JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 28, 2005

ragam kehidupan

25 JANUARY..

CUTI THAIPUSAM..

Rombongan COMRADE ke gunung senyum… untuk survey tempat induction course n perbincangan apa yang patut… singgah makan t.hari kat taman saga.. thanks mimi tlg masak.. mcm tsunami.. sekali sapu.. licin summer pinggan mangkuk J

Singgah ke raub, lawatan mahabbah n kemudiannya ke kg. chat. Lipis.. umah head com tnt Comrade..

Rumah itu
Tempat kami menjalin kasih
Terdengar teguran tulus ayah
Terngiang nasihat mulus ibu
Penuh kasih
Penuh sayang

Rumah itu..
Tempat kami adik beradik berkumpul mesra
Bergurau senda
Adakala berkejar-kejaran
Berkelahi dalam senda
Usik mengusik menambah mesra

Rumah itu
Lambang kasih sayang
Meniti titian kehidupan..


Namun kini..
Tiada senyuman ibu menyambut kepulangan
Tiada pelukan ayah menyambut kedatangan
Tiada hilai tawa
Tiada gurau senda

Yang tinggal Cuma rumah usang
Yang mesra Cuma unggas senja
Yang tersenyum kelawar rimba
Yang ketawa Cuma anai2 membuat rumah

Dimamah usia..
Segalanya tinggal kenangan
Namun kasih mereka beraja di hati
Bekalan perjalanan diri
Kasih mereka abadi di qalbii
Peneguh ranjau dan duri..

Rumah itu,,
Aku pasti kembali lagi
Mengutip memori..

No comments: