Total Pageviews

JALALUDDIN & NUR ATIKAH

Daisypath Anniversary tickers

QURRATUN A'YUN I

Lilypie Second Birthday tickers

QURRATUN A'YUN II

Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 15, 2007

pantas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Subhanallah.. pantas betul masa berlalu..

hari ini, sudah separuh bulan januari..
tanggal ini, sudah separuh semester ini dilalui..
dan hari ini, tinggal kira2 sembilan hari sebelum saya menginjak usia baru..

sebetulnya banyak sekali yang saya ingin coretkan di sini.. tapi minggu lepas, cubaan menulis di blog terbantut sebaik saja entry yang sangat panjang siap ditaip tiba2 hilang kerana masalah teknikal.. dan lepas itu, tak ada mood lagi ingin menulis..

:: selamat hari lahir::

istimewa untuk sahabat2 sekalian-din @ fathi (3hb), jah (4hb),safawati (ummu amira)-7hb,jalaluddin(8hb), hasnah al-hafizah(9hb) n kak engku(13hb)..

selamat hari lahir.. moga bertambahnya usia seiring dengan kematangan n ketaqwaan kepada Allah.. moga bertambah keberkatan dalam hidup, dipermudahkan impian dan cita2 serta diberi kebahagiaan selalu..

ulangtahun kelahiran>> sedetik hampir bertemu Tuhan..

:;pemeran kesenian dan sains dalam tamadun Islam (betul ke nama nie?))::

jumaat lepas, berkesempatan pergi ke KL convention centre melawat pameran yang diadakan. Alhamdulilah, memilih waktu yang tepat coz kalau pergi sabtu dan ahad, tak dapatla nak menghayati sepenuhnya coz lautan manusia membanjiri pameran tersebut pada hari sabtu n ahad berikutnya.. rombongan saya, k.yati, che da, mok ana, lin n
shud@sinchan pergi waktu tengahari, sebaik che da habis kelas..

subhanallah.. sesungguhnya benar, sains islam mendahului zaman.. cuma orientalis menenggelamkan nama mereka n menggantikan dengan nama puak-puak mereka untuk menenggelamkan juga kehebatan Islam..

apapun, banyak benda yang saya pelajari.. tambah2 bagi orang yang 'buta' sains macam saya.. bagusnya kalau dapat bawak adik-adik bongsu saya-yani n
munawar@mamat ke sini..

::training of trainers::

saya diprtanggungjawabkan sebagai Program Coordinator merangkap biro modul dalam program induksi untuk saf kepimpinan baru COMRADE ini.. jenuh jugak nak pikir modul terbaik untuk capai objektif- group binding biro, group binding mainboard sendiri dan pengetahuan prosedur program. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. lokasi program (tasik UIA-belakang Maryam) yang agak privacy juga menyumbang kepada kelancaran... sesungguhnya dalam keadaan sekeliling yang cantik tak berapa cantik tu, sesi 'min qalbii' terutamanya memberi ruang meluahkan isi hati masing2 dan mengikat kepercayaan pada sahabat2 seperjuangan..

thanks n maaf banyak2 pada semua..

"Ya Allah satukan hati2 kami dengan rahmat dan kasih sayangMu"


::countdown::


hari2 terakhir di tangga ke 22..
muhasabah diri..
sungguh Ya Allah, rahmatMU melangit luas
namuh sedikit aku bersyukur
dan dosaku menggunung tinggi
namun keampunanMU tak bertepi..

Kau datangkan pelbagai ujian
dan kurasai kasih sayangMU dalam ujian2 itu..

Kau kurniakan aku peluang menjelajah muka bumiMU
menghayati keindahan Taj Mahal
lambang cinta agung seorang suami
PERCUMA- tanpa pernah aku impi..

Kau kurniakan aku kejayaan dan keyakinan
di sebalik dugaan yang menghimpit diri
dan manisnya kejayaan itu kurasai hingga kini

Kau kurniakan aku kepetahan
belajar dan terus belajar
hingga hari ini
mencetus keyakinan dan menambah potensi diri

Kau kurniakan aku sahabat2 yang baik
sentiasa di sisi..dalam riang dan dalam sepi..
Sungguh, andai kuhitung nikmatMU
pasti tak mampu kuhisabi..

dan di penghujung usia ke 22 ini..
nikmatMu kian bertambah
keyakinan diri
ketenangan hati
semakin hari kian tinggi

dan di penghujung usia ini,
di awal tahun baru ini
mentari yang sinarnya berseri-seri
Kau kurniakan dalam kelam yang tersembunyi

dan kumohon
alangkah indahnya andai mentari itu kekal menyinari
hari ini, hari esok, dan bila aku bertemuMU nanti
alangkah indahnya
'andai mentari itu Kau jadikan aku yang memiliki
dan andai
mentari itu sinarnya cuma sebentar
kurniakan mentari yang lebih berseri
agar aku tahu makna kesyukuran
agar lebih kurasa nikmat kasihMU..
dan di penghujung usia ini..
aku masih menghitung hari..

Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku menentukan nasibku endiri..
walau dalam sekelip mata cuma..
atau lebih singkat dari itu...


No comments: