Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
21 jun 2006
Seawal pagi, kami check out dari hotel dan breakfast… perjalanan dari Jaipur diteruskan ke Agra yang jaraknya lebih kurang 250km.. sekali lagi, sepanjang perjalanan, reality kehidupan masyarakat India kehidupan,, sepanjang jalan, kami dapat melihat kawasan kering kontang dan kawasan perkampungan tradisional masyarakat India. Dengan binatang seperti unta dan keldai sebagai kenderaan tuggangan, kehidupan mereka masih dalam keadaan dhaif. Kelihatan juga pam2 air ditepi2 jalan yang menjadi sumber bekalan air mereka. Dan seperti perjalanan dari Delhi ke Jaipur, sepanjang perjalanan ditemui individu2 yang sesuka hati mereka membuang air kecil@ besar di tepi2 jalan.. sungguh menyakitkan mata…
Rumah2 tradisional India pula diperbuat daripada jerami dan ada juga yang dibuat daripada najis lembu yang dikeringkan..
Sepanjang perjalanan juga, amat sukar menemui tandas.. even kalau ada stesen minyak, belum tentu ada tandas.. sampaikan kalau ada peserta yang perlu ke tandas dan jumpa stesen minyak, pemandu pelancong kami akan bagitau ‘let me check first’.. (patutla diorang membuang sesuka hati jer..)
Di pertengahan jalan menuju Agra, setiap peserta diwajibkan menyanyikan satu lagu.. ni kerja pemandu pelancong kami (en Ishfaq) la.. dan memandangkan aku duduk depan sekali.. akula yang terkena dulu.. ish..ish.. ada ka pulak suruh aku nyanyi.. try nak excuse pun tak dapat.. aku tau la kat sana dah lama tak ujan.. nak suruh ujan la nie.. huhu.. dengarr jerla serangkap lagu rasa sayang tue… dan akhirnya, semua peserta wajib menyanyi.. macam2 lagu keluar. Ada nyanyi lagu happy birthday, ada gak nyanyi lagu negeri kedah..lagu uia pun ada. hehe.. aper2 jerla korang nie..
Di pertengahan jalan juga, kami melalui sebuah perkampungan yang terkenal sebagai pusat pelacuran. Deretan rumah2 di tepi jalan dengan wanita2 berpakaian cantik dengan aksi menggoda berdiri dihadapannya… menurut ishfaq, kegiatan pelacuran adalah haram di India namun selepas beberapa prosedur ia ‘dihalalkan’ oleh pihak penguatkuasa tempatan kawasan itu.. ( sebenarnya, kadar rasuah di sana tinggi.. dengan duit, segala2nya dibolehkan..)
Kami dibawa mengunjugi Fatehpur Sikri. Jika Jaipur dikenali dengan ketamadunan pemerintahan Rajashtan yang beragama Hindu, Agra pula kaya dengan peninggalan sejarah kerajaan moghul yang beragama Islam (termasuk shah jehan). Fatehpur Sikri dibina oleh salah seorang raja Moghul iaitu Akbar Khan. Di dalamnya terdapat sebuah masjid yang menurut seorang penduduk setempat melakukan solat berjemaah setiap kali waktu sembahyang.. lagi sekali, di kawasan ini, penjaja memburu kami dan apabila menjejak kaki ke dalam bas, barula dapat menarik nafas lega dari buruan mereka..
Tengahari itu, kami tiba di bandar Agra dan selepas makan tengahari, kami check in di Holiday Inn Agra.. selepas solat, perjalanan diteruskan ke destinasi yang paling mengujakan- Taj Mahal. 1km sebelum tiba di Taj Mahal, kami perlu menaiki bas khas yang disediakan. Bas ini menggunakan gas asli. Keadaan ini bagi mengelakkan pencemaran di kawasan taj mahal.. lebih kurang 100m sebelum taj mahal, kami dikehendaki berjalan kaki.
Pemeriksaan keselamatan dilakukan di pintu masuk Taj Mahal. Taj Mahal mempunyai 4 pintu masuk utama.. semua pintu ini berwarna merah.
Akhirnya,dalam cuaca panas mencecah 44 darjah celcius.. taj mahal berada di depan mata.. macam tak percaya jer.. selama ini aku tak pernah bermimpi akan sampai ke salah sebuah binaan ajaib di dunia ini. Lambang cinta shah jehan kepada isterinya- mumtaz ini berdiri megah menyambut kami. Subhanallah, sungguh cantik. Binaan yang dibina dari marmar putih ini direka bentuk oleh Isa khan, seorang arkitek dari iran.
Sejarahnya… raja shah jehan merupakan putera mahkota salah seorang raja pemerintahan Moghul. Pertemuan pertama kali dengan seorang gadis Iran- Arjuman Banu membuatkannya jatuh cinta kepada gadis tersebut. Namun, Raja Moghul ketika itu menghalang kerana Arjuman Banu bukan dari keturunan raja. Shah Jehan berkeras dan tetap mengahwini Arjuman Banu dan memberinya gelaran mumtaz . mereka kemudiannya menetap di Iran. Ketika raja Moghul sakit, baginda meminta Shah Jehan pulang ke Agra namun Shah Jehan mengenakan syarat bahawa dia hanya akan pulang jika mereka menerima mumtaz dan akan pulang bersamanya. Raja Moghul menerima syarat tersebut dan merekapun pulang ke Agra. Selepas ayahandanya mangkat, shah jehan mengambil alih pemerintahan kerajaan Moghul.
