Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 10, 2010

Engkau belum tiba, tetapi sudah kurasai sedih pemergianmu...

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu.Malas.hehe..ada banyak yang nak dikongsi tapi tidak tahu mengapa, 2 3 bulan ini,saya lebih suka membisu.Bukan di blog ini shaja,malah juga dengan orang sekeliling. Bercakap bila perlu.Sindrom apakah?? Saya pun tak tahu.

1.
Surau baru. Hari kedua,imamnya Imam Kecil.Bukan Imam Muda ye. Darjah 5. Bagus bacaannya. Bila dapat tahu dia pelajar Al-Mukmin,sungguh saya bangga. Alhamdulillah,generasi Al-Mukmin terus berbakti walau di usia jagung.

2.
Surau Baru lagi. Dia baru keluar dari penjara. Di sana,dia belajar serba sedikit tentang agama yang sebelum ini tidak dipelajarinya. Dia ingin menjadi manusia. Saat berjemaah, dia membaca doa usai solat. Doa dalam bahasa melayu cuma, doa yang dibaca para banduan. Penuh dengan ratapan keinsafan. Saya mengaminkan dalam keharuan. 2 hari ini, tiap kali masuk waktu solat,dia mengalunkan azan. Semalam, ada 'orang tua' meminta dia jangan melaungkan azan lagi. Alasannya: dia orang jahat.

Terkesima. Sampai bila masyarakat ingin berubah?? Manusia itu, seperti iman sifatnya berubah-ubah. Ada masa naik,ada masa turun. Manusia boleh berubah sekelip mata. Jika dia benar-benar ingin berubah, mengapa peluang itu ditutup? Kita bawa dia ke jalan Allah, itu fitrah dia. Kenapa dihalang kerana semalam yang hitam? Sedang Allah Maha Pengampun, mengapa kita tidak meminjam sifat itu agar berpaksi dalam diri. Angkuh benarkah kita bahawa hanya kita manusia yang mulia? Sesal. Maka untuk itu, saya tidak hairan mengapa selalunya penagih yang keluar dari serenti kembali bergelar penagih. Atau banduan keluar dari penjara kembali bergelar penjenayah. Antara asbabnya: didikan masyarakat masih di takuk lama. Bersangka buruk yang mengakibatkan masa depan insan lain terpesong dek kerana pandangan dan wasangka buruk itu.

3
Kisah masyarakat lagi. Baby F yang comel. Tapi bernasib malang. Ibu bapanya bercerai kerana keluarga ayah tidak menyukai ibunya. Bercerai saat usianya baru beberapa bulan.Sekarang usianya 6 bulan. Maka tinggallah dia bersama neneknya dan atuknya yang sudah tua.Ibunya mencari rezeki di ibu kota. Seringkali neneknya perlu ke hospital untuk mengambil darah kerana penyakit kencing manis. Maka setiap kali itu, saya menawarkan untuk menjaga baby F. Dia sangat baik. Tidak banyak kerenah. Malam tadi,usai Insyak,neneknya ke hospital.Saya bawa dia ke rumah. Bermain dengannya seketika, kemudia matanya semakin layu. ditepuk-tepuk di atas tilam, terus tertidur. Subhanallah, baik sungguh dia, mudah menjaganya.

4.
Penempatan:?? Penantian satu penyiksaan.Moga ada sinarnya tidak lama lagi.

5.
Ramadhan datang lagi, ia baru ingin menjelma tetapi saya sudah rasai sedih akan pemergiannya. Ramadhan tahun ini teristimewa. Moga jadi yang terbaik buat diri. Mohon keampunan dari semua yang mengenali, agar saya melangkah ke dalam bulan keberkatan ini dengan suci dan dapat kembali kepada fitrah saat Syawal tiba nanti. Alhamdulillah,dengan izinNYa,rezeki Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya akan saya perolehi lagi.Ya Allah,amat besar nikmat itu buat saya. Selamat berpesta ibadah buat semua.
رمضان كريم

No comments: