menjawab dan mencari ayat terbaik menerangkan kepada pengirim sms agar dia yang nampak sudah keliru tidak terus keliru)Cabarannya di situ adalah kerana 1)pengirim sms tersebut-(saya mengenalinya)seorang remaja yang hanya mendapat pendidikan formal sehingga darjah 6 dan tiada latarbelakang agama. 2)penjelasan melalui sms sahaja.saya nak kol dia,explain tapi kredit tinggal seciput.tengah malam begini, mana nak cari kdai nak top up? 3)mata saya kian mengantuk,dan dan minda juga kian penat. Malah acapkali saya terlelap,sementara menunggu balasan mesej dari adik tadi.. hinggalah jam menunjukkan 4.30 pagi, masa tidur saya telah dihabiskan dengan menjawab persoalan2 itu. Saya perlu bangun,ada tanggungjawab menunggu..

Usai sahur (cukup dengan secawan milo,2 keping roti dan sebiji tamar),solat subuh,mata saya kian mengantuk. Tidur sebentar, bangun jam 7.30 dan ingin menyambung edit ass,dan membuat persediaan untuk presentation subjk yang sama,keesokannya.
Sms diterima dari classmate saya, dia ingin datang kebilik,memohon jasa baik saya menyemak ass.nya. tak lama kemudian, Kak Fiddah datang,saya membantu dia membetulkan beberapa kesalahan. Hingga tugasan berakhir jam 11, ass saya masih belum terusik.
Baru nak mulakan semula, sms dari Ajk program Islamic Practical Teaching for Aborigines Pos Tuel, Gua Musang pada pengujung oktober nanti. meminta saya menyampaikan taklimat tentang nature Pos tersebut dalam meeting AJK petang itu, untuk memudahkan gerak kerja mereka. saya melihat jam,2 tugasan yang belum selesai, namun tugasan untuk agama Allah menunggu. Penerangan saya penting untu gerak kerja dakwah mereka,kerana saya menjadi Ass. Prog Manager pada program lalu, AJK program kali ini semua adik-adik baru. Saya memberi persetujuan. Pukul 5 di kelas ADM Lr3.

Ingin menyambung tugasan,my classmate pulak telefon,bertanyakan kod subjek untuk registration sem depan dan sem seterusnya.

Kemudan kak Mid and Kak Zura pulak kol,minta saya recommend beberapa nama rumah anak yatim untuk diberi sumbangan hari raya oleh syarikat mereka (CIMB Bank). Dan meminta nombor untuk dihubungi.

Kemudian mok ana pulak meseg,ajak ke HKL petang tu,ziarah adik junior COMRADE-Faizal yang ditahan kerana keracunan makanan. Tapi saya terpaksa menolak,coz dah ada tanggungjawab lain pada waktu yang sama-bagi taklimat nature kg.

Lelah saya di situ, kembali ingin menyambung ass, harap dapat memulakan dengan tenang tanpa dugaan.

Namun dugaan datang lagi, kali ini lebih hebat. Sms meminta saya menterjemah beberapa ayat ke dalam bahasa Arab. (karangan pendek tentang peranan masjid). Satu ayat dalam bahasa melayu dihantar. Satu ayat yang telah diterjemah ke dalam bahasa arab saya balas. Satu demi satu. Masalahnya, ayat dalam arab ditulis dalam tulisan rumi,maklumlah,sms!
Tiba pada ayat terakhir,saya lega. Namun tak semudah itu ujian untuk saya, rupanya pengirim sms tidak tahu cara mengeja beberapa perkataan yng saya hantar dalam tulisan rumi itu. Subhanallah! Maka keadaan jadi lebih rumit. Pertanyaan berpanjangan kepada cara mengeja perkataan. Maka bila ayatnya : yajtami’u al muslimiina fi al masjid li iqomati assolati al jamaa’ah, yang perlu saya hantar (untuk kali kedua )adalah:

Ya jim ta mim ‘ain- alif lam mim sin lam mim ya nun-fa ya-alif lam-.. hingga akhirnya.. saya kira kira-kira 100 patah perkataan semuanya.. huhu.. masa tu rasa hampir hilang kesabaran saya.. mana nak fikir ass n presentation tak siap lagi,nak eja semua tu lagi,masa yang semakin berlari meninggalkan saya lagi,dan tjwb lain lagi (taklimat yang perlu disampaikan).. saya pujuk diri sabar melayan sms2 tersebut. Tiap kali hampir hilang sabar,saya katakan pada diri, ilmu yang ada pada saya Allah yang bagi, ilmu ini bukan untuk saya, ilmu ini untuk dikongsi dengan orang lain..

Hampir jam 4.15.. baru sms2 tersebut berhenti.. dan tika inilah ujian yang lebih besar datang.. hampir-hampir saya menangis dibuatnya.. entah apa silapnya, tiba2 ass yang perlu dibuat kesimpulan dan diedit itu tidak boleh dibaca. Yang tinggal adalah petak-petak kecil menggantikan huruf-huruf arab yang siap bertaip dalam 6 muka surat itu. sah virus! Saya buka dokumen yang sama dalam computer kawan-kawan sebilik yang lain. Sama juga. Astaghfirullah al-A’zim. Buntu saya jadinya. Akhirnya saya meninggalkan semuanya,bersiap untuk menghadiri meeting,untuk memberi taklimat.

Usai taklimat jam 6.30,saya berjalan kaki pulang ke bilik. Melalui bazaar ramadhan,takde perasaan nak beli makanan apa-apa. Lagi pening fikir pasal ass. Yang dah tak tentu hala tu…

Episode yang sama berulang malam itu.. tika saya baru nak siapkan ass (mujur jumpa 1 salinan yang saya save mula-mula,ada 3 pages.. –lagi baik dari nak mula dari zero-) sms masuk lagi,stu demi satu, minta tolong translate lagi. Kali ni lagi pening,minta translate dari arab ke melayu. Ayat2 arab disms kepada saya, lagi memeningkan kepala, saya tak faham perkataan yang dihantar!saya fikir pengirim sms menmbaca dari teks yang tak ada baris dan bacaannya salah. Maka ayat jdi lintang pukang dan amat sukar difahami. Maklumla perkataan arab ni, beza baris dah beza makna. Min dan man. Jauh sangat beza maknanya.

Huhu.. jenuh saya memahaminya. Ulang tanya,apa sebenarnya perkataan yang tak paham.sampai tugasan itu selesai, hampir jam 12 baru saya mulakan tugas saya semula..dan saya belajar meyerap segala tekanan yang datang dari semalamnya,bekerja di bawah tekanan bergini,penat dan memerlukan kesabaran yang tinggi. tidor? Dapat tidur 2 jam dengan penuh nikmat,dah cukup bagus bagi saya..

Jumaat.. agak pening-pening. . jam 10 saya masuk kelas untuk conduct presentation student (Mdm Asiah). Usai kelas,saya edit ass. Presentation juga dah ready (kelas kul 3) Cuma presentation tu tak 100% bersedia.saya tawakkal je. Even tak puas hati tak prepare 100%,saya akan cuba yang terbaik..

Tetiba,ust msg, kelas ptg tu batal,dia ada urusan. Alhamdulillah, Allahu Al-Musta’an. Syukur sangat-sangat. DIA tahu masalah saya dan DIA datangkan penyelesaiannya on the spot. Kelas batal maknanya saya leh be more prepare for the presentation. Alhamdulillah. Ramadhan benar2 bawa keberkatan..

Moral of the story… saya mengingatkan kembali diri.. apa yang saya miliki,bukan milik saya.Ilmu,pengalaman, semua datang dari DIA dan saya harus berkongsi dengan orang lain. Berhentilah merungut atas tiap kesusahan,atas tiap ujian. Jika kesabaran itu mampu dipegang,jika keihklasan itu mampu dipaksi, cukuplah Allah sebagai pembela, yang Maha Mendengar rintihan hambaNYA.. Bantulah,berikan apa yang kamu miliki,semampunya untuk membantu yang lain. Waima terpaksa mengetepikan kepentingan diri… itu Cuma secebis pengorbanan, para Sahabat diuji,terkorban dan berkorban lebih hebat untuk agama Allah..apalah nilaiannya secebis korban kita pada hari ii jika dibandingkan dengan mereka..??

Ramadhan karim..wallahu akram..

***
When it comes to the issue..saya hanya mampu tersenyum.. tiada jawapan paling tepat untuk saya beri.Wallahu A’lam. isunya bukan kerana bangsa,bukan juga kerana warganegara. Hanya kerana apabila saya bertanya DIA,jwapannya adalah TIDAK. Maka tidak mungkin saya berkata YA… ,saya sesungguhnya tidak perlu memberikan apa-apa alas an. Saya hanya mampu berdoa,agar dia memahami.saat ini,saya hanya mampu berdoa, YA Allah, keberkatan Ramadhan ini,kumohon,hadirkanlah jawapan yang aku cari,selamatkanlah aku dari fitnah yang mengelilingi. Sampai bilakah harus ada pelarian begini? Tunjukkanlah dan mudahkanlah Ya Allah..

Rupa-rupanya…,sukar menjadi orang dewasa…..!


Saya menulis panjang hari ini.. melepaskn segala tekanan dan bebanan..

Friday, September 21, 2007

biarlah ia berbicara III

ngn Dr Saufi after class syllabus design
me.sanah.kak yuni (debat ba team)
sinchan n papa sin chan ;-)
me,lin,Dr Fauzi n Dr Wahab
IRKHS..

biarlah ia berbicara II

dik pijan n dik raihan menyibuk sama...
tak dapat baling topi,baling bunga pun jadi..
wardah merah-cinta mak,abah n keluarga
me@iiu
budak-budak comrade yang happening sokmo

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

nak upload gambar kat fotopages tapi ada masalah pulak..

so ni jerla dulu. yang lain,insya Allah kalau ada masa nanti...
(klik kat gambar utuk besarkan image)



biarlah ia berbicara..

me n my coursemate now (MA)
tetamu dari Moscow- Dr Sarah
Me n My Loves-Fairuza n Fatimah (during their convocation-UKM)
my love-Wan
me n Mak Nah

hari memaknakan cinta





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


saya mulakan entry ini dengan pujian buat Allah, hanya dengan kasih sayangNYA, nikmat ini saya rasai kemanisannya..

kalungan kasih sayang buat ibuku,ibuku,ibuku.. kemudian bapaku.. pengorbanan dan selautan kasih membesar dan mendidik,dorongan tanpa henti,sentiasa memahami dan sentiasa ada di sisi..lalu kejayaan ini saya dedikasikan untuk mereka

buat along dan isteri, adik-adik tersayang..

guru-guru saya, sedari tadika,membesar di laman mukmin,mendewasakan diri di Al-Wosto,berkelana ke matrikulasi UIA Pj, hinggalah melewati hari-hari sebagai pelajar di Taman Ilmu dan Budi, tangan kalian mencorak diri,memasak ilmu dalam diri..

buat teman-teman COMRADE yang sentiasa menemani perjuangan di Taman Ilmu dan Budi.. (especially-shariah awa,mok ana cayang,kak engku 'bongek' , a.zul , jah, syud@sinchan, lin,naim, shukri, husni,hairul,dik jaie,fatin my twin,kak yati,che da, (ramainya,tak tersebut kat sini..jgn terasa kalau ada yang tertinggal nama) kalian menepati apa yang dibicarakan Saidina Ali- temanmu yang terbaik adalah yang sentiasa menyusahkan diri mereka untuk menyenangkan kamu- moga Allah memberkati kalian..


teman-teman nadi munazarah,teamates,trainers dan seluruh keluarga debat b.a uia, terima kasih kerana sentiasa mempercayai diri ini

sahabat sejatiku sejak di Mukmin-Fairuza dan Fatimah,rimbunan persahabatan ini,moga buahnya adalah cintaNYA..

sahabat yang dirindui-kak kin,piepah,eibe,sawizah,

roomates saya dulu-wan,kak yati,che da- yang sentiasa ada waktu suka dan duka

sahabat,kalian anugerah Allah yang menemani perjalanan hidup saya.. moga Allah memberkati perjalanan kalian

tak lupa buat SN-dengan melupakan segala warna hitam,tetap saya syukuri apa yang berlaku, ujian Allah untuk saya atas masa-masa yang berlalu,dan kini saya syukuri segalanya,mendidik saya menjadi 'saya'

buat 'my sunshine'- walau sinarnya seketika,sinaran itu tepat pada masanya.. menyuluh jalan dihadapan,yang tak ingin saya berpaling darinya,, namun saya akur, seteduh manapun pepohon,secerah manapun mentari,selagi ia berada dalam pagar yang bernama 'syariat' tak mungkin saya langgar pagar itu.. moga malam akan pergi, dan mentari akan kembali semula..dan pagar syariat itu akan saya temui kuncinya.. Ameen..


2 hari sebelum hari konvo.. hati saya menjadi liang libu.entah apa yang dirisaukan..bercampur baur sebenarnya..gembira,sedih.. terbawa-bawa hingga malamnya,sukar untuk saya lelapkan mata.. hari rehearsal,gembira sekali bertemu kawan-kawan setelah masing-masing membawa haluan.. petangnya,jah membawa kami ke JJ wangsa maju,belanja makan.. merasalah duit 1st salary dia sebagai lecturer di Uitm Dungun... Kegembiraan bersambung lagi, malam apresiasi warga COMRADE yang grad sem ni..


dan sejarah tercipta lagi malam itu.. bila kak engku pengsan, saya,shariah n nana mengiringinya menaiki ambulan ke HKL..

sejarahnya-jubah konvo naik ambulan jugak.. hehe.. macam kelakar pulak,asalnya shariah bawa jubah tu untuk bergambar,bila kak engku pengsan n klinik uia terus hantar ke Hkl, dah tak sempat nak tinggalkan jubah tu.. malam itu,kami habiskan di hkl- berjaga menemani kak engku menunggu sebelum dapat rawatan.. dari kul 1pg sampai 5pagi,barulah leh masuk jumpa doktor,, beberapa kali tersengguk..tapi tak mampu nak lelapkan mata.. hinggalah usai subuh pagi tu,kak engku ditahan di wad dan kami pulak-after solat,lelapkan mata dalam 30min before dijemput mok ana untuk pulang ke uia..


sabtu itu..

after balik bilik,tidur kejap,ja, 12 tengahari saya keluar.. nak sambut wan-roomate saya keluar dari dewan (sesi ICT n Law).. entah napa,sebaik jumpa wan, mengucapkan tahniah,tak tertahan air mata nie.. mungkin sebab dengan wan,banyak masa kami habiskan dan banyak kenangan.. antara yang masih saya ingat- waktu A-sahabat baik wan (perempuan) yang mengalami masalah kesihatan mengamuk,minta KFC jam 11.30 malam.. dan wan yang sememangnya berhati mulia,pergi membelinya,ditemani saya dan A sendiri.. jam12 curfew hours untuk UIA.. kami tiada pilihan lain,tak boleh masuk ke kampus so kami bermalam dalam kereta di stesen minyak PROJET, highway karak tu.. masa tu musim final exam,dan bulan ramadhan..

maka sahur kami dalam kereta,sambil study (wan exam esoknya jam 12 dan saya jam 3ptg).. tu cuma secebis kisah.. ada banyak lagi yang manis+pahit yang sekarang semua jadi manis,sebab semua itu 'madrasah' jiwa.. yang pasti,wan sahabat yang istimewa,, kredit untuk Fahim-tunang wan.. bijak memilih wan sebagai isteri... She's wonderful..