Diriwayatkan bahawa pasangan ini tidak pernah berpisah lebih dari sejam.. mereka sentiasa bersama.. bahkan dalam setiap meeting shah jehan bersama pembesar2 negara, mumtaz akan turut serta dan sering memberi cadangan2 bernas.. mereka dikurniakan 14 orang anak tetapi yang hidup hanya 6 orang sahaja..
Ketika ingin melahirkan anak ke 14, mumtaz sakit teruk.. dan ketika itu doctor mengesahkan dia sukar diselamatkan.. sebelum meninggal dunia, mumtaz membuat 3 permintaan kepada suaminya.. pertama- supaya menjaga anak2 mereka dengan baik, kedua- membina binaan sebagai tugu cinta mereka, supaya seluruh dunia mengetahui betapa agungnya cinta mereka dan ketiga- supaya berkahwin lain selepas kematiannya.
Selepas mumtaz pergi, shah jehan menunaikan janjinya menjaga anak2 dengan baik. Dan membina binaan taj mahal ( palace of crown) yang mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan. Namun baginda tidak menunaikan janjinya yang ketiga- untuk berkahwin lagi kerana tidak dapat melupakan mumtaz. Binaan taj mahal ini dibina di taman yang menjadi tempat pertama kali shah jehan bertemu mumtaz..
Kami bertanya ishfaq berkenaan kisah yang mengatakan shah jehan memotong tangan isa khan- arkitek taj mahal dan pekerja2 yang terlibat dalam pembinaannnya.?
menurut ishfaq, itu semua tidak benar kerana shah jehan adalah seorang yang sangat penyayang. “memotong tangan’ di sini adalah secara majazi- maksudnya, beliau meminta isa khan menandatangani perjanjian tak akan mereka binaan yang lebih cantik dari taj mahal dan baginda memberinya ganjaran.. so ;memotong tangan’ di situ maksudnya dengan perjanjian tersebut, isa khan tidak boleh lagi menggunakan kepakarannya untuk membina binaan lain..
Apa istimewanya taj mahal?
-dibina dari marmar putih. Taj Mahal sangat cantik apabila disimbah cahaya bulan pada waktu malam (tapi kami tak dapat tengok coz lawatan pada waktu siang,lagipun taj mahal dibuka untuk awam sampai kul 5 petang shj)
- terdapat ukiran 9 jenis bunga di dinding taj mahal, antaranya bunga ros,teratai, orkid, matahari.
-di dalam taj mahal terdapat makam mumtaz dan shah jehan. Makam mumtaz berada di tengah2 binaan. Jika berdiri ditengah2 makam, akan kelihatan ianya lurus hingga ke pintu masuk utama.Kedua2 makam ini dikelilingi pagar yang berbentuk taj (crown) sebab itu ia dinamakan taj mahal. Di sekeliling makam, diukir dengan ayat2 suci al-quran. Ukiran bukan dengan kaedah ukiran biasa tetapi dengan teknik ‘potong dan cantum’..
-pintu masuk taj mahal juga diukir dengan ayat2 suci al-quran, sekali imbas, ukiran ini sama dari atas hingga ke bawah. Sebenarnya, ayat2 al-quran di atas saiznya lebih besar dari di bawah supaya jelas dibaca. Ayat2 ini juga menggunakan kaedah ‘potong dan cantum’
-marmar putih sangat cantik terutama apabila disuluh cahaya. Ia akan memantulkan cahaya di seluruh kawasan.
Selepas puas bergambar di Taj Mahal, kamipun menuju ke destinasi seterusnya.. time for shopping.. kami dibawa ke kedai yang terkenal dengan hand made pashmina shawls..
Pashmina? Sound familiar for the girls right? Ala, kain selendang yang lilit2 tue.. actually, perkataan pashmina berasal dari kashmir. Iaitu bulu bahagian bawah leher biri2. bahagian itu diambil dan ditenun untuk dibuat selendang. ia dianggap istimewa kerana bahagian di bawah leher itu tidak pernah terkena cahaya matahari, so bulu biri2 di disitu berkualiti tinggi,
Tapi selalunya pashmina yang ada kat Malaysia tu bukan yang original.. pashmina asli mencecah harga ratusan ringgit sehelai.. seperti yang terdapat di kedai yang kami pergi tu.. lagipun hand made.. memang cantik dan halus..
Selepas itu, kami dibawa pula ke kilang marble (marmar).. di sini kami ditunjukkan demonstrasi bagaimana membezakan marble putih asli (binaan taj mahal) dan marble tiruan dari kapur.. model taj mahal yang dibina dari marble putih asli dijual di sini dengan harga yang murah.. so ramai yang membeli.. ( rasa2 leh buat lampu waktu black out tue.. letak lilin bawah dia.. mesti terang seluruh kawasan rumah yang black out)
Kami pulang ke hotel dan menikmati makan malam… ramai juga yang sambung shopping di kedai2 di bawah hotel.. aku pula lebih senang berehat di bilik.. masih mengenang memori indah di Taj Mahal.. ;-p
No comments:
Post a Comment