India
Juga dikenali sebagai- HINDUSTAN & BHARAT
Meliputi 27 negeri
Terdapat ><>Agama: 7 agama utama
80%Hindu
10% Muslim
Kristian
Sikh
Buddha
Janisme
Geografi
Semasa lawatan- musim panas.
Keindahan alam- Kashmir (kawasan pergunungan)
Goa (kawasan pantai)
Pendidikan
-Penduduk India lebih mengutamakan sekolah swasta than sekolah kerajaan kerana mempunyai system yang lebih baik
-terdapat > 100 universiti di India, Top University- Jawalharal Nehru University (JNU)
::Antara fakta menarik::
- rakyat India terlalu ramai dan ramai yang tidak mempunyai rumah. Kebanyakan mereka menjadi penghuni setia jalanan, taman-taman. Yang memiliki rumah pula hanyalah sekadar pondok-pondok buruk di tepi jalan. Jika anda melihat rumah2 besar dalam cerita Hindustan, itu hanya terdapat sebilangan kecil sahaja dan di Bandar Mumbai sahaja!
- Ramai rakyat India bekerja sebagai pengemis. Perjalanan agak tidak selesa kerana kami sering diburu pengemis. Agak menakutkan juga. Selain lari dari peniaga-peniaga jalanan yang ‘memaksa’ kami membeli barangan mereka.
- Jalanraya di India membingitkan telinga! Ini kerana undang-undang jalanraya mereka- jika ingin memotong, sila bunyikan hon. So sepanjang perjalanan, bunyi hon kedengaran.sangat menyiksakan telinga. Dan jalanraya India merupakan ‘open road’, anda dapat saksikan kereta lembu, kereta unta, kereta keldai, babi hutan, anjing turut melalui jalanraya selain kenderaan biasa dan ‘auto’ (tuk tuk). Yang menarik juga, wanita tidak perlu memakai helmet ketika menunggang atau membonceng motorsikal!
- Kenderaan awam di India menggunakan natural gas so selamat dari pencemaran udara
- Sebuah lori minyak bergerak di jalanraya dengan kelajuan 40km perjam
- Harga petrol di India = 1 liter = RM7 (takda subsidi kerajaan)
- Waktu kerja sector awam- 10pg-5ptg tetapi lazimnya, pekerja hanya akan berada di pejabat antara 11pg-4 ptg sahaja, sejam awal dan akhir adalah waktu perjalanan ke tempat kerja yang dikira sebagai ‘office hour’
::catatan perjalanan::
min ra'yii.. fi tadabburii
19hb Jun 2006
7pg-depart from iium to KLIA.. sepanjang perjalanan, menerima msg dr rakan2 n guru2 tersayang.. thanks.. doa mereka mengiringi perjalananku..
9pg- check in
11.00- depart to bangkok dengan Indian Air..
Seat di sebelahku (tepi tingkap) kosong, so aku beralih tempat ke situ.. Sepanjang perjalanan, aku menikmati keindahan awan.. pesawat membelah awan.. keindahan alam manifestasi keagunganNYA. Sewaktu melintasi laut, dari udara, pantai kelihatan seperti garis putih yang sangat halus yang memisahkan laut membiru dan daratan. Alhamdulillah, aku diberi peluang menikmati keindahan ciptaanMu
1220thari(waktu Bangkok)-, sampai di Bangkok International Airport..sewaktu kapal terbang mendarat, tak terasa langsung bahawa bumi sedang dibasahi hujan.. dan sebaik selamat mendarat, barulah terasa ‘air mata awan’ menyambut ketibaan kami… and after about 45 minutes there, perjalanan diteruskan ke Delhi.. kali ini, aku perlu beralih ke seat asal coz penumpang untuk seat yang aku duduk dari KL tadi naik di Bangkok, seorang wanita warganegara India yang ingin pulang ke Delhi selepas urusan kerja di Bangkok.. Sempat berbual seketika dengannya sebelum aku melelapkan mata.. antara lain, dia bertanya tentang hijab yang aku pakai dan mempersoalkan adakah ia wajib? Tidakkah akan mendatangkan masalah untukku memakainya kerana cuaca yang panas..
Aku membalas bahawa ia wajib bagi wanita Muslim dan aku tidak rasa panas kerana aku telah biasa memakainya..
Dan dia masih ingin mempertikainya. Katanya cuaca di Delhi tidak sama dengan cuaca di Kuala Lumpur.. dengan berdiplomasi aku katakan bahawa aku telah dimaklumkan dari awal tentang cuaca panas di Delhi dan telah bersedia menghadapinya…
Perjalanan selama hampir 4 jam ini terasa membosankna kerana aku tak dapat lagi menikmati keindahan awan.. selepas mengerjakan solat jama’ zohor n asar, aku terlelap..
4.30 ptg, pesawat yang kami naiki selamat mendarat di Indra Ghandi International Airport. Cuaca panas dan berdebu.hampir sejam, urusan di Aiport selesai .. Wakil Moghul Travel sedia menunggu. Kami disambut dengan kalungan bunga tahi ayam.
Selepas itu, kami terus dibawa ke India Gate yang merupakan tugu bagi pahlawan2 india yang terkorban sewaktu perang dunia dan perang India-Pakistan. Kawasan ini dipenuhi pengunjung yang majoritinya rakyat tempatan.. rasa tak selesa mula bertamu bila pengemis2 dan penjaja jalanan ‘memburu’ kami.. pelbagai cara yang dilakukan supaya kami membeli jualan mereka. Rimas. Dan pengemis yang pelbagai wajah juga cuba meraih simpati…keisan juga tengok kaum wanita membawa baby mereka meminta simpati.. namun seperti kata pemandu pelancong kami.. jika kami menghulur kepada seorang, beratus yang lain akan dengan segera mengerumuni kami pula.. so hanya mampu memandang..
selepas bergambar di kawasan India Gate, kami menuju pula ke tempat2 lain..
Destinasi seterusnya adalah Rumah Presiden dan Parlimen India. Kami mengambil gambar dari dalam bas sahaja.. dan terus menuju ke The Connaught Hotel untuk Check in.
Selepas berehat seketika, kami dibawa ke The Waves- sebuah restoran yang menyediakan makanan halal untuk ldinner. Dalam perjalanan, hujan turun. Setelah sekian lama Delhi tidak menerima hujan, kedatangan kami membawa hujan, macam kebetulan pulak. Bak kata pemandu pelancong kami ‘Thanks Malaysian to bring rain”. Malam itu, hidangan nasi, roti nan dan mutton curry mengisi dinner kami.. dan aku mula berfikir.. untuk beberapa hari ini, pastinya kari akan menjadi santapan utama…
20hb Jun
Hari ini adalah hari lahir my sis- MIMI yang ke 20. dah wish in advance masa kat KLIA semalam.. dan hari ini juga merupakan hari lahir arwah kak mawar. Moga dia tenang di sana. I miss her so much..
Seawal pagi, kami check out dan breakfast. Perjalanan diteruskan ke Jaipur yang terletak lebih kurang 256 km dari Delhi.jalanraya di Delhi sedang mengalami kerja-kerja pembaikan sebagai persediaan menjadi rumah sukan Komanwel 2010 nanti. Sepanjang perjalanan, Ishfaq (pemandu pelancong) menceritakan serba sedikit tentang Negara India. Sepanjang perjalanan juga, aku menghayati pemandangan reality kehidupan masyarakat India. Yang pasti kehidupan mereka jauh lebih dhaif dari kehidupan masyarakat Malaysia. Ramai penduduk yang tidak memiliki rumah. Malah jika mereka memiliki rumahpun, keadaannya sangat dhaif. Cuaca panas menjadikan tanah kering kontang. Tak banyak warna hijau yang kelihatan. Dan yang amat menyakitkan mata adalah kerana keadaan persekitaran yang kotor. Lebih menyakitkan, sepanjang perjalanan kelihatan individu2 individu yang membuang air kecil @ air besar merata2. sungguh menjijikkan. Mula-mula, aku ingatkan Cuma sebilangan sahaja yang bersikap begitu tapi lama kelamaan, aku mula faham bahawa this is their attitude coz sepanjang perjalanan, inilah yang kelihatan.
Keadaan jalanraya yang sesak dan agak teruk ( seperti jalan2 kampung) membuatkan perjalanan begitu panjang dan memenatkan. Tengahari itu, kami tiba di Jaipur dan terus check in di KK Royals Hotel. Selepas lunch. Kami dibawa melawat Amber Fort.
Amber Fort merupakan istana raja Rajashtan yang dibina lebih 400 tahun yang lalu dan terletak di puncak bukit. Untuk sampai ke istana ini, kami menaiki gajah. Sesekali, terdapat jurugambar2 memanggil dan merakamkan perjalanan kami menaiki gajah .Ngeri juga bila memikirkan betapa perlahannya gajah itu bergerak membawa kami menelusuri cerun bukit yang agak curam ( seekor gajah dua orang).. Namun, ini adalah salah satu pengalaman yang manis. Sampai di atas, sekali lagi penjaja jalanan memburu. Rimas rasanya..
Istana ini merupakan manifestasi keunggulan tamadun Rajashtan. Antara yang menarik adalah system penghawa dingin zaman dahulu. Disebalik sebuah dinding yang berlubang-lubang, dibina kawasan tadahan air dan apabila angin bertiup, angin yang sejuk itu akan masuk melalui celah2 lubang. Kawasan sekitar ditutup dengan langsir yang tebal bagi mengekalkan kesejukan di sekitar kawasan.
Aku juga terpegun melihat design dinding dan siling yang dipenuhi marmar putih dan cermin, apabila malam, lilin dinyalakan dan seluruh kawasan menjadi terang oleh cahaya yang terbias. Aku dapat bayangkan betapa cantiknya keadaan itu.. selain itu, carpet juga akan selalu ditukar warnanya so pantulan cahaya dari warna carpet akan mewarnai ruang. Hmm.. mesti ceria hidup bila rumah kita tiap2 minggu bertukar warna..??
Di Amber fort juga, diriwayatkan bahawa mereka sangat menjaga maruah wanita kaum kerabat raja.. mereka tidak boleh mendedahkan diri kepada umum.. untuk itu, dibina tingkap-tingkap kecil untuk mereka melihat upacara keramaian dari tingkat atas amber Fort. Turut dibina adalah Female Garden- taman untuk 12 isteri raja rajashtan bersantai ditemani kaum2 wanita kerabat diraja. Landskap taman ini berbentuk origami dan serupa dengan bentuk origami di dinding Amber Fort.
Dari amber fort juga, dapat dilihat great wall of India dan sebuah istana yang menempatkan the biggest canon in the world.
Ketika turun dari Amber Fort, jurugambar2 mengejar kami dan ‘memaksa’ kami membeli gambar instant yang dirakam ketika menaiki gajah tadi.. ada yang membeli, ada yang buat tak tahu jer.. dan ada pula yang ‘menyorok’ bagi mengelak dikesan sebagai individu yang dirakam dalam gambar2 tersebut..
Selain merasai pengalaman menaiki ‘kereta gajah’, kami juga menaiki kereta kuda ketika dibawa mengunjungi sebuah muzium di Jaipur. Kami diturunkan di hadapan muzium tersebut dan dengan menaiki kereta kuda, kami dibawa mengelilingi muzium tersebut
Seterusnya, kami di bawa ke Pink City- bandar Jaipur. Keseluruhan bangunan di pusat bandar ini dicat dengan warna pink pada tahun 1876 a.d bagi menyambut kedatangan Putera Albert. Terdapat 6 pintu utama untuk memasuki bandar ini. Kami turut melintasi HAWA MAHAL ( female palace)- iaitu istana tempat kerabat diraja wanita ditempatkan ketika lawatan putera tersebut. Pada ketika itu, kerabat diraja wanita tidak dibenarkan mempamerkan wajah mereka di khalayak so di istana ini, dibina tingkap2 kecil supaya mereka dapat melihat temasya yang berlaku sepanjang lawatan putera tersebut dari tingkap istana.
Sebelum pulang ke hotel- time for shopping.. kami dibawa ke kedai yang menjual saree.. memang cantik2 belaka.. tapi harga pun boleh tahan.. aku membeli beberapa pasang yang dikirim kenalan…
Selesai bershopping saree.. bila bas mula bergerak meninggalkan kedai tersebut.. tetiba muncul jurugambar di Amber Fort yang nak jual gambar yang tak dibeli oleh sebahagian kami.. Ya Allah.. sampai ke sini dia mengejar kami.. tapi usahanya tetap gagal coz masih ada gambar yang gagal dijual.. yerla..dia ambil gambar kami secara sukarela.. tiba2 nak paksa beli pulak..
Bas berjalan menuju ke hotel.. selepas makan malam di hotel, kami dihiburkan dengan persembahan puppet show.. melucukan aksi2 puppet tue... Dan kenangan di Jaipur ditutup dengan pengalaman yang menghiburkan itu…
akan bersambung.. part II
No comments:
Post a Comment