hari graduasi.. mak dan abah agak lewat sampai..saya agak kalut jugak,risau mereka tak sampai masuk ke dewan.. seronok jumpa ramai kawan-kawan,tapi kebanyakan mereka senior.. coz saya dan kawan-kawan (dalam 15 orang) yang habis awal.. kawan-kawan batch kami hanya akan konvo sem depan..so tak best sangatla.. tak ramai kawan yang kenal..


ketika perarakan masuk graduan,sekali lagi,saya tak mampu menahan air mata,, kuat saya menahan diri..tapi saya tak mampu..ntahla.. terharu sungguh rasa..


saat mendengar ucapan wakil graduan-jannah yang juga roomate saya sekarang-yang dianugerahkan anugerah diraja atas kecemerlangannya-, sekali lagi saya menangis (rasanya kali ni satu dewanpun mengalirkan air mata)-terutama bila mengucapkan terima kasih pada mak dan abah tu- shahdu...


kuar dewan,saya mencari wajah-wajah kesayangan saya.. tangan mak abah saya salami dan cium,saat pipi abah dan emak saya kucup,kali ini tangisan saya pecah lagi.. jika sebelumnya,sekadar linangan jernih,kali ini esak saya makin panjang dalam pelukan emak.. entahlah,rasa gembira,rasa terlepas segenap jerit perih selama ini..sesungguhnya perjalanan 3 tahun setengan di sini,bukan sekadar mengejar segulung ijazah,kehidupan ini penuh dengan ujian,jatuh bangun saya di sini.. mungkin sebab itu,harga segulung ijazah itu amat mahal harganya...


tetamu dari jauh-sarah juga membuat saya terharu.. bersama kiriman rindu dari kakaknya fatimah.. dan sahabat-sahabat comrade yang menunggu di luar dewan.. abg zul,hairul,fatin,dik husaini, menambahkan keharuan...


sungguh..saat ini,saat saya memaknakan cinta..cinta yang melimpah ruah dariNYA..dititipkan dalam hati insan-insan di sekeliling saya... tiada kata yang mampu saya lafazkan..hari itu sungguh bahagia.. Ya Allah,moga nikmat ini menjadikan saya kian hampir denganMU,kian bersyukur,kian akrab memeluk erat.kejap.kasihMU yang tak bertepi itu...


apa lagi yang ingin saya curahkan??terima kasih semua.. selebihnya..biarlah gambar-gambar ini berbicara..






Tuesday, September 18, 2007

ahlan ya ramadhan..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



rindu..rindu..

rindu sekali menulis panjang..

tentang ramadhan yang datang..

tentang rezeki ramadhan satu-persatu bertandang..

namun masa yang mengekang

dan tugasan yang terbilang-bilang..

menghambat diri dan masa terluang..



moga keberkatan ramadhan ini.. kita punya masa untuk DIA melebihi segala-galanya..

fastabiqul khairaat..

takziah untuk kawan-kawan sewostorian;
zakhairi yang kehilangan bapanya 2 ramadhan lalu
dan salmi yang kehilangan bondanya 3 ramadhan lalu
moga Allah menempatkan mereka dikalangan para Solihin, dan melimpahkan ketabahan buat kalian dn keluarga.. Amin





'muqaddimah' untuk entry hari graduasi...

Thursday, September 06, 2007

busy

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hamdan lillah..
akan kembali dengan kisah one of the great moment in my life..biiznillah
for the time being
i've the awfully busy wit the assignments,tests etc..
pray for my success..


selamat hari kemerdekaan ke 50 malaysia..
hati kita merdeka bila meletakkan Allah sebagai puncak pengharapan..

ramadhan menjelang
Ahlan ya Ramadhan al-mubarak
fastabiqul khairaat..
rebutlah keberkatannya, moga ramadhan tahun ini madrasah terbaik jiwa..

i miss my sunshine.. ;-)
allahummaj'alna min assyakirin wa annajihin wa al faizin fid dunia wal akhirah..